“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Oktober 26, 2011

Pelik dan menarik mengenai susu ibu



BBC dalam satu laporan, sebuah restoran aiskrim di London, Icecreamists menawarkan aiskrim yang lain daripada yang lain iaitu menggunakan bahan dasar air susu ibu.

Restoran terletak di Convent Garden, London dan mula dibuka sejak 2009 itu menamakan aiskrim ditawarkan itu dengan nama Baby Gaga.

Aiskrim itu diadun bersama susu, vanilla dan perasa lemon, dijual kira-kira RM56 setiap satu.


Baby Gaga

Bekalan susu ibu dikatakan diperoleh dari ibu yang menjawab iklan online di forum internet dikenali Mumnest.

Seramai 15 wanita bersedia memberikan susu badannya dan ada berpendapat itu bertujuan mengatasi masalah inflasi ekonomi dan tidak salah menggunakan aset wanita bagi mendapatkan wang tambahan.



Ibu Muda, Toni Ebdon 26, dari Exeter, Britain menjual susu badan secara online sebagai salah satu cara menambah pendapatan, sementara dirinya sedang produktif mengeluaarkan susu badan selepas melahirkan anak lelakinya awal tahun lalu.

Ebdon, menggunakan pam mengeluarkan susu badannya dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Beliau memasarkan produk itu melalui laman web, Gumtree dan ramai pelanggan berminat untuk membelinya dengan bayaran RM104 ($26) setiap 113 gram.



Jika di Eropah dan Amerika Syarikat, jualan susu ibu masih dapat dilakukan secara terbuka, bahkan dapat diproses menjadi aiskrim dan yoghurt. Tetapi lain halnya di China, susu eksklusif untuk bayi itu dijual di pasar gelap.

Kementerian Kesihatan China tidak membenarkan susu ibu diperdagangkan dan meletakkan ia salah di sisi undang-undang kerana tiada jaminan kesegaran dan kebersihan susu ibu berkenaan.

Walaupun susu ibu dikatakan dijual untuk mendapatkan wang tambahan, di pasaran gelap tetapi ia dijual antara 39 hingga 100 yuan bergantung kesegarannya.



Di Indonesia juga ada penjualan susu melalui online dan dianggap ‘suatu perniagaan’ sesuai untuk wanita bagi menambah pendapatan.


Lambakan atau lebihan susu ibu berlaku sejak kebelakangan ini menyebabkan ada persatuan di negara ini, berura-ura menghasilkan produk sabun yang menggunakan bahan daripada susu ibu, khususnya yang memiliki lambakan susu ibu hingga berates-ratus bekas.




Petikan : BHarian 14/10/2011

Capaian entry berkaitan :
* Makruh minum susu daripada wanita bukan Islam
* Pelik dan menarik mengenai susu ibu
* Penyusuan Susu Ibu dari Pandangan Islam
* Tawar susu ibu di internet
* Susu ibu penawar alergi
* Susu ibu tidak ternilai
* Bolehkah menyusukan anak lebih dari dua tahun?
* Wanita bujang menyusukan anak angkat?
* Q&A : Harus makan pil hormon untuk menyusu anak angkat
* Bayi susu ibu IQ tinggi
* Q&A : Menyusu anak lebih 2 tahun
* Ibu susuan Nabi Muhamad
* Susu formula ciptaan tempatan
* Kesan susu formula
* Ais krim susu ibu mula dijual
* Khasiat Susu Ibu
* ‘Terlupa beri susu’

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails