“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, September 29, 2011

Khasiat kacang merah

Kacang merah atau red kidney beans

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Jika anda memesan air batu campur atau ABC, pastikan ia disertakan kacang merah kerana ia boleh dikatakan item wajib dalam ABC. Kacang merah mempunyai tekstur yang lembut dan sangat sedap dimakan dengan manisan ABC.

Secara saintifik, kacang merah dikenali sebagai phaseolus vulgaris. Kacang merah dikatakan berasal dari Peru dan dari situ ia telah tersebar ke seluruh kawasan Amerika Selatan dan Tengah. Keadaan ini berlaku disebabkan penghijrahan pedagang India yang membawa kacan merah bersama mereka dari Peru. Kacang merah telah diperkenalkan ke dalam masyarakat Eropah pada kurun ke-15 oleh penjelajah Sepanyol yang kembali daripada pelayaran mereka ke dunia baru. Kemudiannya, pedagang Sepanyol dan Portugis telah memperkenalkan kacang merah di Afrika dan Asia.

Kacang merah dikenali dengan nama red bean atau kidney bean (Inggeris). Ia dinamakan sebegitu kerana bentuknya yang menyerupai buah pinggang. Kacang merah yang mentah dan beberapa jenis kacang yang lain, mengandungi phytohaemagglutinin toksin, oleh sebab itu ia tidak dimakan mentah. Toksin ini boleh dimusnahkan dengan mendidih kacang merah selama sekurang-kurangnya sepuluh minit. Kacang kering perlu direbus terlebih dahulu untuk memperlahankan memasak untuk mengelakkan keracunan.

pokok kacang


Common bean flowers (cultivar ‘Contender’)


Tahukah anda, kacang merah mempunyai khasiatnya yang tersendiri? Dalam sebiji kacang merah terdapat terdapat sumber folat, serat pemakanan, magan, protein, thiamine atau vitamin B1, fosforus, besi, kuprum, magnesium, potassium, zat makanan dan vitamin K.

Kacang merah - Kidney beans, raw

Nutritional value per 100 g (3.5 oz)

Tenaga

1,393 kJ (333 kcal)

Karbohidrat

60 g

Gula

2 g

Serat

15 g

Lemak

1 g

Protein

24 g

Air

12 g

Pantothenic asid (B5)

0.8 mg (16%)

Folat (Vit. B9)

394 μg (99%)

Kalsium

143 mg (14%)

Zat Besi

8 mg (100%)

Magnesium

140 mg (35%)

Zink

3 mg (27%)

Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database



Kacang merah adalah sumber terbaik serat yang merendahkan kolesterol. Kandungan serat yang tinggi menghalang tahap gula dalam darah daripada meningkat terlalu mendadak sejurus selepas makan. Ini membuatkan kacang merah dikatakan pilihan terbaik untuk individu menghidap diabetes dan hipoglisemia. Apabila dicampurkan dengan bijirin penuh seperti nasi, kacang merah dikatakan menyediakan protein bebas lemak yang tinggi dan berkualiti.

Sejenis kacang merah yang diberi nama ‘Painted Pony’ spesies phaseolus vulgaris


Memakan makanan fiber tinggi seperti kacang merah juga dikatakan mampu mencegah penyakit jantung. Bukan setakat serat, tetapi sejumlah folat dan magnesium yang terdapat dalam kacang merah juga membantu pencegahan ini. Folat dikatakan membantu merendahkan tahap homosistein. Secawan kacang merah yang telah dimasak dikatakan menyediakan lebih daripada setengah pengambilan folat dalam sehari.

Tingkatkan tenaga dan tambah zat besi

Kacang merah mengandungi magnesium yang berguna dalam tindakan kardiovaskular kerana magnesium adalah penghalang saluran kalsium semulajadi. Apabila terdapat magnesium yang mencukupi, vena dan arteri akan mengendur dan sekaligus mengurangkan penolakan dan memperbaiki peredaran darah, oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh badan. Satu cawan kacang merah menyediakan kira-kira 19.9% pengambilan kalsium yang diperlukan dalam sehari.

Di sebalik memperlahankan pembakaran karbohidrat kompleks, kacang merah dikatakan meningkatkan tenaga melalui cara membantu menambahkan penyimpanan zat besi. Ia amat sesuai untuk wanita yang sedang haid kerana pada ketika itu mereka lebih berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi. Kacang merah rendah kalori dan bebas lemak jika dibandingkan dengan sumber zat besi seperti daging merah. Satu cawan kacang merah menyediakan kira-kira 28.9% pengambilan zat besi sehari.

Kacang merah juga merupakan sumber protein yang bagus terutamanya jika ia dicampurkan dengan bijirin penuh seperti beras perang. Ia menyediakan protein setanding dengan daging merah atau makanan daripada tenusu. Apa yang paling penting, kacang merah merupakan sumber makanan tanpa kalori tinggi atau lemak tepu yang dijumpai dalam daging merah dan makanan daripada tenusu. Selain daripada protein, anda juga turut mendapat kebaikan penstabil gula dalam darah dan kesihatan jantung dalam serat yang disediakan oleh kacang merah. Secawan kacang merah menyediakan kira-kira 15.3 gram protein atau 30.7% pengambilan protein sehari.

Membantu menguatkan ingatan

Anda tentu pernah membaca entry merangsang minda dengan Saffron. Jika sukar mendapatkan saffron, anda boleh cuba mengudap kacang merah. Thiamine atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutamanya untuk proses sintesis asetilkolina ikaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu meyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia.

Dikatakan secawan kacang merah juga menyediakan kiera-kira 18.7% pengambilan thiamine dalam sehari. Kacang merah juga adalah sumber bagus mangan yang merupakan faktor penting lain dalam penghasilan tenaga dan pertahanan antioksidan. Dikatakan secawan kacang merah menyediakan kira-kira 42% pengambilan mangan dalam sehari.

Tidak dapat dinafikan kacang merah mempunyai khasiat makanan yang pelbagai. Namun begitu, pengambilannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



Sumber : MW#1285 dan En.Wikipedia ~ Red or kidney beans.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails