“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Oktober 22, 2011

Muzium Kapal Korek dibuka


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kapal korek...? Kapal apa tu? Haaa... Kalau hendak tahu, inilah rupa kapal korek. Rasanya tak ramai yang tahu apa fungsi kapal korek dan mungkin ada yang tidak sempat melihat kapal ini secara lebih dekat.

Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih timah. Kapal ini digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah di Malaysia, pada satu masa dahulu.

Ada beberapa skala kapal korek yang digunakan pada masa itu. Kapal korek yang paling besar di dunia ketika itu dikenali dengan Kapal 1. Ia hanya digunakan di beberapa lombong bijih di Tanjung Tualang, Perak. Ia lengkap dengan beberapa kemudahan seperti bilik rehat, dewan makan, surau, bilik mesyuarat dan bilik kawalan mutu. Walau bagaimanapun, Kapal 1 telah pun tiada tinggalannya di Tanjung Tualang kerana pada tahun 1980 ia telah dibuka dan dileraikan serta dihantar ke Phuket, Thailand. Ia dihantar dengan cara dipasang di laut dan ditarik pontoon dengan kapal tunda. Ada juga kapal korek yang kecil iaitu Kapal 3 dan Kapal 5.

Menurut sumber, kapal korek di Tanjung Tualang akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan. Monumen ini boleh dikunjungi awal tahun depan selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. Kapal korek bijih timah pertama dan satu-satunya yang masih tinggal di negara ini di Tanjung Tualang, dekat sini, akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan, ketika bermulanya Tahun Melawat Perak 2012.






Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata kerja pemulihan dan pembaikan monumen bersejarah yang dijadikan Muzium Kapal Korek itu kini di fasa pertama. Pelbagai aspek termasuk keselamatan diberi perhatian dalam kerja itu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul apabila dibuka kepada pihak awam khususnya pelancong.

Sebanyak RM420,000 dibelanjakan untuk membaikpulih kapal korek berkenaan, termasuk diapungkan dalam kedudukan baik berbanding sebelum ini dalam keadaan agak senget. Fasa kedua dan ketiga pula dijangka selesai menjelang akhir tahun ini iaitu membabitkan kerja baik pulih lain, termasuk mengecat dan membaiki sebarang kecacatan kapal korek sebelum dibuka kepada pelancong, katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan kerja ke kapal korek berkenaan.

Kapal korek berkenaan yang ada sejak 1913, dihadiahkan oleh Malaysian Mining Corporation (MMC) kepada kerajaan Perak sekitar 1990-an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancongan. MMC pernah bertanggungjawab menjalankan aktiviti perlombongan bijih di Perak, khususnya di kawasan sekitar Tanjung Tualang, Changkat Tin, Sungai Galah dan yang terakhir di Kampung Changkat Pinggan.

Menurut Hamidah, peruntukan diperoleh hasil pelaksanaan tabung program Save The Dredge melalui kerjasama kerajaan negeri dan pengusaha bijih timah dalam usaha menyelamatkan satu-satunya kapal korek yang masih wujud di negara ini. Beliau yakin ia bakal menjadi satu produk pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke Perak.


Kellie's Castle

Selain kapal korek, terdapat satu lagi produk pelancongan di negeri Perak, iaitu Kellie's Castle. Peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu RM3.8 juta untuk kerja menyediakan infrastruktur manakala RM1.2 juta untuk kelengkapan dalaman. Menurut sumber, kira-kira 66,000 pelawat melawat Kellie's Castle sepanjang tahun lalu berbanding 54,000 (2009) dan 45,000 (2007).

Laman-Seri : Moh jalan-jalan ke Perak!




Sumber : BHarian 20/10/2011, Ms.Wikipedia ~ Kapal korek dan En.Wikipedia ~ Kellie's Castle.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails