“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Oktober 05, 2011

Khasiat mustard

Mustard legakan masalah sendi

Mustard adalah sejenis herba dan rempah paling tua dan paling banyak digunakan. Mustard tergolong dalam beberapa spesies tanaman dalam genus brassica dan sinapis. Tetapi jangan keliru antara herba mustard dengan perasa mustard.

Perasa mustard mendapat nama hasil daripada biji mustard itu sendiri yang telah dijadikan pes dan dicampurkan dengan musta (jus anggur atau bah-buahan lain sebelum ia mengalami pencapaian). Biji mustard juga boleh dikisar menjadi minyak mustard, dan daunnya sedap dibuat ulam.

Indian mustard plant


Indian mustard flower (Brassica juncea L. Czern)


Wild mustard (Brassica campestris)


Ðikenali juga sebagai biji sawi dalam masyarakat Malaysia, herba mustard ini telah digunakan sejak 3,000 tahun lalu sebagai ramuan perubatan. Mustard tergolong dalam tiga jenis bentuk iaitu mustard putih, mustard hitam dan mustard coklat.

Mustard putih mempunyai daun yang diselaputi dengan lapisan kasar kecil. Bunganya terletak dalam bentuk gugusan dan buahnya mempunyai pod berbentuk panjang. Ðalam setiap pod, terdapat enam biji mustard berwarna putih kekuningan.

White mustard (Sinapis alba)


Black mustard (Brassica nigra)


Tidak seperti mustard putih, jenis mustard hitam mempunyai biji berwarna merah kecoklatan berbentuk sfera. Podnya berwarna hitam dan mengandungi sehingga 12 biji mustard daripada warna coklat sehinggalah hitam. Mustard hitam mempunyai rasa pedas yang kuat.

Mustard coklat hampir sama rupanya seperti jenis mustard hitam. Namun begitu, daunnya lebar dan bulat pada bawah dan menjadi nipis pada hujungnya. Warna bijinya berbeza daripada coklat terang sehinggalah gelap. Ia lebih pedas daripada mustard putih tetapi kurang pedas daripada mustard putih tetapi kurang pedas daripada jenis hitam.

Yellow mustard seeds


Black mustard (Brassica nigra) seeds


Mustard Seed, yellow

Nutritional value per 100 g (3.5 oz)

Energy

1,964 kJ (469 kcal)

Carbohydrates

34.94 g

- Sugars

6.89 g

- Dietary fiber

14.7 g

Fat

28.76 g

- saturated

1.46 g

- monounsaturated

19.83 g

- polyunsaturated

5.39 g

Protein

24.94 g

Water

6.86 g

Vitamin A equiv.

3 μg (0%)

Thiamine (Vit. B1)

0.543 mg (47%)

Riboflavin (Vit. B2)

0.381 mg (32%)

Niacin (Vit. B3)

7.890 mg (53%)

Vitamin B6

0.43 mg (33%)

Folate (Vit. B9)

76 μg (19%)

Vitamin B12

0 μg (0%)

Vitamin C

3 mg (4%)

Vitamin E

2.89 mg (19%)

Vitamin K

5.4 μg (5%)

Calcium

521 mg (52%)

Iron

9.98 mg (77%)

Magnesium

298 mg (84%)

Phosphorus

841 mg (120%)

Potassium

682 mg (15%)

Sodium

5 mg (0%)

Zinc

5.7 mg (60%)

Percentages are relative to US recommendationsfor adults.
Source:
USDA Nutrient database

http://laman-seri.blogspot.com


Ðisebabkan kehadiran musilaj, mustard mempunyai kesan penjulap. Biji mustard putih memiliki kesan ringan, menjadi sumber minyak vegetal dan sumber terbaik protein, kalsium, magnesium dan kalium. Apabila mustard dicampurkan dengan air panas, ia mempunyai kesan meningkatkan tekanan arterial dan merangsang pengedaran darah. Pada masa yang sama, mustard mempunyai sifat-sifat antiradang.

Mustard juga merupakan herba dengan pelbagai kegunaan. Mengikut sejarah, mustard memiliki tempat penting dalam perubatan. Orang Greek zaman dahulu percaya, herba ini telah diciptakan oleh Asclepious.

Walaupun minyak pati mustard adalah bahan iritasi yang boleh menyebabkan kulit melepuh, tetapi apabila dicairkan dan dibubuh pada linimen atau tuaman, ia dikatakan boleh memberi rasa panas dan melegakan.

Melegakan sengatan binatang berbisa

Selama bertahan-tahun juga, mustard telah digunakan untuk melegakan sengatan kala jengking dan ular, epilepsy, sakit gigi, lebam-lebam, kejang leher, reumatisme, kolik dan masalah pernafasan.

Merawat sakit kepala, selsema dan batuk

Mandian mustard dikatakan boleh merawat sakit kepala, selsema dan batuk. Pengambilan satu sudu biji mustard sebanyak 2 atau 3 kali sehari dikatakan mampu memberi kesan penjulap.

Bagi mengatasi masalah sakit kepala atau sakit yang disebabkan pendedahan terlalu lama pada kesejukan boleh dikurangkan melalui cara merendam satu beg kecil mengandungi 200 gram biji mustard hitam dalam air mandian. Biarkan ia terendam selama 10 minit dan kemudian keluarkannya daripada air mandian. Kesan sakit reumatik dan neuralgia juga dikatakan boleh dikurangkan melalui penggunaan cara yang sama dalam mandian biasa.

Merawat masalah pernafasan

Biji mustard tidak kiralah sama ada putih atau hitam dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah pernafasan.

Masalah asma dan bronkitis pula dikatakan boleh dirawat melalui cara menampal ramuan pes serbuk mustard hitam pada kawasan dada selama kira-kira 20 minit. Selepas rasa panas pada dada telah kurang, buangkan pes ini dan kemudian lindungi dada dengan material panas.

Mengatasi masalah kurang selera

Bagi mereka yang mengalami masalah kurang selera makan, keadaan itu dikatakan boleh dilegakan melalui cara pengambilan biji-biji mustard yang telah dilarutkan ke dalam segelas susu. Ramuan ini boleh diambil 15 minit sebelum waktu makan.

Cetus muntah, keluarkan toksid dari perut

Masalah keracunan atau kemabukan dikatakan boleh dirawat melalui cara meminum segelas air yang telah dicampurkan dengan serbuk biji mustard hitam ketika perut masih kosong. Ramuan ini boleh mencetuskan muntah dan sekaligus membenarkan bahan toksid keluar daripada perut.

Khasiat mustard hitam (biji sawi)

Mustard hitam atau lebih dikenali sebagai biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan gulai kari, dikatakan memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda, “Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu?” Lalu baginda menjawabnya, “Biji sawi dan sifat sabar.” Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif.

Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-
  • Memanaskan tubuh badan
  • Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
  • Mengeluarkan cacing daripada perut
  • Mengelakkan bengkak limpa
  • Mengikis kudis bernanah
  • Meransang nafsu syahwat
  • Mengelakkan sesak nafas
  • Menambah selera makan
  • Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
  • Membersihkan paru-paru
  • Melancarkan pengaliran darah haid
  • Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
  • Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
  • Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
  • Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
  • Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
  • Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan kebaikan mustard, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Sumber : MW#1452, En.Wiki ~ Mustard_plant, En.Wiki ~ White_mustard dan En.Wiki ~ Brassica nigra

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails