SOALAN :
SAYA ingin meminta pandangan ustaz mengenai begitu banyak perniagaan berasaskan pelaburan yang memberi keuntungan setiap bulan. Misalnya, jika seseorang pelabur melabur RM900, beliau akan memperoleh keuntungan sebanyak RM100 setiap bulan. Keuntungan ini akan bertambah jika semakin ramai 'downline,' termasuk diberi bonus. Ada rakan memaklumkan saya pelaburan yang memperoleh keuntungan tetap setiap bulan adalah haram di sisi Islam. Apakah ini benar?
Zulkefeli Yusof
Kuantan Pahang
JAWAPAN :
Islam mengharamkan perniagaan disebabkan beberapa perkara, contohnya pelaburan dalam tempat yang jelas haram seperti arak, judi dan sebagainya. Demikian pula mengharamkan perniagaan yang menindas suatu pihak yang lain atau dalam erti kata lain tiadanya restu merestui (reda) dan perniagaan yang ada unsur yang kurang jelas yang dipanggil gharar.
Islam turut mengharamkan riba dalam urusan kewangan iaitu satu pihak mengenakan nilai tambahan pada pinjaman yang dilakukan kepada pihak yang meminjam. Begitu juga perniagaan yang sudah ditetapkan keuntungan yang bakal diperoleh. Jadi sebarang bentuk urus niaga yang sudah dipastikan ada keuntungan, lebih-lebih lagi ditetapkan keuntungannya, ia adalah riba. Ini adalah haram dalam Islam. Ini disebabkan perniagaan yang diusahakan mempunyai risiko keuntungan atau kerugian.
Jalan keluar daripada urus niaga yang haram, saya mencadangkan kepada pihak yang menjalankan perniagaan agar memberi maklum kepada pelanggan mengenai potensi keuntungan yang biasanya diperoleh sebelum itu daripada sejarah yang direkodkan. Namun hendaklah diberitahu kebarangkalian kerugian yang juga boleh berlaku.
Sumber : BHarian 2009/05/03
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...