Assalamualaikum warahmatullah,
Tidak mengejutkan saya semasa membaca posting C&P yang dikirimkan di egrup, yang dipetik dari sumber MazidulAkmal.
Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi. Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya. (Hadis riwayat Bukhari)
Disebabkan sikap prihatin dan prinsip ‘tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima’ rakyat negara inilah yang menyebabkan mengapa negara kita dibanjiri pengemis asing.
Pengemis bertaraf ‘antarabangsa’ itu boleh dilihat di mana-mana sahaja, di tapak-tapak pasar tani atau pasar malam atau bazar Ramadan, juga di kaki lima jalanan dan tidak kurang di stesen-stesen KTM dan sebagainya. Orang ramai yang terserempak dengan pengemis-pengemis ini tidak pernah lokek untuk mendermakan wang kepada pengemis antarabangsa berkenaan, dengan kebanyakannya mendermakan RM1.
Agak menarik kerana pengemis ini tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris, jika anda cuba berbual dengan mereka, jadi berkemungkinan besar, mereka bukan warganegara Malaysia. Persoalannya, bagaimana mereka boleh terlepas ke sini? Tidak mustahil ada di antara mereka dibawa masuk oleh pihak-pihak tertentu yang berorientasikan keuntungan mudah. Siapa tahu?
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengeluarkan kenyataan (BH 09/03/2011) kepada orang ramai agar tidak mendermakan wang kepada pengemis, sekaligus membanteras masalah ini daaripada berterusan.
Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf tidak menolak kemungkinan kegiatan pengemis termasuk dari luar negara ini didalangi pihak ketiga yang membawa masuk mereka ke negara ini bagi mengaut keuntungan daripada sikap prihatin orang ramai.
Jumlah pengemis asing yang ditangkap dalam operasi semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada 2008, seramai 60 orang ditangkap, pada 2009 pula seramai 66 orang ditangap. Pada tahun 2010 pula, JKMWI telah menyelamatkan 371 pengemis di sekitar ibu negara dengan 75 orang daripadanya adalah pengemis asing. Pengemis asing ini berasal dari China, Kemboja, India, Thailand dan Vietnam.
JPMWI menasihatkan orang ramai supaya menghubungi talian Nur di nombor 15999 untuk membuat laporan jika terserempak dengan pengemis yang mencurigakan dan berharap orang ramai tidak terpedaya dengan taktik kotor mereka.
Jangan biarkan diri kita terpedaya dengan helah mereka. Benar, ‘tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima’, tetapi jika juga wajar ambil tahu, ke manakah wang yang diterima mereka dibelanjakan...? Mudah sungguh kita ditipu oleh orang luar, hidup-hidup pulak tu!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Ogos 04, 2011
Pengemis ‘antarabangsa’ banjiri KL
Susunan :
Bawang Goreng
pada
8/04/2011 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...