Ðaripada Harithah bin Wahb, bahawa suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud, “Mahukah kamu semua aku beritahu (sifat-sifat) ahli syurga?”
Para sahabat menjawab, “Ya.” Baginda bersabda lagi, “Setiap orang yang lemah dan dilemahkan (da’if mutada’af), andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya. Mahukah aku beritahu kepadamu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar (‘utul), berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir).”
Hadis ini sahih dan diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kedua-dua kitab Sahih mereka. Ia mengandungi perkara yang penting untuk kita renungi bersama.
Ahli syurga dan neraka dapat dikenal pasti sejak di dunia lagi menerusi sifat-sifat yang terdapat dalam diri mereka. Rasulullah SAW memberitakan sifat-sifat itu dengan tujuan agar kita dapat bermuhasabah diri. Ini kerana sifat-sifat ini menggambarkan kebanyakan ahli syurga dan ahli neraka. Sesiapa yang memiliki sebahagian daripadanya, dapat dipastikan akan masuk ke tempat yang telah ditetapkan baginya.
Sifat ahli syurga
Salah satu sifat ahli syurga ialah lemah dan dilemahkan, yakni orang fakir dan dihina. Meraka tidak pernah disanjung dan dipuji, malah sering diremehkan kerana keadaan hidupnya. Ðemikianlah tafsiran makna kalimat (da’if mutada’af) ini menurut para ulama termasuklah Imam al-Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Sebahagian ulama mentafsirkannya dengan makna lain. Al-Qadi ‘Iyyad berkata, “Boleh jadi, kalimah lemah di sini bermakna; hati yang lembut, halus dan tunduk kepada keimanan.”
Apabila ditanya makna hadis ini, Ibn Khuzaimah menjawab, “Iaitu orang yang melepaskan dirinya daripada daya dan upaya sebanyak 20 hingga 50 kali setiap hari.”
Maksudnya, ahli syurga ini selalu menyedari kelemahan diri tanpa bantuan daripada Allah SWT. Maka, dia memperbanyakkan kalimat, “la haula wa la quwwata illah billah” yang bermaksud tiada daya dan upaya kecuali dengan (bantuan) Allah SWT.
Imam al-Syafi’i pernah berkata, “Lemah merupakan sifat manusia yang paling jelas. Sesiapa yang selalu menyedari sifat ini, dia akan memperoleh istiqamah bersama Allah SWT.”
Semua tafsiran ini tidak bercanggah antara satu sama lain, malah saling melengkapi. Ini dapat dirumuskan, ahli syurga memiliki hati yang lemah lembut dan halus, selalu bersikap tawaduk dan menyedari kelemahan diri di hadapan Allah SWT.
Bukan mustahil bagi orang seperti ini sering kali diremehkan dalam pergaulan kerana sifat mereka yang enggan menonjolkan diri dan selalu mengalah. Padahal, jika mereka mengangkat tangannya untuk berdoa, Allah pasti memustajabkan setiap apa yang dimintanya.
Sifat ahli neraka
Apabila kita beralih kepada sifat-sifat ahli neraka sebagaimana yang disebutkan Nabi SAW, keadaannya songsang 180°. Ahli neraka digambarkan sangat kasar ucapan dan perbuatannya.
Mereka suka bertengkar dan kuat berselisih. Ðalam setiap perdebatan, pantang bagi mreka untuk mengalah walaupun perkata itu sangat remeh. Malah, mereka enggan mengalah meskipun menyedari kesilapan daripada dirinya sendiri. Apabila diingatkan dan dinasihati, mereka segera emnunjukkan reaksi marah.
Orang seperti ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Manusia yang paling Allah benci ialah orang yang sangat kuat bertengkar.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Antara sifat ahli neraka yang lain pula adalah sangat angkuh dan sombong. Keangkuhan itu sangat jelas kelihatan dalam penampilan dan gerak-gerinya. Apabila berjalan, langkah mereka seperti orang yang angkuh. Apabila berbicara, lidah dan bibirnya dibentuk dengan gaya khas. Mereka selalu ingin berbeza daripada orang ramai dan meminta untuk dihormati.
Ðaripada Zaid bin Aslam, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Langit menangis melihat hamba yang diberikan kesihatan badannya, dilapangkan perutnya dan diberikan kenikmatan dunia, namun dia sangat zalim semasa manusia.” (Hadis riwayat Ibn Jarir al-Tabari dengan sanad mursal)
Jangan keras hati
Semua sifat ini berpunca daripada satu sumber iaitu kekerasan hati. Hati yang keras akibat daripada dosa-dosa yang telah menutupi cermin hati. Apabila hati telah keras, maka maksiat tidak lagi dirasakan sebagai dosa. Malah, maksiat itu terasa begitu ‘manis’ dan ‘nikmat’.
Pemilik hati yang keras tidak memiliki sifat belas kasihan. Ucapan dan sikapnya tampak kasar walaupun terhadap ibu bapanya, anak-anaknya, isteri atau suaminya dan apatah lagi kepada kawan-kawannya.
Hati yang kasar tidak tersentuh dengan kata-kata hikmah. Matanya kering kerana air mata tidak pernah dititiskan kerana nasihat. Suatu hari nanti, mata seperti ini akan dipaksa menangis kerana azab yang Allah timpakan kepadanya. Jika tidak di dunia, maka azab itu pasti menimpanya di akhirat kelak.
Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialah pemilik hati yang keras.”
Sumber : Solusi Isu # 35
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, September 28, 2011
Katakter penghuni syurga dan neraka
Susunan :
Bawang Goreng
pada
9/28/2011 04:22:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...