“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Oktober 20, 2011

Priapism ereksi boleh berterusan hingga 4 jam

~ gambar hiasan ~


Bagi lelaki yang gemar mendapatkan perkhidmatan urutan batin semata-mata untuk menikmati keseronokan, sebaik-baiknya anda berwaspada.

Ini kerana ia membawa kepada kesengsaraan yang bakal anda tanggung seumur hidup. Ini kerana melakukan urutan batin pada bahagian alat kelamin boleh menyebabkan ereksi yang berpanjangan sehingga lebih empat jam atau dalam istilah perubatannya ialah priapism.

Jika dalam tempoh berkenaan keadaan itu tidak diberikan layanan sebagai kecemasan perubatan, ereksi yang diiringi dengan kesakitan itu boleh berlarutan sehingga lebih 12 jam lamanya akan menyebabkan kerosakan kekal.

Priapism terjadi apabila air mani telah keluar tetapi alat kelamin masih tegang. Ini berlaku kerana darah yang disekat daripada keluar masih tersekat di alat kelamin. Disebabkan oleh kekurangan oksigen dan penambahan asid, alat kelamin akan sakit dan terus tegang kerana darah yang masuk tidak dapat mengalir keluar.

Apabila ereksi berterusan sehingga lebih empat jam, darah yang terperangkap di dalam alat kelamin akan mula menebal disebabkan oleh kekurangan oksigen. Jika dibiarkan, ia boleh mencederakan tisu-tisu zakar hingga meninggalkan kesan berparut (fibrosis) dan keras. Alat kelamin kemudiannya akan hilang ketegangan dan pesakit sukar mencapai ketegangan penis secara kekal.

Gejala
• Ereksi yang berpanjangan sekurang-kurangnya empat ke enam jam
• Ereksi yang tidak mempunyai kaitan dengan dorongan seksual, atau yang berterusan sekalipun selepas menerima rangsangan seksual ataupun orgasma/puncak syahwat berakhir
• Ereksi yang menyakitkan
• Penis tegang tetapi berasa lembut pada hujungnya.

Jenis-jenis

1. Iskemik (aliran rendah) di mana aliran darah keluar penis lemah atau terhalang, selalu terjadi di kalangan individu yang sihat. Bentuk ini mewakili kira-kira 90 peratus kes priapism dan dikira sebagai satu kecemasan perubatan yang memerlukan perhatian segera pakar

2. Bukan iskemik (aliran tinggi). Jenis ini lebih kurang ditemui, kurang menyakitkan dan boleh jadi juga, langsung tidak menyakitkan. Lazimnya, ia sering dikaitkan dengan pembuluh darah yang pecah disebabkan oleh trauma dan kecederaan pada zakar atau kawasan yang terletak di antara skrotum/buah zakar dengan anus/dubur.

Disebabkan kepincangan pembuluh darah

Priapism terjadi disebabkan oleh kepincangan pembuluh dan saraf-saraf darah di mana darah terperangkap di dalam dan tidak boleh keluar daripada tisu-tisu zakar yang mempunyai kaitan dengan ereksi.

Penggunaan atau penyalahgunaan ubat-ubatan tertentu boleh mencetuskan priapism. Antara ubatan tersebut ialah ubatan oral (yang dimakan) bagi menguruskan ED seperti sildenafil, vardenafil dan tadalafil, ubat antidepresan mahupun pencair darah seperti heparin. Rata-rata pesakit berupaya mengambil ubat ini dengan risiko priapism yang sangat rendah. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, tanda dan gejala boleh bermula dalam masa beberapa minggu ke beberapa bulan kemudian.

Rawatan

Berita baiknya, rawatan awal boleh menyelamatkan kelelakian anda. Lazimnya apabila priapism terjadi, pesakit akan berasa sakit dan ubat tahan sakit akan diberikan. Selepas itu, darah dari alat kelamin akan disedut keluar dan air suling (larutan salina normal) akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang tersekat di alat kelamin.

Pada masa yang sama ubat adrenergic agonist dimasukkan beberapa kali ke dalam alat kelamin hingga priapism itu hilang. Tiada ubat untuk dimakan yang berkesan bagi merawat priapism.

Jika darah yang dikeluarkan dari alat kelamin tidak berkesan, maka pembedahan terpaksa dilakukan. Tujuan pembedahan adalah untuk mencantumkan saluran darah yang tersumbat di alat kelamin dengan saluran lain supaya perjalanan darah menjadi lancar dan priapism akan hilang.

Jika ia tidak diubati secepat mungkin iaitu kurang dari 12 jam, ia akan menyebabkan fungsi alat kelamin menjadi lemah. Kebanyakan pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana malu dan kurang pengetahuan tentang penyakit ini atau pergi mendapatkan rawatan tradisional.




Sumber : MW#1456

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails