“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Oktober 23, 2011

Budak kena gilis di China mangsa undang-undang lapuk



MEDIA di China dan pelayar internet di seluruh dunia awal minggu ini mengecam ketandusan nilai kemanusiaan yang dipaparkan penduduk bandar Foshan di wilayah Guandong berikutan satu kemalangan membabitkan seorang kanak-kanak kecil.

Insiden berkenaan menyaksikan kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun itu dilanggar dua kali oleh dua van berlainan di sebuah jalan raya. Kanak-kanak itu yang berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan, tidak langsung dibantu oleh lebih 10 orang yang lalu lalang di jalan yang sempit itu.

Insiden pada 13 Oktober itu dirakam oleh kamera kawalan dan disiarkan oleh stesen televisyen Southern Television Guangdong (TVS). Penonton televisyen di Malaysia turut menyaksikan insiden itu apabila ia disiarkan sebagai berita utama oleh TV3.

Pemandu van putih yang pertama melanggar kanak-kanak itu meninggalkan mangsa kecilnya itu berlumuran darah di tepi jalan. Kira-kira enam minit kemudian, lebih 10 orang lalu di jalan itu dan tidak seorang pun melakukan apa-apa untuk membantunya. Kanak-kanak itu kemudian digelek oleh sebuah van lagi dan hanya selepas itu seorang wanita tua yang mengutip sampah membantu mangsa. Wanita tua itu memberitahu ibu kanak-kanak itu mengenai nasib malang anaknya.



Mangsa yang dibawa ke hospital kini dalam keadaan koma. Doktor berkata kanak-kanak perempuan itu kini dianggap ‘mati otak’ dan pada bila-bila masa boleh menghembus nafas terakhirnya. Walaupun sejak itu pemandu kedua-dua van terbabit sudah ditahan polis, insiden berkenaan memeranjatkan orang ramai dan mencetuskan debat mengenai tahap moral di negara itu. Apakah nilai kemanusiaan sudah lenyap langsung di China? Apakah pembangunan pesat sesebuah negara akan membuatkan seseorang terlalu sibuk mengejar kemewahan sehingga tidak lagi hirau mengenai nasib insan yang lain?

Debat yang sama turut berlaku di Britain apabila seorang pelajar Malaysia dipukul perusuh yang berpura-pura membantu mangsanya yang jatuh daripada basikal yang ditungganginya. Selepas insiden berkenaan, penduduk Britain mula menyoal keruntuhan tahap moral di negara itu. Mereka mula melihat apakah punca keruntuhan itu dan mempersoalkan sama ada sistem pendidikan negara menyumbang kepadanya.

Namun insiden terbaru di China itu bukan saja membabitkan soal moral. Kanak-kanak kecil terbabit mungkin juga menjadi mangsa kepada undang-undang yang tidak memihak kepada mereka yang membantu mangsa kemalangan. Ramai di China enggan membantu mangsa kemalangan kerana bimbang mereka akan dipersalahkan kemudian. Beberapa kes berprofil tinggi sebelum ini menyaksikan mereka yang membantu disaman oleh mangsa yang dibantunya.

Mungkin atas alasan inilah lebih 10 orang yang lalu lalang di depan kanak-kanak malang berkenaan enggan membantunya. Apa sekali pun moral yang tinggi yang dibanggakan rakyat China sebelum ini kini dilihat mula lenyap, digantikan dengan kegilaan mencari keuntungan dan menghimpun material. Apa-apa undang-udang dirangka sekali pun tidak akan menyelesaikan masalah keruntuhan nilai kemanusiaan ini. Apa yang penting ia harus dipupuk oleh pendidikan baik di sekolah, mahupun di rumah.

Laman-Seri : Saya sempat melihat rakaman yang disiarkan di buletin utama TV3. Agak sadis jika anda juga melihat pemandu van kedua ‘melanyak’ kanak-kanak ini tanpa rasa bersalah sedikit pun...




Sumber : BHarian 22/10/2011

1 ulasan:

  1. assalamualaikum

    erm, betul la kan, sangat tragis je tengok video tu. tak sangka manusia ni ibarat haiwan je dorang buat. astaghfirullahalazim.

    saya bab undang2 ni kurang arif. tapi kan, kalau diikutkan sepatutnya ujud undang2 untuk keadilan dan bela mana yang teraniaya. tapi sekarang, dengan undang2 jugak boleh teraniaya. thanks for sharing. :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails