“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Oktober 09, 2011

LAMAN-SERi kini punya 500 geng!


Assaalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini dalam sejarah... Lebih kurang pada pukul 1835 petang Ahad 9 Oktober 2011, LAMAN-SERi kini mempunyai 500 geng! Waaaaahhh... Seronok ya ada ramai geng... Kalaulah dikumpulkan semua geng, tentu kecoh dan riuh jadinya. Jika kita buat networking, insya Allah, jika muafakat, pasti menjadi berkat!

Entry kali ini bukanlah untuk rasa bangga kerana punya ramai geng yang lebih dikenali sebagai 'followers'. Sebenarnya, LAMAN-SERi tidak sangka ramai yang sudi jengah belog yang tidak seberapa ini. Bukan apa, kebanyakan entry dalam belog ini cuma C&P&D, cuma sekali-sekala saja entry diolah-semula, diubah-suai dan ditambah-baik mengikut citarasa pengendali belog.

Sebenarnya, malu juga hendak mengakui, saya jarang membuat belog-walking apatah lagi membuat kunjungan balas atau ikut belog yang sudi follow belog ini, kerana kekangan masa. Cuma sekali-sekala ada juga menjenguk belog yang disenaraikan dalam blog list dan juga 'mutakhir dari belog list'.

Dan sebenarnya, yang paling malu saya hendak akui, saya tak reti nak tengok belog follower.... huk huk huk... Jika ada yang sudi beri tunjuk ajar, sila-silalah tinggalkan komen, ya!




0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails