“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, September 19, 2011

Eksklusif: 200,000 daftar cerai ~ Malaysia perlukan Kementerian Pembangunan Lelaki?!


Pasangan kurang 6 tahun nikah paling ramai berpisah

PUTRAJAYA: Lebih 200,000 pasangan suami isteri Islam Malaysia dilaporkan mendaftarkan perceraian mereka di pejabat Jabatan Aagama Islam di seluruh negara termasuk Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dalam tempoh kira-kira 10 tahun lalu.

Kebanyakan pasangan yang mengemukakan permohonan bercerai di 13 pejabat Jabatan Agama Islam itu, memberikan alasan kurang persefahaman sebagai punca mereka berbuat demikian.

Menurut kajian Bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jumlah pendaftaran perkahwinan pasangan beragama Islam dalam tempoh sama mencecah lebih 1.1 juta dengan purata kes perceraian 16% setahun.

Kes perceraian paling tinggi membabitkan pasangan suami isteri yang usia perkahwinan mereka hanya 1 hingga 5 tahun yang mencecah sehingga 33.5% dan diikuti perkahwinan lebih enam tahun 26.9%. Namun, bilangan pasangan yang berkahwin dan bercerai dalam tahun sama atau kurang setahun masih rendah iaitu 2.6%.

Antara punca utama suami memohon perceraian ialah sikap tidak bertanggungjawab isteri sebanyak 32.93%, masalah akhlak dan sosial 12.03%, masalah pihak ketiga iaitu keluarga serta bekas kekasih (5.45%) dan masalah ekonomi 2.26%.

Punca perceraian pada pihak isteri pula, selain tiada persefahaman, alasan lain adalah masalah tidak bertanggungjawab 17.68%, akhlak dan sosial 5.84%, pihak ketiga 4.42% dan seksual 1.38%.

Antara punca lain adalah didikan agama, kesihatan dan perbezaan bidaya. Justeru, bagi mengurangkan kes perceraian, JAKIM dan jabatan agama Islam negeri sepakat melaksanakan pelbagai program memantapkan institusi keluarga, termasuk menyeragamkan modul kursus pra perkahwinan dan khidmat kaunseling serta nasihat kepada pasangan bermasalah.

Mengulas lanjut, Othman berkata, kursus perkahwinan selama 16 jam yang dikendalikan JAKIM atau Jabatan Agama Islam dapat mengelak perceraian, jika mereka mengamalkan semua perkara yang dititik beratkan dalam modul berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Othman berkata, bilangan umat Islam yang berkahwin sepanjang tahun lalu adalah 135,136 orang dan bilangan yang bercerai seramai 27,116 orang.

Selidik latar belakang pasangan sebelum kahwin

Kenali secara dekat dan selidiki dulu latar belakang pasangan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin supaya tidak timbul masalah selepas perkahwinan kelak.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, berkata perkahwinan bukan satu perkara yang boleh diambil ringan dan kebanyakan pasangan mengambil keputusan untuk bercerai hanya disebabkan perkara remeh. Beliau mengulas laporan di atas, mengenai lebih 200,000 pasangan suami isteri Islam Malaysia dilaporkan mendaftarkan perceraian mereka di Jabatan Agama Islam di seluruh negara. Kebanyakan dari mereka memberikan alasan kurang persefahaman sebagai punca mereka berbuat demikian.

“Apa yang saya dapat lihat institusi perkahwinan Islam semakin rapuh dan kesedaran mengenai perceraian di kalangan pasangan sangat kurang. Perkataan cerai amat mudah keluar tanpa memikirkan risikonya. Tahun pertama hingga kelima adalah tempoh rapuh dalam perkahwinan kerana ia adalah proses mengenali satu sama lain, malah jika berlaku perceraian ia akan memberi impak besar kepada anak-anak yang masih kecil,” katanya.

Perkahwinan adalah amanah dari Allah dan ia tidak boleh dianggap sebagai bebanan dan pasangan tidak seharusnya berasa terkongkong.

“Ada pasangan berasa terkongkong selepas berkahwin kerana tidak boleh menjalankan kehidupan yang sama seperti waktu bujang. Apa yang penting, pasangan perlu mempunyai didikan agama kuat dan belajar untuk menangani konflik secara matang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata peningkatan kes perceraian adalah satu perkembangan sangat berbahaya dan diibaratkan sebagai gelombang yang boleh menghakis sistem sosial negara. Jika dilihat trend perceraian 10 tahun kebelakangan (2001 hingga 2008) meningkat sebanyak 52% dan ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

“Pasangan perlu mengambil inisiatif sendiri melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai perkahwinan dan bukannya bergantung pada usaha kerajaan atau Jabatan Agama Islam saja,” katanya.

Malaysia perlukan Kementerian Pembangunan Lelaki

Pendedahan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2008, tempoh selama sepuluh tahun perkahwinan amat kritikal sekali kerana potensi penceraian adalah besar.

Dalam kajian pada tahun 2007, Jakim mendapati 32.2% perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga sepuluh tahun pula mendapati 27.7% bercerai. Ini bererti tempoh sepuluh tahun pertama merupakan tahun yang paling kritikal kerana 59.9% pasangan berakhir dengan penceraian.

Daripada sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, 27,116 kes perceraian telah direkodkan pada tahun berkenaan.

Kementerian Pembangunan Lelaki

Kita sudah biasa dengan kewujudan kementerian pembangunan wanita di negara kita Malaysia. Secara spontan kita dapat fahami peranan kementerian terbabit adalah untuk menjaga kebajikan kaum wanita dari serba serbinya agar tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya. Namun melihat kepada keadaan semasa di Malaysia, mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu kaum lelaki yang kelihatan sudah semakin pudar keupayaan mereka.

Allah SWT menciptakan isi dunia ini berpasangan agar mereka saling boleh bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka; fitrah yang pastinnya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan dinamisme. Namun, kini jumlah wanita lebih ramai memenuhi institut pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan-jawatan di medan pekerjaan. Pendidikan di dalam rumah tangga semakin terhakis, salah satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja, manakala lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak-anak.

Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak. Namun dunia rumahtangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.

Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentunya kemampuannya mengurus isi rumahtangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan. Tetapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang. Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumahtangga mereka sering gagal menampung ruang kosong yang ditinggalkan isteri bekerja. Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumahtangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa. Lebih buruk jika impak tersebut merosak jiwanya dan menjadi anak tersebut sebagai pembuli di sekolah, virus di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam negara.

Firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Ertinya : “Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan...” (Surah Al-Nisa : 34)

Jelas dari ayat di atas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumahtangga berdasarkan dua sebab utama iaitu:

1. Kelebihan fizikal mereka.
2. Tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga.

Kesan Domino Berantai

Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pastinya masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah, berakhir dengan penceraian dan anak-anak bermasalah.

Anak-anak ini akan membawa masalahnya ke sekolah dan universiti, sebagaimana ibu dan ayah mereka membawa masalah ke tempat kerja. Akhirnya aura negatif mereka berpindah dari seorang ke yang lain, lalu mempengaruhi sekelompok masyarakat dan seterusnya negara. Ia adalah kesan domino yang berantai.

Kerana itu keharmonian keluarga amat penting dalam Islam, dan Nabi mengatakan krisis dalam keluarga adalah penghakis agama. Ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.

Nabi memaklumkan keperluan segara mendamaikan dan menyelesaikan masalah dalam keluarga malah ia lebih besar ertinya dari sedekah, puasa dan solat (sunat).

Nabi bersabda, yang bermaksud, “Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadhilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?” Maka Abu Darda' menjawab : “Ya Rasulullah.” Nabi membalas : “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat.” (Hadis riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud : Hadis bertaraf hasan dan sohih menurut Albani]

Dan Nabi menambah selepas itu, menyebut, yang bermaksud, “Kerosakan dalam hubungan rumahtangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama).” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidhi : Hadis Hasan)

Semakin mudah cerai

Apabila wanita sudah berkerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, trend perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan, hampir 70% kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri). Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50% wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.

Allah Maha Mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah. Justeru kuasa cerai diberikan kepada suami. Namun isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah, apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syara'. Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekaligus menunjukkan kegagalan kaum lelaki.

Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebagai ketua keluarga. Ia merupakan satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan. Tanggungjawab sebesar itu, memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam ruamhtangga. Keputusan yang dibuat pula mestilah cukup rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah khususnya isteri.

Seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan peguam pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan. Itulah sebaik-baik cara yang Allah ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan. Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakannya.

Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai yang menyalahgunakan kemudahan fizikal yang diberi. Digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk merempit, bergaduh dan 'tunjuk kuat'. Sebahagiannya diguna untuk mendera anak dan isteri serta wanita lain. Minda logika dan kurang emosi yag Allah anugerahkan digunakan untuk justifikasikan segala kelalaian dan menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan.

Akhirnya makin ramai lelaki yang gagal menggalas tugas ketua sebuah keluarga. Hal tersebut mendorongnya untuk terus mendesak isterinya mengambil alih sebahagian tugasannya. Dan berterusan rumah menjadi 'rumahku nerakaku'.

Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan Kementerian Pembangunan Lelaki di negara kita?

Kita sedar, tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang lebih mudah menerima nasihat. Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda?

Segeralah melakar plan bertindak atau...

Apapun, pemimpin negara dan semua pihak berkuasa perlukan kaedah dan strategi jelas bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki, bukan dengan sibuk menjual 'ubat kuat' dan 'tahan lasak' tetapi untuk memperkasakan iman, ilmu, jiwa, minda mereka agar kembali boleh berperanan sebaiknya, tanpa plan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku dalam negara kita.

Sudah tentulah, pemerkasaan yang pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama, kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak-anak mereka.

Apa pandangan anda...?

INFO
Memohon cerai kerana tiada persefahaman
* 69.44% wanita
* 43.33% lelaki

Punca utama suami memohon perceraian
* 32.93% sikap tidak bertanggungjawab
* 12.03% akhlak dan sosial
* 5.45% campur tangan pihak ketiga, keluarga dan bekas kekasih
* 2.26% ekonomi

Punca utama isteri memohon perceraian
* 17.68% sikap tidak bertanggungjawab
* 5.84% akhlak dan sosial
* 4.42% campur tangan pihak ketiga, keluarga dan bekas kekasih
* 1.38% masalah seksual

Laman-Seri petik sikit kata-kata Pahrol Mohd Juoi di GentaRasa : Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah.

Oleh itu, jangan dipersia-siakan amanah dan anugerah Allah, kelak, buruk padahnya.




Sumber : BHarian 06/09/2011, BHarian 07/09/2011 dan iLuvIslam.

Capaian entry berkaitan :
* Biarlah perceraian jalan terakhir yang dipilih
* Natijah perceraian
* Tips ubati hati selepas bercerai
* 3 syarat bina keluarga bahagia
* ISU : Suami isteri kurang penghayatan agama, kadar perceraian membimbangkan....
* Ego – musuh dalam rumahtangga
* Ciri-ciri suami pilihan
* Cara menilai lelaki bakal suami
* Tiada orang ketiga dalam kes cerai
* Kahwin : Jangan berlandaskan seks!

1 ulasan:

  1. KasutMerah [kasut_merah@yahoo.com.sg]20 September 2011 pada 9:18 PTG

    Betul juga kerana ramai lelaki Malaysia mengalami 'gangguan jiwa'. Yang generasi muda Melayu ramai berpusu-pusu di pusat serenti, keciciran pelajaran, membuang masa melepak, pecah rumah & ragut, membarisi senarai perogol bersiri, hero merempit, keganasan rumahtangga. Sekarang plak ada trend menyimbah asid ke muka orang.

    Ramai gadis Melayu yang tahan hidup membujang dari berkawin dengan yang awal-awal lagi tak menunjukkan kualiti seorang pemimpin keluarga yang baik.

    Moga dengan adanya kementerian yang juga menjaga kebajikan lelaki, maka pembangunan insan boleh diseimbangkan dan dapat bantu meningkatkan daya saing mereka mendapat pekerjaan. Kebajikan bukan subsidi dan bantuan kewangan je, harap juga ditekankan kepada keagamaan dan pembangunan modal insan.

    Ini cuma pendapat saya.

    Sent by DiGi from my BlackBerryĀ® Smartphone

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails