Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...
Saya nak membebel sikit hari ini. Siapa nak baca, bacalah. Siapa tak nak baca, saya harap baca jugalah. Mudah-mudahan kita dapat kongsi ilmu. Jika ada yang nak berkongsi sesuatu, tinggalkan komen. Jika tiada apa-apa yang hendak dikongsikan, tinggalkanlah juga sebarang komen. Sekurang-kurangnya saya tahu, ada yang singgah baca, ada yang mahu ambil tahu atau ada juga yang perihatin.
Hari ini keluar isu taat lagi. Sebetulnya saya naik bosan, jelak, muak dengan individu yang ketegaq kata isteri wajib taatkan suami, seolah-olah taat itu tiada kompromi.
Pendapat “Syurga isteri di bawah tapak kaki suami; hatta suami yang jahil sekali pun kerana jodoh itu datangnya dari Allah” ini sebenarnya salah, negatif, serong, tersasar lagi mengelirukan. Bukan nak salahkan sesiapa, tetapi jika kita perasan, pak ustaz juga yang selalu bawa keluar hadis wajib taatkan suami, kalau isteri nusyuz/derhaka tak cium bau syurga. Katanya, “Isteri wajib taat, sebab syurga isteri di bawah tapak kaki suami”... adoiii... kut ye pun nak berritorik janganlah direndahkan martabat syurga itu di kaki manusia pula! Maka berduyun-duyun isteri taat tahap gaban walaupun suaminya jahil, zalim, nusyuz lagi fasik, alasannya sebab takut tak dapat cium bau syurga!
BETUL, seorang isteri wajib taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak (rujuk taatkan suami bukan mutlak) tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.
Ambillah inisiatif sikit, belajar. Bukannya luak kita belajar. Malangnya, tak ramai yang mahu cari ilmu atau buat ulangkaji. Benar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Melalui hadis di atas kita akan dapati, sesiapa yang melakukan maksiat tidak perlu kita taati, tidak kiralah dia seorang Sultan, Presiden, Kolonel, Jeneral, Perdana Menteri hatta seorang suami sekalipun, tiada iMUNiTi kepada mana-mana manusiapun tak kira betapa tinggi pangkat yang dipengangnya sekalipun. Ini bermakna, suami yang melakukan maksiat kepada Allah (suami yang jahil, zalim, nusyuz lagi fasik seperti tidak menunaikan sembahyang, puasa atau tidak menunaikan tanggungjawap sebagai seorang suami yang sepatutnya dan lain-lain lagilah), tidak layak ditaati oleh isterinya. Hadis menyuruh isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apa maksud betul-betul seorang suami? Rujuk sini --> Siapa suami yang layak dihormati?.
Orang perempuan, lebih-lebih lagi yang berstatus isteri kena tahu apa yang dia wajib taat dan tak wajib taat. Contoh batas-batas ketaatan boleh dirujuk di sini Batas-batas taat seorang isteri kepada suami. Memanglah lebih elok kalau dapat memenuhi permintaan suami sebab Nabi pernah bersabda, “Sebaik baik kamu dari lelaki, adalah orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan sebaik-baik wanita ialah yang mentaati suaminya.”
TAPI suami tidak boleh mengekploitasi konsep ketaatan ini kerana isteri hanya diwajibkan mentaati suaminya selagi suaminya mentaati Allah. Banyak sebenarnya salah faham masyarakat tentang status ketaatan isteri sebab penerangan dari orang berpengetahuan agama ini (yang salah bawa ajaran ini lelakilah selalunya ) kadang-kala di‘blurr’kan sebab mereka ada kepentingan juga.
Dunia... dunia...
Buat para suami di luar sana, ingatlah kata-kata ini, “TAAT is for you to EARN it, NOT ask for it!”
Renung-renungkan!
~ 睡眠不足のママ ~
LAMANSERi MAYA PERSADA
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Oktober 21, 2009
Taat taat juga... tapi ingat, jangan taat 'BODO'!
Susunan :
Bawang Goreng
pada
10/21/2009 04:56:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam ..
BalasPadamentri yg sungguh menarik ati seorg isteri ni utk membaca . ya , taat itu perlu tp kne berpada2..
salam... suka baca... tapi kalau kasi pada suami, pasti ada alasannya...
BalasPadamSalam,
BalasPadamIsteri hanya taat kepada isteri selagi suami itu berada di landasan yang dibenarkan hukum syarak. Kalu dah terkeluar, isteri tak perlu taat.
Apa yang az lihat isteri ini bukan taat tetapi cinta berlebihan kepada suami yang tak bertempat, dah tahu salah, sayang punya hal di ikutkan sahaja. Malas nak bising2 takut kena diinggalkan suami.
itulah masalah problem nya. kadang kala isteri pun jahil sama.
p/s: kalau lah isteri ni tahu kedudukan dia sebagai isteri (Islam) hura hara si suami tuh. entah2 takut nak kawin. sebab semua tanggujawab yang isteri buat sekarang ni semuanya terletak di bahu suami. agaknya kot. (ada berani?)
Salam,
BalasPadamUmieHanie, umi_e, Ayah Zin,
Thanks for comment. :)
Barangkali, lelaki didorong dengan apa yang dia mahu. Wanita takut dengan apa yang dia tidak mahu. Antara perkara yang wanita paling takut ialah ‘kehilangan’, walaupun yang hilang itu cumalah kenangan. Kerana itu wanita takut mereka tidak dapat pengganti kepada apa yang hilang. Takutkan kehilangan satu faktor, kasih, sayang dan kasihan juga salah satu faktor. Kerana itulah wanita selalunya memilih untuk taat, walaupun tahu dia tahu dia tidak perlu taat.
Dalam al-Quran bila Asiah dibawa jauh dari istana tempat dia merasai kemewahan, diseksa pula, dia berdoa meminta ‘rumah dalam syurga’ bagi menggantikan apa yang dia hilang. Sebagai menggambarkan emosinya pula dia menyebut ‘di sisiMu dalam syurga’. Ini mengganti apa yang dia telah hilang.
Kerana itu agaknya bila Ummu Salamah kehilangan suami dalam perang, Nabi yang paling memahami wanita mengajarnya doa berharap Allah menggantikan apa yang Ummu Salamah telah hilang. Itulah doa, “Ya Allah, ganjarilah aku dalam musibah ini, dan gantikanlah aku sesuatu yang lebih baik daripadanya...”
Kerana itu agaknya Allah memberi ancaman kepada para isteri Nabi SAW (dalam surah at-Tahrim) dengan ancaman akan kehilangan. Firman Allah SWT, “Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.”
Wallahu’alam.
..amt menarik..tp itulah suami bila d tanye tentg itu ini nk2 psl agama ade jer kona die..bla di mtk bace yg camnie..ego katenye,da tau semuanye..
BalasPadam