“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Oktober 27, 2011

Kongsi susu ibu

Dan bagi kaum wanita, janganlah mereka menyusui setiap anak kecuali kerana darurat. Jika mereka melakukannya, maka hendaklah mereka mengingatnya atau mencatatnya, sebagai sikap hati-hati. - (Al-Ikhtiar, Ibn Maudud al-Hanafi, juz 3, hlm. 120 dan lihat Syarah Fathul Qadir, Ibn al-Hammam, juz3hlmn 2-3)


Perlu ambil kira hukum, kesihatan, perundangan dan keselamatan

NIAT murni dan usaha dilakukan rangkaian perkongsian susu Human Milk For Human Baby (HM4HB) bagi menggalakkan penyusuan susu ibu sememangnya dilihat baik.

Apatah lagi, melalui usaha gigih dilakukan membolehkan bayi mendapat susu ibu secukupnya dan berupaya menggalakkan penyusuan susu ibu di negara ini, terutama di kalangan ibu muda. Malah, sikap prihatin ditunjukkan rangkaian diwujudkan di negara ini dapat membantu ibu mengalami masalah kesihatan dan menyelamatkan nyawa bayi tidak berdosa, yang benar-benar memerlukan sumber makanan berkhasiat, di samping melindungi hak bayi berkenaan.

Justeru, artikel bertajuk, Tawar Susu Dalam Internet, disiarkan sisipan RATU, BH pada 14 Oktober lalu langsung tiada agenda terselindung apatah lagi ingin memburuk-burukkan usaha HM4HB (Malaysia). BH sentiasa menyokong dan bekerjasama memberi liputan kepada penyokong kumpulan komuniti rangkaian berkenaan melalui aktiviti dianjurkan sebelum ini.

Rangkaian global berusia setahun itu tidak seharusnya cepat melatah apabila ada yang memberikan pandangan dan saranan demi memastikan penyusuan ibu dapat dipertingkatkan dengan mengambil kira aspek kesihatan, hukum agama, perundangan dan keselamatan makanan.

Artikel disiarkan bertujuan berkongsi pandangan dengan harapan dapat memberi nilai tambah supaya dapat mempertingkatkan kebaikan dan keberkesanan usaha dilakukan dalam jangka panjang, apatah lagi Kementerian Kesihatan dalam keterangannya menjelaskan perundangan di Malaysia dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia belum membuat sebarang keputusan berhubung kaedah diperkenalkan rangkaian ini.

Ikuti jawapan diberikan Ketua Pengarah kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, menerusi Bahagian Pemakananan, berhubung isu ini, yang sempat Laman-Seri kongsikan jawapan penuh yang diberikan Ketua Pengarah kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, menerusi Bahagian Pemakanan berhubung isu ini.

SOALAN : Kini terdapat kewujudan komuniti – Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global dan kini mempunyai lebih 20,000 penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara. Daripada jumlah itu, lebih 900 orang adalah rakyat Malaysia. Adakah Kementerian Kesihatan menyedari kewujudan rangkaian dan fungsi serta maklumat komuniti berkenaan?

JAWAPAN : Ya. Pihak kami menyedari kewujudan rangkaian berkenaan.

SOALAN : Berdasarkan maklumat diketahui, rangkaian komuniti itu menggalakkan penyokongnya menderma susu badan kepada ibu lain yang menghadapi masalah kekurangan susu bagi memastikan kesihatan bayi mereka. Apakah pandangan kementerian mengenai usaha dilakukan?

JAWAPAN : Secara umumnya, pada pendapat saya, apa-apa usaha yang membolehkan bayi mendapat susu ibu secukupnya adalah baik. Ia juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin sedar terhadaap kebaikan dan kepentingan susu ibu kepada bayi. Bagaimanapun, pendermaan susu ibu perlu dilakukan dengan berhati-hati dan perlu diteliti dari pelbagai aspek lain yang mungkin timbul seperti hokum agama, perundangan, keselamatan makanan dan kesihatan.

SOALAN : Kaedah diperkenalkan dikatakan secara langsung melindungi hak bayi dalam mendapatkan sumber makanan yang sihat. Adakah tanggapan itu betul dan kaedah dilakukan dibenarkan oleh undang-undang?

JAWAPAN : Tanggapan itu betul. Namun begitu, selain kepentingan dankebaikan susu ibu, penyokong komuniti terbabit juga harus sedar dan melihat aspek lain. Sehingga kini, perundangan di Malaysia dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara ini.

Bagaimanapun, daripada aspek agama Islam, penyokong komuniti yang beragama Islam perlu mengingati dan mencatat butiran pendermaan dan penerima derma. Ini kerana ia akan membabitkan hokum pertalian saudara susuan yang akan mengharamkan perkahwinan. Jika tidak dicatatkan dan tidak diingati, akan menimbulkan masalah kemudian hari sekiranya anak terbabit ingin berkahwin seperti mana dipetik : “Dan bagi kaum wanita, janganlah mereka menyusui setiap anak kecuali kerana darurat. Jika mereka melakukannya, maka hendaklah mereka mengingatnya atau mencatatnya, sebagai sikap hati-hati.” (Al-Ikhtiar, Ibn Maudud al-Hanafi, juz 3, hlm. 120 dan lihat Syarah Fathul Qadir, Ibn al-Hammam, juz 3 hlmn 2-3.)

Menurut sabda Rasulullah SAW, “Apa yang diharamkan dengan sebab penyusuan adalah sama dengan apa yang diharamkan dengan sebab keturunan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SOALAN : Pemberian susu badan juga dikatakan boleh menyebabkan jangkitan beberapa penyakit seperti HIV. Jika dikaitkan dengan usaha dilakukan HM4HB, tidakkah pendermaan susu boleh memberi risiko jangkitan kepada bayi yang ingin dibantu?

JAWAPAN : Ya. Pendermaan susu badan yang tidak mengikut protocol ketat boleh memberi risiko jangkitan kepada bayi. Mengikut laporan United States Food and Drug Administration Meeting on Donor Human Milk Banking, 6 Disember 2010, sebelum menerima susu yang didermakan, penerima hendaklah memastikan perkara berikut :

* Kenal pasti latar belakang penderma
* Jalankan pemeriksaan (merokok, penggunaan alcohol, pengambilan ubat-ubatan dan vitamin serta sejarah pemindahan darah) dan ujian makmal (HIV, HTLV I/II, Hepatitis B, Hepatitis C dan Siflis)
* Dapatkan nasihat pakar perubatan

Selain itu, protokol ketat mengenai cara pengumpulan, penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan susu juga perlu diikuti untuk memastikan susu tersebut tidak tercemar. Sekiranya penderma didapati positif terhadap sesuatu penyakit berjangkit seperti HIV, pendermaan susu badan adalah tidak dibenarkan berdasarkan Peraturan 12 dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

SOALAN : Apa pandangan kementerian mengenai hal ini mengenai individu yang menderma susu kepada lebih seorang bayi dalam masa yang sama?

JAWAPAN : Dari segi perundangan, penderma dan penerima derma yang beragama Islam seharusnya mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif dalam hokum agama. Melalui pendermaan susu ibu ini akan mewujudkan pertalian persaudaraan susuan antara penderma dan bayi terbabit, yang mana ia menentukan hokum halal dan haram sesuatu perkahwinan pada masa akan datang.

Penerimaan susu daripada penderma bukan Islam dan sebaliknya perlu mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Bagi mereka yang beragama Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya adalah dinasihatkan juga untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada mereka yang arif dalam agama masing-masing.

Dari segi kesihatan pula, penderma hendaklah memastikan bahawa susunya juga cukup untuk bayinya sendiri sebelum menderma kepada bayi lain.

SOALAN : Apakah kaedah lain selain mendapatkan susu derma bagi ibu yang mendakwa mengalami masalah susu kering dan tidak menyusukan anak sendiri atau memberi susu formula?

JAWAPAN : Susu kering bukanlah alas an untuk menggunakan kaedah pendermaan susu bagi bayi. Ini kerana setiap wanita mampu untuk menghasilkan susu yang cukup kepada bayi mereka sesuai dengan keadaan dan umur bayi tanpa mengira saiz payudara, umur dan bangsa ibu berkenaan. Hanya segelintir wanita (lebih kurang 1%) yang sememangnya tidak boleh menghasilkan susu yang cukup untuk bayi mereka.

Bagi kebanyakan wanita, kekurangan bekalan susu adalah disebabkan oleh kurang kekerapan penyusuan serta posisi dan pelekapan bayi yang tidak betul. Kadang kala, stress (tekanan) juga boleh menjadi satu sebab kekurangan susu. Menambahkan kekerapan penyusuan susu ibu akan membantu meningkatkan bekalan susu. Lebih kerap bayi menghisap, lebih banyak susu dihasilkan.

SOALAN : Adakah usaha dilakukan komuniti ini dapat membantu Kementerian meningkatkan jumlah penyusuan eksklusif bayi di negara ini?

JAWAPAN : Secara amnya, usaha yang dilakukan oleh ku=omuniti ini dapat membantu meningkatkan peratusan bayi yang diberi susu ib u secara eksklusif di negara ini. Justeru, adalah lebih baik sekiranya ibunya sendiri yang menyusukan bayinya memandangkan banyak faedah dan kebaikan yang boleh diperoleh oleh ibu itu sendiri dan juga bayinya. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia sedar bahawa ada segelintir ibu yang tidak dapat menyusukan anak mereka sendiri atas sebab perubatan.

SOALAN : Penyusuan badan seharusnya dilakukan secara semulajadi, adakah kaedah diperkenalkan komuniti berkenaan seiring dengan keadaan itu?

JAWAPAN : Kaedah yang diperkenalkan itu jelas tidak seiring dengan kaedah penyusuan yang sepatutnya iaitu ibu kandung menyusu sendiri bayinya. Penyusuan susu ibu melalui kaedah ini hanya focus memberi khasiat kepada bayi dan hanya bayi yang mendapat manfaat. Walhal, jika ibu kandung sendiri yang menyusukan bayinya, kedua-dua ibu dan bayi akan mendapat manfaat lain seperti jalinan fizikal dan emosi yang rapat serta perlindungan daripada penyakit.

SOALAN : Adakah sebarang akta perlindungan kepada bayi yang menerima susu derma jika mendapat jangkitan penyakit berjangkit?

JAWAPAN : Hal sedemikian adalah tertakluk di dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Dalam akta itu, orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit.

SOALAN : Adakah kementerian menyokong usaha dilakukan komuniti berkenaan yang mendakwa sokongan masyarakat penting dalam membina generasi lebih sihat dengan susu ibu?

JAWAPAN : Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya menyokong sepenuhnya usaha sesiapa sahaja sama ada secara individu, komuniti, persatuan atau pun badan bukan kerajaan (NGO) untuk mempromosi, melindungi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu di negara ini. Sokongan daripada pelbagai pihak ini dapat membantu kerajaan Malaysia untuk melahirkan sebuah generasi lebih sihat dengan susu ibu.

Bagaimanapun, pihak kami berasakan bahawa kaedah pendermaan secara individu sebegini perlu diteliti dari pelbagai aspek, termasuk perundangan, agama dan kesihatan dan protokol keselamatan. Ia perlu dirangka dengan teliti dan dipatuhi untuk memastikan susu yang diderma adalah selamat.

SOALAN : Nasihat kementerian bagi ibu yang ingin menderma dan juga yang menerima derma susu orang lain untuk bayinya?

JAWAPAN : Semua ibu yang ingin menderma dan menerima derma susu ibu perlu mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum berbuat demikian. Dapatkan nasihat dan pandangan daripada ahli agama masing-masing berhubung perkara ini.


Langkah yang sudah dan sedang diambil Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi menggalakkan amalan penyusuan susu ibu di Malaysia:

* Melaksanakan Inisiatif Hospital Rakan Bay (Baby-Frendly Hosptal Initative) di hospital kerajaan dan 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya. Perlaksanaan nsiatf Hospital Rakan Bayi n dapat membantu ibu memulakan penyusuan susu ibu semasa d hospital dan meneruskannya setelah kembali ke rumah.

* Melaksanakan program Latihan Pengurusan Laktasi (18 jam/20 jam) dan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu (40 jam) secara berterusan kepada anggota kesihatan, terutama mereka yang terbabit dengan penjagaan ibu dan bayi. Latihan sokongan daripada ibu-ke-ibu (mother-to-mother support) untuk wanita tempatan yang berpengalaman dalam penyusuan susu ibu turut dijalankan. Latihan ini meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Dengan itu, mereka boleh membantu ibu yang berhasrat menyusukan bayi mereka dengan susu ibu dan memberi sokongan kepada ibu yang mungkin merasakan mereka mempunyai masalah penyusuan.

* Penerbitan Tata Etika Produk Susu Formula Bayi sejak 1979 adalah usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mempertahankan keunggulan susu ibu, membantu dalam pemakanan bayi yang selamat dan optmum melalui perlindungan, penggalakkan dan sokongan penyusuan susu ibu. Tata etika ni merangkumi prinsip asas pemasaran dan maklumat produk tersenarai serta produk makanan pelengkap bayi. Ia juga memberikan garis panduan etika bagi pengilang dan pengedar produk tersenarai dan makanan pelengkap serta professional dan anggota kesihatan yang bertugas dalam sisitem penjagaan kesihatan.

* Di dalam Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983 terdapaat peruntukan yang melindungi penyusuan susu ibu. Seksyen 389 dalam Peraturan Makanan menumpukan peruntukan untuk susu formula. Peraturan Makanan ini sedang dikaji dan diperkukuhkan bagi melindungi pemakanan bayi dan kanak-kanak.

* Pendidikan penyusuan susu ibu juga diintegrasi dalam kurikulum sekolah (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) bagi kanak-kanak sekolah rendah dan menengah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

* Mengadakan aktiviti promosi dan pendidikan kepada orang ramai melalui ceramah dan kaunseling penyusuan susu ibu.

* Menubuhkan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang memberi keyakinan dan sokongan kepada ibu terutama ibu muda yang kurang yakin untuk menyusukan bayi mereka.

* Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bekerja mengenai pemerahan dan penyimpanan susu ibu supaya mereka boleh meneruskan penyusuan susu bayi sehingga anak berusia dua tahun walaupun sudah kembali bekerja di samping memperkenalkan makanan pelengkap semasa anak berusia enam bulan.

* Dari segi sokongan sosial, pekerja wanita dalam sector awam diberi fleksibiliti memilih cuti bersalin 60 hingga 90 hari untuk setiap kelahiran dari jumlah cuti bersalin 300 hari sepanjang perkhidmatan mereka. Perkara ini dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010. Suami pula diberi cuti tujuh hari untuk menjaga isteri bersalin.

* Ibu juga dibenarkan mengambil cuti tambahan tanpa gaji selama lima tahun untuk menjaga anak. Ini dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.

* Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan juga digalak untuk menyediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak sejak 1989 melalui pekeliling Perkhidmatan bil. 6 Tahun 1989. Tempat awam juga digalakkan untuk menyediakan kemudahan untuk ibu menyusukan bayi.


Lebih afdal cari keluarga derma susu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti penawaran susu ibu dan aliran mendapatkan susu ibu di internet pada Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS), yang akan diadakan Disember depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kaedah itu tidak mustahil menimbulkan kesan jangka panjang bagi bayi yang disusukan ibu yang berpenyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, hepatitis dan siflis.

Justeru, beliau menyarankan ibu yang ingin menderma susunya, perlu mendapatkan pengesahan rawatan daripada pakar perubatan Islam terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

“Adalah lebih afdal bagi ibu yang kurang susu atau tidak mempunyai susu untuk mencari keluarga terdekat sebagai ibu susuan sekiranya ada. Dalam Islam, sekiranya kekurangan susu, harus bagi ibu untuk menggunakan ubat-ubatan atau sebarang rawatan bagi merangsang pengeluaran susu. Ini kerana dalam Islam penyusuan bayi melalui kaedah secara semulajadi adalah digalakkan bagi mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Khasiat susu ibu tidak boleh ditandingi mana-mana susu formula kerana ia sangat baik dan dapat meningkatkan antibody bayi dan menyelamatkan bayi daripada serangan penyakit,” katanya.

Menurut Othman, JAKIM menyedari kewujudan rangkaian komuniti menawarkan susu ibu di laman sosial Facebook dan bekerjasama dengan pengendali rangkaian berkenaan. Bagaimanapun, jelasnya, berdasarkan kepada bidang kuasa yang ada, JAKIM hanya berurusan dengan rangkaian berkenaan dengan memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan berkaitan hukum syarak.

Mengenai hubungan susu badan yang didermakan kepada lebih daripada seorang bayi, Othman berkata, bayi yang menerima susu adalah anak susuan kepada ibu yang menderma. Hubungan antara mereka juga adalah seperti hubungan anak-beranak yang berasaskan nasab.

“JAKIM akan meneliti kesesuaian amalan perkhidmatan itu mengikut ajaran Islam dalam mesyuarat PKS,” katanya sambil menambah satu kajian juga perlu dibuat untuk memantau jika berlaku perdagangan susu ibu di negara ini.

Mengulas lanjut berhubung tindakan atau langkah yang akan diambil JAKIM terhadap komuniti berkenaan, katanya, JAKIM akan mendapatkan pandangan ahli PKS dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.


INFO ~ Human Milk 4 Human Babies (HM4HB)

* HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada pada oktober 2010 oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 lebih Negara, termasuk Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Singapura serta Kuwait.

* Ia bukan sebuah organisasi, justeru, tidak menyimpan data keluarga yang terbabit dan percaya pada pilihan bermaklumat (informed choice)

* Ia juga tidak menjual beli susu badan kerana berpendapat jika terjadi sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu didermakan secara percuma, pihak terbabit benar-benar ikhlas.

* Di Malaysia, ia dikendalikan oleh 12 ibu warga Malaysia dan melakukan ia secara usaha untuk kebaikan orang ramai dan pampasan didapati ialah kepuasan apabila seorang ibu susuan itu diketemukan dengan anak susuan dan sebaliknya.

* Antara pentadbir awal ialah Nadine Ghows. Dilahirkan di Singapura tetapi warga Malaysia. Antara pentadbir utama adalah Ayuni Zainuddin (yang menetap di Singapura) selain Ernadia Os’Hara Omar, Zaszima Abu-Samah, Chern Pei Wei, Jeanne Chuah dan Shahida Ahmad Khan.

* Rangkaian ini mendakwa berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW kerana ia menepati tabii. Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia.




Petikan : BHarian 26/10/2011

Capaian entry berkaitan :
* Makruh minum susu daripada wanita bukan Islam
* Pelik dan menarik mengenai susu ibu
* Kongsi susu ibu
* Penyusuan Susu Ibu dari Pandangan Islam
* Tawar susu ibu di internet
* Susu ibu penawar alergi
* Susu ibu tidak ternilai
* Bolehkah menyusukan anak lebih dari dua tahun?
* Wanita bujang menyusukan anak angkat?
* Q&A : Harus makan pil hormon untuk menyusu anak angkat
* Bayi susu ibu IQ tinggi
* Q&A : Menyusu anak lebih 2 tahun
* Ibu susuan Nabi Muhamad

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails