“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Mei 31, 2011

Cara merangsang intim ketika stres


Assalamualaikum warahmatullah,

Agak-agaknya, siapakah orang yang selalu menjadi mangsa kemarahan anda? Biasanya orang yang paling anda cintai, suami atau isteri. Mengapa? Kerana mereka lebih kerap berinteraksi dengan anda dan tentu saja anda tidak boleh lari dari risiko kena serangan buli orang yang sedang stres.

Ada kalanya suami pulang membawa hati yang sakit, masalah yang datang bertindih-tindih sudah tentu membuatnya tertekan. Isteri yang faham gerak-geri suami cepat menangkap petanda tidak sihat sebegini, kalau gunung akan memntahkan larva panasnya, sudah tentu lebih baik mengungsi sementara.

Sesekali isteri pula yang terserang penyakit hati, wajahnya muram senyumannya tidak kelihatan. Tidak bersemangat melayan suami, bila ditegur tidak menjawab, sepi tanpa reaksi. Anak-anak pun terkena tempias walaupun mereka tidak tahu apa dan di mana yang silap.

Tabiat semulajadi ini adalah normal bagi suami isteri yang sudah bertahun-tahun hidup bersama. Semakin lama usia perkahwinan semakin kalis hati mereka diterjang amukan pasangan masing-masing. Jadi jangan sesekali menilai kebahagiaan perkahwinan orang lain dari kacamata anda, kerana anda tidak memahami sedikitpun bentuk cinta yang diterapkan dalam rumahtangga mereka.

Peliknya, dalam keadaan panas berkonflik yang melanda, mereka boleh bertukar angin serta merta, begitu cepatnya melupakan kemarahan dan tekanan terhadap pasangan. Sebenarnya keadaan hati yang cepat sejuk dan cepat lupa amat baik untuk diamalkan suami dan isteri yang mahhukan kebahagiaan rumahtangga.

Ilmu apa agaknya yang mesti diterapkan dalam menjaga hubungan agar tetap intim walau anda berdua sering mengalami stres?

1 – Kasih sayangnya melampaui kemarahannya

Setiap kali anda mendengar leteran isteri atau egoisme suami, cubalah bertenang dan mula fikirkan betapa selama ini si dia begitu manis melayan anda. Bukankah kasih sayangnya lebih banyak tercurah untuk anda dibandingkan kemarahannya? Bagaimana mungkin anda lupa kebaikan-kebaikan pasangan kerana satu sikapnya yang menyakitkan hati anda? Jika anda sudahpun mendapat 10 kemanisan, mengapa tidak boleh bersabar menerima 1 kepahitan?

2 – Cari punca, jangan salahkan dirinya

Suami isteri yang tetap hangat ketika stres biasanya suka mengamalkan introspeksi diri, sebelum menuduh pasangannya dengan tuduhan yang bukan-bukan. Mereka boleh bersikap adil dalam menilai pasangan dan sentiasa mencari kelemahan diri untuk diadili sebelum mengadili pasangannya.

Mengapa isteri anda tidak mahu masak makanan ketika anda lapar? Jangan hukum dia dengan tuduhan pemalas, tidak pandai melayan suami, degil apatah lagi derhaka. Cuba soal balik diri anda bagaimana cara anda berkomunikasi ketika menyuruh isteri memasak. Apakah anda sindir-sindir, atau anda ugut-ugut atau anda arah-arah dengan marah atau anda pujuk rayu dengan kemanisan bahasa yang disukai isteri?

Mengapa suami suka marah-marah tidak bersebab, mencari-cari kesilapan anda, ungkit-mengungkit kelemahan anda? Jangan tuduh dia suami yang jahat, pentingkan diri sendiri atau ada kekasih lain. Cubalah anda lihat bagaimana makan minumnya, kerja dan rehatnya, apakah dia mengantuk atau lapar? Mungkin juga dia keletihan dan resah ditimpa musibah yang tidak mahu dikongsinya dengan anda.

3 – Terima pasangan dengan cara yang sederhana, jangan terlalu gembira dan sedih

Para pasangan yang tetap hangat dan intim walaupun diuji oleh masalah tertubi-tubi mempunyai rahsia kekuatan peribadi yang terukir dalam kalimah Ilahi.

Ði dalam surah al-Hadiid ayat 22-23, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Mereka tidak pernah dipermainkan oleh perasaan-perasaan negatif yang menghantui gerak hati, seperti terlalu sedih dan gembira yan gmelampau. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai pandangan, perasaan dan fikiran yang positif terhadap pasangannya. Jangan bersedih, kerana suatu konflik atau pertengkaran yang terjadi sekali-sekala. Semua itu bahkan boleh mendatangkan pahala jika anda bangkit dan melawan kesedihan itu dengan sabar.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” (Surah Alam Nasyrah 94:1~8)

Selepas kesedihan, pasti ada kegembiraan, situasi ini pun mesti dihadapi dengan bijak. Allah SWT tidak suka orang yang terlalu gembira sehingga melahirkan kesombongan. Jangan sesekali tunjukkan kegembiraan yang melampau kerana kehebatan pasangan anda. Terimalah pasangan anda dengan hati yang memuji Allah, kerana boleh jadi kehebatan pasangan anda itu akan berbalik menjadi musibah dalam hidup anda.

Marilah kita amalkan ilmu tetapi intim walau dilanda stres dengan tiga petua ini. Sememangnya ilmu dimiliki setelah melalui ujian-ujian yang bernilai, jadi hargailah setiap saat tercetusnya konflik antara anda dan suami, untuk mencetuskan satu saat lagi kecintaan yang baru dan hangat selalu.

Semoga bermanafaat!




Artikel diubah-suai dari : Ðr Juanda Jaya di MW#1424

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails