“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, September 16, 2011

Koperal tembak mati remaja dijel

NORSIAH (kanan) bersama seorang ahli keluarga selepas mendengar keputusan kematian Aminulrasyid yang ditembak polis tahun lalu.

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Koperal Jenain Subi selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada 2010.

Hakim Latifah Mohd. Tahar bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman yang diarahkan berkuat kuasa semalam bagi membolehkan Jenain membuat rayuan berhubung keputusan itu.

Latifah mengekalkan jumlah jaminan RM10,000 sementara menunggu keputusan rayuan tertuduh.

Dalam penghakimannya, Latifah berkata, mahkamah membuat keputusan Jenain bersalah selepas mengambil kira keterangan tertuduh di akhir kes pembelaan yang mengaku melepaskan 21 das tembakan dalam kejadian itu.

Selain itu, tertuduh juga bersetuju bahawa kelajuan kereta Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023 dipandu remaja itu semasa memasuki Jalan Tarian 11/2 pada 26 April 2010 semakin perlahan dan kereta itu tidak membahayakan mana-mana pihak termasuk terhadap diri tertuduh.

JENAIN dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

"Disebabkan keadaan tidak membahayakan tertuduh tidak perlu melepaskan tembakan lebih-lebih lagi 21 das," kata Latifah.

Jenain, 49, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 hingga 2 pagi pada 26 April 2010 selepas melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu remaja itu.

Bapa kepada empat orang anak berumur antara 15 hingga tiga tahun itu dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

AMINULRASYID

Selain itu, Latifah dalam hujahnya turut berkata, selepas meneliti keterangan saksi-saksi dalam perbicaraan itu, jelas tiada keraguan bahawa peluru yang terkena pada bahagian kepala Aminulrasyid yang menyebabkan kematiannya datang daripada senjata tertuduh.

Berikutan itu, kata beliau, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan dengan itu tertuduh dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

"Mahkamah bukan sahaja simpati kepada keluarga mangsa tetapi juga kepada tertuduh namun perlu diingatkan penggunaan senjata bagi polis ada had dan perlu digunakan secara munasabah," kata Latifah ketika membacakan keputusannya.

Jenain yang berdiri di kandang tertuduh mengalirkan air mata dan tunduk ke lantai mendengar keputusan itu.

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 61, dan dua kakaknya Nor Azura Amzah, 40, dan Tuty Shaninza Anom Amzah, 37, turut mengesat air mata masing-masing.

Sepanjang bicara, 39 saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan manakala pembelaan mengemukakan tiga saksi termasuk Jenain. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan - Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar, Idham Abd. Ghani dan Adilla Ahmad manakala Jenain diwakili peguam bela, M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar.

Petikan : Kosmo! 16/09/2011

Capaian entry berkaitan :
* Takziah untuk keluarga Aminulrasyid

2 ulasan:

  1. kenapa peguam bela tak fight? lepas ni, jangan bagi pistol. kalau polis mati, takpe..kot!

    BalasPadam
  2. 21 das tembakan, saya fikir ini aksi yang tidak ada rasionalnya. Polis tidak berdepan secara empat mata dengan 'penjenayah' atau ada aksi serangan balas dari mangsa.

    21 das tembakan, ini bukan tembakan amaran. Secara peribadi saya fikir ini tindakan melulu yang berunsurkan emosi, mungkin polis berkenaan ada gangguan emosi (panas baran?) hingga hilang pertimbangan.

    5 tahun penjara tidak setimpal dengan kesilapan yang dilakukannya. Semoga menjadi iktibar kepada anggota polis yang diamanahkan memegang pistol.

    Apa-apapun, saya doakan semoga keluarga allahyarhamhu redha dengan ketetapan Allah Taala.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails