“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, September 05, 2011

Syarat tambahan bela wanita

Baca taklik dari sumber TripWow

Lafaz taklik jamin hak isteri ketika hadapi masalah rumahtangga

KUALA LUMPUR: Wanita berdepan dilema pandangan serong masyarakat terutama keluarga bakal mentua, yang menganggap mereka sebagai terlalu berkira apabila bertindak memasukkan syarat tambahan dalam lafaz taklik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata ini berikutan pelaksanaannya masih janggal di Malaysia sehingga menyebabkan perkara berkenaan dilihat lebih bersifat ‘demand’ walaupun sebenarnya dibenarkan Islam, malah bukan perkara pelik di negara Arab. Pada masa sama, wanita sendiri harus celik serta memahami hak mereka yang dilindungi undang-undang Islam, sekali gus sentiasa beringat sebagai jaminan masa depan masing-masing. Ramai wanita tidak mengambil tahu kepentingan perkara itu ketika gembira atau teruja untuk berkahwin, sehinggalah mereka kemudian menghadapi masalah rumahtangga.

“Masyarakat perlu mengubah tanggapan serong, sebaliknya berpandangan positif selagi syarat tambahan itu tidak melanggar syarak kerana ia memang dibolehkan dalam Islam untuk melindungi kebajikan wanita selepas berkahwin. Perkara itu tidak menganiaya mana-mana pihak berikutan ia dibuat atas persetujuan bersama pasangan yang ingin berkahwin. Sebagai contoh, syarat tambahan berhubung berpoligami, ia tidak dihalang, tetapi suami mesti memaklumkan, bertindak adil dan isteri bersedia. Bagaimanapun, wanita dinasihat berhati-hati ketika meletakkan syarat tambahan dalam lafaz taklik supaya tidak menjerat diri mereka pada masa depan,” katanya ketika dihubungi BHarian.

Akhbar BHarian Rabu lalu melaporkan wanita boleh meletakkan syarat tambahan termasuk tidak membenarkan suami berpoligami atau melarang isteri bekerja, dalam lafaz taklik untuk memastikan kebajikan dan nasib mereka selepas berkahwin terjamin.

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Na`im Mokhtar berkata syarat tambahan itu dibenarkan, tetapi jarang digunakan kerana wanita tidak mengetahui atau tidak didedahkan mengenainya.

Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Normi Abdul Malek, pula berkata maklumat peruntukan syarat tambahan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam wajar dimaklumkan kepada bakal pasangan suami isteri ketika menjalani kursus kahwin.

“Ini boleh mengelak timbul isu bakal pengantin wanita tiada pengetahuan atau maklumat berhubung hak diperuntukkan dan mereka dapat berbincang dengan pasangan masing-masing untuk persetujuan bersama menjelang perkahwinan,” katanya.

Pendakwah bebas yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Hassan Din Al-Hafiz, berkata wanita tidak boleh meletakkan syarat menghalang bakal suami berpoligami kerana Islam mengharuskannya.

“Wanita boleh meletakkan syarat bahawa ia dibolehkan dalam keadaan tertentu yang diharuskan syarak seperti isteri mandul serta dibenarkan mahkamah, bagi memastikan suami tidak berpoligami dengan sewenang-wenang,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata setiap pasangan bakal pengantin harus lebih mengutamakan amanah, tanggungjawab serta keyakinan dalam perkahwinan sebagai anugerah Allah SWT, berbanding ‘mengikat’ dengan pelbagai syarat dalam lafaz taklik.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Nor, berkata lafaz taklik lazim yang sedia ada pada Surat Perakuan Nikah sudah memadai, tetapi aktiviti untuk meningkatkan pemahaman wanita terhadap hak mereka harus diperhebat.

Syarat tambahan dalam lafaz taklik perlu relevan

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang kelmarin dilaporkan meminta masyarakat mengubah tanggapan serong apabila seseorang bakal isteri meminta dimasukkan syarat tambahan dalam lafaz taklik. Menurut beliau syarat tambahan selagi tidak melanggar syarak tidak menganiaya mana-mana pihak berikutan ia dipersetujui bersama pasangan yang ingin berkahwin. Pandangan itu dibuat berikutan kecenderungan sesetengah keluarga bakal mentua menganggap bakal menantu mereka terlalu ‘meminta-minta’ jika mahu memasukkan syarat tambahan kepada lafaz taklik asas yang memang dicatatkan dalam Sijil Perakuan Nikah dikeluarkan setiap pihak berkuasa agama negeri.

Walaupun lafaz taklik dalam sijil berkenaan berbeza dari negeri ke negeri, secara asasnya ia menyentuh mengenai kegagalan suami mendekati atau memberi nafkah kepada isterinya untuk tempoh tertentu yang tidak terputus-putus. Kebanyakan negeri juga meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Apabila terjatuhnya talak itu, implikasinya, suami tidak boleh meniduri isterinya selagi perkahwinan itu tidak dirujuk semula.

Berikutan sesetengah pihak masih menganggap peruntukan dalam lafaz taklik berkenaan tidak memadai, maka mereka bertindak memasukkan syarat tambahan ini. Antara syarat tambahan yang lazim dimasukkan adalah berhubung berpoligami dan larangan bekerja. Hujah diberi bagi menyokong syarat tambahan ini ialah ia dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam kebanyakan negeri serta dapat melindungi kebajikan wanita selepas berkahwin.

Secara asasnya kemasukan syarat tambahan itu tidak harus ditentang mana-mana pihak, sekiranya dipersetujui bakal suami yang mempunyai hak untuk menjatuhkan talak. Namun, kedua-dua bakal suami isteri harus meneliti syarat tambahan hendak dimasukkan itu. Sebagai contoh syarat jatuh talak jika suami melarang isteri bekerja mungkin dilihat wajar pada awal perkahwinan. Namun apabila pasangan itu sudah mendapat anak dan wujud keperluan isteri berada di rumah untuk mengurus keluarga, suami harus mempunyai pilihan untuk meminta isterinya berhenti kerja.

Masalah tidak akan timbul jika permintaan ini dipersetujui isteri, tetapi apabila sebaliknya berlaku maka syarat tambahan lafaz taklik itu akan memakan diri pula. Seelok-eloknya jika syarat tambahan ini dikira mendesak dan sudah menjadi lazim, ia harus dimasukkan ke dalam lafaz taklik asas yang disediakan pihak berkuasa agama negeri. Setidak-tidaknya langkah ini mampu menghindar syarat tambahan yang tidak masuk akal atau akan kemudian menjerat diri dipersetujui bakal suami isteri yang dalam keghairahan untuk berkahwin terlupa meneliti implikasinya.




Petikan : BHarian 05/09/2011 dan BHarian 06/09/2011

Capaian entry berkaitan :
* Taklik poligami - Pilihan bukan kemestian
* Lafaz taklik wajar diseragamkan
* Hak Muslim : Mahu tuntut cerai taklik

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails