* Dr ***** ingin mencari anak susuan Muslim perempuan. Beliau masih menyusu dua anak kembarnya, **** dan **** yang berusia 8 bulan tapi supplyanya sangat banyak sampai kena buang sebab lepas tarikh luput. Jika anda tinggal berdekatan Seremban dan mencari ibu susuan, sila hubungi 012******. Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi.
* “Kepada semua, saya mempunyai lebihan susu badan 15 beg yang mana setiap satu 5oz dan susu berkenaan dipam pada awal September lalu. Saya menyimpan semuanya di dalam peti sejuk dan sekarang tiada tempat lagi. Pagi tadi, saya berasa sakit dan perlu membuang 11 lagi beg susu badan. Saya harap dapat mendermakannya dan membantu bayi yang memerlukannya. Tolong hubungi saya, jika anda memerlukan sebarang susu badan. Saya tinggal di Puchong. Saya ada mengambil suplemen vitamin, Omega 3, kalsium dan tidak merokok dan tidak minum alkohol. Terima kasih.
* Terdesak, tiada pilihan
“Saya terdesak dan akan terus cuba berusaha dengan cara itu.” Itu antara pengakuan dibuat bapa kepada seorang anak, yang menggunakan laman sosial berkenaan untuk mencari susu badan.
Syed (bukan nama sebenar) berkata, sejak memasuki dan ‘merayu’ mendapatkan susu badan untuk anak sulungnya dalam laman social itu pada awal tahun ini, ada beberapa individu menghubunginya untuk mendermakan susu badan mereka.
“Disebabkan terdesak saya tidak pernah fikir baik buruknya, tetapi apabila ada ‘tawaran’, bebrapa persoalan mulai timbul dan membuatkan saya berhati-hati. Lebih-lebih lagi, ada antara maklum balas itu seolah-olah ada unsur urus niaga, katanya turut memberitahu kebanyakan tawaran itu daaripada individu bukan Islam.
Syed berkata, selain itu, dia turut mendapat maklum balas daripada persatuan menyatakan kesudian untuk membantu dan mengajar isterinya penyusuan badan yang betul.
“Anak sulung saya kini sudah berusia hamper dua tahun, tetapi dia hanya berpeluang mendapat susu badan beberapa hari saja selepas dilahirkan. Isteri saya tidak dapat menyusukannya kerana kurang susu. Saya pernah menyarankan isteri supaya berusaha mendapatkan tunjuk ajar daripada perunding laktasi, tetapi dia enggan dan menganggap seumia itu sudah takdir dan lebih rela memberikan susu formula kepada bayi kami.
“Bagaimanapun, bagi saya, susu badan amat penting untuk bayi kerana ia membawa banyak kebaikan. Sebab itulah seboleh-bolehnya saya berusaha juga untuk mendapatkannya. Melalui seorang kawan yang menjual produk bayi, saya mendapat tahu mengenai laman sosial berkenaan. Tanpa persetujuan dan pengetahuan isteri, saya pun memasuki dan menyatakan masalah dihadapi,” jelasnya yang turut tidak pasti siapa pengendali sebenar laman sosial itu.
Syed berkata, memang terdetik kebimbangan mengenai amalan pendermaan susu dilakukan melalui laman sosial terutama jika ada pihak menyalahgunakannya.
Katanya, sebagai Muslim sepatutnya mengambil kira hukum-hakam menjadi ibu susuan.
“Saya berpendapat, laman sosial ini dapat membantu orang seperti saya yang terdesak. Beberapa kriteria perlu diambil kira termasuk aspek agama, bangsa dan latar belakang serta tahap kesihatan wanita yang memberi susu badannya. Saya membaca artikel seorang gadis belum berkahwin, di China menjual susu badannya kepada sesiapa yang memerlukan melalui laman sosial. Saya berharap perkara ini tidak berlaku di negara ini,” katanya yang menunggu kelahiran anak keduanya.
Petikan : BHarian 14/10/2011
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...