“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Oktober 07, 2011

Salah makan punca pondan?


Bahan kimia dalam sajian jejas hormon menyebabkan genetik tidak normal

PENGAMBILAN makanan mengandungi hormon tiruan, pengawet dan perisa berlebihan dipercayai menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon, punca krisis jantina yang menyebabkan perubahan tingkah laku manusia.

Walaupun tiada fakta dan kajian khusus dibuat mengenainya sehingga ini, namun teori ‘we are what we eat’ atau ‘kita adalah apa yang kita makan’ mungkin boleh membawa kita berfikir mengenai fenomena itu secara rasional.

Genetik tak normal makin meningkat

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ðr Siti Hamidah Mohd Setapar, mengakui gejala ditunjukkan itu bukanlah seratus peratus berpunca daripada pemakanan tapi turut disumbangkan pengaruh lain termasuk persekitaran.

Jelasnya, pondan, tomboy serta gay memang wujud sejak lama dulu walaupun tidak ramai dan ia boleh berlaku disebabkan ketidak-normalan genetik.

Bagaimanapun, dulu bilangan lelaki bertingkahlaku seperti wanita dan sebaliknya, tidaklah ramai bilangannya, mungkin satu dalam sejuta tapi kini bilangannya mungkin menjadi satu dalam 100,000.

“Kesemua itu berpunca daripada hormon. Jika seorang wanita tidak menjaga pemakanannya, ia akan mengganggu kestabilan hormon tubuh dan mungkin mampu mendatangkan risiko pada anak dalam kandungan. Oleh itu, sekarang ini makin ramai yang mempunyai krisis jantina disebabkan berlakunya ketidakseimbangan kromosom sejak daripada ketika jantina terbentuk di dalam kandungan.”

Farisya Natasya@Hafizuddin antara yang berdepan dengan krisis jantina.


“Malahan, apabila lahir, kita didedahkan dengan banyak bahan kimia, hormon dalam makanan kita, air yang berfloride dan berklorin, pasti akan semakin mengganggu kestabilan hormon tubuh dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah semakin ramai lelaki yang lembut dan wanita menjadi keras.

“Memang tubuh kita mempunyai mekanisme istimewa yang boleh meneutralkan toksik dan bahan kimia yang tidak baik, tetapi sekiranya kita mengambil makanan mengandungi bahan kimia seperti perasa dan pewarna tiruan secara berterusan, sampai satu ketikanya tubuh kita tidak lagi mampu meneutralkannya secara berkesan. Ketika inilah akan berlaku gangguan terhadap keseimbangan tubuh badan kita, termasuklah gangguan kepada sistem hormon,” katanya turut menjelaskan pengambilan makanan mengandungi hormon tiruan menyebabkan obesiti, tekanan, angin ahmar dan sakit jantung.

Begitu juga dengan perubahan tingkahlaki kanak-kanak dan remaja yang dikatakan lebih agresif berbanding dulu dan Ðr Siri Hamidah mengaitkannya dengan pemakanan makanan ringan, minuman dan gula-gula mengandungi fruktose (gula sintetik) serta makanan segera.

“Semua itu mengandungi bahan kimia tidak baik untuk badan yang akhirnya mengganggu perlakuan dan perkembangan positif kanak-kanak,” katanya.

Jelasnya, proses pembentukan manusia berlaku daripada hasil gabungan kromosom iaitu unit asas dalam ÐNA (asid deoxyribonucleic).

“Bagi memastikan sel tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik, ia memerlukan nutrien, vitamin juga air secukupnya,” katanya.

Pondan, tomboy serta gay boleh berlaku disebabkan ketidaknormalan genetik ~ sekadar gambar hiasan ~


Ðr Siti Hamidah berkata, beliau melihat wujudnya dua situasi yang menyokong kaitan ketidakseimbangan hormon dengan amalan pemakanan generasi sekarang.

“Pertama, mungkin kita tidak mengambil cukup makanan yang mengandungi vitamin dan nutrien berasaskan sumber asli. Kalau cukup pun, tapi dalam masa yang sama mengambil makanan terproses dan berperisa tiruan secara berlebihan dan berterusan, lama-kelamaan ia boleh menjadi toksin sehingga mengganggu proses sintesis semulajadi tubuh. Kesannya, toksin tidak boleh diurai dan menyaluti sel menyebabkan ia rosak sekaligus menghalang nutrien daripada menyerap, menjadikan sistem badan rosak dan hormon juga terjejas,” katanya.

Sistem dalam tubuh saling berkait dan hormon dirembes pula penting kerana ia berfungsi mengatur sistem tubuh dengan menyampaikan maklumat dan isyarat di antara sel. Adrenalin antara kelenjar penting yang menjaga sistem badan dan apabila ia bercelaru, hormon kortisol akan dirembeskan menandakan sistem badan terganggu.

Maklumat ‘ditunjukkan’ hormon kortisol itulah yang menunjukkan jika tubuh mengalami tekanan, keliru dan sebagainya, lalu terpamer melalui penyakit moden seperti strok, obesiti, penyakit jantung, keliru jantina dan perubahan tingkahlaku.

Beliau mengakui melihat wujudnya saling kaitan antara faktor pemakanan dan persekitaran sehingga mengganggu proses dalaman manusia.

“Justeru, bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat, peranan perlu diambil kerajaan dalam mengubah tabiat pemakanan orang ramai termasuk mengurangkan iklan makanan segera dan menambahkan tayangan iklan bermaklumat di media massa.”

“Peranan ahli akademik juga penting dan kami di UTM juga tidak pernah putus asa mencari kaedah menangani masalah ini termasuk menjalankan kajian bagi menghasilkan makanan serta sumber ternakan bermutu,” katanya.

Ðr Siti Hamidah juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu bergantung maklumat pemakanan dari Barat kerana berdasarkan kajian, sumber asli tempatan sememangnya sesuai untuk tubuh orang tempatan.

“Badan memproses makanan ikut geografi, jadi jika Barat menatakan soya itu berkhasiat, boleh jadi mungkin ia tidak. Cuba ubah pemakanan seperti mengamalkan makanan, sayuran dan buah-buahan tempatan, saya yakin ia lebih mudah disesuaikan dengan tubuh kita,” katanya.




Petikan : BHarian 06/10/2011

Capaian entry berkaitan :
* Celaru gender
* Anak lelaki lembut, di mana silapnya?
* Lelaki, wanita cenderung tukar jantina dilaknat Rasulullah
* Melayan suami 'anak emak'
* Celaru jantina
* Lelaki lembut

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails