“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, September 12, 2008

Suami harus kreatif mendidik isteri


Salam,

Pujangga Arab menyatakan kaum wanita dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding lelaki pula dibekalkan satu nafsu dan sembilan akal. Sejauh manakah anda memahami kenyataan di atas? Ini kata pujangga Arab, ya. BUKAN berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Ramai orang keliru dengan ini, padahal Rasulullah SAW tidak sewenang-wenangnya merendah-rendahkan martabat kaum wanita. Saya tidak pernah jumpa hadis berkenaan ini, jika ada yang menyimpannya, harap dimaklumkan kepada saya.

Saya lebih senang mengungkapkan sembilan emosi satu logik bagi wanita dan satu emosi dan sembilan akal bagi lelaki (walaupun tidak 100% setuju dengan dakwaan pujangga ini). Ini kerana wanita dipertanggungjawabkan dengan perkara-perkara yang lebih memerlukan pertimbangan emosi dari logik. Manakala lelaki pula dipertanggungjawabkan dengan perkara-perkara yang lebih memerlukan pertimbangan logik dari emosi.

Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah risau, tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung (sensitif) dan sebagainya. Ia amat jauh sekali dari isu nafsu atau syahwat seperti mana yang selalu diusulkan dengan definisi yg selalu kita dengar sebelum ini. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan (emosi) di dada wanita, sebab itulah dikatakan juga bahawa sembilan per sepuluh daripada diri wanita itu adalah perasaan dan satu per sepuluh saja pertimbangan akal.

Atas dasar inilah, wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tidak tanduknya tidak melulu mengikut perasaan semata-mata. Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhi dada dengan ilmu syariat juga. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun ada kalanya menghadapi ragam isteri yang mampu mencabar kesabaran suami. Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki itak mudah tersinggung berbanding dengan wanita.

Jika kekuatan akal ini dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lainnya (wanita), dan kerana mereka (lelaki/suami) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka....” (Surah An-Nisa, ayat 34).

Kesabaran dan kebijaksanaan

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsu sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran, seseorang itu boleh hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Umpamanya, jika isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri.

Kekuatan sabar

Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu (emosi) wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW. Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, dia akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yan gakan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya. Tetapi perbuatannya sedikitpun tidak diperdulikan oleh baginda Rasulullah SAW.

Suatu hari Rasulullah SAW berasa pelik kerana perempuan tua itu tidak lagi menghalangi perjalanannya. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tua tersebut. Rupa-rupanya perempuan tua itu sedang sakit, lalu baginda naik ke rumahnya denga tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tua tersebut melihat akhlak Rasulullah SAW yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya sifat sabar Rasulullah SAW menghadapi karenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam. Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak karenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Wanita begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raga untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh daripada agamanya.” Rasulullah SAW juga bersabda, “Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.” Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menjadi Isteri Solehah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumahtangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya (hadis daif) manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya (BUKANNYA syurga suami di telapak kaki suami, istilah ini salah! Rujuk entry Syurga-di-tapak-kaki?) Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

iv) Kunci kerukunan rumahtangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumahtangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Sungguhpun begitu, wanita yang dikatakan mempunyai sembilan emosi satu logik ini bukanlah insan yang lemah. Wanita sebenarnya diciptakan dengan satu kekuatan yang maha hebat, tetapi sukar dilihat. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan emosi. Oleh sebab itulah wanita diberi peranan sebagai isteri. Atas sebab kekuatan emosi ini juga, wanita ditugaskan memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kekuatan emosi ini ialah sabar, tabah, gigih, cekal dan tidak mudah putus asa.

Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Fikir-fikirkan.

2 ulasan:

  1. banyak tul artikel2 yg berguna.. bes membacanye...
    kita link kan ke blog kite buleh???

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails