“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, September 25, 2008

Kanser daripada bekas makanan

Haaa... Dah agak lama juga saya dengar tentang bahayanya bekas 'tapau' warna putih ni. Para peniaga suka gunakan bekas ini sebab senang dan harganyapun murah. Logiknya, manusia suka pada benda senang jangka pendek, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Kalau tak silap, di negara maju memang dah lama banned bekas nih. Malangnya, negara ku yang tercinta ni masih kurang sikap perihatin terhadap benda-benda macam ini. Kurang benar health awareness di kalangan kita. Dah lebih malang, pihak berkuasa juga tidak berbuat apa-apa.

Cuba kita lihat dalam longkang atau di tempat-tempat perangkap sampah di parit dan sungai, atau lepas banjir, pasti kita akan jumpa bekas 'tapau' termasuklah segala 'seknika' barangan plastik yang lain seperti botol air mineral, cawan plastik air (pasar malam punya) dan lain lain lagilah.

Aduhai... makanan beracun, bekas makanan beracun, pinggan beracun. Patutlah ramai yang sakit tak menentu penyakitnya. Mungkin kena promote balik guna daun pisang. Lepas raya nanti, tengoklah permintaan untuk bekas 'tapau' ini akan melambung dengan anjuran open house di sana sini. Apa kata kita mula gantikan bekas 'tapau' styro ini dengan bekas plastik yang boleh diguna pakai semula. Lebih bagus jika luangkan sikit masa untuk cuci pinggan mangkuk...

Sedikit kepayahan untuk kebaikan dan faedah jangka panjang....


RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya sebagai keranda putih.


GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser.

"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber: Kosmo!

Lagi berita tentang bekas makanan beracun...

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan elektik dan 'insulation' wayar elektrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang dibuat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk
crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya besar di Malaysia. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

CONSUMERS, BE ALERT!!!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails