“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Oktober 26, 2011

Makruh minum susu daripada wanita bukan Islam

MAKRUH bayi Muslim mendapatkan susu badan daripada wanita bukan Islam kerana boleh menyumbang kepada keturunan yang kurang bersahsiah.


Assalamualaikum warahmatullah,

Susulan entry Tawar susu ibu di internet dan Pantau aktiviti, elak salah guna, Laman-Seri kongsikan sedikit info tentang hukum-hakam hal berkaitan mengikut pandangan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

Penceramah Bebas, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata beberapa surah al-Quran termasuk Surah Al-Baqarah menekankan pemberian susu ibu kepada anak dilahirkan sehingga ke usia dua tahun. Katanya, khasiat susu ibu dalam dunia sains terbukti memberikan kebaikan kepada bayi lantaran ia sempurna dan lengkap sejajar tempoh tumbesarannya.


“Bagaimanapun, jika susu diperoleh menerusi penderma dan dengan mudah ditempah menerusi internet, ia boleh menimbulkan keraguan terhadap hubungan antara bayi dengan wanita berkenaan.”

“Bagaimana pula hubungan antara bayi dan susu ibu itu dari sudut batasan tertentu termasuk hukum agama? Mengikut istilah syarak, penyusuan membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua tahun atau 24 bulan, sama ada disusukan secara langsung atau menggunakan medium lain termasuk susu perahan atau tiub. Penyusuan ke atas bayi dari segi syarak boleh digelar ibu susu apabila menerimanya daripada penderma sama ada menerusi tiub atau susu badannya sehingga lima kali kenyang,” katanya.

Dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman bermaksud: Ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.

Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagai mana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi: Maksudnya: Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.

Menurut Wan Akashah, apa yang dikhuatiri, jika penderma susu menjadi ibu susu kepada puluhan bayi, bagaimanakah status anak ketika mencapai usia dewasa. Mungkinkah akan wujud generasi masa depan yang berkahwin sesama sendiri yang juga mendapatkan susu daripada ibu susu (penderma) yang sama berikutan rangkaian pendermaan itu dilakukan secara global.

INFO

Syarat tertentu yang membolehkan anak yang disusui ini menjadi anak susuan (mengharamkan perkahwinan). Antaranya :

* Susu yang diminum sampai ke usus tidak kira caranya melalui buah dada atau botol susu. Ini bagi menepati konsep susuan itu menumbuhkan daging dan tulang anak itu.

* Penyusuan berlaku melalui mulut atau hidung, tidak termasuk dalam kategori ini jika diberikan melalui salur IV atau dicurahkan terus ke halkum dengan lain-lain cara dan lain-lain rongga seperti telinga, mata qubul atau dubur.

* Susu tidak bercampur dengan bahan lain. Jika tercampur bahan asing itu (air, susu tepung) dan sebagainya pada kadar lebih banyak, maka tidak berlaku pengharaman perkahwinan.

* Penyusuan adalah semasa kecil dan anak itu umurnya kurang dari dua tahun ketika disusui.

* Penyusuan adalah lima kali atau lebih dan setiap satunya membawa kepada kenyang/puasnya bayi itu. Jika terhenti atas sebab bertukar botol, atau menangis, atau pada kadar masa yang secara adatnya (mengikut umur dan kebiasaan) bayi itu belum menunjukkan dia puas, maka ia masih termasuk dalam kiraan satu kali susuan. Menurut Imam Malik, penyusuan ini mestilah berterusan selama dua tahun, namun pendapat ini tidak dikongsi oleh Imam yang lain.

Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Lunas Islam:

* Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita itu sudah mencapai usia sembilan tahun.

* Anak yang disusukan. Disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun.

* Susu ibu. Disyaratkan susu ibu yang diberi kepada bayi membantu pertumbuhannya.

* Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali (dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan). Maksud penyusuan mengikut kebiasaan ialah anda menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses sedemikian dikira sebagai 1 kali susuan.

* Ibu kandung boleh membenarkan anaknya mendapat susu daripada orang lain asalkan ibu susuan itu adalah dari orang-orang Islam dan bebas dari penyakit yang membahayakan.

* Jika proses penyusuan itu diselangi dengan keadaan tertentu yang tidak lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu, maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali susuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payu dara kanan ke sebelah kiri.




Petikan : 14/10/2011

Capaian entry berkaitan :
* Penyusuan Susu Ibu dari Pandangan Islam
* Tawar susu ibu di internet
* Susu ibu penawar alergi
* Susu ibu tidak ternilai
* Bolehkah menyusukan anak lebih dari dua tahun?
* Wanita bujang menyusukan anak angkat?
* Q&A : Harus makan pil hormon untuk menyusu anak angkat
* Bayi susu ibu IQ tinggi
* Q&A : Menyusu anak lebih 2 tahun
* Ibu susuan Nabi Muhamad
* Susu formula ciptaan tempatan
* Kesan susu formula
* Ais krim susu ibu mula dijual
* Khasiat Susu Ibu
* ‘Terlupa beri susu’

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails