“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Oktober 23, 2011

Program 6P tidak mengurangkan jumlah pendatang asing


Assalamualaikum dan salam sejahtara,

Kita semua maklum, beberapa bulan yang lepas, kerajaan heboh dengan Program 6P. Program 6P ini bermaksud pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan PENGUSIRAN. Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini, dengan bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah PATi untuk diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar.

Dilaporkan, mulai 11 Julai yang lalu, kerajaan telahpun melaksanakan program pengampunan dan pemutihan PATi bagi memperkemaskan rekod, sekaligus MENGURANGKAN kumpulan itu di negara ini. Program ini dilaporkan akan ditamatkan pada 22 Ogos, tetapi telah dilanjutkan hingga 31 Ogos. Tidak pasti sama ada ia telah dilanjutkan lagi selepas itu, kerana saya sendiri kurang berminat untuk mengikuti perkembangannya. [Rujuk : PATi daftar pemutihan tidak dihukum]

Jumlah pendatang asing yang berdaftar sepanjang Program 6P

Jumlah Statistik Pekerja Asing Sah dan PATi yang telah didaftarkan menerusi Program 6P (sehingga 31 Ogos 2011)

Kategori

Jumlah

Pekerja Asing SAH *

1,016,908

Pekerja Asing Tanpa Izin

1,303,126

JUMLAH

2,320,034

* tidak termasuk pembantu rumah yang dikecualikan

[Rujukan : www.imi.gov.my]

Menurut sumber, Indonesia mendahului negara lain dengan jumlah PATi seramai 640,609 berbanding pekerja sah seramai 405,312 diikuti Bangladesh 267,803 pati dan hanya 132,897 pekerja sah. Nepal pula menyumbang sebanyak 221,617 dan 33,437 PATi. Agak menghairankan mengapa jumlah pendatang negara lain tidak didedahkan, terutama dari India, China (ramai juga yang ditangkap di rumah-rumah urut, pusat pelacuran, pusat hiburan etc) dan lain-lain negara.

Apa yang membuatkan kita semua tidak faham dan masih tertanya-tanya, apakah matlamat sebenarnya kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan program 6P ini? Adakah program ini bertujuan mengurangkan bilangan warga asing dalam negara ini, ataupun semata-mata untuk ‘memutihkan’ status PATi yang berada di negara kita.

suasana semasa pendaftaran Program 6P

Kami rakyat Malaysia sebenarnya bukan hendak mengambil kira sangat status warga asing itu sama ada sah ataupun haram, tetapi apa yang DIRUNGUTKAN adalah bilangan warga asing itu sendiri yang jumlahnya terlalu ramai membanjiri negara kita.

Hasil program pendaftaran biometrik yang dijalankan baru-baru ini merumuskan sejumlah 1 juta warga asing yang berdaftar dalam program ini adalah mereka yang memasuki negara ini secara sah manakala sejumlah 1.3 juta pula berstatus tanpa izin. Kita pada mulanya menjangka 1.3 juta PATi yang berdaftar ini akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Tetapi lain pula jadinya apabila kerajaan memutuskan untuk ‘memutihkan’ status mereka dengan menyerap PATi ini ke dalam lima sektor pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Baru-baru ini pula, kerajaan mengumumkan akan mengerahkan 4 juta anggota penguatkuasa untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap warga asing yang masih ingkar berada di negara ini secara haram. Tetapi sebelum langkah penguatkuasaan ini dilaksanakan, Menteri Dalam Negeri masih memberi peluang kepada majikan yang tidak menyertai program pendaftaran sebelum ini untuk segera ‘memutih’ dan mendaftarkan pekerja asing tanpa izin mereka bagi mengelak dikenakan tindakan.

PERSOALANNYA, jika 1.3 juta PATi yang berdaftar diserapkan ke lima sektor pekerjaan dan dalam masa yang sama, majikan masih diberi peluang ‘memutihkan’ pekerja PATi mereka yang belum berdaftar, berapa ramai pula PATi yang akan dihantar pulang ke negara masing-masing? Malah, berdasarkan situasi ini, kita tidak memerlukan 4 juta anggota penguatkuasa, memadai dengan 4,000 atau 40,000 anggota sahaja. Ini kerana, kita melihat seolah-olah kerajaan hendak ‘memutihkan’ semua PATi yang berada di negara kita.

Kerajaan perlu tegas kawal pendatang asing

Tentu kita semua perasan, setiap hujung minggu, kompleks beli-belah di bandar raya Kuala Lumpur dan bandar besar lain di negara ini dibanjiri oleh warga asing, sehingga kadangkala merimaskan penduduk tempatan. Keadaan itu mencerminkan kehadiran pendatang asing yang begitu ramai di negara ini, seolah-olah kemasukan mereka tidak dikawal atau sukar dikawal oleh pihak berkuasa.

Lambakan pendatang asing ini, tidak kira sama ada yang masuk secara sah atau membolosi sempadan negara, sudah tentu membawa masalah kepada kehidupan sosiobudaya rakyat di negara ini serta menjejaskan keselamatan. Menurut laporan akhbar BH 07/08/2011, sejak 1992, ada kira-kira 4 juta jumlah pendatang di Malaysia.

Sebahagian besar bekerja di sektor peladangan dan perkilangan, sekali gus mengecilkan lagi peluang pekerjaan penduduk tempatan. Hasil kajian Prof Dr Azizah Kassim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati majikan lebih cenderung mengambil pekerja asing kerana boleh membayar gaji lebih rendah, senang dikawal dan tiada tanggungjawab sosial. Mereka juga lebih suka mengambil Pendatang Asing Tanpa Izin (PATi) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan terikat dengan sebarang komitmen.

Isu paling besar dalam pendedahan ini ialah kawalan keselamatan yang tidak ketat dan mudah dibolosi, terutama di kawasan perairan negara. Melihat pada tahap masalah ini, sudah tiba masanya bagi pihak berkuasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara dan mengatasi apa juga punca yang boleh menyebabkan kawasan berkenaan dibolosi dengan mudah oleh pendatang asing ini. Tindakan tegas hendaklah dikenakan ke atas mana-mana pegawai keselamatan atau agensi penguatkuasaan yang terbabit menerima rasuah sehingga menyebabkan pendatang yang tidak diundang itu masuk dengan mudah ke negara ini. Langkah tegas juga hendaklah diambil menerusi peruntukan undang-undang bagi mewajibkan majikan mengambil pekerja tempatan bekerja dalam sektor tertentu di negara ini sebelum diberi kebenaran untuk menggaji pekerja asing.

Kita juga bersetuju dengan pendirian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa satu mekanisme baru perlu diwujudkan bagi menentukan agar kehadiran pekerja asing tidak melebihi keperluan. Apapun, kerajaan perlu bersikap tegas dan berpegang pada dasar serta keputusan yang dibuat, agar tidak dimomokkan oleh pendatang asing bahawa pihak berkuasa di negara ini lemah dalam penguatkuasaan undang-undang dan peraturannya.

This is not a joke!

KDN seharusnya menghapuskan sebarang keraguan rakyat dengan menggerakan operasi bersepadu dari semua jabatan berkaitan dengan KDN seperti Jabatan Imigresen, Pendaftaran, Polis, Pertahanan Awam dan RELA untuk mengurangkan kehadiran pendatang tanpa izin dari semasa ke semasa. Menteri yang bertanggungjawab pula janganlah hanya pandai JOM HEBOH di situ sana sini berjanji akan mengurangkan pendatang asing tetapi hasilnya tiada. Janji-janji yang tidak dilaksanakan ini tidak ubah seperti lawak jenaka yang rendah sifat moralnya!

Teringat pula lagu yang dinyanyikan oleh si Luncai tapi Laman-Seri kena ‘adjust’ sedikit liriknya, “Ramainya PATi di Malaysia, biarkan... biarkan...”

Apakah matlamat MENGURANGKAN kumpulan PATi dari negara ini akan terlaksana? Cuma KDN sahaja yang ada jawapannya... Kita tunggu sajalah hingga hujung tahun ini untuk peringkat yang seterusnya, iaitu PENGUSIRAN, yang tinggal lebih kurang dua bulan lagi. Jika muka-muka pendatang ini masih memenuhi komuter, LRT dan dimana-mana sahaja membanjiri negara seperti sebelum Program 6P ini dijalankan, nampaknya KDN hanya melepaskan batuk ditanggalah jawabnya...




Capaian entry berkaitan :
* GRO sewa suami RM1,000 sebulan
* Jalan keluar hapus jenayah warga Afrika
* Rimas diganggu awang hitam
* Lambakan warga asing ancam keselamatan
* Pengemis ‘antarabangsa’ banjiri KL
* PATI daftar pemutihan tidak dihukum

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails