“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Mei 21, 2011

Kena seksa kerana kahwin lari

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang akan dipaparkan di dalam entry ini elok benar dijadikan teladan kepada mereka yang memang berniat membawa lari anak dara orang, tidak kiralah sama ada perempuan berkenaan melakukannya secara suka rela. Melarikan atau membawa lari anak orang bukanlah ajaran agama kita. Secara tidak langsung, yang melarikan itu juga terpalit bersubahat dengan dosanya yang menderhaka kepada ibu bapanya.

Kena seksa kerana kahwin lari

MOHD AZHAR mengalami kecederaan parah dibelasah di Sungai Petani, awal pagi kelmarin.
Sekumpulan 40 orang ikat lelaki pada tiang rumah, dibelasah lebih sejam

SUNGAI PETANI: Seorang pemuda berusia 31 tahun diikat pada tiang rumah sebelum dibelasah dan dicucuh dengan puntung rokok gara-gara bernikah dengan teman wanitanya di Thailand, dalam kejadian di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Azhar Aziz, dilucutkan pakaian hingga tinggal seluar dalam, dipukul dengan tangan dan kayu serta diseksa lebih sejam oleh sekumpulan 40 orang dipercayai ahli keluarga isterinya dan penduduk kampung terbabit, kira-kira jam 2 pagi. Berikutan itu, Mohd Azhar cedera dan lebam di seluruh anggota badan termasuk kedua-dua mata serta menerima lebih 20 jahitan pada bahagian muka, tangan dan kaki.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Azhar berkata, beliau dan isteri yang baru dinikahinya seminggu lalu, didatangi sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal di rumah mereka di Taman Orkid, di sini.

“Lelaki terbabit bertindak memecah masuk ke dalam rumah sebelum memaksa saya masuk ke dalam kereta dan dibawa ke Kampung Simpor Tambang manakala isteri saya dibawa dengan kereta berasingan. Sebaik tiba di kampung itu, saya dapati ada kira-kira 40 orang penduduk kampung termasuk saudara isteri saya sebelum mereka membogelkan saya hingga tinggal seluar dalam dan diikat pada tiang sebuah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Azhar berkata, beliau dipukul dengan kayu dan tangan, malah dicucuh puntung rokok sehingga tidak bermaya.

“Selepas menanggung sengsara lebih sejam, mereka melepaskan saya sebelum saya menghubungi polis dan memaklumkan saya terbabit dalam kes culik,” katanya.

Beliau berkata, isterinya yang berusia 23 tahun bersetuju bernikah di Thailand kerana tidak mahu berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga.

“Sebaliknya, isteri memilih saya kerana kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu. Malah, sebelum kami bernikah di Thailand, isteri saya membuat laporan di Balai Polis Kangar memaklumkan beliau secara sukarela mengikut saya untuk bernikah di sempadan,” katanya.

Mohd Azhar berkata, beliau kehilangan sebuah telefon bimbit, MyKad, kad juru wang automatik (ATM) dan lesen memandu dalam kejadian itu. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan sedang dijalankan.

Moral of the story : Melarikan anak dara orang bukan budaya Melayu tetapi budaya Lombok. Jangan ditiru budaya Lombok, tak baik untuk tubuh badan, nanti kena belasah weh!


Butiran selanjutnya ...

Sakit gigi ketika hamil

WANITA hamil perlu membuat pemeriksaan gigi berkala.

Masalah ibu boleh jejaskan kandungan

IBU hamil dilarang mencabut gigi. Sama ada ia hanya satu mitos atau pun kenyataan, yang pasti, ia adalah ‘kepercayaan’ yang sudah tersebar dari mulut ke mulut sejak dulu lagi.

Kenyataannya, walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.
Pakar pergigian Klinik Pergigian Halina, Dr Halina Haron, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”

“Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan digunakan,” katanya.

Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan.

“Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi. Gusi bengkak atau gingivitis jika tidak dibiar melarat boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir,” katanya.

Kerana itu, Dr Halina mengingatkan ibu hamil supaya berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang tidak keselesaan terhadap gigi dan gusi sepanjang tempoh kehamilan bagi mendapatkan rundingan rawatan sewajarnya.

Kata Dr Halina, selain pregnancy gingivitis, ibu hamil juga cenderung mengalami pregnancy epulites, yang menyebabkan tumbuh benjolan kecil pada gusi antara celahan gigi.

“Tapi tidak perlu bimbang kerana ia normal dan berlaku kerana perubahan hormon, malah akan kecut selepas bersalin,” katanya.

Kata Dr Halina, selain masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu mengandung. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Katanya, wanita mengandung kebanyakannya mengalami mabuk pada waktu pagi (morning sickness) dan ketika muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi.

“Kaedah terbaik, sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut. Kadangkala, ubat gigi juga boleh menyebabkan loya. Jadi, saya sarankan bakal ibu supaya sentiasa mencuba perisa ubat gigi berbeza sehingga berjumpa yang sesuai dan jika tetap tidak boleh menggunakan sebarang ubat gigi, pilih ubat kumur berflorida,” katanya.

Dr Halina memberitahu, paras hormon yang meningkat sewaktu kehamilan juga boleh menyebabkan tisu pemegang gigi atau ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas lantas menyebabkan gigi longgar. Pemakanan juga sering diambil mudah wanita mengandung malah selalunya mereka akan mengidam sesuatu yang manis tanpa langsung menyedari bahawa gula itu musuh ketat kepada gigi.

“Tapi, tiada siapa berani berkata tidak kepada ibu hamil yang mengidam. Nasihat saya, rajin-rajinlah berkumur dan sebolehnya, kurangkan pengambilan makanan bergula kerana di bulan ketiga kehamilan, gigi janin juga sudah terbentuk. Sebaiknya, amalkan memakan makanan kaya sumber kalsium seperti susu, yogurt dan keju. Pil Obimin dibekalkan semasa mengandung juga mengandungi vitamin berserta kalsium, lengkap untuk tumbesaran janin,” katanya.

Jelas Dr Halina, wanita dinasihatkan supaya tidak ambil ringan kesihatan oral dengan melakukan pemeriksaan gigi berkala enam bulan sekali sedari awal iaitu bermula sebelum hamil dan jadikan ia rutin sebelum, semasa juga selepas melahirkan. Katanya, jangkitan pada gusi boleh membahayakan wanita hamil dan bayi dalam kandungan. Masalah 'periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi, termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.

“Mengikut kajian, bakteria di dalam mulut ibu boleh berpindah ke dalam mulut janin dan jangan terkejut, apabila dilahirkan kelak, jika ibunya mengalami masalah mulut berbau, anaknya juga berkemungkinan mengalami masalah sama,” jelasnya.

Jadi, teruskan pemeriksaan berkala di klinik gigi anda selepas tempoh berpantang dan jika bayi mencapai usia setahun setengah hingga dua tahun, ia menjadi tanggungjawab ibu juga untuk membawanya menjalani rutin sama seawal usia.

INFO - Punca perubahan keadaan gigi dan gusi ketika hamil
  • Perubahan hormon.
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Ikuti langkah ini:

* Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
* Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati
* Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
* Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
* Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan
* Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda
* Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala

Jumpa doktor jika:

* Gusi berdarah dengan banyak
* Gusi sangat sakit
* Nafas berbau busuk tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
* Gigi longgar
* Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
* Gigi terasa sakit




Sumber : Siti Nur Almizan Aripin [snur@bharian.com.my] di BHarian 29/04/2011

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mei 20, 2011

Terlalu banyak ketawa lalaikan manusia kepada kematian


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

SUKA dan duka adalah asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” (Surah at-Taubah, ayat 82)

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Renung-renungkan....




Rujukan : Wan Marzuki Wan Ramli di BHarian 01/01/2011

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Mei 19, 2011

Strategi suami bila isteri enggan melayan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saat hati berkehendakkan layanan seksual, isteri pula seperti enggan melayan. Situasi begini pastinya amat mengecewakan suami. Biar dipujuk, namun isteri tetap memberikan pelbagai alasan. Jadi apa lagi yang harus dilakukan suami bila berdepan dengan situasi begini?

Jangan pula anda naik hantu dan simbah isteri dengan asid seperti kes yang pernah dilaporkan sedikit masa dulu. Atau mengugut-ugut isteri dengan menggelarnya isteri derhaka. Sebelum anda membuat label yang bukan-bukan kepada isteri, adalah lebih baik anda muhasabah diri dan cari kesalahan anda dahulu, kerana sebagai manusia biasa, anda juga bukanlah sempurna seperti Nabi. Sepatutnya seorang suami tidak kenal erti mengalah dan teruslah berusaha memujuk-rayu isteri. Jika dahulu semasa bercinta bukan main handal anda memujuk-rayu mengalahkan Romeo, mengapa skill yang ada itu tidak dipergunakan semula?

Bagi membantu para suami di luar sana yang sudah mati kutu memujuk rayu isteri tetapi masih tiada jalan penyelesaian masalah, kali ini Laman-Seri kongsikan beberapa tips apa yang patut anda lakukan bila isteri mengelak seks di saat anda benar-benar mendambakannya.

Tips # 1 – Tawarkan bantuan jika alasannya penat

Zaman sekarang, kebanyakan isteri bekerjaya. Jangan lupa jasa isteri. Isteri keluar bekerja kerana terpaksa-rela membantu anda menyara keluarga juga. Kesibukan dan kepenatan isteri usahlah dipertikaikan. Bekerja di pejabat kemudian sebaik sampai di rumah terpaksa pula menguruskan kerja-kerja rumahtangga seperti memasak, mengemas, menjaga anak dan sebagainya. Tiba malam hari, sudah pastilah isteri anda keletihan. Jadi tidak hairanlah ada masanya isteri anda menolak mengadakan seks atas alasan penat. Melakukan hubungan intim menuntut tumpuan dan tenaga yang bukan sedikit.

Kalau ini alasan yang diberikannya, suami wajar menawarkan bantuan, misalanya menyediakan makan malam atau mencuci pinggan setelah selesai makan. Lebih bagus lagi jika anda meminta pasangan anda berehat sahaja dan sekali-sekala anda membereskan kerjarumah yang ada. Isteri akan rasa dihargai dan anda mungkin menerima balasannya, termasuklah dengan cara hubungan seks yang hebat.

Tips # 2 – Pujuk isteri sekiranya marah

Kalau tiada mood, bagaimana hendak melakukan hubungan intim, apatah lagi jika ketika itu isteri sedang marah akibat tindakan suami sendiri. Wanita tidak mampu melakukan hubungan intim dengan lelaki yang memancing kemarahannya. Malangnya, tidak semua kaum wanita akan meluahkan perasaan yang terpendam, sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri hingga pasangannya bosan sendiri.

Lebih malang lagi, kebanyakan suami hilang skill pujuk-memujuk setelah mereka berkahwin dan sering membiarkan isteri menjeruk rasa. Jika ingin mendapatkan hubungan intim yang istimewa dari isteri dalam keadaannya yang masih ‘panas’, maka anda patut berusaha memujuk dirinya. Berbaik dengan isteri dan cuba ungkapkan ayat-ayat yang manis. Pujuklah dirinya kerana amarah wanita cepat reda dengan pujukan suami. Jika anda berjaya memujuknya, tidak mustahil anda akan memperolehi hubungan asmara yang hangat.

Tips # 3 – Pujilah jika isteri rendah diri

Wanita mungkin menolak seks apabila mereka berasa rendah diri, tidak puas hati dengan penampilan diri dan merasa tidak lagi seksi, apatah lagi jika suami sendiri sering mengusik memerli bentuk badan isteri sudah tidak cantik lagi. Jika perkara ini berlaku, tidak mustahil kaum wanita hilang selera atau keinginan untuk mengadakan hubungan seks dengan pasangan mungkin berkurangan.

Sebagai suami, anda memang tidak patut komplen tentang tubuh badan isteri, sebaliknya anda patut beri motivasi kepadanya untuk tampil lebih menarik. Selain daripada itu, anda wajar memberi sedikit peruntukan untuk membolehkan isteri melakukan perawatan diri. Sebagaimana anda menggunakan kereta, sudah tentu anda akan memperuntukkan sedikit wang untuk penyelengaraan kereta supaya kereta anda dalam keadaan tip-top. Begitu jugalah dengan isteri anda.

Anda boleh membawa isteri ke pusat pelangsingan jika isteri merasakan tubuhnya gempal. Biarkan isteri memanjakan dirinya seketika di spa kecantikan untuk mengembalikan keyakinan diri dan memulihkan mood. Ataupun cara lebih mudah, adalah dengan meluahkan sedikit pujian kepada isteri anda utnuk memberikan keyakinan pada dirinya. Pujian seperti “Isteri abang ni makin cantik sekarang” sudah tentu akan memberi pulangan besar bila tiba malam hari

Tips # 4 – Layani sebaik-baiknya

Tiada wanita yang mahu dirinya dijadikan hanya sebagai objek seks. Ðiri ibarat tidak dihargai dan aktiviti seks jika berlangsungpun hanya akan membosankan dirinya. Jika inilah penyebab isteri mengelak seks, maka tiba masanya untuk anda melakukan perubahan. Layanilah pasangan anda dengan sepatutnya supaya dia tidak lagi berasa sedemikian. Hargailah diri isteri sebaik-baiknya dn ketahuilah bahawa isteri bukanlah hanya peneman tidur, sebaliknya pasangan hidup yang berkongsi segala suka dan duka.

Tips # 5 – Ubah penampilan jika dilihat tidak menarik

Wanita juga tidak berkeinginan melakukan seks bila merasakan suaminya tidak lagi menarik di mata dan di hatinya. Boleh jadi disebabkan penampilan suami yang kurang menjaga diri ataupun kerana sikap suami yang dirasakan tidak sesuai dengan kehendaknya.

Kalau penyebabnya berpunca dari perkara ini, maka jangan berlengah untuk lakukan sesuatu untuk menarik perhatian pasangan anda. Jagalah penampilan dan urus diri sebaiknya kerana seperti anda, isteri juga tiada selera bila melihat pasangan mereka berserabut.

Semoga tips yang diberikan dapat membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi.




Note : Tips dikutip dari MW#1396

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Mei 18, 2011

Suami pandai memuji, isteri rasa lebih dicintai


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi memenangi hati suami, seorang isteri sanggup berhabis soal penampilan, biar hanya berada di rumah, dia akan memastikan pakaian yang dikenakan cantik. Tidak pernah sekali si isteri ini berkain batik di rumah atau berseluar pendek gaya amah. Secalit gincu pasti ada di bibirnya agar wajah tampil berseri.

Namun biar bersungguh-sungguh melakukannya, hati isteri ini tetap rasa kecewa. Tidak pernah sekali dia mendengar pujian dari suaminya. Sudah hampir lima tahun berumahtangga, kalimat pujian itu sebenarnya cukup didambakan kerana apa yang dilakukannya itu sememangnya hanya untuk suaminya yang dicintai.

Begitu sukarnya sikap sesetengah pasangan suami dalam hal meluahkan kata-kata puji-pujian, tidak terkecuali isteri juga. Pasangan suami isteri yang bersikap sedemikian sebenarnya tidak menyedari betapa pentingnya kata-kata pujian. Saling memuji adalah salah satu cara untuk menunjukkan betapa pasangan suami isteri itu saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Kebaikan memuji

Ðiakui, tidak ramai suami mahupun isteri yang terbuka dalam memuji pasangan masing-masing. Selalunya mereka lebih cenderung menyimpan semuanya di dalam hati. Walhal, meluahkan perkara positif buat pasangan adalah sesuatu yang cukup baik dan sangat efektif dalam memberi dan menambah keyakinan diri pasangan. Malah, luahan pujian juga akan membuatkan pasangan berasa dicintai dan dihargai.

Sebagai contoh, apabila seorang isteri mampu meluahkan perasaannya pada suami dan menunjukkan dalam bahasa verbal maka suami akan mengetahui kelebihan dirinya. Ðalam pada itu, suami pula akan berusaha membalasnya dengan mencari kelebihan isterinya pula. Pada tahap seterusnya, suami dan isteri itu akan cuba memperbaiki kelemahan diri masing-masing agar kelemahan atau kekurangan tidak dilihat pasangan masing-masing.



Ðengan meluahkan kata-kata pujian seperti “Isteri abang nampak manis hari ini”, “Abang ini segaklah” ataupun apa-apa kelebihan lain, maka pasangan juga akan turut melakukan perkara yang serupa.

Tambah kemesraan

Seperti yang dikatakan tadi, tidak semua orang mudah memberikan pujian, termasuklah kepada pasangannya. Sikap ini sebenarnya berpunca dari didikan seseorang individu. Apabila suami atau isteri tidak pernah dididik dengan pujian sejak kecil, maka dia akan berasa sukar untuk memuji orang lain atau pasangannya.

Hal yang hampir sama berlaku pada mereka yang mempunyai keperibadian ‘introvert’ ataupun pendiam. Untuk berbual pun sukar, apatah lagi untuk memuji-muji. Tetapi ini bukan bererti mereka tidak mampu melakukannya, cuma pasangan harus merangsangnya untuk membiasakan diri terlebih dahulu.

Awalnya perasaan malu memang akan dirasai, tetapi lama-kelamaan apabila sudah terbiasa, suami atau isteri mungkin sentiasa mahu mengungkap isi hatinya. Kesan positif dari perkara ini adalah hubungan suami isteri akan bertambah erat dan mesra. Anda mungkin boleh memulakan pujian dengan memuji prestasi pasangan selepas hubungan intim ataupun tatkala pasangan mendapat kenaikan pangkat.

Ajar anak hargai orang lain

Sikap memuji pasangan bukan hanya memberi kesan baik buat pasangan suami isteri, tetapi juga kepada anak-anak. Melihat ibu dan ayah mereka saling memuji, maka anak akan berasa selesa dalam keluarganya.

Anak juga akan melihat adanya nilai-nilai romantis dan kasih sayang antara kedua ibu bapanya, lalu tidak akan menghidarkan fikiran mereka dari unsur negatif. Perlu diketahui oleh suami isteri bahawa kekakuan mereka atau tiadanya unsur komunikasi positif seperti pujian dalam perhubungan mereka akan menyebabkan perasaan anak tertekan dan tidak selesa dengan persekitaran keluarganya.

Mempamerkan kebiasaan memuji di hadapan anak-anak juga akan memberikan pendidikan secara tidak langsung untuk menghargai orang lain. Jadi, janganlah malu untuk belajar memuji pasangan kerana anak juga akan mendapat mengajarannya. Mereka tidak kekok melemparkan kata-kata pujian dan lebih menghargai kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.

Cara luahkan pujian

Pujian buat pasangan sebenarnya tidak semestinya dilakukan secara lisan. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyampaikannya. Bagi anda yang masih malu-malu untuk meluahkannya, bolehlah memulakannya melalui bahasa tubuh. Pujian dengan bahasa tubuh ini ada berbagai, daripada sentuhan, pelukan erat tatkala suami melihat isteri bergaya anggun mahupun sekadar pegangan tangan.

Setelah terbiasa dengan bahasa tubuh, maka belajarlah pula meluahkannya melalui kata-kata. Tapi kata-kata pujian yang kelaur itu hendaklah tulus ikhlas dari hati supaya ia kedengaran jujur dan bukan sengaja direka-reka. Anda juga tidak perlulah menunggu suami atau isteri melakukan sesuatu yang bagus untuk dipuji sebaliknya luahkan saja kata-kata pujian jika merasakan si dia layak dipuji.

Lebih berkesan jika...

Pujian akan memberi kesan lebih positif jika anda tahu bila mahu mengucapkannya. Ini adalah antara aturan pujian yang harus diketahui terutama buat pasangan yang baru membiasakan diri.

Pujian akan lebih bermakna jika tidak terlalu kerap diucapkan dan tidak pula terlalu jarang. Berikan pujian pada saat-saat penting, seperti ketika pasangan mahu memulakan pekerjaan baru. Ini akan meniupkan semangatnya untuk memulakan tugas dengan lebih baik.

Atau berikanlah pujian ketika isteri atau suami mula berasa kecewa atau kehilangan keyakinan diri. Pujian yang tulus di waktu ini akan memberikan harapan baru bagi suami atau isteri. Pilihlah kata-kata pujian yan gmampu meresap dalam jiwanya.

Jangan terlalu kerap

Memuji pasangan di khalayak ramai juga tidak kurang pentingnya, tetapi janganlah terlalu kerap. Sebabnya ia akan menimbulkan perasaan tidak senang pada pasangan yang dipuji. Ungkaplah bila benar-benar perlu dan di waktu yang tepat. Pilihlah pujian yang tidak berlebih-lebihan seperti memuji hasil masakan atau kemahiran menghias rumah yang dimiliki oleh isteri.

Sebenarnya, kebiasaan memuji pasangan ini bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan, asalkan anda melupakan rasa ego dan juga perasaan malu. Keutuhan rumahtangga dan tali cinta anda berdua lebih penting daripada dua perkara tersebut.

Selamat mencuba!




Sumber : MW#1420

Butiran selanjutnya ...

Skim Bantuan Guaman Syarie bantu asnaf tuntut hak


MAIWP, PGSM pastikan individu tidak mampu bayar khidmat peguam dapat pembelaan

TIDAK semua pihak yang bertikai di Mahkamah Syariah mampu melantik peguam bagi mengendalikan kes mereka. Justeru, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bekerjasama dengan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menubuhkan Khidmat Bantuan Guaman untuk memberi bantuan guaman kepada pihak yang memerlukan.

PGSM dan Bahagian Baitulmal MAIWP memulakan usaha murni itu sejak 2009. Hasil kerjasama itu, PGSM secara khusus menubuhkan Biro Guaman Syarie yang dikendalikan seorang exco untuk menyelaraskan pengendalian kes yang diberi Bahagian Baitulmal MAIWP.

Tugas itu termasuk melantik peguam syarie dalam kalangan ahli PGSM yang beramal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengendalikan kes, memantau perjalanan kes dan memaklumkan Bahagian Baitulmal MIAWP sama ada kes berjaya diselesaikan di mahkamah atau tidak.

Setakat ini PGSM sudah menerima lebih daripada 61 kes syariah daripada Bahagian Baitulmal MAIWP. Sebanyak 25 fail sudah ditutup sama ada kes diselesaikan menerusi perbicaraan di mahkamah atau diselesaikan menerusi persetujuan kedua-dua pihak. Ternyata usaha murni yang didukung sepenuhnya oleh peguam syarie ini telah membuahkan hasil walaupun yuran guaman ditetapkan rendah.

Apa yang penting bagi peguam syarie adalah usaha membantu golongan memerlukan dapat direalisasikan menerusi kerjasama PGSM dan Bahagian Baitulmal MAIWP.

Bahagian Baitulmal MAIWP telah mengambil tindakan pertama dan seumpamanya di negara ini dengan mewujudkan Skim Bantuan Guaman Syarie sebagai skim bantuan kepada asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

Tujuannya untuk membantu umat Islam yang menghadapi masalah pendakwaan atau tuntutan di Mahkamah Syariah. Pihak yang boleh memohon bantuan guaman syarie terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, mualaf, al-Gharimin (orang yang berhutang), Ibnu Sabil, Fisabillah dan ar-Riqab.

Penerima bantuan perlu memenuhi syarat umum dan khusus untuk melayakkan mereka menerima bantuan zakat iaitu beragama Islam, warga negara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang setahun.

Baitulmal MAIWP juga menetapkan pendapatan bawah RM1,500 sebulan sebagai kelayakan menerima Skim Bantuan Guaman Syarie. Namun, ia masih tertakluk kepada siasatan dan temu duga yang akan dijalankan pegawai Bahagian Baitulmal MAIWP.

Bahagian Baitulmal akan membuat siasatan dan temu duga bagi menentukan kelayakan menerima Skim Bantuan Guaman Syarie dan setelah diluluskan.

Peguam syarie yang dilantik mengendalikan kes akan menyediakan laporan awal kepada PGSM dan Bahagian Baitulmal berkenaan jenis tuntutan dan seterusnya mengendalikan kes sehingga selesai sama ada menerusi perbicaraan atau penyelesaian di luar mahkamah.

Adalah menjadi harapan PGSM supaya Majlis Agama Islam Negeri turut mengikut jejak langkah Bahagian Baitulmal MAIWP mewujudkan satu skim bantuan guaman syarie di setiap negeri untuk membantu umat Islam menyelesaikan masalah pendakwaan atau tuntutan di Mahkamah Syariah.

Antara kes yang dikendalikan adalah perceraian secara fasakh atau taklid, tuntutan harta sepencarian, tuntutan mutaah, nafkah diri dan nafkah anak, tuntutan hutang semasa perkahwinan, tuntutan nafkah diri dan anak yang tertunggak, pendakwaan berkenaan kesalahan jenayah syariah dan tuntutan mengikut bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kepelbagaian tuntutan ini juga tertakluk kepada kelayakan khusus yang ditetapkan Bahagian Baitulmal, MAIWP.

Mereka yang layak menerima zakat juga tidak dinafikan hak mendapatkan keadilan di Mahkamah Syariah, bahkan mereka dibantu oleh peguam yang berpengalaman untuk memperoleh keadilan dan hak yang dinafikan sebelum ini.

Mungkin ramai masih belum tahu adanya perkhidmatan disediakan ini, sedangkan mereka layak menerima bantuan guaman syarie bagi mendapatkan hak di Mahkamah Syariah tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk mengendalikan tuntutan, perbicaraan dan bayaran yuran guaman.

Maklumat mengenai Skim Bantuan Guaman Syarie boleh diperoleh dengan menghubungi Bahagian Baitulmal MAIWP di talian 03-26175222 atau layari laman web www.maiwp.gov.my.

Penulis, Mohd Tajuddin Abd Razak ialah Exco Biro Guaman Syarie Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), artikel dipetik dari BHarian 18/05/2011.


Butiran selanjutnya ...

Khasiat di sebalik pahit peria katak

peria katak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peria katak atau nama botaninya momordica charantia dan tergolong dalam keluarga ucurbitaceae. Peria katak memang pahit rasanya. Tetapi di sebalik kepahitannya ini, tersembunyi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Walaupun rasanya pahit, namun ia sering dijadikan sayuran atau salah satu bahan yang digunakan untuk sup.

Peria katak tumbuh di kawasan tropika termasuklah di Amazon, timur Afrika, Asia dan Carribean. Ia juga turut ditanam di seluruh Amerika Selatan sebagai makanan dan ubatan.

peria katak

peria ~ momordica charantia

Peria katak dikenali dengan nama bitter melon atau bitter guard (Inggeris), kugua (labu pahit) dalam bahasa Cina, pare atau ayam pare dalam bahasa Jawa dan Indonesia, nigauri (dalam bahasa Bahasa Jepun, yang pertama dari bahasa Okinawa), paakharkaai (Tamil), karela (Nepal), ampalayá (Tagalog), muop dang (mướp đang) atau kho qua (qua kho, dalam bahasa Vietnam), caraille/carilley (di Trinidad dan Tobago), carilla (di Guyana) dan cerasee/cerasse (di Caribbean dan Amerika Selatan).

momordica charantia


peria muda


Peria katak merupakan pokok menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Pokok ini mempunyai akar tunjang dan juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling.

Ðaunnya berwarna hijau dan terletak berselang-seli. Pokok peria katak mempunyai bunga berwarna kuning dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buah peria katak mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika muda. Selalunya buah ini dimakan ketika mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah.

bunga peria


bunga betina


bunga jantan

Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak. Terdapat dua varieti peria katak. Varieti pertama berbentuk segi empat panjang dan berwarna hijau pucat. Manakala varieti kedua berbentuk bujur dan berwarna hijau gelap.

putik peria


peria yang matang


peria matang bersama biji benih

Peria katak rendah kalori tetapi padat dengan zat yang berharga. Ia merupakan sumber terbaik vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, mangan dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Peria katak juga kaya dengan besi, mengandungi beta karotena dua kali ganda daripada brokoli, kalsium dua kali ganda daripada bayam dan kalium dua kali ganda daripada pisang.

Bitter gourd (boiled, drained, no salt)
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy 79 kJ (19 kcal)
Carbohydrates 4.32 g
- Sugars 1.95 g
- Dietary fiber 2.0 g
Fat 0.18 g
- saturated 0.014 g
- monounsaturated 0.033 g
- polyunsaturated 0.078 g
Protein 0.84 g
Water 93.95 g
Vitamin A equiv. 6 μg (1%)
Thiamine (Vit. B1) 0.051 mg (4%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.053 mg (4%)
Niacin (Vit. B3) 0.280 mg (2%)
Vitamin B6 0.041 mg (3%)
Folate (Vit. B9) 51 μg (13%)
Vitamin B12 0 μg (0%)
Vitamin C 33.0 mg (55%)
Vitamin E 0.14 mg (1%)
Vitamin K 4.8 μg (5%)
Calcium 9 mg (1%)
Iron 0.38 mg (3%)
Magnesium 16 mg (4%)
Phosphorus 36 mg (5%)
Potassium 319 mg (7%)
Sodium 6 mg (0%)
Zinc 0.77 mg (8%)
Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database

Sayur ini juga turut mengandungi juzuk fito untuk yang disahkan mengandungi kesan hipoglisemik yang dikenali sebagai charantin. Selain itu, ia turut mengandungi sebatian seperti insulin yang dikenali sebagai polypeptide P yang dicadangkan sebagai pangganti insulin bagi sesetengah pesakit diabetes.

Kandungan beta karotena dan bahan lain yang terdapat dalam peria katak turut menjadikan ia sebagai buah yang mampu mengurangkan masalah mata dan memperbaiki penglihatan. Jus pahit ini dikatakan boleh diminum bagi membantu membina sisitem imun dan mengingkatkan pertahanan tubuh untuk menentang penyakit.

Selama beberapa tahun, saintis telah mengesahkan kebanyakan pengamal perubatan tradisional telah menggunakan sayur pahit ini sebagai bahan penting dalam sistem perubatan herba, malah boleh dikatakan kapsul dan tinktur peria digunakan untuk merawat masalah penyakit diabetes, virus, kolesterol tinggi dan psoriasis.

Insulin tumbuhan

Ðalam perubatan Ayurveda India, peria katak sering diperlihatkan sebagai sejenis “insulin tumbuhan”, oleh itu amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Ði Filipina, teh peria katak digunakan untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. Ðalam perubatan tradisional Cina, sayur peria katak digunakan untuk menaikkan selera makan dan rawatan jangkitan gastrousus.

Ðalam perubatan herba Brazil, peria katak digunakan untuk merawat tumor, luka, reumatisme, malaria, masalah carian vagina, inflamasi, masalah haid, kolik, demam dan cacing. Ia juga turut digunakan sebagai pencetus pengguguran dan afrodisiak. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai bahan sapu untuk merawat masalah kulit, vaginitis, buasir, ruam gatal, ekzema dan kusta.

Keracunan

Peria katak turut berguna jika dicampurkan dengan herba lain untuk tujuan merawat penyakit. Antaranya jus peria katak amat berguna untuk merawat penyakit darah seperti kegatalan berkait dengan keracunan darah. Cara penggunaannya ialah dengan mencampurkan dua auns jus peria katak dengan sedikit jus limau. Hirup air ini perlahan-lahan sewaktu perut masih kosong setiap hari kira-kira 4 hingga 6 bulan.

Peria katak juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat penyakit kolera yang masih berada pada tahap awal. Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu teh jus peria katak dengan dua sudu teh jus bawang merah dan satu sudu teh jus limau nipis. Hiruplah ramuan ini setiap hari sehingga sembuh.

Bagi mereka yang mengalami masalah sistem pernafasan, anda boleh meminum dua auns jug peria katak yang telah dicampurkan dengan secawan madu dan sedikit air. Minumlah ramuan ini setiap hari untuk memperbaiki masalah asma, bronkitis dan pharyngitis.

Merawat buasir dan masalah darah kotor

Menurut sumber Fazlisyam pula, daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir. Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

Peria tidak berapa diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan peria katak, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MW#1425, Fazlisyam dan En Wikipedia ~ Bitter melon

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Mei 17, 2011

Apabila suami minta ‘izin’...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Membaca Satu kisah poligami lagi, pernahkah anda terfikir, sekiranya suami anda tiba-tiba berkata, “Abang hendak kahwin lagi...” Apakah yang akan anda katakan? Apakah ayat pertama yang pastinya keluar dari mulut anda? Apakah anda akan mengamuk gila sakan?

Kita tidak mahu hal sebegini terjadi, tetapi kadang-kadang ia terjadi tanpa terduga sama sekali. Suami yang selama ini kita rasakan amat baik tahap pijak semut gajah pun tidak mati, tiba-tiba tegar menjatuhkan menghantukkan batu ke atas kepala anda. Ketika itu, apa yang akan anda katakan? Apakah anda masih bersikap biasa atau apakah anda akan bertindak seperti yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita?

Apabila sesuatu itu tidak pernah kita duga dan tiba-tiba ia terjadi, selalunya kita akan terkejut beruk sakan. Kejutan yang teramat sangat akan menyebabkan kita tidak dapat berfikir. Api kemarahan menyebabkan kita bertindak balas, barangkali dengan kata-kata, boleh jadi juga dengan tenaga. Eh... mati pulak suami dibelasahkan dengan kayu golf! Waduh.. jangan begitu dong!

Maka itulah, dalam bertenang-tenang seperti sekarang, apa kata anda cuba rangka-rangkakan ayat yang bakal dicetuskan, seandainya perkara seperti itu terjadi, supaya anda tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mencarik tahap kewarasan fikiran. Inilah yang dikatakan prediction atau unjuran.

Ðalam dunia perniagaan, kadang-kadang kita mengunjurkan pertumbuhan yang lembap, dengan itu kita lebih bersedia untuk berdepan dengan apa-apa cabaran supaya pada saat sukar kita masih bertahan. Kadang-kadang dalam rumahtangga, unjuran harus dibuat supaya apabila datang nanti, anda tidaklah begitu terkejut. Kejutan yang melampau boleh menyebabkan anda menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya anda diucapkan.

“Kalau abang hendak kahwin juga, ceraikan saya dulu!” Biasa dengar kata-kata ini? Ya, ia adalah ungkapan yang paling popular yang dikomersialkan dalam drama-drama Melayu. Sekali imbas macam tiada apa-apa, tetapi kesan dan akibatnya teruk sekali. Ðaripada menghamburkan kata-kata seperti orang kurang ilmiah sebegini, apa salahnya anda berikan pandangan asal dengan sususan kata-kata yang lebih baik atau dalam istilah lainnya, cakap berlapik.

Ðalam keadaan marah, bagaimana sekalipun, awasilah lidah. Belajar-belajarlah control temperature marah anda dan cuba katakan ayat sebegini :

  • “Abang kalau hendak kahwin juga, eloklah tengok-tengok diri abang dulu” atau
  • “Kalau hendak kahwin juga, tengok-tengoklah kami anak-beranak, cukupkah makan, pakai, didikan bla... bla… bla...” atau
  • “Baguslah abang hendak kahwin lagi. Ini bermakna abang mampu menyara saya dan anak-anak. Tak perlulah lagi saya bekerja membantu abang. Ok, kalau betul abang hendak teruskan, apa kata abang bentangkan perbelanjaan keluarga supaya tiada masalah timbul di kemudian hari...”
Kata-kata begini tidak bersikap menentang tetapi minta ehsan dan empati suami supaya dia ‘tertampar’ untuk berfikir.

Seorang lelaki selalunya tidak akan berbuat sesuatu tetapi apabila dia disuruh berbuat sesuatu itu, tetapi kebiasaannya, suami akan memberontak apabila keinginannya terlalu ditentang, ia menimbulkan marah dan dendam. Lelaki biasanya lebih sampai hati apabila hasratnya diberikan pertentangan yang kuat. Semakin anda melawan, semakin anda menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, semakin anda mengungkit itu ini, semakin sampai hatilah lelaki untuk meneruskan niatnya, tetapi jika dia diberikan ‘kebenaran’ dan dalam masa yang sama diberikan juga syarat yang boleh membuatkan dirinya terseradung berfikir, selalunya dia tidak akan sampai hati berbuat sesuatu yang menurut kemahuannya.

Tidak balas salah, hasilpun salah

Pertengkaran pasti tercetus bermula dari tindak balas salah yang diberikan. Jika tindak balas itu dalam bentuk marah, yang diterima kembali adalah marah juga, tetapi jika sindiran tentang keupayaan dan kemampuan hingga memaksa seseorang suami itu berfikir secara lebih mendalam, hasilnya cukup berbeza, insya Allah.

Ingatlah, wahai kaum isteri, lelaki yang bergelar suami ini cukup pantang dimarahi, diherdik, diperkecil-kecilkan dengan keras apabila dia pertama kali menyuarakan hasrat seperti ini. Tindak balas yang salah selalunya mengakibatkan hasil yang salah. Andainya hasratnya itu disambut dengan ketaatan yang lebih padu, kasih sayang serta cinta yang semakin mendalam serta perkhidmatan yang luar biasa cemerlangnya, selalunya lelaki akan kembali rasional. Apabila dia mula membanding-bandingkan kebaikan anda dengan calon isteri keduanya itu, dan dia melihat lebih banyak kebaikan pada diri anda, dia kaan berkata dalam hati, “Kesian bini aku ni… tak jadilah…”

Apabila ini berlaku, ia satu kemenangan untuk dirai. Mengapa? Sebab ramai sungguh wanita yang akhirnya terseradung oleh isu yang sama, sedangkan ia boleh dielakkan, bahkan suami semakin sayang dan bertambah intim. Bukankah itu menang namanya?

Ukuran tahap ketaqwaan

Laman-Seri salute mereka yang tidak sedikitpun melenting jika suami hendak berpoligami, malah ada yang sanggup ‘mengoffer’ suami mereka supaya berpoligami, dengan alasan terlalu cintakan Allah dan Rasul-Nya. Erk... Bolehkah tindakan sebegini dijadikan kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri? Benarkah tahap ketaqwaan boleh diukur sebegini? Hanya Allah maha Mengetahui...

Apa-apapun, dalam kes ‘offer-mengoffer’ ini, saya tidak pernah membaca sejarah isteri-isteri Rasulullah SAW (yang mendapat first hand didikan Rasulullah), meminang madu mereka atau mereka sendiri ‘mengoffer’ Rasulullah untuk menikahi atau dinikahi wanita lain. Ketika Rasulullah melarang menantunya Ali daripada berpoligami juga, tiada bantahan daripada anak perempuan Nabi akan larangan ayahandanya dan tidak pernah pula tercatat dalam sejarah yang menyatakan anak perempuan Nabi ini ‘mengoffer’ suaminya Ali supaya menikahi wanita lain. Lalu saya terfikir, bagaimana tahap taqwa isteri-isteri Rasulullah dan anak perempuan baginda? Secara peribadi, ‘offer-mengoffer’ ini bukanlah kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri. Saya mungkin tersilap, tetapi ukuran sebegini juga tidak mustahil tersasar atau tidaklah begitu tepat.

Saya tidak sanggup sampai hati ‘mengoffer’ suami kepada wanita lain, bukan kerana saya tidak boleh menerima poligami, bukan kerana saya tamak dan menganggap suami saya hanya milik saya seseorang, bukan... bukan... bukan... tetapi saya yakin dan pasti, suami tiada keperluan dan kemampuan untuk berpoligami. Mungkin bukan sekarang, tetapi tidak tahulah di masa depan.

Tiada sesiapapun yang boleh menafikan, poligami adalah perkara yang berat dan ujian yang besar dalam rumahtangga. Sirah Nabi juga memerlihatkan kecemburuan di antara isteri-isteri baginda. Tercatat sejarah kisah isteri baginda yang menepis pinggan berisi kuih pemberian madu hingga jatuh pecah berderai ke lantai. Sememangnya poligami boleh mencabar keimanan dan meracuni kesucian hati. Kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan berangan memancing di lautan yang dalam.

Namun jika ada yang merasakan mereka memang layak diuji sebegini, teruskanlah niat anda. Gunakan saluran yang betul jika hendak menambah quota, ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan, jangan hanya mengikut undang-undang yang anda cipta sendiri.

Poligami bukan satu galakan

Suka saya dikongsikan di sini, pendapat ulama tersohor dan penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz tentang poligami, katanya, poligami bukan satu galakan. Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz, berpoligami tidak boleh dilakukan sesuka hati, sebaliknya dibenarkan dengan syarat tertentu iaitu kerana perkara darurat (terdesak) atau ada sebab kukuh.

Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, poligami bukan satu galakan dan lelaki yang ingin berbuat demikian mesti membuktikan dia layak dan berkemampuan menyara semua isteri dan anak serta mempunyai tujuan baik iaitu bukan untuk menganiaya isteri. Beliau bersetuju poligami ada dalam Islam iaitu boleh berkahwin dua, tiga atau empat.

Bagaimanapun, ada sebab mengharuskan seseorang itu bernikah lebih daripada satu. Antaranya apabila isteri jatuh sakit dan tidak mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri. Suami dibenarkan berkahwin bagi mengelak dia melakukan perkara dilarang di sisi Islam. Sebab lain tidak mendapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin. Lelaki dibenarkan berpoligami untuk membela nasib wanita yang menjadi janda kerana suami terbunuh ketika berperang dan poligami dibolehkan bagi lelaki yang mempunyai nafsu luar biasa.

Ketika mengulas niat Salih Yakob mencukupkan kuota berkahwin empat bukan menggambarkan semua lelaki boleh melakukannya, tetapi perlu melihat sama ada mereka benar-benar layak dan menepati syarat berpoligami ditetapkan Islam.

Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi, sesetengah lelaki berpoligami kerana ada masalah dengan isteri dan apabila berkahwin lagi, semakin menambah beban. Malah ada lelaki tidak berkemampuan dan mempunyai anak ramai. Syarat kelayakan berpoligami diluluskan pejabat agama. Antara yang tidak dibenarkan berpoligami ialah mereka yang tiada rumah sendiri, sebaliknya menyewa, bergaji kecil dan berhutang.

Mengenai kenyataan bahawa isteri yang membenarkan suami berkahwin lagi akan mendapat payung emas di syurga, beliau berkata, ia hanya kata-kata sedap mulut.

Laman-Seri: Panas agaknya di syurga hingga memerlukan payung? Aduuuhaiiii... Sebenarnya, banyak lagi hadis-hadis palsu yang setujuan untuk menunduk-nunduk, merendah-rendah dan meminggir peranan wanita yang masih berlegar di kalangan masyarakat. Jangan mudah tertipu dengan hadis-hadis sebegini...

Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi berpoligami bukan setakat memberi kasih sayang dan nafkah zahir batin, tetapi lelaki perlu berlaku adil. Perlu dikaji sebab lelaki itu ingin berkahwin lagi. Nabi Muhammad SAW berpoligami dengan mengambil wanita kematian suami akibat peperangan. Hanya seorang wanita yang dikahwini anak dara iaitu Siti Aisyah.

Lihat saja hari ini, kebanyakan lelaki tidak lagi mengikut sunnah Rasul dalam mengamalkan poligami. Rasulullah mengahwini janda tua dan balu sebagai isteri-isteri baginda, tetapi lelaki zaman ini hanya memilih anak dara yang lebih bekerjaya, berketerampilan, mengancam dan getahnya melekit-lekit daripada isteri sedia ada. Maka tang mana gamaknya yang dikatakan berpoligami kerana sunnah Nabi?

Ulama tersohor pun tidak menggalakkan poligami, jadi orang awam seperti kita sepatutnya berpada-pada sajalah....




Rujukan catatan dari sumber : ÐrHMTuah dan HMetro.

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Satu kisah poligami lagi...

Salih dan tiga isteri

Cara Salih hidup berpoligami

Salih bukan saja cekal mengharungi cabaran dunia seni hingga bertahan lebih 30 tahun, malah berjaya melayari hidup berumahtangga bersama tiga isteri dan 11 anak. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya.

Sudah tentu ia bukan jalan mudah untuk dilalui penggiat seni serba boleh ini. Baginya, ia satu proses panjang dan hanya dapat dibentuk jika seseorang itu dapat mengenal diri sendiri. Itulah bekalan yang cukup kuat dalam diri Salih untuk memimpin isteri selama mengamalkan poligami.

“Saya lakukan semua ini atas jalan agama, selepas saya mengenali diri sendiri. Maksudnya, mengenal diri sendiri dengan hal keagamaan berasaskan ilmu dan pengalaman. Ia bukan diperoleh dalam tempoh satu dua hari seperti mengikuti kursus perkahwinan. Ia memerlukan satu proses pembelajaran yang panjang,” katanya.

Tidak dinafikan, Salih boleh dikatakan suami yang bijak mengekalkan keharmonian keluarga dengan hidup berpoligami, iaitu selepas memulakannya pada 1993 apabila berkahwin dengan Norraha Hamad, 43, sebagai isteri keduanya ketika itu. Pasti ada rahsia di sebaliknya, dan bagaimana Salih mengekalkan kesejahteraan keluarga sehingga tiga isterinya boleh menerima keinginannya untuk berkahwin satu lagi.

Berikut serba sedikit rahsia yang dikongsi Salih bersama Metro Ahad bagi menjaga kebahagiaan rumahtangga dan keluarganya.

Rutin harian menjadi suami kepada tiga isteri

Dulu, ketika beristeri dua, Salih bergilir selang sehari untuk ke rumah setiap isterinya. Namun, apabila beristeri tiga, rutin demikian tidak lagi dipraktikkannya.

“Cara begitu sudah tidak sesuai, kena ambil masa lama untuk ke rumah setiap isteri,” kata Salih.

Sekarang, selepas balik bekerja di konti dari jam 6 hingga 10 pagi, Salih luangkan masa lebih kurang dua jam secara bergilir ke rumah isterinya. Bagi Salih, tidak timbul masalah membuat giliran kerana rumah setiap isterinya terletak berhampiran antara satu sama lain.

“Lepas kerja, saya pastikan berkunjung ke rumah semua isteri dan luangkan masa bersama anak. Saya titik beratkan hal ini demi menjaga hubungan kekeluargaan, terutama dengan anak. Sebab itu saya banyak menolak pelawaan mengikuti program rakaman televisyen yang memerlukan komitmen tinggi. Ia boleh menjejaskan masa bersama keluarga, kalau sehari dua hari tinggalkan mereka tidak mengapa, lebih daripada itu saya perlu fikir dua tiga kali,” katanya.

Tidak dinafikan, pembabitan dalam dunia seni ada kala membuatkan Salih terpaksa berpisah dengan keluarga, namun ia tidak menjadi masalah.

“Isteri dan anak faham tanggungjawab serta karier saya. Pun begitu, kedua-duanya juga penting buat saya, sama ada keluarga dan karier. Sebagai ketua keluarga, perkara ini menjadi amanat dan tugas yang perlu saya pikul, dua perkara ini perlu seimbang,” katanya.

Yang pasti, Salih bakal menerima seorang lagi teman hidup dalam diari hidupnya, dan sudah tentu rutin hariannya ada sedikit perubahan dengan kedatangan orang baru.

“Memang akan ada perubahan, tetapi tidak banyak. Agama dan pengalaman banyak mendewasakan saya melalui perkara baru dalam hidup,” katanya.

Bagaimana Salih agih perbelanjaan keluarga?

Tanggungjawab memberi nafkah terhadap tiga isteri bukan tugas mudah. Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kepada Salih, jika tidak masakan dia sanggup menambah seorang lagi isteri dalam hidupnya. Bagi Salih, soal pemberian belanja rumah untuk isteri dan anak adalah keutamaan buat dirinya, tambahan pula ia adalah tuntutan dalam agama dan wajib bagi seorang suami.

“Dah tahu diri tu berpoligami, faham-faham sajalah. Bagilah duit belanja untuk semua isteri,” katanya tersenyum.

Dalam hal ini, Salih ‘melaburkan’ wang titik peluhnya kepada seisi keluarga hasil pendapatan bekerja sebagai deejay di konti Sinar FM, pengacara dan bayaran persembahan majlis tertentu yang mencecah puluhan ribu.

“Saya bagi sama rata, semuanya sama. Duit rumah, duit kereta semua isteri dan belanja harian, yang tinggal untuk saya hanya duit poket dan belanja rokok. Berapa jumlah keseluruhan tidak perlu saya jelaskan. Cuma yang saya boleh beritahu, jika ramai isteri, banyak jugalah belanjanya, tetapi itu tidak menjadi masalah buat saya kerana saya tahu rezeki di tangan Tuhan,” katanya.

Menurut Salih, dalam aspek perbelanjaan, dia terlebih dulu mengagihkan wang pendapatan kepada keluarga dan anak.

“Untuk saya sendiri, itu semua kemudian. Yang penting, keluarga dulu. Percayalah, jika kita lakukan semua itu dengan keredaan, Allah akan membantu kita. Apa yang saya peroleh sekarang, bukan kerana diri saya. Semua atas ketentuan Tuhan, Dia yang memberikan rezeki kepada saya,” katanya.

Kahwin bukan kerana nafsu

Ketika ditanya mengenai petua mengekalkan keharmonian rumah tangga, Salih berkata, satu daripadanya adalah menerapkan nilai keagamaan kepada setiap isteri dan anak.

Petua kekalkan kebahagiaan rumahtangga

“Saya berkahwin bukan kerana nafsu, tetapi agama. Memang benar saya menjadikan agama untuk berpoligami kerana agama membenarkannya. Jadi, mengapa saya perlu dipandang sinis? Begitupun, memang benar tanggungjawab berpoligami sangat besar. Jadi, bila berpoligami, kita kena faham tanggungjawab yang harus kita pikul. Hakikatnya, ilmu agama penting bagi membentuk diri yang bersih dan tenang. Saya mengajar setiap isteri dan anak mengenai perkara ini. Alhamdulillah, mereka tidak ada masalah untuk mengikutinya. Sebab itu, isteri saya tiada masalah antara satu sama lain. Malah, mereka sangat akrab seperti adik-beradik. Saya juga mahu selalu bersama mereka dan anak. Sebab itu, saya mahu sentiasa dekat antara satu sama lain,” katanya.

Salih turut menjelaskan, dia tidak pernah meninggi suara terhadap isteri dan anaknya. Walau apapun terjadi, bapa kepada 11 anak ini akan cuba bercakap secara lembut.

“Kadangkala saya berlawak dengan mereka. Namun dalam lawak, ada tegasnya. Jadi, daripada situ mereka faham maksud saya. Lagipun, saya tidak perlu meninggi suara kerana ia bukan cara sesuai untuk mendidik isteri dan anak. Saya juga sering berbincang bersama isteri dan anak mengenai apa diperlukan mereka dan sebagainya. Sebagai bapa, ia tanggungjawab yang tidak harus saya lepaskan. Paling penting, apa dilakukan harus adil. Tidak boleh berat sebelah atau mementingkan mana-mana isteri. Jika berpoligami, semua isteri adalah penting dan menjadi tanggungjawab seorang suami,” katanya.

Salih mampu

Isteri kedua Salih Yaacob, Norraha Hamad, 43, percaya suaminya tidak bermasalah memimpin Emi, 24, menjalani hidup bersama keluarga mereka. Norraha berkata, sebelum ini pun Salih boleh mengendalikan tiga isterinya hidup harmoni bersama, jadi bukan masalah buat suaminya membawa lagi seorang isteri dalam kehidupan mereka sekeluarga.

“Secara luaran, abang memang bersahaja dan mesra, tapi dalam diam dia seorang yang tegas, dan paling penting, bertanggungjawab terhadap keluarga. Tegas yang saya maksudkan bukan dengan sikap garang dan suka marah, tetapi melalui kepemimpinan sebagai suami dan bapa, lebih-lebih dalam hal agama. Saya yakin abang mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga yang kami dirikan bersama ini dengan kehadiran orang baru (Emi),” katanya.

Mengenai bakal madunya, Norahha berkata, setakat ini dia bersama madu lain sudah dua kali bertemu Emi.

“Dia (Emi) okay, tapi masih terlalu awal untuk menilainya. Saya dan madu lain tidak ada masalah, malah kehadirannya dalam keluarga kami dialu-alukan. Kami (isteri) dah dididik abang supaya saling menghormati dan menyayangi satu sama lain. Jadi, Emy pun akan turut disayangi dalam keluarga ini apabila menjadi isteri abang yang sah nanti,” katanya.

Berhubung kisah mengenai hubungan Salih dengan Emy, menurut Norraha, dia dan madu lain tahu mengenainya daripada mulut Salih. Katanya, Salih tidak pernah merahsiakan hubungan dengan mana-mana perempuan yang dikenalinya, sekalipun dengan hasrat untuk bercinta.

“Selepas mengenali Emi, abang ceritakan semuanya dari awal lagi. Abang memang begitu, jika hari ini berkenalan dengan perempuan, malam itu juga akan diceritakan dengan isterinya yang lain,” katanya.

Norraha berkata, dia bersama madu lain tidak pernah ambil pusing dengan apa dilakukan Salih kerana mereka tahu kejujuran serta tanggungjawab suami mereka terhadap keluarga.

Mengimbas cara Salih mengendalikan isteri dan keluarga di kediaman mereka, sambil berseloroh Norraha berkata, lagaknya suaminya tak ubah seperti mandur.

“Setiap hari selepas habis waktu bekerja di konti, dia menjenguk semua rumah isterinya dan berjumpa anak. Dia datang bergilir-gilir secara berselang seli dalam tempoh lebih kurang dua jam. Dulu masa beristeri dua, abang ke rumah isteri selang sehari, tetapi dengan tiga isteri dia tidak boleh buat begitu sebab ia mengambil masa lama. Jadi, setiap masa abang perlu berjumpa kami, baru adil untuk semua. Lagipun, tiada masalah abang berjumpa kami lebih kerap kerana kami duduk di kawasan kediaman yang berhampiran,” katanya.

INFO

Isteri pertama
NAMA: Norizah Mamat
UMUR: 46 tahun
TAHUN KAHWIN: 1989
ANAK: 4

Isteri kedua
NAMA: Norraha Hamat
UMUR: 43 tahun
TAHUN KAHWIN: 1993
ANAK: 6

Isteri ketiga
NAMA: Norfara Wahida Sulaiman
UMUR: 33 tahun
TAHUN KAHWIN: 2007
ANAK: 1

Hargai pengorbanan

BAHAGIA... Salih bersama ketiga-tiga isteri dan sebahagian anaknya.

Sebuah rumah untuk setiap isteri. Itu pemberian eksklusif penyanyi, pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob, 50, kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Emi, 24.

Beliau yang dijangka melengkapkan kuota poligami dengan penuntut ijazah sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu selepas Aidilfitri ini berkata, rumah berkenaan sebagai hantaran kepada Emi dan hadiah kepada tiga isterinya yang terdahulu.

Menurutnya, pemberian itu bakal menjadi hadiah terhadap segala pengorbanan semua isterinya selama ini.

“Ketiga-tiga isteri saya menerima pelbagai ujian dan dugaan akibat berpoligami. Walaupun sering dipandang negatif, ia tidak mematahkan semangat mereka. Kerana itu, saya ingin menghargai kekuatan mereka yang menyokong saya selama ini. Bukan mudah untuk berpoligami. Setiap hari, ada saja dugaan dan ujian yang perlu dihadapi ketiga-tiga isteri saya. Malah, masyarakat kita rata-ratanya sering memandang isu poligami ini sebagai sesuatu yang negatif.”

“Pada masa sama, mereka (isteri) yang menjadi orang kuat di belakang saya sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, sifat rendah diri dan tabah yang diterapkan dalam diri masing-masing menjadikan mereka kuat, dan itu adalah kekuatan bagi saya,” katanya dalam temubual bersama wartawan Metro Ahad di sini.

Menurut Salih, dia bercadang membeli rumah baru berkenaan dalam satu kawasan di sekitar Lembah Klang bagi menempatkan setiap isteri dan anaknya. Buat masa ini, ketiga-tiga isterinya menetap di Kampung Pandan.

“Rumah mereka (ketiga-tiga isteri) masing-masing di sini. Bagaimanapun, tidak ada lagi rumah kosong untuk menempatkan bakal isteri keempat. Jadi saya perlu mencari satu kawasan perumahan baru yang lebih luas dan selesa untuk mereka. Saya lebih suka mereka tinggal berdekatan. Dengan cara ini, saya ada banyak masa untuk menjaga dan bersama mereka,” katanya.

Sambil berbual, Salih membawa wartawan melihat ketiga-tiga apartmen milik isterinya yang terletak berhampiran di antara satu sama lain. Apartmen didiami isteri pertama dan kedua dibeli hasil titik peluhnya berkecimpung dalam dunia seni kira-kira tiga dekad lalu, manakala kediaman isteri ketiga disewa.

Tinjauan Metro Ahad mendapati rumah isteri pertama dan kedua diubah suai dengan corak hampir sama seperti hiasan dalaman dan perabot. Begitupun, kediaman isteri ketiga tidak sempat ditinjau kerana kesuntukan masa berikutan Salih ada urusan lain. Menurut Salih, dia memastikan layanan kepada setiap isteri dan keluarganya sama adil dan saksama supaya mereka mampu hidup aman dan selesa hasil pendapatannya.

“Alhamdulillah, tidak ada satu pun yang kurang. Jika seorang mendapat kereta, yang lain juga dapat. Ini yang cuba saya terapkan terhadap keempat-empat isteri nanti. Syukur kepada Allah, kami hidup selesa hasil rezeki pemberian-Nya. Apa yang saya miliki kini menjadi kejayaan bagi setiap isteri dan anak. Jika mahu diikutkan, kejayaan saya adalah kejayaan untuk mereka.”

“Saya percaya, ini semua rezeki anak dan isteri. Rezeki saya hanya untuk membeli sekotak rokok. Mungkin jika tidak berpoligami, rezeki saya tidak seperti ini,” katanya berseloroh.

Pelawak popular itu kembali mencuri tumpuan masyarakat seluruh negara selepas akhbar ini secara eksklusif menyiarkan gambar bakal isteri keempat Salih yang berwajah ala Arab pada ruangan muka depan Khamis lalu. Bagaimanapun, Salih ketika ditanya tarikh sebenar perkahwinannya bersama gadis kelahiran Johor itu masih berahsia dan menjelaskan, semuanya terserah pada takdir dan kuasa Allah.

“Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana saya cuma mampu merancang. Insya-Allah, jika tiada halangan, saya akan melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya.

Laman-Seri : Bueno! Inilah contoh yang patut diikuti lelaki yang ingin berpoligami... berterus-terang bila mahu berpoligami, tak susah sangat, kan?




Sumber :

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mei 16, 2011

Penawar khusus dalam ayat suci



“SERATUS peratus menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Perubatan ini tidak menggunakan sebarang perantara seperti jin, syaitan, makhluk halus atau khadam,” tegas lelaki berwajah serius di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu Gombak, Selangor itu.

Namun, dia tenang dan mesra menerangkan konsep rawatan di premis yang dipenuhi orang ramai tersebut. Dalam pemerhatian Kosmo!, orang yang datang ke tempat itu sedang sabar menunggu giliran bertemu ahli terapi di pusat itu bagi sesi rawatan dan perubatan masing-masing.

“Ramai yang bertanya berkenaan hal-hal di sebalik cara rawatan. Sesungguhnya saya memang tidak berminat atau berhajat untuk berdamping dengan ‘benda-benda’ halus. Banyak masalah kalau berdamping dengan benda-benda yang ghaib ini,” tegas Perunding Kesihatan dan Terapis yang juga Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid.

Menurutnya, dalam Islam, komponen yang paling penting untuk berubat cara Islam adalah dengan memanfaatkan ayat suci al-Quran yang disertai dengan doa. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Haji Lokman, 52, berkata rangkaian ayat al-Quran yang berbeza-beza boleh digunakan bagi mengubati jenis-jenis penyakit tertentu.

Sudah berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang rawatan Islam, Lokman mengakui tidak pernah berguru dan tidak ada orang yang mengajarnya. Katanya, ilmu perubatan itu dianugerahkan oleh Allah SWT kepada dirinya.

Di pusat rawatan itu, kehadiran ratusan pesakit dalam sehari adalah perkara biasa. Tanpa membuat temu janji lebih awal, mungkin seseorang pesakit perlu menunggu lama.

Lokman berkongsi cerita, ketika dia berusia 40 tahun, dirinya terdetik untuk mencari sesuatu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Pada ketika itu, dia banyak melakukan ibadah-ibadah sunat seperti puasa sunat, solat tahajud, solat taubat, membaca al-Quran setiap hari dan sentiasa berzikir.

“Paling jelas, setiap kali saya balik dari menunaikan ibadah haji atau umrah, ada merasakan peningkatan di dalam diri saya dari segi keimanan dan ilmu perubatan ini,” ujarnya jujur.

Jenis penyakit


JUMLAH pesakit yang berkunjung ke Al-Hidayah terlalu ramai pada hujung minggu hinggakan ada yang terpaksa pulang.

Menurut Lokman, di Al-Hidayah, para pesakit yang datang berjumpanya terdiri daripada 40% pesakit kanser, 30% sakit jantung, darah tinggi, urat saraf, sakit tulang belakang hepatitis dan 30% yang mengalami gangguan sihir, santau rasuk, susuk serta saka.

Berdasarkan pengalaman bapa kepada lima orang anak itu, sesetengah pesakit yang datang tidak mengetahui penyakit yang dihidapi walaupun sudah menjalani rawatan di hospital. Hal itu memerlukannya mengenal pasti simptom penyakit menggunakan ilmu yang dianugerahkan Allah kepadanya.

“Kalau di hospital, doktor akan kenal pasti dengan menggunakan mesin dan peralatan canggih yang lain. Saya tidak menafikan kebolehan alat itu. Tetapi kadangkala, ada sesetengah penyakit yang tidak boleh dikenal pasti menggunakan mesin,” ujarnya yang memberi contoh sakit gangguan seperti sihir, iblis, jin atau lain-lain.

Bagi sakit fizikal pula, pesakit akan diperiksa dengan prosedur khas. Sekiranya pesakit itu menghidap barah, Lokman akan menerangkan kepada pesakit itu mengenai organ yang terjejas atau dijangkiti virus.

Sekali lagi menafikan penggunaan sebarang mantera, jampi serapah, tangkal mahupun buah limau seperti yang digunakan oleh bomoh atau dukun tertentu, anugerah yang dimilikinya itu adalah untuk membantu masalah kesihatan saudara seIslam yang meminta pertolongannya.

“Pernah juga pesakit bukan Islam datang berjumpa saya. Bukan tidak boleh, tetapi rawatan menjadi lebih mudah bagi pesakit Islam kerana mereka sendiri perlu membaca ayat al-Quran, memahami maksudnya, berdoa dan yakin kepada Allah. Mereka juga dinasihatkan untuk berwuduk, menutup aurat (bertelekung bagi pesakit wanita) dan ditemani ahli keluarga atau rakan.”

Tambahnya, jika pesakit Islam itu tidak lancar membaca al-Quran, mereka boleh mengikut bacaan ibu, bapa, suami atau isteri dan juga melalui bantuan audio bacaan al-Quran. Begitupun, para pesakit yang diberikan surah-surah untuk dibaca perlu membacanya dalam bahasa Arab. Jika membaca terjemahan ayat tersebut, ia tidak akan memberi kesan. Itulah kehebatan ayat al-Quran.

Lulusan University of New Haven, Connecticut dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) itu juga merendah diri dengan mengakui dirinya sekadar manusia biasa yang tidak mempunyai latar pendidikan dalam aliran keagamaan. Lokman yang telah meninggalkan kerjaya selama 15 tahun di Suruhanjaya Sekuriti itu memberitahu, keikhlasan membantu orang yang memerlukan adalah sangat penting. Sama seperti orang lain, dia juga mencari rahmat dan keberkatan daripada Allah.

“Biarlah amalan itu kecil dan sedikit. Paling mustahak adalah ia perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya sesekali atau mengikut mood,” katanya yang sebelum ini hanya merawat pesakit pada waktu malam hingga menyebabkan dia perlu berjaga sehingga pukul 4 atau 5 pagi.

Transformasi diri


RUANG rawatan yang bersih, tersusun dan terbuka di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Dalam pada itu, tugas Lokman di pusat rawatan itu turut dibantu pelakon Mohd. Ashraf Muslim, 30, dan Zulhaidi Ahmad, 38, yang telah dilatih menjadi perunding kesihatan dan juga pakar terapi. Mengimbas kembali transformasi diri daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itu menjadikan saya lebih kuat dan lebih arif memikirkan antara perkara salah dan betul. Walaupun sebelum ini saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan tetapi hati saya terasa kosong.

“Sampailah saya berjumpa Lokman ketika menemani adik saya berubat di tempat ini. Dia yang menasihatkan saya mendekatkan diri dengan Tuhan dengan sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.”

Menurut Ashraf, sekembalinya dari menunaikan umrah, dia berasa gembira dan tenang. Sejak itu dia mula dilatih untuk menjadi ahli terapi di Al-Hidayah. Sementara itu, Zulhaidi pula sebelum ini, dia pernah membawa ayahnya, Ahmad Omar, 62, untuk berubat secara Islam selepas rawatan di hospital tidak lagi memberikan khabar gembira.

“Sejak 20 tahun lalu, ayah saya menghidap penyakit kencing manis. Kemudian selepas menjalani diagnosis susulan, buah pinggangnya pula didapati rosak. Jadi ayah perlu melakukan dialisis, tetapi doktor memberitahu proses itu boleh menjadikan jantungnya lemah. Jika diabaikan pula, buah pinggang akan bertambah rosak,” ujarnya.

Bimbang berlaku rantaian komplikasi seterusnya, Zulhaidi membawa ayahnya bertemu Lokman.

“Selepas berjumpa dan mendapat rawatan menggunakan surah-surah khusus, keadaan ayah saya bertambah baik. Doktor di Institut Jantung Negara (IJN) juga terkejut apabila mendapati hasil ujian pemeriksaan kesihatan ayah menunjukkan dia semakin pulih,” katanya yang nekad berhenti kerja sebagai Pengurus Senior bahagian teknologi maklumat (ICT) di sebuah syarikat swasta untuk berkhidmat di klinik Lokman.

Lulusan Teknologi Maklumat dari Universiti of Rhode Island, Amerika Syarikat itu kemudiannya mendalami ilmu agama dan berkhidmat bersama Lokman demi membantu merawat saudara Islam yang lain.

“Asalnya saya pun tidak lancar membaca Al-Quran dan tidak mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai kandungannya, tetapi Alhamdullillah selepas belajar dengan ayah saya dan Lokman, saya kini boleh membantu orang lain,” katanya yang mengakui kehidupannya kini lebih tenteram.

Tempat terbuka


AYAT-AYAT al-Quran mempunyai ‘khasiat’ istimewa dalam penyembuhan penyakit.

Dalam pada itu, menurut pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, cara perubatan Islam yang sebenar seharusnya menggunakan ayat al-Quran sepenuhnya serta bahan-bahan yang tidak syirik seperti akar kayu dan buah-buahan daripada kayu seperti habatus sawda. Tambah beliau, penggunaan bunga dan limau nipis juga tidak salah sekiranya ia diperlukan untuk sesetengah jenis penyakit.

Walau bagaimanapun beliau berkata, penggunaan bahan tersebut hanya sebagai sampingan kerana ayat al-Quran yang telah diturunkan Allah SWT dalam kitab suci adalah penawar terbaik. Selain itu, rawatan yang dilakukan itu mestilah di tempat terbuka dan di hadapan orang ramai untuk mengelakkan timbulnya fitnah atau syak wasangka.

Mohd. Daud turut menerangkan bahawa ahli terapi cara Islam juga dibolehkan memegang pesakit bagi sesetengah penyakit yang memerlukan sentuhan seperti untuk mengenal pasti penyakit atau dirasuk jin. Dalam kes seperti itu, ahli terapi perlu memegang pesakit untuk menarik jin itu keluar tetapi dengan izin muhrim bagi pesakit perempuan.

Terang Mohd. Daud, firman Allah dalam surah al-Isra ayat 84 hingga 88 memberi maksud bahawa al-Quran bukanlah sekadar petunjuk dalam merencanakan kehidupan yang diredai malah turut menjadi penyembuh pelbagai penyakit manusia.

Info : Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah

· Mula beroperasi separuh masa sejak 2006 sebelum kemudiannya dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2011.

· Ia beroperasi mengikut waktu masa bekerja iaitu 9 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Khamis. Klinik juga akan buka pada waktu malam bermula 9 malam hingga 11.30 malam dari hari Isnin hingga Khamis sahaja.

· Para pesakit hanya dikenakan bayaran RM50 sahaja dan RM80 pula bagi mereka yang mendapat rawatan gangguan makhluk halus seperti dirasuk.

· Mempunyai beberapa cawangan iaitu Kuala Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau, Langkawi dan Singapura. Cawangan Sabah dan Sarawak juga dibuka untuk memebri kemudahan kepada pesakit.

· Sejak 28 Januari lalu, slot Syifa dalam program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9, menyiarkan perbincangan Lokman dan Ashraf Muslim terhadap topik-topik tertentu seperti kemurungan, rasuk, kanser, gangguan saka dan lain-lain lagi. Para penonton diberikan rangkaian ayat-ayat al-Quran untuk diamalkan.

Ayat penawar

· Surah al-Mukminum, ayat 91 hingga 100 untuk penyakit barah.
· Surah al-Anbiya ayat 62 hingga 73 untuk penyakit kencing manis.
· Surah al-Israa’ ayat 40 hingga 55 untuk masalah jantung, saluran darah tersumbat dan jantung berlubang.
· Surah al-Kahfi ayat 32 hingga 50 untuk tahan sakit.
· Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 25 dan 244 hingga 255 untuk mengubati semua jenis penyakit (seelok-eloknya dihafal).




Sumber : Kosmo 11/05/2011

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails