“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Ogos 02, 2010

Formula untuk berjaya

MELALUI kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan berhubung kekuatan dan kelemahan diri.

Jangan takut dengan kegagalan, penderitaan dan kesengsaraan. Selagi kita tidak berputus asa, maka kejayaan semakin menghampiri.

Kegagalan adalah satu proses pembelajaran yang sangat penting. Setiap kali gagal kita dirangsang untuk berusaha lebih kuat dan semakin hampir dengan kejayaan. Kejayaan dan kegagalan sentiasa silih berganti. Hari ini kita gagal dan kecewa, esok kita mungkin berjaya dan gembira.

Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus asa, kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan berubah menjadi kejayaan. Kita tidak gagal selagi tidak berputus asa. Melalui kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Selepas itu, barulah kita menemui formula baru untuk meraih kejayaan.

Ramai orang yang kaya raya menjadikan penderitaan hidupnya sebagai perantaraan untuk mengecapi kekayaan. Oleh itu jangan kita takut dengan penderitaan dan kesengsaraan kerana ia memberi kekuatan dalam kehidupan.

Pengalaman hidup gagal

Hidup adalah satu proses pembelajaran. Untuk gagal dua atau tiga kali adalah lumrah. Gagal selama-lamanya adalah takdir. Apakah kita terlalu tua untuk berjaya? Mungkin tidak. Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, beliau menyedari perlu melakukan sesuatu.

Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, berapa banyak pintukah yang perlu diketuknya sebelum mendapat pesanan pertama? Lebih 100 buah restoran menolak kerana tidak yakin dengan resipinya. Hari ini anda dapat lihat restoran KFC di hadapan rumah anda.

Berapa ramai di antara kita yang berhenti selepas tiga percubaan, 10 percubaan, 100 percubaan, kemudiannya berhenti dan berkata, “Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi gagal.”

Enggan mengalah adalah kuasa kejayaan. Sikap tidak berputus asa menjadikan orang yang gigih berusaha dapat mencapai kejayaan. Contohnya ialah tokoh-tokoh yang telah mencipta pelbagai peralatan moden yang dapat kita gunakan pada hari ini.

Alexander Graham Bell telah mencipta telefon. Walaupun ramai orang mentertawakannya, beliau tidak mempedulikan kritikan mereka. Akhirnya, telefon telah melalui revolusi yang sangat besar dalam sejarah hidup manusia.

Pada tahun 1956, Lars Magnus Ericsson memperkenalkan sistem telefon bimbit automatik penuh yang pertama di dunia, sekali gus menjadikannya sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi.

Dikenali sebagai Mobile Telephony A (MTA), beratnya adalah 40 kilogram dan dipasang dalam kenderaan. Pada tahun 1991, Ericsson melancarkan sistem telefon bimbit moden yang dikenali sebagai Nordic Mobile Telephony (NMT).

Kemudian GSM global diperkenalkan pada tahun 2001, standard rangkaian 3G dilancarkan sebagai evolusi kepada GSM untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan kelajuan sehingga 3.6 megabit sesaat.

Henry Ford telah mencipta kereta tetapi terlupa untuk meletakkan gear undur dalam kereta pertama yang dihasilkannya. Sebelum itu, beliau telah papa ketika berusia 40 tahun.

Editorial New York Times pada 10 Disember 1903 telah mempersoalkan keupayaan Wright Brothers mencipta kapal terbang. Mana mungkin sebuah jentera yang lebih berat daripada udara mampu terbang. Seminggu kemudian di Kitty Hawk, Wright Brothers tersenyum menaiki penerbangan pertama mereka.

Thomas Alva Edison pernah bermimpi lampu yang boleh menyala dengan menggunakan tenaga elektrik dan dengan usaha yang gigih, beliau melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Latar belakangnya? Thomas Edison seorang yang separa pekak dan hanya tiga bulan mempunyai pendidikan formal.

Sentiasa dan terus mencuba

Seorang pemuda dari kampung ingin mencuba nasib di bandar raya besar Tokyo, Jepun. Kelayakannya hanya sebagai buruh binaan untuk membuat bangunan dan kerja-kerja yang berkaitan. Satu malam pemuda ini berfikir panjang sambil meletakkan tangannya di atas dahi mengenangkan keadaan hidupnya.

Pemuda ini memasang azam dan impian untuk menjadi orang besar suatu hari nanti. Pagi dia bekerja, sementara pada waktu malam dia belajar dari peringkat menengah hingga berjaya ke universiti dan memperoleh ijazah yang diidamkannya.

Pemuda ini ingin melakukan sesuatu untuk negaranya. Lalu beliau menceburi bidang politik sebagai ahli biasa sebuah parti. Usaha dan setianya kepada parti telah menarik keyakinan ahli-ahli dalam parti untuk memberi penuh keyakinan kepada beliau menjadi presiden mereka.

Dalam satu pilihan raya yang disertai, partinya telah menang tetapi tidak dapat memerintah Jepun. Strategi seterusnya ialah mengumpulkan seluruh keyakinan dirinya untuk berjumpa dengan ketua parti-parti kecil dan meyakinkan mereka untuk bergabung. Usahanya berhasil. Akhirnya pemuda ini menjadi Perdana Menteri Jepun. Pemuda yang dimaksudkan ialah Kakuei Tanaka.

Pilih proaktif atau reaktif?

Anda juga boleh menjadikan impian hidup masa depan sebagai satu kenyataan. Malah lebih mudah kerana manusia di sekitar anda lebih bersifat terbuka dan sedia membantu. Tetapi anda harus memilih satu antara dua : proaktif dan reaktif.

Tindakan proaktif biasanya disusuli dengan sikap positif iaitu perasaan yakin boleh, sentiasa menilai dan membuat perbandingan seperti, “Orang lain buat, kenapa aku tidak boleh?”, sentiasa mencuba, menerima idea baru dan berfikiran terbuka.

Tindakan reaktif banyak dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran reaktif seperti enggan menerima idea, selalu memberi alasan, takut kepada cabaran dan tidak bersedia berkorban untuk berjaya. Tidak ada sesiapa yang akan memberi tongkat sakti kepada anda kerana sememangnya ia tidak pernah wujud. Dunia menghargai orang yang menjadi pelaksana bukannya pemerhati, pemberi bukannya penerima.

Tanpa kerja keras dan keinginan untuk bangun kembali, tidak akan ada kejayaan. Ketabahan, keyakinan, kesungguhan, keberanian dan tidak takut gagal adalah resipi terbaik untuk anda kembali menyusun strategi dan membuktikan kepada dunia bahawa anda seorang yang hebat. Mental anda beribu-ribu kali ganda lebih hebat daripada fizikal anda. Oleh itu anda harus ingat anda orang yang hebat.

Semoga bermanafaat!




Rujukan : Kosmo! 08/02/2009

1 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails