“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, September 18, 2011

Anak lelaki lembut, di mana silapnya?

‘Farisya Natasha’ ~ gambar hiasan sahaja ~


Anak lelaki lembut dan berperwatakan seperti wanita. Walhal ketika dilahirkan dahulu sah-sah dia benar-benar lelaki tulen dengan organ jantina lelaki. Tak tahulah di mana silapnya tiba-tiba sahaja apabila meniti remaja kelakuannya tidak lasak seperti anak lelaki lain malah lebih gemar melakukan aktiviti dan permainan yang disukai anak-anak perempuan. Ya, anda mungkin perasan anak itu lebih suka bermain pondok-pondok dengan rakanrakan perempuan daripada pergi bermain bola sepak dengan kawan-kawan lelakinya.Tapi ketika itu anda mungkin merasakan “Ahh, kecil lagi.. sementara aja tu.” Tetapi semakin remaja makin bertambah lentuk pula tingkahlakunya hingga membimbangkan ibu bapa pula.

Menurut Ustaz Nor Amin, guru pengajian Islam MARA yang juga penceramah bebas dan penulis buku, ibu bapa yang mempunyai anak lelaki lembut seperti ini janganlah menganggap mereka ini sebagai satu bebanan besar ibarat malapetaka malang yang menimpa keluarga anda.

“Kasihanilah anak lelaki lembut anda, mereka juga insan sempurna seperti orang lain. Cuba anda fikirkan, kalau anda gagal mendidik atau teruskan usaha membimbing mereka dengan sempurna maka jadilah mereka lelaki yang bertopeng wanita seperti memperagakan pakaian wanita, bersolek, menukar nama ke nama wanita, hinggakan akhirnya nafsu juga turut terdorong kepada lelaki,” terang beliau mengenai fenomen lelaki yang makin hilang nilai kelakiannya.

Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menciptakanmanusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (A-Tin:4)

Punca anak lelaki menjadi lembut

Menurut kajian Ustaz Nor Amin melalui aduan yang diterima oleh masyarakat terdapat beberapa punca yang dikenalpasti menyebabkan anak lelaki menjadi lembut.

1. Kelahiran

Lelaki lembut ini dilahirkan secara fitrah dan perkara ini tidak boleh dinafikan, bukan Allah menghukum ibu bapa yang memiliki anak lelaki lembut tetapiAllah hendak menguji mereka dengan dianugerahkan anak seperti itu. Jika mereka menerima anak tersebut dengan hati yang ikhlas kepada Allah dan memiliki sifat sabar untuk menjaga dan mendidik anak itu, maka besar ganjaran yang Allah berikan. Firman Allah bermaksud, “Mereka itu semuanya akan dibals dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.” (Surah al-Furqan: 75)

2. Tiada figura bapa sebagai ‘role model’

Kemungkinan juga anak lelaki boleh menjadi lembut apabila wujudnya jurang di antara anak lelaki dengan bapa. Bapa yang terlalu garang dengan disiplin ketat atau sifat bapa yang bengis sentiasa memarahi, memukuldan tidak bertanggungjawab juga boleh menyebabkan mereka lebih rapat kepada ibu dan menganggap hanya ibu sahaja yang layak dijadikan role model atau figura dalam hidup mereka. Ia juga boleh menimbulkan rasa benci kepada ayah dan lelaki lalu mengambil jalan tengah untuk mengelak menjadi lelaki dengan perwatakan mereka dengan kepada wanita. Anak lelaki lembut biasanya juga digelar ‘anak ibu’ atau ‘mama’s boy’ kerana lebih suka berada di samping ibu hingga menyebabkan mereka sangat memahami dan menyelami naluri kewanitaan hingga terbawa naluri itu ke dalam diri anak lelaki.

3. Kurang perhatian ibu bapa

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak sebegini sewajarnya mereka diberikan lebih perhatian. Dek kesibukan waktu anak-anak diberikan kebebasan yang berlebihan sehinggakan anak mereka melakukan perbuatan yang menyalahi akhlak Islam. Ibu bapa perlu sentiasa mendidik di samping sentiasa mendoakan anak-anak mereka agar tidak tergelincir keperibadiannya. Pendidkan itu bermula sejak dari dalam kandungan hinggalah anak itu dewasa.

4. Pengaruh rakan sebaya

Terutamanya ketika meningkat remaja, ibu bapa perlu mengenali rakan anak agar anak mereka tidak dipengaruhi dengan rakan-rakan lelaki yang lembut. Kadang kala kelembutan yang tidak begitu ketara akan bertambah serius apabila anak mula bergaul dengan lelaki yang lembut juga.

Peranan ibu bapa

5. Dorongan ibu bapa dan keluarga

Sebagai ibu bapa, berikan semangat dan dorongan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan dengan apa sahaja yang dimiliki. Kadang-kadang mereka tertekan semasa berada di sekolah atau di luar rumah. Kemungkinan itu datang dari ejekan rakan-rakan dan masyarakat. Jadikan diri anda orang yang dipercayai oleh anak untuk meluahkan perasaan.

Jangan pinggirkan mereka dan menganggap mereka memalukan keluarga. Sebagai ibu yang prihatin, hendaklah mereka diberi bantuan, kata-kata perangsang dan bimbingan yang boleh membangunkan motivasi diri mereka.

Anak lelaki lembut agak sensitif dan mudah tersentuh apabila disakiti hatinya oleh ibu bapa. Jangan sampai anak lelaki ini merubah imej yang lebih drastik sebagai jalan penyelesaian dan tanda memprotes ibu bapa.

6. Bertegas mengenai identiti

Berikanlah mereka didikan agama Islam bukan hanya pada dasarnya sahaja, tetapi lebih terperinci supaya mereka dapat menolak nilai-nilai negatif fari mempengaruhi mereka. Ibu bapa perlu bertegas memberitahu anak lelaki yang lembut ini mengenai pertukaran perwatakan, tingkah laku, berpakaian dan menukar nama adalah haram di sisi Islam.

Hadis dari Ibnu Abas yang bermaksud, “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

7. Didik dengan aktiviti lasak sedari kecil

Anak lelaki lembut selalunya mereka minat melakukan pekerjaan wanita seperti memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya. Sepatutnya mereka didedahkan juga dengan pekerjaan yang sering dilakukan oleh lelaki contohnya perkenalkan mereka dengan kemahiran tertentu seperti seni mempertahankan diri, memotong rumput, mengecat dan sebagainya untuk mengelakkan dari penumpuan sepenuhnya dalam kemahiran ‘feminin’ sahaja.

8. Bezakan didikan anak lelaki dan perempuan

Mengikut Islam, didikan anak lelaki dan perempuan perlu ada perbezaannya. Jika anak perempuan dilayan dengan lebih manja dan lemah lembut, didikan yang sama jangan dilakukan terhadap anak perempuan.

Permainan anak patung atau boneka yang memerlukan anak membelai dan memupuk jiwa keibuan tidak seharusnya dibelikan juga untuk anak lelaki. Pihak bapa pula perlu lebih rapat dengan anak lelaki dan ajaklah mereka untuk sama-sama melakukan aktiviti bersama seperti memancing atau apa-apa aktiviti yang mendekatkan anak lelaki dengan naluri dan sifat semulajadi lelaki.

9. Awasi pergaulan

Lazimnya anak lelaki lembut ini suka berkawan dengan wanita, sebab itu mereka tidak suka berkawan dengan kawan-kawan sejantina dengan mereka yang dianggap kasar. Bukannya tidak boleh ada komunikasi dengan wanita, tetapi ibu bapa kena mengawasi pergaulan keterlaluan seperti berpelukan atau melakukan aktiviti bersama.




Sumber : Nur Oktober 2011

Capaian entry berkaitan :
* Celaru jantina
* Lelaki lembut
* Lelaki, wanita cenderung tukar jantina dilaknat Rasulullah
* Melayan suami 'anak emak'

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails