Meriahkan sambutan hari raya
RENDANG amat popular dan lazimnya disajikan sebagai hidangan pada hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Keenakan rendang juga tidak ketinggalan apabila ia turut disaji pada majlis kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkhatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.
Tidak lengkap perayaan tanpa juadah wajib rendang. Masakan tradisional yang biasanya dimakan bersama lemang, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, roti atau diratah makan begitu saja.
Rendang disebut dalam banyak cerita kesusasteraan Melayu klasik seperti Hikayat Amir Hamzah, yang membuktikan ia adalah masakan Melayu sejak 1550-an, seperti yang dimaklumkan menerusi laman web wikipedia.
Chef De Suisine dari Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Mazlee Abd Rahman, berkata sajian berkenaan mempunyai sejarahnya iaitu bermula dari zaman nenek moyang di Melaka, yang mana pelbagai jenis rempah itu yang datang diambil dari Arab dan India, yang dibawa oleh kapal pedagang yang berlabuh di Pelabuhan Melaka.
Lazimnya, rendang dimasak bersantan dengan daging lembu bahagian batang pinang sebagai bahan utamanya, selain lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik.
“Bagaimanapun, terdapat lebih 10 jenis rendang, yang mana ada negeri memberikan nama khusus bagi rendang mereka. Antaranya ialah rendang tok, rendang Minang, rendang daging, rendang ayam, rendang kerang dan rendang sotong. Nama dan rupa mungkin nampak agak sama tetapi ia berbeza dari cara masak dan bahan yang digunakan. Rendang tok umpamanya berasal dari Perak, yang mana ia banyak menggunakan daging dan dimasak lama dengan rempah secara perlahan. Menggunakan kerisik sebagai bahan penting dan kelapa hiris dengan dagingnya dipotong tebal.”
“Rendang Minang pula berasal dari Negeri Sembilan. Ia tidak ditumis terlebih dulu sebaliknya dimasak semua rempah, dengan daging dipotong bongkah besar (seakan kiub),” katanya.
Resipi rendang ayam Bonda
Bahan:
* Cili api
* Serai
* Daun kunyit
* Bawang besar
* Halia
* Bawang putih
* Lengkuas
* Ayam kampung
* Daun kunyit (dihiris halus)
* Lengkuas dan serai (ditumbuk sehingga lumat)
* Kelapa parut (digoreng tanpa minyak)
Cara membuatnya:
1. Kelapa parut yang bertukar warna keperangan hendaklah dikeluarkan dari kuali dan ditumbuk sehingga mengeluarkan minyak.
2. Halia, bawang putih dan bawang besar dikisar sehingga halus.
3. Cili api dikisar sehingga halus.
4. Ayam direbus dengan kunyit dan asam keping sehingga airnya kering
5. Kemudian letakkan semua bahan di atas dan digaul sehingga kering.
6. Pastikan ayam empuk sebelum dihidangkan.
7. Rendang ayam resipi siap untuk dinikmati
Petikan : BHarian 02/09/2011
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Sabtu, September 17, 2011
Rendang juadah wajib
Susunan :
Bawang Goreng
pada
9/17/2011 04:15:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...