“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Mei 27, 2011

Tuntutan bekerja


Assalamualaikum warahmatullah,

Salah satu tuntutan wajib ke atas orang Islam, khususnya yang telah berkeluarga adalah mencari rezeki yang halal, tidak kira dalam apa jua bidang kerja dan perusahaan. Malah hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad), beramal dan bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105)

Iman seseorang belum diakui sempurna sehingga dibuktikan dengan amalan. Sebagai Muslim dan Muslimah, amal perbuatan itu harus dalam ruang lingkup yang luas demi kebaikan dunia dan akhirat. Ia tidak terhad pada zikir, solat dan puasa semata-mata, tetapi juga usaha membangunkan ekonomi dan keluarga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Mencari rezeki yang halal adalah wajib atas setiap Muslim.” (Hadis riwayat al-Dailami daripada Anas.)

Islam begitu menggalakkan usaha mencari rezeki dan ada diceritakan Sayidina Umar al-Khattab pernah memarahi seorang pemuda sehingga beliau menghentakkan tongkatnya. Puncanya kerana lelaki itu duduk sahaja di masjid pada waktu bekerja. Kata Umar, “Ini waktu bekerja. Mengapa kamu duduk-duduk di masjid? Jangan sangka langit akan menurunkan hujan emas!”




Sumber : Nur Mei 2007

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails