Oleh Sabda S
SETELAH sekian lama membina cinta dengan kesegalaannya, melewati kasih sayang terhadap dirinya sendiri, akhirnya kecintaan itu telah membakar diri; lalu longlailah semangatnya dihimpit kedukaan demi kedukaan yang tak terubat oleh waktu dan pertimbangan fikiran. Sesuatunya yang luhur tersimpul dalam lubuk jiwanya, telah terelai dari bohol ikatannya - kecundang oleh pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan setelah keseksaan demi keseksaan dirasakan, dia
Raut muka - matanya, keningnya dan kelopak matanya, adalah gambaran daripada rintihan kedukaan yang sekian lama ditahan. Batinnya terhimpit oleh sumpahan janji yang tak ditepati. Nada dan kata-katanya sering kali merintih tiada hentinya; hingga derita batinnya terserlah melalui raut wajahnya yang gundah. Dahinya, pipinya seperti berbicara sendiri - betapa seksanya orang yang mungkir janji.
Biarlah penampilannya, wajahnya kini menjadi contoh dan teladan kepada sahabat handai dan taulan yang baru mengharungi lautan cinta yang penuh dengan pancaroba. Cinta tidak pernah mempedulikan logik fikiran. Ia hanyalah mainan emosi yang dikongkong oleh nafsu dan perasaan. Ia tak ubah seperti rantai yang berangkai-rangkai, yang jika salah satu daripadanya terputus akan terpisah semuanya. Benarlah kata pujangga - cinta adalah permainan orang-orang bodoh yang kebanyakannya hanya berpura-pura. Seorang yang terikat dengan cinta akan berasa umurnya semakin pendek. Justeru semakin dalam kecintaan terhadap seseorang akan semakin cepat lunturnya rasa cinta kerana mereka amat sensitif dengan kata-kata.
“Kita lupakan saja tentang perkahwinan.” Demikianlah kata-kata yang sering diucapkan oleh orang-orang yang terguris dalam bercinta. Tetapi bagi pasangan yang masih ingin menjaga martabat sebagai umat, akan membalasnya dengan kata-kata yang lebih kesat: “Apa kau mau kita jadi bangsat sepanjang hayat?”
“Bertenang,” bujuk para syaitan yang sedang bergendang, bertepuk tangan menunggu adegan-adegan yang menjahanamkan zuriat manusia.
“Apa, kau fikir aku bodoh!?” Bentak si gadis yang masih punya maruah diri. “Mengapa tidak kau potong saja kelakianmu supaya tidak ada lagi wanita yang menjadi mangsa!”
Perkataan itu - walau amat bertentangan dengan naluri semula jadi, namun ia amat ditakuti oleh para syaitan yang direjam. Hanya wanita yang berjiwa besar yang mampu melontarkan kata-kata kasar sebagai pagar yang ampuh buat menghalang kemaraan raja syaitan yang nanar.
Tembok peradaban
“Aku ingin memperisterikanmu...” Lembut dan sayu. Namun kadang-kadang ia hanyalah senjata rahsia yang digunakan untuk merobohkan tembok peradaban yang selama ini dipertahankan. Justeru jika ada lelaki yang menyintai wanita yang disukai, mereka tidak akan bermain dengan rayuan; kerana kata-kata yang dilahirkan ketika berduaan adalah perasaan yang diadun dengan nafsu - bukan dengan rasional fikiran.
“Aku cinta padamu...”
“Huh! Gombal!”
“Apa gombal?”
“Kain buruk yang terbuang. Yang hanya layak untuk menyapu kaki.”
Demikian wanita yang berjiwa besar ketika menghadapi kehantuan lelaki yang hanya untuk tidur dan berpeleseran.
“Kau umpamakan aku seperti hantu...?”
“Yah, kerana aku takut dengan kerakusanmu.”
“Aku ini... rakus?”
“Yah. Kalau bukan rakus, bukan di hotel tempatnya.”
Demikianlah bahawa cinta kadang-kadang hanya menjadi sebahagian daripada hidup lelaki, tetapi bagi kebanyakan wanita, cinta menjadi keseluruhan daripada hidupnya. Sebab itulah ramai wanita tewas kerana mereka lebih dahulu memberikan seluruh hidupnya kepada lelaki. Pada dasarnya wanita amat menghargai cinta. Seluruh jiwa raganya ditumpukan kepada soal-soal cinta. Sebab itu kehilangan cinta bagi sesetengah wanita, seribu kali lebih baik daripada mati.
“Seribu kematian...? Mana mungkin! Satu kali pun sudah amat menakutkan...”
“Lelaki pun takut mati?”
“Apa kau fikir, lelaki boleh menongkat langit?”
“Oh, masih ada kesedaran rupanya.”
“Kesedaran apa?”
“Kesedaran untuk mati.”
Mati adalah peristiwa besar dalam hidup manusia. Mati suatu peristiwa ngeri dalam sejarah manusia, kerana di
“Aku tak halal dunia akhirat...”
“Apanya yang kau tak halalkan.”
“Kecuranganmu terhadapku.”
“Tapi itu
“Cinta tahi kucing!”
“Sumpah! Aku cinta padamu.”
“Dengan manusia kau bolehlah bersumpah. Dengan Allah nanti, kau pertahankanlah sendiri.”
Benarlah bahawa kehidupan ini tidak lepas daripada dicintai dan mencintai, hingga terkadang-kadang rasa cinta itu bagaikan nyawa. Sebab itulah ada manusia yang setengah gila semata-mata kerana gagal dalam bercinta.
“Gila kerana gagal bercinta? Alangkah bodohnya.”
“Kau yang tak merasai bolehlah memperbodohkan aku.”
Gagal dalam bercinta adalah pengalaman yang paling hina. Justeru jika ada manusia yang sengaja memperlihatkan kesugulannya dalam bercinta, samalah seperti memperlihatkan kehinaannya kepada manusia. Sebab itulah jika ada yang tidak dapat dipulihkan dengan kaunseling dan metamotivasi cinta, biarkan mati dengan cinta monyetnya.
Gagal dalam bercinta adalah setitik kesengsaraan daripada tujuh lautan sengsara. Begitu juga kebahagiaan yang dibina melalui istana cinta hanyalah setitik kebahagiaan daripada tujuh samudera kebahagiaan yang tersedia di dalam kehidupan kedua. Ah, persetanlah dengan cinta. Kerana ada cinta yang lebih kekal dan abadi.
“Cinta yang abadi? Apakah itu?”
“Cinta sesudah mati.”
“Untuk siapa?”
“Untuk Allah dan Nabi.”
“Masih ada harapankah aku untuk mencintai kedua-duanya?''
“Yah! Pasti.”
Manusia yang sentiasa khayal dengan bercinta akan tidak sedarkan dirinya sehingga cinta itu sendiri membunuhnya. Orang yang mati kerana derita cinta, tanpa ‘mencintai kedua-duanya’ akan derita selamanya. Di dunia sengsara dan di akhirat lebih-lebih lagi. Justeru jangan jadi bodoh semata-mata kerana manusia! Sesungguhnya cinta kedua-duanya menuntut pengertian yang tersendiri. Ia tidak sekadar lafaz semata-mata. Cinta kedua-duanya bertujuan untuk menyukakan kedua-duanya. Dan untuk menyukakan kedua-duanya hanyalah dengan menuruti kehendaknya dan meninggalkan larangannya.
Untuk menuruti kehendak keduanya bukan dengan harta atau belanja. Ia perlu dilahirkan dengan perbuatan, bukan sekadar dengan perkataan. Sebab itulah Nabi pernah berjanji, mereka yang mencintaiku ialah yang menyukai perbuatanku dan mereka yang tidak menyukai - aku pun tak sudi!
Manusia terkadang keliru antara cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul. Cinta kepada Allah tanpa disertai cinta terhadap Rasul tidak menjamin memperoleh syafaat.
“Syafaat? Apa itu?”
“Syafaat akan mengecualikan manusia daripada diperiksa dan dikira amalan baik buruknya di padang mahsyar yang penuh dengan lautan manusia. Tanpa syafaat, manusia akan dihitung seperti menutup kira-kira untung rugi.”
“Apakah solat tidak memadai untuk memperoleh syafaat?”
“Belum. Kerana solat hanya untuk menyukakan Allah dan sekali gus melayakkan kita untuk dihisab.”
“Lantas, bagaimana untuk mendapatkannya?”
“Sentiasalah menyukakan Rasulullah, sebagaimana kita menyukakan Allah setiap masa dan ketika.”
“Yaa... tapi bagaimana caranya?”
“Mudah. Amalkan yang wajib dan yang sunah...”
“Apakah yang sunah?”
“Cara hidupnya, cara berfikirnya - termasuk kerisauan terhadap umat.”
Manusia terkadang hanya pandai menasihati orang tanpa melakukan apa yang disarankan. Manusia terkadang hanya bisa berteori tanpa amali. Manusia terkadang bijak membuat undang-undang tetapi tidak mampu mempertahankan. Justeru jangan terkejut jika ada orientalis yang pakar dalam hal-hal ketimuran dan arif dalam perundangan Islam tetapi tidak beriman. Demikianlah betapa hidayat dan syafaat adalah paduan cinta yang keagungannya tidak
“Huh, kita sudah terlalu jauh.”
“Apa yang jauh...?”
“Aku bukan mahu mendengar syarahan agama. Aku mahu cinta kita jadi kenyataan, bukan cinta monyet yang lahir dari alam persekolahan atau lahir dari dataran dan konsert hiburan.”
Disiplin hidup
Benar bahawa perkahwinan adalah manifestasi cinta lelaki wanita, namun ada cinta yang terbina sesudahnya. Perkahwinan bukan sekadar mempertemukan benih jantan dan betina, tetapi merangkumi seluruh unit keluarga yang lebih besar dengan disiplin hidup yang murni.
“Berapa lama kau sanggup menunggu aku?”
“Sampai bila-bila.”
“Kalau aku mati?”
“Aku sanggup bersama.”
“Jangan jadi gila.”
“Sebab kau hebatlah, maka aku sanggup jadi gila.”
“Ah, itu mainan perasaan saja!”
“Apa, kau fikir aku tidak punyai prinsip?”
“Sudahlah. Jangan terlalu mempertahankan prinsip. Tahun depan kita kahwin.”
“Betulkah ni….?”
“Wollohi.”
Kadang-kadang kalimah yang terakhir itulah yang menjerat wanita jadi sengsara.
Perkahwinan bukanlah sekadar perkongsian hidup yang hanya boleh dipisahkan oleh kematian, tetapi suatu pengisian lahir batin ke arah satu kehidupan yang lebih panjang tanpa penghabisan. Sebab itulah jika falsafah cinta benar-benar dihayati oleh setiap pasangan, mereka akan merasakan bahawa perpisahan dengan orang yang dikasihi bukan berakhirnya sebuah kehidupan.
“Bagaimana orang tuamu?”
“Baik-baik saja. Dia selalu bertanyakan kau. Mereka amat senang bila aku menyebut namamu.”
“Ah, kau sungguh pintar bermain kata-kata.”
“Sungguh...!”
“Baiklah, kalau kita jadi kahwin - aku ingin berikan hadiah istimewa buat mereka.”
“Hadiah apa?”
“Rahsia.”
“Errr... aku rasa... aku tau.”
“
“Mekah. Kau mau hantar mereka ke Mekah, bukan?”
“Sungguh tajam pengertianmu.”
Isteri yang digali dan dicangkul saban waktu, adalah kebun-kebun anggur yang manis lewat gunung dan samudera. Ia umpama kereta yang mampu meluncur beribu-ribu batu melewati perjalanan siang dan malam, merentas gurun tandus dan mengharung lautan.
Isteri yang setia persis kapal udara yang terapung angkasaraya tanpa pasport tanpa visa - terbang dengan penuh tenaga. Dia adalah teman sewaktu dalam keriangan dan kesedihan; lewat ibu dan bapa di saat-saat suami menghadapi duka.
Pun begitu, ada suami yang tidak sedar diuntung. Rumah sekadar jadi perhentian malam ketika murung. Rumah hanya untuk baring seketika sementara siang menjelma. Rumah hanya untuk mengumpul tenaga buat esok siang yang mempesona!
Sumber : Utusan 09/01/2005
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...