“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Mei 02, 2009

Misteri firaun termuda

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@nstp.com.my

Raja Tut berkahwin dengan saudara sedarah?

MISTERI Raja Tutankhamun atau Raja Tut belum tersingkap sepenuhnya. Pelbagai persoalan tidak menemui jawapannya membabitkan aspek peribadi firaun yang diangkat menjadi raja pada usia terlalu muda selain kematiannya yang penuh misteri pada usia 18 tahun, malah ada juga yang mengatakan beliau mungkin mati pada usia seawal usia 16 dan 17 tahun.

Bukan saja kerana makam Raja Tut dianggap makam firaun paling sempurna; berbanding makam lain yang ditemui sebelum itu kerana kerja arkeologi bukan saja menemui mumia firaun termuda dalam sejarah Kerajaan Mesir Purba itu bersama harta karun yang banyak, sebaliknya antara aspek yang tidak kurang hebat diperkatakan ialah mengenai isterinya, Ankhesenamon yang dikaitkan sebagai saudara sedarah.

Ibu bapa Raja Tut sendiri menimbulkan kontroversi kerana ia dikaitkan sebagai anak kepada Firaun Mesir, Akhenaten dan isterinya Kiya. Tetapi segelintir ahli arkeologi percaya, Raja Tut mungkin anak kepada Akhenaten dengan isteri lain, iaitu Permaisuri Nefertiti yang turut menarik perhatian ahli sejarah beberapa tahun lalu berikutan penemuan makam yang dikatakan mungkin milik wanita misteri itu.

Permaisuri Nefertiti yang dikatakan memiliki ciri campuran wanita Afrika dan Arab, mempunyai enam anak perempuan dan Raja Tut dikatakan berkahwin dengan seorang daripadanya, bernama Ankhesenamon. Ankhesenamon bergelar isteri kepada Raja Tutankhamun pada usia mencecah 13 tahun, sementara Raja Tut pada usia sembilan tahun.

Apa yang menarik perhatian ahli sejarah dan arkeologi ialah kemungkinan Raja Tut berkahwin dengan kakaknya sendiri berikutan amalan pada zaman itu yang gemar berkahwin dengan ahli keluarga sendiri.

Penemuan fetus yang dikaitkan sebagai Raja tut itu di makam firaun berkenaan mungkin merungkai persoalan itu. Setiausaha Besar Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass baru-baru ini dilaporkan berkata, menerusi penemuan fetus bersama ujian DNA fetus itu mungkin boleh membantu memastikan sama ada isteri Raja Tut dan anak perempuan Nefertiti, Anakhesenamun adalah adik beradik tiri atau sedarah sedaging.

Beliau menyatakan sekiranya DNA fetus itu menyamai DNA kedua-dua Raja Tut dan Ankhesenamun, ia membawa erti bahawa mereka berdua berkongsi ibu yang sama. Bagaimanapun ada mengaitkan fetus berkenaan tidak semestinya anak kepada Raja Tut walaupun ia ditemui di makamnya, sebaliknya ia mungkin simbol kelahiran semula selepas kematian.

Menarik mengenai fetus berkenaan kerana dilaporkan Raja Tut dan isterinya, permaisuri muda remaja itu pernah mengalami dua kali keguguran. Pertama ketika kehamilan menjangkau usia lima bulan dan kedua, ketika melahirkan anak perempuan. (Kedua-dua fetus perempuan itu disemadikan dalam makam Raja Tut).

Persemadian Raja Tut selama lebih 3,000 tahun mula ‘diganggu’ sekitar November 1922 apabila makam firaun itu dibongkar sekumpulan ahli ekspedisi arkeologi diketuai Howard Carter. Ekspedisi pencarian makam firaun dan kegiatan arkeologi Carter bersama kumpulannya dibiayai hartawan, Lord Carnarvon, dan usaha mereka akhirnya menemui makam bersejarah Raja Tut di gurun dikenali Lembah Raja Mesir.

Justeru, makam Raja Tut adalah antara makam firaun yang paling lewat ditemui tetapi berbanding makam lain, makam Raja Tut paling popular dan misteri di kalangan ahli arkeologi. Populariti makam Raja Tut turut dikaitkan dengan sumpahan yang dipercayai boleh terkena sesiapa saja yang mengganggu atau membongkar lokasi persemadian raja itu.

Malah, kematiannya pada usia muda meninggalkan pelbagai tanda tanya kerana ada yang mengatakan beliau dibunuh oleh Perdana Menteri Kheperkheprure Ay atau Jeneral Horemhab.

Ay adalah orang kanan Raja Tut yang paling dipercayainya, melebihi isterinya sendiri, tetapi kebanyakan pakar sejarah percaya isterinya tidak mempunyai kaitan dengan kematian Raja Tut kerana menerusi beberapa ukiran dijumpai, menunjukkan luahan kasih sayang terhadap suami yang terlalu tinggi.

Ada pendapat mengatakan selepas kematian suaminya, Permaisuri Ankhesenamon mengambil beberapa langkah drastik, mungkin kerana takut akan kebangkitan kuasa Horemhab yang memuja Tuhan Aten, maka beliau menulis kepada kerajaan itu, menawarkan diri dan takhta Mesir kepada salah seorang anak lelakinya pembesar itu, Putera Zananza.

Bagaimanapun belum sempat mengisytiharkan takhta dilakukan, Putera Zananza dilaporkan dibunuh di sempadan Mesir ketika dalam perjalanan menemui Ankhesenamon.

Kajian mendapati selepas kematian Raja Tut, ASy dilantik sebagai Firaun Mesir dan berkahwin dengan Ankhesenamon menerusi penemuan cincin perkahwinan yang tertera nama Ay dan Ankhesanamun. Ini mungkin menjadi bukti kukuh bahawa Ay memaksa Ankhesanamun mengahwininya untuk menjadi Raja.

Apatah lagi tidak lama selepas menaiki takhta, Ankhesanamun bukan saja dilaporkan hilang, sebaliknya semua bukti mengenai dirinya turut rosak, menjadikan pertanyaan dan misteri terus lenyap bersama kehilangan dirinya itu. Segelintir percaya bahawa Ay adalah bapa kepada Permaisuri Nefertiti, yang mana menjadikan beliau datuk kepada Ankhesenamon yang sebenar. Ay kemudian dikatakan berkahwin dengan wanita bernama Tey dan sejak itu tiada lagi kisah mengenai Raja Tut dan isterinya disebut dalam sejarah Mesir pada dinasti ke-18.

Sumber : BHarian 2009/05/02

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails