“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mac 05, 2008

Wanita wajib taat suami selagi tak langgar syarak

Peguam Syarie Menulis [Mohamad Isa Abd Ralip]

KISAH segelintir wanita sudah berkahwin yang sanggup diusung lelaki lain untuk berhibur hingga ke bilik tidur yang didedahkan akhbar begitu mengejutkan. Malah, mereka sanggup bertukar pasangan antara satu sama lain, sentiasa terbuka menerima kenalan baru untuk dijadikan pasangan.

Ini perkara serius yang tidak wajar dipandang ringan walaupun ia dikatakan sebagai kes terpencil. Walau apa alasan mereka seperti tidak puas atau tidak menerima nafkah batin daripada suami, perlakuan sedemikian bukan jalan singkat yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah.

Menurut tokoh agama, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan isteri yang menjalin hubungan bersama lelaki lain tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja tidak bermoral, malah lebih teruk daripada nusyuz iaitu tidak menghormati atau ingkar kepada suami. Seorang isteri sewajarnya tidak memandang lelaki lain selain suaminya.

Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.

Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.
Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Oleh itu, dapat dilihat di sini pentingnya isteri mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” (Surah an-nisa’, ayat 33)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh.”

Tidak ada peruntukan khusus dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau pun Akta Undang-undang Keluarga Islam terhadap dakwaan nusyuz. Cuma dinyatakan mengenai aspek peruntukan nafkah terhadap isteri yang nusyuz mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan: “Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain;

  1. Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;
  2. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
  3. Apabila dia enggan bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab sah mengikut hukum syarak.”

Berdasarkan peruntukan itu, seorang isteri adalah tidak berhak menerima nafkah daripada suaminya jika beliau enggan mengikut perintah sah suaminya dengan melakukan satu atau semua perkara di atas. Namun demikian, mengikut peruntukan sama, seorang isteri tidak dikatakan nusyuz melainkan perbuatannya disahkan mahkamah terlebih dulu. Bagaimanapun, Seksyen 60 (3) Enakmen yang sama memperuntukkan: “Selepas saja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.”

Oleh itu, walaupun isteri nusyuz atau enggan mengikuti perintah sah suaminya, tetapi kemudian dia bertaubat dan menurut semula kehendak suaminya, tidaklah dianggap nusyuz lagi dan dalam keadaan ini suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Tindakan dilakukan wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan.

Perilaku itu sewajarnya dibendung bukan di kalangan isteri saja, malah kepada pasangan mereka. Perbuatan mereka memberi kesan buruk kepada diri, agama dan masyarakat dan permasalahan ini akan menjadi lebih rumit jika isteri tadi mengandung serta melahirkan anak di luar nikah. Adalah diingatkan kepada mereka, pulanglah ke pangkuan suami serta ke jalan yang benar. Jika sudah terlanjur, maka kembalilah kepada Allah dengan bertaubat nasuha serta berniat dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya. Zina sangat besar dosanya dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Firman Allah bermaksud, “Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan.” (Surah al-Isra, ayat 32)

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Sumber : BH 5 Mac 08

3 ulasan:

  1. salam...sekiranya kite ingkar akan kemahuan suami yang ingin kawin lagi, atas beberapa alasan yang perlu,lalu kita meminta untuk dia melepaskan kita sekiranya dia masih ingin meneruskan niatnya. adakah itu dipanggil nusyuz?

    BalasPadam
  2. @Tanpa Nama

    Jika suami ternyata tidak layak untuk berpoligami dan jika dia masih meneruskannya, adalah harus isteri berpisah dengan suami sekirannya perkahwinan keduanya itu boleh menimbulkan kemudharatan kepada isteri.

    Ia tidak dipanggil nusyuz.

    BalasPadam
  3. Kalau suami diam kene maki dn mls nk layan gado ngan isteri bole ke dianggap dayus sbb kalau dlyn amarah tkt perkataan yg keramat tkeluar dr mulut..c suami fikirkan ank2..

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails