“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, September 25, 2011

Laporan khas: 10 positif HIV setiap hari


Surirumah Melayu paling berisiko hidap virus berbahaya

Kuala Lumpur: Kira-kira 10 rakyat Malaysia dikesan HIV positif setiap hari dengan surirumah terutama Melayu berisiko lebih lima kali ganda dijangkiti Human Immunoidifley Virus (HIV) akibat hubungan seksual berbanding pekerja seks yang mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.

Berdasarkan statistik Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kementerian Kesihatan pada 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 rakyat Malaysia dijangkiti HIV dengan 3,291 orang daripadanya surirumah berbanding 593 pekerja seks.

Selain itu, seramai 725 kakitangan kerajaan turut dijangkiti diikuti pelajar (312), badan beruniform (698), nelayan (3,399), pekerja industri (6,048), sektor swasta (1,500), pemandu (2,261), tidak bekerja (16,320) dan lain-lain pekerjaan (30,507).

Jangkitan HIV berdasarkan sektor

Surirumah

3,291

Pekerja seks

593

Pelajar

312

Badan beruniform

698

Nelayan

3,399

Pekerja Industri

6,048

Sektor swasta

1,500

Pemandu

2,261

Tidak bekerja

16,320

Lain-lain pekerjaan

30,507

Jumlah

91,362

http://laman-seri.blogspot.com



Mengikut pecahan kaum, seramai 65,235 daripada keseluruhan pesakit HIV berbangsa Melayu, diikuti Cina (13,283), India (7,190), Bumiputera Sabah (760), Bumiputera Sarawak (2,267), lain-lain (496), bangsa asing (1,596) dan tidak diketahui (535).

Pecahan kaum dijangkiti HIV

Melayu

65,235

Cina

13,283

India

7,190

Bumiputera Sabah

760

Bumiputera Sarawak

2,267

Lain-lain

496

Bangsa asing

1,596

Tidak diketahui

535

http://laman-seri.blogspot.com



Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan berkata, demografik kajian menunjukkan wanita berisiko dijangkiti HIV bukan disebabkan kecuaian sendiri, sebaliknya jangkitan menerusi hubungan kelamin tidak selamat bersama suami.

“Wanita tidak mampu berbincang dengan suami untuk mengamalkan seks selamat mahupun menggunakan kondom sekaligus takut bertegas dan dipukul apabila melakukan hubungan tanpa penetrasi bersama suami. Apabila kita lihat statistik, sangat menyedihkan, wanita terutama surirumah di kawasan luar bandar menjadi mangsa kerana kekejaman suami sendiri. Kesan bukan hanya kepada isteri tetapi anak juga menerima kesan sosial apabila ibu bapa sakit,” katanya.

Statistik berkenaan turut menyebut faktor jangkitan paling berisiko disebabkan perkongsian jarum suntikan sebanyak 63,680 diikuti hubungan heteroseksual (berlainan jantina) (16,320), homoseksual dan biseksual (2,047), ibu kepada anak (832), pemindahan darah (3), penerimaan organ (0) dan tidak diketahui (8,449).

Mengikut laporan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun lalu, jumlah pesakit HIV di seluruh dunia dianggarkan seramai 34 juta orang dengan 1.8 juta kematian setiap tahun dan kira-kira 7,000 jangkitan baru dikesan setiap hari.

Bagi membanteras ancaman virus maut yang melanda seluruh negara, Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Joseph Deiss selepas deklarasi dipersetujui sebulat suara oleh anggota PBB menetapkan sasaran supaya jumlah penderita HIV di negara miskin yang mendapat rawatan retoviral (bantuan dadah) ditingkatkan sekali ganda kepada 15 juta orang menjelang 2015.

Sehingga kini, PBB menganggarkan kira-kira 6.6 juta orang pembawa HIV mendapat rawatan sedemikian dan mengarahkan peruntukan besar disalurkan untuk merawat AIDS.

Antara penekanan penting dibincangkan merangkumi penegasan menyekat jangkitan HIV dari ibu kepada anak melalui langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan sekaligus mengawal wabak HIV dan AIDS kepada golongan berisiko seperti homoseksual, pelacur dan penagih dadah.

Mengulas mengenai pekerja seks di negara ini, Zaman berkata, wujudnya beberapa faktor perubahan signifikan dalam industri pekerja seks Malaysia apabila lebih ramai mangsa dijangkiti virus HIV akibat hubungan seksual.

Berdasarkan statistik HIV dan AIDS 2010 yang dikeluarkan oleh Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Malaysia, ada peningkatan kes HIV baru sebanyak 3,652 pada 2010 berbanding 3,081 pada 2009. Malah, didedahkan bahawa lebih ramai orang dijangkiti HIV melalui hubungan seksual.

Pada 2009, sebanyak 55% jangkitan HIV baru disebabkan perkongsian jarum suntikan dadah berbanding kes jangkitan melalui hubungan seksual iaitu 31.9%. Pada 2010, kes jangkitan akibat perhubungan seksual menyumbang sebanyak 48.5% daripada 3,652 kes jangkitan HIV baru dan perkongsian jarum dadah suntikan sebanyak 47.6% sahaja.

Kes jangkitan HIV akibat hubungan seksual di negara ini meningkat saban tahun, namun berdasarkan laporan PBB, kesedaran orang ramai di dua negara menerima jangkitan HIV tertinggi menerusi mengadaptasi seks secara selamat dan perkongsian maklumat hubungan seks bebas terhadap generasi muda membantu menurunkan peratusan kes sehingga lebih 50% kes di India dan kira-kira 35% kes di Afrika Selatan.

Sementara itu, Selangor dikesan mendahului senarai utama pembawa virus HIV pada tahun lalu iaitu 536 orang, diikuti Johor (524), Kelantan (462), Pahang (383), Terengganu (352), Kuala Lumpur (298), Perak (240), Sabah (196), Kedah (161), Sarawak (141), Pulau Pinang (132), Melaka (123), Negeri Sembilan (85) dan Perlis (19).

Berbanding 2009, Kelantan mencatatkan kes tertinggi iaitu 596 kes, diikuti Pahang (431), Selangor (378), Terengganu (315), Johor (243), Pulau Pinang (224), Kedah (176), Kuala Lumpur (175), Sarawak (146), Perak (124), Sabah (88), Melaka (80), Negeri Sembilan (62) dan Perlis (43).

Wanita perlu berani personal status kesihatan pasangan

“Wanita perlu merancang kesihatan diri dan berani bertindak mempertahankan hak asasi diri dengan mempersoalkan status kesihatan pasangan masing-masing,” kata Pengerusi Yayasan Pink Triangle (PT), Hisham Hussein.

Berdasarkan demografi statistic unit Kawalan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2010, trend jangkitan HIV buat kali pertama berubah daripada perkongsian jarum suntikan kepada hubungan seksual sama ada secara heteroseksual, biseksual atau homoseksual.

Dikatakan, sikap terlalu percayakan pasangan, selesa dengan maklumat kesihatan diri suami sebelum ini, tiada pilihan serta takut didera secara fizikal dan emosi apabila mempersoalkan status kesihatan menyebabkan wanita berisiko tinggi sebagai penyumbang HIV menerusi hubungan kelamin.

“Sedih apabila memikirkan wanita tiada ruang membela diri mereka berbanding pekerja seks kerana berasa diri selamat dan berfikiran positif dengan perwatakan suami. Kita boleh menipu orang lain namun bukan diri sendiri. Trend utama jangkitan akibat hubungan seksual sama ada heteroseksual atau transgender tidak dapat dipastikan jumlahnya kerana kita tidak tahu aktiviti sebenar pasangan mereka di luar sana,” katanya.

Yayasan PT ditubuhkan bertujuan membantu tiga golongan berisiko dijangkiti HIV mahupun AIDS merangkumi orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA), pekerja seks wanita dan transgender (mak nyah) dan penagih dadah turut berkerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi melengkapkan perkhidmatan sosial kepada golongan ini.

Menerusi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS), golongan berisiko berkenaan didedahkan dengan program kaunseling, rujukan kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pusat persinggahan (drop-in centre) dan pendampingan (outreach).

Dengan bantuan 48 kakitangan, enam program outreach kendalian yayasan yang memerlukan belanja harian sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sentiasa turun padang mendekati golongan berisiko berkenaan sekaligus mencegah peningkatan jangkitan virus maut itu.

“Pekerja seks misalnya, dibekalkan kondom, panduan menjalani seks selamat dan flyers serta maklumat berguna mengenai penyakit HIV dan AIDS. Situasi pekerja seks yang benar-benar terdesak melakukan pekerjaan itu demi anak dan keluarga amat menyedihkan dan menarik ramai pihak membantu mereka tanpa mempersoalkan pelanggan yang sering kali melanggan serta berisiko tinggi sebagai pembawa virus,” katanya.

Dikatakan, golongan dewasa berusia 30 hingga 39 tahun berisiko terdedah pada jangkitan HIV dengan 39,304 kes, diikuti remaja berusia 20 hingga 29 tahun (30,443), 40-49 (14,698), 50 ke atas (3,739), 13-19 tahun (1,295), 2-12 tahun (797) dan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun (112).

Sementara itu, kematian akibat HIV dan AIDS pada tahun lalu mencatatkan seramai 904 orang dengan kematian tertinggi di Kelantan sebanyak 156 kes diikuti Selangor sebanyak 144 kes, Perlis (11), Kedah (55), Pulau Pinang (21), Perak (73), Kuala Lumpur (57), Negeri Sembilan (33), Melaka (29), Johor (94), Pahang (96), Terengganu (71), Sarawak (39) dan Sabah (25).

FAKTA

Senarai pembawa HIV mengikut negeri pada 2010

Selangor

536

Johor

524

Kelantan

462

Pahang

383

Terengganu

352

Kuala Lumpur

298

Perak

240

Sabah

196

Kedah

161

Sarawak

141

Pula pinang

132

Melaka

123

Negeri Sembilan

85

Perlis

19

Jumlah

3,652

http://laman-seri.blogspot.com



Senarai pembawa HIV mengikut negeri pada 2009

Kelantan

596

Pahang

431

Selangor

378

Terengganu

315

Johor

243

Pulau Pinang

224

Kedah

176

Kuala Lumpur

175

Sarawak

146

Perak

124

Sabah

88

Melaka

80

Negeri Sembilan

62

Perlis

43

Jumlah

3,081

http://laman-seri.blogspot.com



Faktor jangkitan HIV

Perkongsian jarum suntikan

63,680

Hubungan heteroseksual (berlainan jantina)

16,320

Homoseksual dan biseksual

2,047

Ibu kepada anak

832

Pemindahan darah

3

Penerimaan organ

0

Tidak diketahui

8,449

http://laman-seri.blogspot.com



“Saya rela membujang asalkan tak sebar virus”

“Biarlah membujang sepanjang hayat daripada rosakkan masa depan dan sebarkan virus maut HIV pada orang disayangi. Saya rela tidak beristeri dan mempunyai zuriat asalkan tidak kejam membunuh pandangan masyarakat terhadap masa depan mereka,” luah pembawa virus positif AIDS ,Yusof Bakar (bukan nama sebenar), 50.

Lelaki dari Perak itu berniat membina kehidupan berkeluarga bersama gadis dari Pantai Timur suatu ketika dulu, namun membatalkan hasrat akibat diburu perasaan bersalah. Katanya, naluri kelelakiannya tercabar apabila berkemungkinan menyebarkan virus kepada individu tidak bersalah, meskipun memerlukan teman hidup serta menimang zuriat sendiri.

“Kami hangat dilamun cinta apabila saya buat keputusan menghilangkan diri tanpa pesan. Saya tahu perasaannya tercalar dan sedih kerana terlalu menyayangi, namun terpaksa buat kerana tiada pilihan. Sesal dan pilu mencengkam namun menyakitkan apabila terpaksa melepaskan gadis kesayangannya kerana penyakit ini (HIV),” katanya sayu.

Yusof menjelaskan dia mula berjinak dengan aktiviti menagih kerana desakan kawan selepas berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari sesuap nasi. Kesilapannya memilih kawan menyebabkan dia hanyut sehingga disahkan positif AIDS, dua tahun lalu.

Selepas hanyut sekian lama, Yusof tekad untuk berubah kea rah kebaikan, sekaligus menjalani pemulihan krohanian diri sebagai bekalan kelak. Meskipun masih diterima ahli keluarga terutama kakak sulungnya, dia bertegas tidak mahu menyusahkan orang lain dan bersikap menyisihkan diri sendiri dan nekad tidak akan berkahwin sehingga hembusan nafas terakhir.

Berbeza dengan lelaki kurus berkulit cerah berasal dari Pahang yang dikenali sebagai Shuib (bukan nama sebenar), 48, dia mempunayi seorang isteri serta seorang anak lelaki berusia 14 tahun.

Mahir dalam bidang jahitan, lelaki yang bersekolah setakat Tingkatan Lima itu, sedar akan risiko jangkitan HIV kepada pasangan menyebabkan dia mengamalkan langkah pencegahan sedari awal disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Perkongsian hidup selama 16 tahun hamper runtuh kerana kadangkalan memilih jalan hidup ‘sampah masyarakat’ namun, kasih sayang terbina menyelamatkan hubungan kami. Masyarakat tergamak memandang hina pada insan seperti kami,” katanya.

Bermotivasi tinggi dan yakin mampu berjaya seperti insan normal, Shuib mahu mengusahakan tanaman kampung selepas hampir lima bulan dimasukkan ke rumah perlindungan Darul Ukhwah kerana menderita teruk akibat jangkitan HIV.

Risaukan keselamatan anak lelakinya yang kian meningkat dewasa, Shuib tidak rela membiarkan anak kesayangannya mengikut jejak langkahnya sekaligus mengelak daripada ebrkawan dengan remaja nakal.

Katanya, amat mudah mengenali golongan bermasalah sedemikian berikutan terjebak dalam kancah masalah sama. Sehubungan itu, dia rela membuka pekung masalah diri asalakan anaknya tidak mengikut rentak kesalahan sewaktu mudanya dahulu.




Sumber : BHarian 25/09/2011

Capaian entry berkaitan :
* Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS
* Kenapa Melayu terus jadi hamba dadah?
* Kadar jangkitan HIV tertinggi di Kelantan
* Laporan khas: Berhibur di sempadan pilihan lelaki tempatan
* Laporan Khas : Setiap hari lelaki Malaysia kahwin wanita Indonesia dari Sumatera
* Kaunseling : Gadis hadapi dugaan tunang HIV
* Penyakit gonorea (gonorrhea)
* KANSER SERVIKS – Lelaki pembawa, wanita menderita
* Wanita bermadu mudah dijangkiti
* Jalan pintas bernikah undang risiko
* Memilih pasangan ideal

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails