“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Ahad, Mei 29, 2011
ISU : Suami isteri kurang penghayatan agama, kadar perceraian membimbangkan....
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/29/2011 04:01:00 PTG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ðilaporkan, dalam BeritaMinggu 15/05/2011 perpisahan berlaku setiap 6 minit di Arab Saudi menjadikan negara itu mencatatkan peratusan paling tinggi kes pasangan bercerai berbanding negara lain di rantau Teluk iaitu 79% sehari.
Pakar kaunseling keluarga, Abdullah al-Sadhan, dalam kursus latihan kaunseling menggunakan telefon di Jeddah berkata, ini menunjukkan institusi keluarga benar-benar memerlukan bimbingan. Kaunseling menggunakan telefon penting untuk pasangan muda yang berkahwin yang mencatatkan jumlah paling tinggi dalam kes perceraian.
Akhbar Saudi Gazette pula memetik al-Sadhan sebagai berkata, 30% pasangan yang menerima kaunseling menggunakan telefon kembali kepada keputusan mereka untuk bercerai sementara perkhidmatan di Jeddah menghasilkan kadar kejayaan lebih tinggi dengan 34%.
Itu kisah di luar negara. Kita lihat penyakit yang sama juga melanda di negara kita. Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumahtangga sekiranya tiada kesabaran.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Ðasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumahtangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian. Ðalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2% perkahwinan untuk tempoh 5 tahun pertama mengalami perceraian. Selain itu, 27.7% perceraian berlaku untuk tempoh 6 hingga 10 tahun pertama perkahwinan. Kajian juga menunjukkan 44.9% perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga (rujuk Utusan 09/12/2010).
Ðilaporkan dalam petikan BHarian 03/03/2011 pula, statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ðatuk Ðr Mashitah Ibrahim.
Jumlah itu dikatakan meningkat setiap tahun kerana kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri, termasuk mengabaikan solat. Tidaklah menghairankan, jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Namun perumpamaan ini bagai sudah tidak relevan pada masa sekarang memandangkan jumlah kes perceraian di kalangan umat Islam berlaku pada setiap 15 minit. Lebih menyedihkan, ada antara mereka yang sebelum itu bercinta bagai nak rak, ke hulu ke hilir bersama, namun apabila sudah berkahwin, segala kasih sayang hilang dibawa angin. Salah sedikit mula melenting sehinggakan sanggup memilih perceraian sebagai langkah terbaik utnuk meleraikan segala kesusutan. Bila berlaku salah faham, masing-masing ego dan tidak mahu mengalah. Akhirnya mereka mengambil jalan mudah dengan menamatkan ikatan perkahwinan mereka. Segala kenangan manis semasa perkahwinan dulu sudah menjadi kenangan pahit.
Menurut Ðato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Pendakwah dan Pengacara juga mengakui faktor kekurangan pengetahuan agama menjadi punca kes perceraian semakin meningkat. Kekurangan dari aspek agama ini mengakibatkan kepada pengabaian tanggungjawab sebagai suami dan sebagai isteri. Terdapat suami yang tidak menghiraukan nafkah untuk anak isteri dan menganggap isteri boleh mengatasi segala masalah. Terdapat juga isteri yang mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan mengabaikan asuhan anak-anak dan melayan suami. Ada juga yang memberikan tumpuan yang berlebihan terhadap kerjaya sehingga menyebabkan hubungan suami isteri menjadi renggang.
“Terdapat pasangan yang memiliki sifat negatif. Sikap negatif yang dimiliki oleh salah seorang akan menyebabkan keadaan tidak mesra antara dirinya dengan ahli keluarga yang lain. Antara sikap negatif ini ialah sikap ambil mudah, tidak ambil kisah, suka bertangguh, suka menuduh dan tidak bertolak ansur,” ujar Ðato’ Ustazah Siti Nor Bahyah yang turut mengakui komunikasi yang tidak berkesan antara pasangan juga menyebabkan hubungan menjadi renggang dan tidak mesra. Ini termasuklah sikap tidak menghormati, bahasa yang kasar, nada suara yang tinggi dan sebagainya.
Orang ketiga turut menjadi punca
Ðalam masa yang sama, Ðato’ Ustazah Siti Nor Bahyah tidak menolak orang ketiga juga antara punca kepada berlakunya penceraian pada sesetengah pasangan. Orang ketiga yang dimaksudkan di sini mungkin kekasih lama atau kekasih baru atau pun mentua yang boleh mengganggu kebahagiaan rumahtangga.
“Masalah dalam rumahtangga dirumitkan lagi dengan masalah kewangan. Ðengan sumber pendapatan yang terbatas akan menyebabkan pasangan ini terjebak dalam hutang yang banyak. Lebih-lebih lagi tinggal di bandar besar.”
“Terdapat pasangan yang memasuki alam perkahwinan dengan matlamat yang tertentu seperti keselamatan, kewangan dan sebagainya. Kegagalan mencapai hasrat ini akan menyebabkan perasaan kecewa dan tidak puas hati antara suami isteri.”
“Justeru, penting bagi mana-mana pasangan untuk menunjukkan rasa sayang antara pasangan melalui kata-kata atau perbuatan. Jauhi ucapan yang menyinggung perasaan pasangan terutama sekali semasa dalam keadaan marah. Apabila dalam keadaan marah, berusahalah mengawal diri, beristighfar dan berselawat serta berwuduk. Jangan sesekali merendah-rendahkan pasangan di depan orang lain atau memuji perempuan atau lelaki lain di hadapan pasangan mahupun di belakang suami atau isteri. Tidak semua yang dimilki pasangan sempurna dan Terimalah pasangan seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihannya.”
“Ðalam masa yang sama, hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan yang dilakukan oleh pasangan. Bantulah isteri dalam melakukan kerja-kerja memasak, mengemas dan sebagainya. Ajak pasangan melakukan ibadah, didiklah isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Yang paling utama, sentiasa berdoa agar hati dan perasaan pasangan sentiasa patuh kepada Allah Taala, ulas Ðato’ Ustazah Siti Nor Bahyah lagi.
Berusaha bahagiakan rumahtangga
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’ ayat 34).
Menghayati ayat al-Quran di atas menyerlahkan tanggungjawab suami dan isteri dalam kehidupan berumahtangga. Pastinya, setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang sejahtera, tenang dan bahagia.
Bagaimanapun, untuk mencapai tahap kebahagiaan itu memerlukan kepada ilmu rumahtangga. Ia pula amat berkait dengan kefahaman keagamaan yang ada pada pasangan suami isteri. Sebabnya, antara langkah awal menentukan kebahagiaan berumahtangga adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dalam bab memilih pasangan.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wanita dinikahi kerana empat faktor: hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang bagus agamanya (keislamannya), agar dirimu selamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Penting untuk kita meletakkan matlamat utama perkahwinan adalah mencari reda Allah, insya-Allah rumahtangga akan selamat dan bahagia ke akhir hayat. Satu lagi perkara penting yang tidak boleh diketepikan dalam mengekalkan kerukunan rumahtangga adalah cara berkomunikasi suami isteri. Suami perlu bijak mengurus rumahtangga agar berupaya memimpin isteri dan anak-anak mendapat ketenangan dan kegembiraan, sesuai dengan ayat Allah yang suami itu pemimpin, mereka perlulah membuktikan 'kepemimpinan' dalam rumah tangga. Untuk itu, paling kurang seminggu sekali suami kena jadi imam di rumah. Jangan pula dah kahwin 20 tahun tetapi tak pernah sekali pun mengimamkan solat dengan keluarga. Tidak kisahlah kalau setiap kali solat baca surah al-Kauthar dan al-Ikhlas asalkan sekurang-kurangnya mampu mengimamkan isteri dan anak-anak. Apabila suami mencapai tahap begini, barulah isteri dan anak-anak lebih hormat. Anak-anak pun turut bangga kerana bapa mereka boleh jadi imam.
Rasulullah SAW telah memberi panduan bagaimana mengikat kasih sayang dan mencapai bahagia dalam rumahtangga. Antaranya, suami isteri hendaklah solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu dalam sehari semalam. Suami juga hendaklah makan makanan yang dimasak oleh isteri selain suami isteri selalu tidur bersama.
Antara tanda rumahtangga bahagia adalah mempunyai isteri atau suami yang soleh. Isteri yang soleh adalah apabila dipandang, suaminya rasa terhibur dan hilang penat, kalau disuruh dia taat dan apabila ditinggalkan musafir oleh suami, dia menjaga kehormatannya. Tanda-tanda lain adalah mempunyai anak-anak yang baik dan mempunyai rakan-rakan yang terdiri daripada golongan yang baik-baik akhlaknya.
Antara wibawa suami dan ketaatan isteri
“Institusi keluarga sudah tidak berfungsi sebagai tempat mendidik manusia, sudah tidak berperanan sebagai tempat menyuburkan iman dan taqwa, tidak membangunkan jiwa,tidak membentuk dan mencorakkan insaniah. Belaian kasih sayang, ayunan buaian seorang ibu yang menyuburkan jiwa bertuhan atau rasa bertuhan yang buahnya ialah manusia agung yang hatinya sangat membesarkan Tuhan sehingga seluruh makhluk ini dipandang kecil.”
Akibat daripada keruntuhan institusi keluarga berbagai-bagai masalah sosial telah terjadi dan tidak dapat dibendung lagi. Kes-kes juvana meningkat dengan ketara. Ði Barat kini seolah-olah sudah tiada lagi institusi keluarga. Ini dilihat bukan saja ramainya bersekedudukan tanpa kahwin, bahkan yang berkahwin secara sah pun sudah terlalu amat runtuh.
Perkahwinan pada hari ini tidak lebih dari sekadar memenuhi tuntutan biologi. Suami sudah tidak ada rasa bertanggungjawab terhadap isteri. Isteri pula tidak perlu taat kepada suami akibat pengabaian hak yang wajib diterima daripada suami. Ibu bapa sangat tidak memberi kasih sayang kepada anak-anak dan anak-anak pula sentiasa mencari peluang untuk hidup bebas dari ikatan kekeluargaan.
Andainya tidak diperkukuhkan oleh undang-undang nescaya pertalian kekeluargaan amat terbarai. Akibat daripada keruntuhan institusi keluarga itu amat mereka rasai. Berbagai-bagai masalah sosial telah terjadi dan tidak dapat dibendung lagi. Kes-kes juvana meningkat dengan ketara. Jenayah kekeluargaan juga amat menakutkan. Undang-undang yang mereka cipta tidak memberi kesan untuk mententeramkan kehidupan berkeluarga. Berbagai peristiwa dan pengalaman pahit yang berlaku saban hari sangat mengganggu perasaan dan fikiran Mereka menyedari apa yang telah berlaku yang punca utamanya adalah keruntuhan institusi keluarga. Namun mereka tidak berupaya membaik-pulih keremukan yang berlaku itu.
Para inteleknya dan pemikir masyarakat mengaut keuntungan hasil penjualan buku atau menjual modul yang sarat dengan idea kekeluargaan, namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Ikatan tali kekeluargaan tetap tidak berlaku. Kerosakan dan kejahatan masyarakat Barat ini kalau dicatatkan nescaya senarainya amat panjang, kerana ianya seolah-olah sudah menjadi budaya hidup. Sudah sebati atau sudah menjadi sebahagian dari keperluan hidup. Contohnya arak sudah dianggap sebahagian kehidupan mereka. Samalah juga dengan perceraian, bersekedudukan, anak luar nikah, tersisih dan terbuangnya ibu bapa dan warga tua.
Tamadun mereka menjulang tinggi, tetapi akhlak, kemanusiaan, kebahagiaan ranap menyembah bumi. Semua yang dipaparkan itu berpunca daripada hidup tanpa Tuhan. Apabila hidup tanpa Tuhan yang secara automatik sudah tidak lagi merasai kehambaan, maka nafsulah yang berkuasa. Sedangkan nafsu itu sangat mengajak dan mendorong kepada kejahatan, hidup tanpa peraturan seperti haiwan yang nafsi-nafsi. Masing-masing hanya mahu menonjolkan ego dan rakus untuk kepuasan diri saja. Halal haram sudah tidak diambil kira.
Malangnya, kerosakan masyarakat Barat itu turut melanda umat Islam. Keruntuhan institusi keluarga turut tidak terkecuali di kalangan umat Islam. Walaupun tidak sampai begitu parah seperti masyarakat Barat, namun ianya tetap di tahap serius. Tidak hairan kesannya turut menjalar di tengah masyarakat. Apa yang berlaku di kalangan masyarakat Barat, itu juga kejahatan dan kemungkaran yang terjadi di kalangan umat Islam.
Contohnya, di negara kita sedang hangat dengan isu Black Metal, Pink Metal, Heavy Metal, dalam keadaan kita belum pulih dari masalah dadah, bohsia, lepak, ponteng sekolah, vandalisma, gangsterisma dan lain-lain lagi. Mengapa terjadi hal yang sama seperti masyarakat Barat? Jawabnya ialah dari punca yang sama. Kalau masyarakat Barat secara total menolak Tuhan, masyarakat Islam pula biarpun tidak menolak Tuhan, namun Tuhan sudah tidak dibesarkan dalam kehidupan. Tuhan sudah tidak dibawa bersama dalam segala urusan termasuk dalam rumahtangga dan keluarga.
Hasilnya sama saja, iaitu nafsulah yang besar dan berkuasa dalam urusan harian termasuk dalam hal ehwal keluarga. Hidup berkeluarga adalah fitrah manusia. Ertinya sesuatu yang memang semulajadi diingini oleh manusia. Siapa yang menentangnya pasti akan berlaku kepincangan dan hilang kebahagiaan.
Dalam Islam, fitrah berkeluarga itu dikuatkan lagi dengan perintah Tuhan yang bermaksud: “Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” Isyarat dari Tuhan mengenai menjaga keluarga itu amat berat apabila Tuhan memerintahkan agar menjaga keluarga dari api Neraka, yang tentunya bukan satu urusan mudah dan remeh. Ia adalah satu kewajipan yang tidak boleh mencari helah untuk berlepas diri. Andainya ada ahli keluarga yang dilemparkan ke Neraka, maka pihak yang paling bersalah ialah pimpinan dalam keluarga itu sendiri iaitu suami atau bapa.
Perintah menjaga diri dan menjaga keluarga dari api Neraka itu dirangkaikan sekali. Ini menggambarkan betapa menjaga diri dan menjaga keluarga itu sama penting. Sebab itu tidak hairan bila mana dikhabarkan dalam sebuah Hadis Qudsi mengenai seorang hamba Allah yang membawa amalan yang banyak di Akhirat nanti tetapi dilemparkan ke Neraka lantaran tidak mencukupi untuk menebus dosa-dosa anak isterinya yang banyak.
Banyaknya dosa-dosa anak isteri itu berpunca dari kelalaian dirinya selaku suami dan bapa. Apabila anak isterinya menuntut keadilan dari Tuhan maka Tuhan hukum dirinya yang lalai, cuai serta mengabaikan mereka. Apabila tidak setimpal pahala dirinya untuk menebus dosa-dosa anak isterinya maka Tuhan perintahkan dilempar ke Neraka bersama-sama anak isterinya. Itu adalah coretan peristiwa di Akhirat yang amat mengerikan.
Cuba kita tinjau pula di dunia ini. Mengapa kemungkaran dan kemaksiatan di kalangan masyarakat Islam sangat berleluasa? Tidak usahlah kita meletakkan masalah itu kepada golongan remaja saja. Golongan lain pun turut terlibat bahkan lebih dahsyat, zalim dan jahat. Penyelewengan yang dilakukan oleh golongan lain sebenarnya jauh lebih besar dosanya dan jauh lebih berat nilai kerosakannya.
Itu semua tidak lain adalah kerana institusi keluarga sudah tidak berfungsi sebagai tempat mendidik manusia, sudah tidak berperanan sebagai tempat menyuburkan iman dan taqwa, tidak membangunkan jiwa, tidak membentuk dan mencorakkan insaniah.
Tidak keterlaluan kalau dibandingkan rumahtangga kini sudah seperti tanah perkuburan. Hanya menjadi tempat menghimpunkan mayat-mayat hidup yang roh sudah tidak berfungsi. Bangkai bernyawa yang hanya makan, minum, tidur, rehat dan berkelamin. Buka saja mata di waktu pagi bukan Tuhan yang diingat atau didahulukan, tetapi ialah segala macam yang bersifat benda. Apa saja yang hendak dilakukan semuanya menjurus kepada unsur-unsur makan, minum, tidur, rehat dan berkelamin.
Tuhan dan Akhirat sudah tidak diambil kira. Halal haram juga tidak pernah diperhitungkan. Apabila roh atau hati atau jiwa kehilangan fungsi maka penghuni rumahtangga atau anggota keluarga itu tidak ubah umpama mayat bergerak. Tamadun material dibangunkan bermati-matian bahkan semakin hari semakin canggih. Tetapi tamadun rohani semakin pudar, gersang, kering-kontang.
Akibatnya tamadun yang tinggi itu sedikit pun tidak mendatangkan nikmat kebahagiaan sejati yang hanya dapat dirasakan di hati. Biar ribuan saranan, idea, buah fikiran, cadangan, agenda dan program dibuat untuk mengatasi kemungkaran maksiat dan penyelewengan, bukan saja tidak dapat mengatasinya, bahkan dalam perlaksanaannya pula penuh dengan berbagai penyelewengan baru. Atau boleh juga menyelesaikan satu masalah tetapi timbul pula sepuluh side effect baru.
Akhirnya masalah yang sedia ada belum selesai, berlapis bersusun dan bertindih pula masalah baru. Kadang-kadang terdapat juga pihak yang menampakkan kesungguhan untuk membaik pulih institusi kekeluargaan. Mereka tampil dengan berbagai modul kekeluargaan. Kehadiran mereka disambut meriah oleh masyarakat yang secara kebetulan sedang sangat mendambakan penyelesaian. Namun hasilnya tidak pula menurunkan kadar kemungkaran masyarakat. Wang para peserta berpindah ke poket para motivator ini kerana mereka juga hanya sekadar memberikan idea, pendapat, saranan melalui berbagai hasil kajian, tetapi tidak benar-benar membawa manusia kembali kepada Tuhan agar penuh rasa takut, gerun, ngeri dan benar-benar membesarkan Tuhan.
Selagi institusi keluarga tidak diperkukuhkan dengan kembali kepada Tuhan dan syariat-Nya. Selagi Tuhan tidak dibesarkan dan diutamakan. Selagi syariat Tuhan terabai dan terbarai dalam rumahtangga, selama itulah masalah masyarakat tidak akan selesai. Oleh itu siapa pun yang ingin melihat masyarakat Islam dan bercita-cita memperjuangkannya, maka jangan memandang kecil dan remeh soal pembentukan institusi keluarga menurut Islam.
Empayar Islam yang telah berlaku berkurun lamanya bukan produk dari mana-mana universiti di zaman itu. Tetapi adalah produk pembinaan insaniah yang amat berkesan yang semuanya berlaku di alam rumahtangga dan keluarga. Apabila kita kagumi tokoh-tokoh Islam yang amat berjasa dan masyhur, maka itu adalah produk dari didikan dan asuhan di alam rumahtangga. Rahim ibu itu adalah tempat adunan benih-benih suci murni hasil perkongsian hidup yang hanya bercita-cita dan berjuang untuk mendapatkan Tuhan. Kelahiran seorang bayi disambut oleh tangan yang sentiasa menadah kepada Tuhan mengharapkan keampunan, keredhaan dan rahmat Tuhan. Belaian kasih sayang, ayunan buaian seorang ibu yang menyuburkan jiwa bertuhan atau rasa bertuhan yang buahnya ialah manusia agung yang hatinya sangat membesarkan Tuhan sehingga seluruh makhluk ini dipandang kecil. Seluruh makhluk ini yang sifatnya menakutkan semuanya tenggelam lenyap di bawah ketakutan kepada Tuhan. Seluruh makhluk ini yang sifatnya sedap dan lazat semuanya tenggelam lenyap di bawah kecintaannya kepada Tuhan. Peribadi agung yang menempa sejarah ini semuanya dibentuk melalui acuan utamanya di alam rumahtangga dan keluarga.
Kompilasi : MW dan KawanSejati
Capaian entry patut baca :
* Ciri-ciri suami pilihan
* Cara menilai lelaki bakal suami
* Ramai suami tak berilmu?
* Prinsip keadilan penentu kebahagiaan
* Ego - musuh dalam rumahtangga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
perceraian dan kahwin lambat = isu sensasi di M'sia..
BalasPadam@blog-tips-kurus
BalasPadamRasanya kahwin lambat tak patut jadi isu. Perceraian, iya, satu isu yang patut diketengahkan kerana ia adalah titik permulaan keruntuhan sesebuah masyarakat.
Petikan : BHarian 30/05/2011 ~ Perceraian selesai banyak masalah wanita
BalasPadamUmat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita.
“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.
“Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.
Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda. Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan.
“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.
Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.
“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya.