“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, September 15, 2011

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun



TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu. Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.

Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.

Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily. Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.

Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.

Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi




Petikan : Kosmo!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails