“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Oktober 28, 2011

Masih mahu menolak hadis?



Sikap berhati-hati dalam menerima hadis adalah baik, tetapi jangan sampai jadi anti hadis

Kewajipan mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah satu perintah Allah SWT yang termaktub dalam al-Quran. Ðari segi istilah, ia disebut sebagai ittiba’.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah : Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah maka ikutilah aku (Nabi Muhammad), nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah ali-‘Imran 3:31)

Bagaimana proses untuk mengikut Nabi Muhammad SAW? Ada beberapa perkara yang penting untuk kita fahami. Antaranya adalah dengan mengikut sunnah yang sampai dengan riwayat yang sahih. Sikap menolak riwayat sunnah atau riwayat hadis secara keseluruhan adalah sikap golongan yang tidak mengikut perintah al-Quran agar Nabi diikuti.

Menolak hadis

Ada golongan dalam masyarakat Muslim yang menolak hadis secara total. Hujahnya ialah proses penulisan hadis yang lambat. Hadis dalam Sahih al-Bukhari contohnya ditulis pada kurun ke 3 Hijrah iaitu 200 tahun lebih selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Hadis juga tidak releven dengan suasana masyarakat moden. Selain itu, wujud hadis palsu dan daif.

Hadis Nabi ialah perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi SAW. Ada masanya Nabi SAW bersabda. Sabda dan ucapan Nabi ini dinamakan hadis. Ada masanya Nabi melakukan sesuatu perkara. Apa yang dilakukan oleh Nabi SAW juga menjadi hujah, lebih-lebih lagi dalam aspek ibadah. Ada masanya sesuatu perkara yang dilakukan para sahabat, Nabi SAW tidak mengingkarinya bahkan ada yang diakui oleh Nabi SAW. Inilah antara maksud hadis.

Sebenarnya penulisan hadis bukan bermula pada zaman Imam al-Bukhari. Penulisan hadis telah bermula sejak zaman awal Islam. Sudah ada beberapa orang sahabat yang turut menulis riwayat hadis. Imam Malik contohnya yang lahir sekitar tahun 80 Hijrah sudahpun menulis satu kitab hadis yang dikenali sebagai al-Muwatta’. Imam Malik sempat berjumpa dengan para sahabat Nabi yang masih hidup.

Selain penulisan, riwayat hadis juga dihafal dalam ingatan. Kemampuan mereka menghafal hadis amat mengagumkan. Bukan sekadar puluhanhadis, tetapi mencecah ribuan hadis.

Mengapa wujud hadis palsu?

Kewujudan hadis palsu tidak dinafikan. Terdapat pelbagai faktor kewujudan hadis palsu. Antaranya kerana pertikaikan politik. Contohnya hadis-hadis yang mengagung-agungkan Sayidina Ali bin Abi Talib dan Mu‘awiyah. Begitu juga hadis yang menghentam kedua-dua tokoh ini. Namun mereka berdua (Sayidina Ali dan Mu‘awiyah) tidak terlibat dalam proses penciptaan hadis palsu tersebut.

Ada juga disebabkan fanatic mahzab dan pendapat sendiri. Lalu pendapat mereka dikuduskan dengan riwayat hadis yang memuji mazhab mereka. Ada riwayat hadis yang mencela Imam al-Syafi’i, dengan dakwaan bahawa dia lebih berbahaya daripada iblis. Ada juga riwayat hadis yang mencela para ulama yang lain. Sikap mencela sesiapa sahaja apatah lagi golongan yang baik, soleh, berilmu dan sebagainya merupakan sikap yang tidak baik. Ia wajib dihindari.

Selain itu, disebabkan kuasa, pangkat, kekayaan dan pelbagai faktor lain. Maka menolak hadis palsu memang tuntutan Islam. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka sediakan tempat untuknya daripada neraka.” (Hadis riwayat Muslim, al-Muqaddimah, no 3)

Begitu juga sikap berhati-hati dengan hadis daif. Namun bukan semua ulama hadis menolak hadis daif. Ada hadis daif yang diterima sekiranya mempunyai asal yang kukuh. Lebih-lebih lagi jika hadis daif hanya sebagai galakan melakukan sesuatu perkara yang memang sabit daripada al-Quran ataupun hadis sahih.

Ðalam disiplin ilmu hadis, ada riwayat hadis yang diterima. Hadis ini adalah hadis yang cukup syarat seperti sambungan untaian sanad hadis, periwayat hadis yang adil dan kuat ingatannya serta tiada illat (kecacatan) pada hadis. Secara mudah, hadis yang dihukum sebagai hadis sahih dan juga hadis hasan menepati syarat-syarat hadis yang diterima.

Namun ada juga hadis yang ditolak. Hadis sebegini tidak mencukupi syarat riwayat hadis. Secara mudah, hadis palsu dan hadis sangat daif adalah ditolak. Oleh sebab itu, sikap berhati-hati dalam menerima hadis adalah baik, namun ia bukanlah berdasarkan hawa nafsu kita tetapi menurut disiplin ilmu yang telah dikaji oleh puluhan para ulama hadis. Ðisiplin ini menjadi medan kajian para ulama sejak zaman-berzaman.

Kenapa mahu menolak hadis?

Menolak hadis dan sunnah secara total adalah jelas satu sikap yang salah. Cuba fikirkan secara logik, antaranya :

1 – Sikap ambil berat sahabat Rasulullah

Cuba fikirkan bagaimanakah sikap para sahabat yang sangat mengutamakan sunnah Nabi SAW. Kalaulah hadis tidak langsung dipedulikan oleh umat Islam sejak zaman para sahabat lagi.

2 – Bagaimana melakukan ibadah khusus?

Cuba fikirkan bagaimanakah tatacara untuk melaksanakan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji jika tidak dikaji dalam hadis.

Ada pendapat yang menyatakan agar diambil terus daripada al-Quran. Persoalannya, adakah al-Quran menjelaskan secara lengkap? Jelas bahawa al-Quran meletakkan dasar. Contohnya mengenai solat. Ada perintah melaksanankan solat, membaca apa yang mudah daripada al-Quran berkaitan solat. Namun apa bacaan doa iftitah, bacaan ketika rukuk, iktidal dan sujud? Bagaimana dengan bilangan rakaat solat? Berapa kali sujud setiap rakaat? Bagaimana hukum pakaian ketika solat?

Kalau dikaji dalam al-Quran, kita akan mendapati al-Quran tidak menerangkan dengan lanjut perkara tersebut. Solat dalam al-Quran diterangkan mengenai perintah melaksanakan solat, rukuk, sujud dan khusyuk sahaja. Bagaimana rukun yang lain?

Ibadah puasa juga tidak dihuraikan dengan lanjut. Cuma ada perintah berpuasa, tegahan makan dan minum serta tegahan tidak bersama suami isteri pada siang hari bulan puasa dan waktu berbuka. Bagaimana degan tegahan puasa yang lain? Bagaimana kifarat puasa jika terlanggar tegahan puasa? Begitu juga aspek zakat dan haji.

Semata-mata berpegang dengan al-Quran akan menjauhkan kita daripada petnunjuk Nabi SAW. Ðalam erti lain, kita tidak mengikut Nabi SAW.

Hukum dibawa Rasulullah jelas

Ada pendapat menyatakan bahawa ibadah khusus tidak perlu merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, sebaliknya ia terus dirujuk kepada sirah Nabi Ibrahim a.s. Ini kerana Nabi Ibrahim a.s. adalah bapa para Nabi. Adakah endapat ini boleh diterima?

Cuba bayangkan periwayatan hadis Nabi Muhammad SAW yang jelas tertulis pun ditolak, bagaimana hendak merujuk sirah Nabi Ibrahim a.s.? Nabi Ibrahim a.s. wujud ribuan tahu sebelum Nabi Muhammad SAW. Sudah tentu sejarah Nabi Ibrahim a.s. tidak tercatat. Lagipun, hukum syariah setiap rasul adalah berbeza. Kenapa perlu diikut Nabi Ibrahim a.s. sedangkan ada hukum khusus dalam sunah Nabi Muhammad SAW?

Tidak ragu-ragu lagi, sikap menolak hadis keseluruhannya adalah salah dan ia membawa kepada peyimpangan daripada jalan yang lurus. Oleh sebab itu, berhati-hati dengan mana-mana fahaman yang menolak hadis secara total.

Wallahu‘alam.




Sumber : Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir Solusi Isu#32

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails