KUALA LUMPUR: Kursus pra-perkahwinan yang kini diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula supaya ia lebih bersesuaian dengan isu semasa terutama dengan gaya hidup golongan muda yang semakin berubah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata gaya hidup golongan muda kini berbeza dari masa dahulu dan perlu diambil kira sebagai salah satu punca kepada timbunan masalah perceraian di kalangan golongan itu.
"Saya melihat dalam kontek yang lebih luas, gaya hidup mereka, kehidupan sosial, pendidikan dan akhlak yang sudah menjadi lumrah, bahkan mereka melihat perceraian sebagai satu gaya hidup," katanya menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mengenai meningkatnya kes perceraian bagi golongan itu sungguhpun mereka sudah mengikuti kursus pra-perkahwinan.
Jamil Khir juga berkata, bagi mempercepatkan perbicaraan kes di mahkamah syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri merangka dan meluluskan 125 arahan amalan daripada pelbagai sudut pengurusan bermula pada 2000 hingga tahun lalu.
Beliau berkata, arahan amalan yang wajib dipatuhi semua pengamal undang-undang itu merangkumi pendaftaran kes, pengurusan fail, tatacara pengendalian kes oleh hakim, pengurusan rekod selepas perbicaraan dan etika hakim serta peguam syarie.
Bagaimanapun, beliau berkata, usaha mempercepatkan perbicaraan sesuatu kes tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak mahkamah saja kerana prosesnya tidak sama dengan permohonan sesuatu dokumen seperti lesen.
Menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mendakwa masih wujudnya kelewatan terhadap urusan perbicaraan akibat kelemahan jabatan itu, Jamil Khir berkata, sehingga kini tiga hakim syariah wanita dilantik sejak tahun lalu bertujuan bagi mengurangkan kes tertunggak di mahkamah syariah.
"Dengan harapan bahawa dengan rasa keprihatinan dan tanggungjawab mereka terhadap wanita ia akan mempercepatkan perbicaraan," katanya. - BERNAMA
Petikan : BHarian 05/10/2011
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Oktober 05, 2011
Kursus pra-perkahwinan perlu disusun semula
Susunan :
Bawang Goreng
pada
10/05/2011 04:15:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Modul kursus praperkahwinan perlu transformasi ~ BHarian 06/10/2011
BalasPadamUMUM maklum setiap pasangan Islam yang ingin berkahwin wajib mengikuti kursus praperkahwinan. Ada pula yang mengikuti kursus berkenaan sebaik tamat persekolahan dan diikuti bertahun-tahun sebelum mereka berkahwin.
Namun, saya berpendapat modul kursus praperkahwinan pada masa ini adalah seperti ‘melepaskan batuk di tangga.’ Pesertanya pula boleh dikatakan tidak mendapat apa-apa manfaat. Berikutan itu, adalah wajar kursus ini dihadkan kepada peserta yang memang bersedia berkahwin saja bagi memastikan ilmu diterima dapat digunakan kemudian.
Namun, apa yang berlaku sekarang, penganjur kursus banyak menerima peserta dalam kalangan lepasan sekolah yang semata-mata menghadirinya untuk mengisi masa lapang. Akibatnya mereka hadir dengan kepala kosong dan berada dalam dewan sekadar mendengar celoteh lucu penceramah.
Saya ingin menyarankan pihak berkenaan supaya mengambil tindakan merombak modul kursus agar lebih relevan dan dapat memberikan kesan lebih baik terutama apabila peserta itu berkahwin kelak. Syor ini dibuat kerana mengambil kira kadar perceraian tinggi dalam kalangan pasangan Islam termasuk yang baru berkahwin.
Masalah ini secara tidak langsung menyumbang kepada pelbagai masalah sosial yang berlaku sekarang yang antaranya berpunca daripada tindakan pihak berkuasa agama sendiri yang tidak serius dalam menganjurkan kursus dan lebih malang lagi kerana mereka sewenangnya ‘menswastakannya’ kepada pihak lain.
Ada sesetengah penganjur kursus ini mengambil jalan mudah dengan menjemput penceramah yang kurang mahir dalam aspek ceramah mereka sedangkan tanggungjawab penceramah dalam kursus seumpama itu adalah berat kerana perlu memberi kesedaran kepada peserta yang bakal menempuhi alam perkahwinan.
Adalah lebih wajar jika kursus praperkahwinan diadakan dengan cara seperti mana pelaksanaan kursus Biro Tatanegara. Cara ini dirasakan lebih bermanfaat dan pesertanya pula dimestikan mematuhi disiplin yang ditetapkan.
Mana-mana peserta didapati ingkar terhadap peraturan dan tata-laku, sepatutnya disingkirkan kerana dianggap belum bersedia untuk berkahwin.
CHE DIN,
Tanah Merah, Kelantan.