Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kamar tidur merupakan ruang paling peribadi buat pasangan suami isteri. Ði sinilah tempatnya untuk mereka lebih intim. Namun selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga, ada kalanya ruang ini tidak lagi dilihat sebegitu, malah ada yang membiarkannya sepi dan kosong.
Sebabnya masing-masing memilih untuk tidur di depan televisyen atau pun tidur bersama anak-anak, terutamanya bagi pasangan yang punya ramai anak. Keadaan ini menyebabkan rutin tidur bersama sudah diabaikan. Ramai yang menganggap perkara ini harus dielakkan, namun disebaliknya, keputusan pisah tidur juga sebenarnya mempunyai kebaikannya tersendiri.
Apakah kebaikannya? Kali ini Laman-Seri kongsikan kebaikan berpisah tempat tidur yang boleh difikirkan.
1 – Lebih selesa tidur
Malam adalah masa untuk berehat. Malah tiur yang mencukupi juga akan membuatkan seseorang berasa segar pada keesokan harinya. Walau pun berpisah tempat akan kelihatan sebagai ‘konflik’ di kalangan suami isteri, tetapi Adakalanya pasangan memerlukan masa berehat yang cukup untuk diri sendiri. Berpisah tempat tidur juga adalah alasan terbaik bagi pasangan yang mungkin sebelum ini tidur berdengkur yang tentunya mendatangkan ketidak-selesaan kepada pasangannya.
2 – Masa tidur yang berbeza
Mungkin suami suka tidur di tengah malam manakala isteri pula tidur awal kerana penat menguruskan anak-anak. Jadi, kalau anda sudah berpisah tempat tidur, tidak timbul soal pukul berapa anda mahu tidur, tidak timbul pasangan berkecil hati kalau anda tidur awal krana anda sudah mempunyai perjanjian perpisahan tempat tidur ini.
3 – Hubungan seks lebih bermakna
Nampak perkara ini seperti satu gurauan. Masakan sudah berpisah tempat tidur akan ada lagi hubungan seksual. Siapa kata begitu? Tahukan anda, bila anda sudah berpisah tempat tidur, perasaan merindui pasangan akan jadi lebih mendalam. Terasa rindu untuk dibelai dan membelai. Oleh itu, sesekali bersama tentunya hubungan intim yang sesekali dilakukan itu lebih bermakna dan berkualiti.
4 – Tiada gangguan
Ðisebabkan tiada sesiapa yang mengacau tidur, maka anda akan mendapat tidur yang sangat berkualiti. Tidur yang mencukupi akan membuatkan pasangan berasa sangat segar untuk memulakan hari barunya.
Jangan sesekali beranggapan, bila berpisah tempat tidur, pasangan sudah tidak menyayangi anda, sebaliknya ia akan menambah kasih sayang dan cinta anda kepadanya. Sesekali bila tubuh sudah segar, buatlah sesuatu kejutan agar pasangan berasa dirinya masih dihargai.
Check List : Tanggungjawab suami
Ðalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara maaruf (patut). Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS4:19)
Seorang suami diamanahkan agar melayani isterinya dengan baik, seperti menghormati isteri, tidak menghinanya dalam apa jua keadaan dan memberikan apa jua kebaikan untuk menjamin kehidupannya berjalan dengan sempurna. Pendek kata, berbuat baik kepada isteri adalah wajib.
Biarpun sering berlaku konflik dalam rumahtangga, namun suami yang berperanan sebagai ketua rumahtangga harus mengambil sikap yang positif, bersabar dan mempu mengendalikan masalah yang wujud dengan cara yang sangat berhemah.
Isteri tidak dinafikan mempunyai banyak karenah yang kadang kala menguji kesabaran suami. Namun seorang suami yang baik serta beriman sewajarnya dapat bersabar dengan perlakuan isteri yang sedemikian. Ðengan kesabaran itulah, suami akan memperoleh faedah-faedah yang besar dari Allah SWT.
Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang isteri lakukan adalah lambang sahsiah suami, selain didikan suami yang sebenar-benarnya.
Sumber : MW#1432
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Mei 26, 2011
Pisah tempat tidur ada kebaikannya
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/26/2011 08:17:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...