“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, September 02, 2011

Riak dan pembaziran rosakkan kesucian Aidil Fitri



Assalamualaikum warahmatullah,

Anda tentu pernah melihat iklan sebuah pasaraya perabot di televisyen yang rancak disiarkan hampir setiap hari di sepanjang bulan Ramadan tahun lepas, situasi di mana seorang lelaki baru saja membeli sofa baru dan tidak lama kemudian jirannya pula mendapat penghantaran barang, bukan sahaja sofa, malah serba serbi perabot lain berserta barangan elektrik dan hadiah kerana ‘shopping dulu kemudian bayar’ di pasaraya perabot berkenaan. Teruja dengan hadiah dan barangan lain-lainnya atau boleh jadi juga mahu menyahut ‘cabaran’ secara tidak langsung daripada jirannya, lelaki tersebut terus mengajak isteri dan anaknya shopping di pasaraya perabot yang diiklankan.

Untuk tahun ini pula, setiap hari disisipkan iklan yang sama dalam akhbar harian yang dibeli, kali ini dengan kalimat ‘tanpa bayaran sehingga 2012’ dan ‘beli satu percuma tiga’ .... hemmmm.... pandai sungguh mereka memasang ‘jerat’!

Nampaknya dalam bab berlumba-lumba menukar itu ini hanya untuk meraikan Aidil Fitri bukan kaum wanita sahaja yang menjadi sasaran pengiklan, kini kaum lelaki juga digalakkan bagai diseru-seru menyahut bisikan syaitan yang menghasut supaya melakukan pembaziran.

Mari kita ikuti kisah ini pula...

Langsir tahun lepas masih cantik lagi, sofa pun elok, begitu juga perhiasan rumah. Tapi disebabkan malu kepada jiran-jiran yang sudah pun bertukar perabot rumah, akhirnya terpaksalah Ida menyambut seruan jiran-jiran yang mengajaknya bersaing secara tidak langsung.

Awalnya Ida mahu membuat pinjaman bank tetapi sebab terlalu leceh, akhirnya dia meminjam daripada Along. Maka bermulalah detik-detik berpesta menghambur wang tanpa sedar dengan bunga pinjaman haram yang tinggi. Bukan Along gelaran yang selalu disebut-sebut untuk abang atau kakak yang sulong, sebaliknya lintah darat atau mereka yang digelar ‘Ah Long’.

Suami pula tidak tahu-menahu sebab segala-galanya diuruskan isterinya. Ida bagaimanapun hanya bekerja sebagai kerani biasa. Ðisebabkan suami sibuk dengan bisnes catering apatah lagi di bulan Ramadan dan perayaan ini, maka Ida diberi kebebasan mengurus keperluan hari raya.

Tiga anak mesti dibelikan baju baru setiap seorang lima pasang, kasut dan selipar baru, sampai telefon bimbit pun hendak yang baru.

“Bolehlah bergaya di depan anak-anak saudara yang lain,” bisik Ida girang dalam hati.

Hadiah untuk saudara mara di kampung mesti yang mahal dan bermutu, kalau tidak malulah dikata orang kedekut. Persediaan rumah terbuka pun serba mewah, tidak mahu kalah dengan jiran-jiran setaman perumahan. Satu lagi tentang ‘angpau’ tebal yang mesti lebih tinggi dari ‘angpau-angpau’ jiran lain. Wah, segalanya cukup sempurna mengikut kehendak nafsu seorang Ida yang malang!

Akibat terlalu ghairah, akhirnya dia menyesal menanggung beban hutang. RM50 ribu lesap sekejap dalam gemerlapan Aidil Fitri. Boleh jadi hutang itu takkan habis dibayar sehingga raya tahun hadapan.

Ðengan gaji Ida yang cukup-cukup makan dan pendapatan suami yang tidak menentu, pastinya bala bencana akan datang sehabis musim raya berakhir. Kerana nafsu, sengsara badan menanggung hutang.

Keinginan dunia melampaui batas

Apakah ini tujuan ibadah puasa dan hari raya? Kalaulah umat Islam melakukan kerja-kerja riak yang tidak berfaedah sebegini, maka hilanglah keikhlasan ibadah kita. Semua mahu menunjuki-nunjuk dan dengar apa orang kata. Padahal, puasa dan hari raya semestinya membersihkan seseorang dari penyakit riak di samping untuk mengawal hawa nafsu jahat dan menuluskan keikhlasan hanya untuk beribadah kepada Allah SWT.

Jangan selewengkan kesucian ibadah dengan keinginan dunia yang melampaui batas, dunia sememangnya manis dikecapi tetapi akibat yang akan ditanggung selama-lamanya pahit, seksa dan sengsara!

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Hud 11:15~16)

Saudara syaitan

Tidakkah mereka takut gelaran yang diberikan Allah SWT kepada orang-orang yang suka membazir? Mereka dipanggil saudara syaitan disebabkan hati mereka tunduk kepada harta dan menyembah harta, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Israa’ 17:27)

Ðari Anas bin Malik r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut (hawa nafsu)-nya melainkan tanah (maut) dan Allah menerima taubat siapa yang taubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Mereka yang tertipu oleh kemewahan dunia sudah pasti telah kehilangan ingatannya kepada akhirat. Harta telah menjadikannya takbur, lupa akan matlamat hidupnya di dunia. Ðari mana dia datang, ke mana hendak dituju, siapakah Pemegang ubun-ubunnya, Penguasa hidup dan matinya. Ketika ajal telah sampai ke halkum kerongkong barulah sedar hartanya tidak mampu menolongnya, kemudian dia berkata, “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?” (Surah al-Munaafiquun 63:10)

Alangkah baiknya ketika nyawa dilucutkan dari jasad, kita berkata-kata sebagaimana sahabat Rasulullah SAW yang bernama Muaz bin Jabal berkata : “Selamat datang wahai kematian, Kekasih yang diinginkan telah datang. Tiada yang daku sesalkan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menginginkan hidup menanam pepohonan dan mengalirkan sungai-sungai di sepanjang istana rumahku, aku tidak menginginkan hidup untuk kemewahan tetapi sesungguhnya aku mencintai kehidupan ini untuk menundukkan wajahku kepada-Mu di atas tanah, bersama dengan orang-orang alim di dalam majlis ilmu-Mu, dan berharap dengan ketakutan kepada-Mu di malam yang gelap.”

Apakah hari raya nanti umur kita masih panjang lagi? Apakah kata-kata terbaik yang akan kita sampaikan dalam doa kita kepada Allah SWT setelah kita melalui ibadah puasa selama sebulan? Apakah harta kita menyebabkan kita jauh daripada Allah atau sebaliknya?

Renung-renung dan fikir-fikirkan.



Rujukan : Ðr Juanda Jaya, MW#1399

1 ulasan:

  1. org kita mmang mcmtu pon..ceramah p la cmna pon...klau dah habit cmtu...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails