“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Mei 22, 2011

Selamatkah seks semasa hamil?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Antara 'search keyword' yang masuk ke belog Laman-Seri ini ialah, "seks semasa hamil". Nampaknya, ramai yang masih tidak tahu ataupun ragu-ragu untuk melakukan hubungan intim bersama suami ketika sendang hamil. Kali ini Laman-Seri kongsikan info yang diterima dari setbersalin.com.

Suatu masa dulu, ramai yang beranggapan, seks sewaktu hamil adalah kurang elok dan berbahaya. Mereka berpendapat, melakukan hubungan seks sewaktu hamil boleh menyebabkan jangkitan kuman ataupun kecedaraan kepada bayi di dalam kandungan.

Tanggapan ini sememangnya TIDAK BENAR. Hubungan seks sewaktu hamil sebenarnya tidak berbahaya kepada bayi, ini kerana terdapat lendir dari servik (mulut rahim) ibu yang dapat membantu melawan terhadap sebarang kuman/infeksi yang masuk ke dalam pintu rahim. Selain itu juga, sudah memang semulajadi, Allah jadikan bayi di dalam kandungan itu, dilindungi oleh cairan ketuban serta otot rahim dan perut ibu yang kuat di sepanjang waktu kehamilan

Namun begitu, jika kehamilan anda mengalami tanda-tanda kehamilan yang berisiko tinggi, doktor anda selalunya akan menasihatkan anda mengurangkan atau tidak melakukan hubungan seks buat seketika.

Antara contoh keadaan kehamilan berisiko tinggi adalah seperti :-

  1. Ancaman keguguran bayi.
  2. Kedudukan plasenta yang rendah.
  3. Usia kelahiran pramatang.
  4. Perdarahan vagina atau keluar cairan yang tak diketahui penyebabnya serta berlaku kekejangan.
  5. Pelebaran servik.
  6. STD atau penyakit seksual yang berjangkit.

Manakala, mengenai posisi hubungan seks yang sesuai sewaktu hamil pula, ada beberapa posisi yang mungkin anda boleh cuba mengikut keselesaan anda, antaranya :-
  1. Posisi wanita di atas. Ini adalah posisi yang paling selesa bagi ramai ibu hamil, ini kerana pada posisi ini wanita dapat mengawal kedalaman penetrasi.
  2. Posisi duduk. Posisi ini biasanya pada kehamilan pertengahan atau lanjut dimana tidak memerlukan banyak gerakan. Lelaki duduk dan wanita duduk diatasnya saling berhadapan atau membelakangi lelaki (apabila perut sudah sangat besar). Posisi ini juga membolehkan wanita untuk mengawal kedalaman penetrasi.
  3. Posisi laki-laki di atas tetapi berbaring hanya separuh tubuh.
  4. Posisi berlutut atau berdiri.

Apa-apa pun posisi yang cuba anda praktikan, perkara yang paling penting dari semua posisi seks sewaktu kehamilan ini adalah, suami sepatutnya TIDAK meletakkan beban berat badannya ke perut anda kerana khuatir ia memberikan tekanan kepada anda dan juga bayi dalam kandungan. Bak kata pepatah, "Berhati-hati di atas katil.. biar lambat asalkan nikmat.."

Semoga entry ini dapat membantu bakal-bakal ibu yang tidak jemu-jemu mencari ilmu.




Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails