Ada sesekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana hendak mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.
Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.
Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.
Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.
Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Ðia melompat keluar dengan girangnya.
Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah 94:5-6)
Sumber : Solusi Isu#32
Capaian entry berkaitan :
* Birokrasi yang menyusahkan
* Katakter penghuni syurga dan neraka
* Ðendam, penyakit yang tidak kelihatan
* Tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik
* Iktibar daripada sebatang pensel
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Oktober 11, 2011
Kambing dan perigi buta
Susunan :
Bawang Goreng
pada
10/11/2011 10:32:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kiasan dan cerita yang baik. Sebenarnya niat baik seseorang akan Allah gantikan dengan yang lebih baik ialah Allah hidupkan kambing. Jadi selalulah niat yang baik dalam setiap usaha.
BalasPadam