“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, November 30, 2009

Kelopak mata bergerak-gerak


Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini sudah masuk seminggu kelopak mata bahagian atas sebelah kiri bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan saya. Saya masih ingat masa kecil-kecil saya pernah mengadu mata saya bergerak-gerak dan mak pernah beritahu, ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antara kata-katanya yang masih saya ingat :

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Apapun alamatnya, saya rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan saya mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Semoga mata saya cepat sembuh. Di bawah saya sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Hah... kalau pipi kiri korang tak pernah bergerak-gerak, maknanya korang tak bahagialah... huk... huk... huk....

Wallahu‘alam....




Capaian entry berkaitan :
* Kelopak mata bergerak-gerak (part-2)

Butiran selanjutnya ...

Isnin, November 23, 2009

Kita insan yang beruntung


Cubalah perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana. Betapa banyak penderitaan yang ditanggung dan hanya iman menjadi kekuatan untuk mengharunginya.

Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran yang kecil. Kini sampailah masanya untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah. Tiba juga masa untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang Mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan. Semua yang dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “….Dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam al-Quran dan melalui sabda Rasul).” (Surah Ibrahim [014], ayat 45)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud, “Apakah patut kamu mengira (menyangka) bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) sebagaimana yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan (disebabkan kepapaan, kemusnahan harta benda dan serangan penyakit), serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 214)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).” (Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Dugaan yang kita hadapi merupakan penghapus dosa. Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tidak ada ertinya. Mohonlah kepada Allah SWT agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurniaan-Nya. Jadikan Rasulullah SAW sebagai teladan yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, malulah kita jika hanya kerana dugaan kecil, kita sudah berputus asa.

Panduan bagi orang yang ditimpa bencana

Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a. bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Ia menjawab: “Aku berada dalam keadaan baik.” Syaddad berkata kepadanya: “Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan”, dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat.”” (Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a.)

Sememangnya, kita insan yang beruntung!

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, November 20, 2009

Fitnah dan suara wanita


Fatwa Muasyirah, Dr Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN :

Sebahagian orang berprasangka buruk terhadap wanita. Mereka menganggap wanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah. Jika terjadi suatu bencana, mereka berkata, “Periksalah kaum wanita!”

Bahkan ada pula yang berkomentar, “Wanita merupakan sebab terjadinya penderitaan manusia sejak zaman bapa manusia (Adam) hingga sekarang, kerana wanitalah yang mendorong Adam untuk memakan buah terlarang hingga dikeluarkannya dari syurga dan terjadilah penderitaan dan kesengsaraan atas dirinya dan diri kita sekarang.”

Anehnya, mereka juga mengemukakan dalil-dalil agama untuk menguatkan pendapatnya itu, yang kadang-kadang tidak sahih, dan adakalanya - meskipun sahih - mereka fahami secara tidak benar, seperti terhadap hadis-hadis yang berisi peringatan terhadap fitnah wanita, misalnya sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) perempuan.”

Apakah maksud hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seperti itu? Hadis-hadis tersebut kadang-kadang dibawakan oleh para penceramah dan khatib, sehingga dijadikan alat oleh suatu kaum untuk menjelek-jelekkan kaum wanita dan oleh sebahagian lagi untuk menjelek-jelekkan Islam.

Mereka menuduh Islam itu dusta (palsu) kerana bersikap keras terhadap wanita dan kadang-kadang bersikap zalim. Mereka juga mengatakan, “Sesungguhnya suara wanita - sebagaimana wajahnya - adalah aurat. Wanita dikurung dalam rumah sampai meninggal dunia.”

Kami yakin bahawa tidak ada agama seperti Islam, yang menyedarkan kaum wanita, melindunginya, memuliakannya, dan memberikan hak-hak kepadanya. Namun, kami tidak memiliki penjelasan dan dalil-dalil sebagai yang ustaz miliki. Kerana itu, kami mengharap ustaz dapat menjelaskan makna dan maksud hadis-hadis ini kepada orang-orang yang tidak mengerti Islam atau berpura-pura tidak mengerti.

Semoga Allah menambah petunjuk dan taufik-Nya untuk ustaz dan menyebar manfaat ilmu-Nya melalui Ustaz.

Amin.

JAWABAN :

Sebenarnya tidak ada satu pun agama langit atau agama bumi, kecuali Islam, yang memuliakan wanita, memberikan haknya, dan menyayanginya. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai manusia. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai anak perempuan.

Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai isteri. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai ibu. Dan Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memelihara serta melindunginya sebagai anggota masyarakat.

Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas (taklif) dan tanggungjawab yang utuh seperti halnya laki-laki, yang kelak akan mendapatkan pahala atau siksa sebagai balasannya. Tugas yang mula-mula diberikan Allah kepada manusia bukan khusus untuk laki-laki, tetapi juga untuk perempuan, yakni Adam dan isterinya (lihat kembali surah al-Baqarah [002], ayat 35 - Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.)"
Perlu diketahui bahawa tidak ada satu pun nas Islam, baik Al-Quran mahupun As-Sunnah sahihah, yang mengatakan bahawa wanita (Hawa) yang menjadi penyebab diusirnya laki-laki (Adam) dari syurga dan menjadi penyebab penderitaan anak cucunya kelak, sebagaimana disebutkan dalam Kitab Perjanjian Lama.
Bahkan Al-Quran menegaskan bahawa Adamlah orang pertama yang dimintai pertanggungjawaban (lihat kembali surah Thaahaa [020], ayat 115~122, "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. ......... Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima tobatnya dan memberinya petunjuk.)"
Namun, sangat disayangkan masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak-haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Padahal, syariat Islam sendiri telah menempatkan wanita pada proporsi yang sangat jelas, yakni sebagai manusia, sebagai perempuan, sebagai anak perempuan, sebagai isteri, atau sebagai ibu.

Yang lebih memprihatinkan, sikap merendahkan wanita tersebut sering disampaikan dengan mengatas namakan agama (Islam), padahal Islam bebas dari semua itu. Orang-orang yang bersikap demikian kerap menisbatkan pendapatnya dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah).”

Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu'). Tidak ada nilainya sama sekali serta tidak ada bobotnya ditinjau dari segi ilmu (hadis). Yang benar, Nabi SAW pernah bermusyawarah dengan isterinya, Ummu Salamah, dalam satu urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukakan pemikirannya, dan Rasulullah pun menerimanya dengan rela serta sedar, dan ternyata dalam pemikiran Ummu Salamah terdapat kebaikan dan berkah.

Mereka, yang merendahkan wanita itu, juga sering menisbatkan kepada perkataan Ali bin Abi Thalib bahawa "Wanita itu jelek segala-galanya, dan segala kejelekan itu berpangkal dari wanita." Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali; ia bukan dari logika Islam, dan bukan dari nas.

Bagaimana bisa terjadi diskriminasi seperti itu, sedangkan Al-Quran selalu menyejajarkan muslim dengan muslimah, wanita beriman dengan laki-laki beriman, wanita yang taat dengan laki-laki yang taat, dan seterusnya, sebagaimana disinyalir dalam Kitab Allah.

Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada laki-laki selain suami atau mahramnya. Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Ketika kami tanyakan dalil yang dapat dijadikan acuan dan sandaran, mereka tidak dapat menunjukkannya.

Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri Nabi itu mendapatkan tugas dan tanggungjawab yang lebih berat daripada isteri-isteri yang lain, sehingga ada beberapa perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian, Allah berfirman, “Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ...” (Surah al-Ahzab [033], ayat 53)

Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin (ibunya kaum mukmin: isteri-isteri Nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadis-hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka.

Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, “Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar.”

Kita juga mengetahui seorang wanita muda, puteri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib; ed.) yang berkata kepada Musa, sebagai dikisahkan dalam Al-Quran, “...Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ...” (Surah al-Qashash [028], ayat 25)

Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka:

“... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya.” (Surah al-Qashash [028], ayat 23)

Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki.

Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih.

Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Quran diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk /lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah, “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya ‘berpenyakit’. Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surah di atas, “…dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

Orang-orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah. Hadis-hadis yang mereka sampaikan antara lain yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) wanita.”

Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu jelek dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit, kelaparan, dan ketakutan.” Mereka melupakan suatu masalah yang penting, iaitu bahawa manusia difitnah (diuji) dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah.

Allah berfirman, “... Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) ....” (Surah al-Anbiyaa [021], ayat 35)

Al-Quran juga menyebutkan harta dan anak-anak - yang merupakan kenikmatan hidup dunia dan perhiasannya - sebagai fitnah yang harus diwaspadai, sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu)...” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 15)

“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan ...” (Surah al-Anfaal [008], ayat 28)

Fitnah harta dan anak-anak itu ialah kadang-kadang harta atau anak-anak melalaikan manusia dari kewajiban kepada Tuhannya dan melupakan akhirat. Dalam hal ini Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munaafiquun [064], ayat 9)

Sebagaimana dikhawatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak-anak, mereka pun dikhawatirkan terfitnah oleh wanita, terfitnah oleh isteri-isteri mereka yang menghambat dan menghalangi mereka dari perjuangan, dan menyibukkan mereka dengan kepentingan-kepentingan khusus (peribadi/keluarga) dan melalaikan mereka dari kepentingan-kepentingan umum.
Mengenai hal ini Al-Quran memperingatkan, “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ...” (Surah at-Taghaabuun [064], ayat 14)

Wanita-wanita itu menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan syahwat serta menyalakan api keinginan dalam hati kaum laki-laki. Ini merupakan bahaya sangat besar yang dikhawatirkan dapat menghancurkan akhlak, mengotori harga diri, dan menjadikan keluarga berantakan serta masyarakat rosak.

Peringatan untuk berhati-hati terhadap wanita di sini seperti peringatan untuk berhati-hati terhadap kenikmatan harta, kemakmuran, dan kesenangan hidup, sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih, “Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan atas kamu, tetapi yang aku takutkan ialah dilimpahkan (kekayaan) dunia untuk kamu sebagaimana dilimpahkan untuk orang-orang sebelum kamu, lantas kamu memperebutkannya sebagaimana mereka dahulu berlumba-lumba memperebutkannya, lantas kamu binasa kerananya sebagaimana mereka dahulu binasa kerananya.” (Muttafaq alaih dari hadis Amr bin Auf al-Anshari)

Dari hadis ini tidak bererti bahawa Rasulullah SAW hendak menyebarkan kemiskinan, tetapi baginda justeru memohon perlindungan kepada Allah dari kemiskinan itu, dan mendampingkan kemiskinan dengan kekafiran. Juga tidak bererti bahawa baginda tidak menyukai umatnya mendapatkan kelimpahan dan kemakmuran harta, kerana baginda sendiri pernah bersabda, “Bagus nian harta yang baik bagi orang yang baik.” (Hadis riwayat Ahmad 4:197 dan 202, dan Hakim dalam al-Mustadrak 2:2, dan Hakim mengesahkannya menurut syarat Muslim, dan komentar Hakim ini disetujui oleh adz-Dzahabi)

Dengan hadis di atas, Rasulullah SAW hanya menyalakan lampu merah bagi peribadi dan masyarakat muslim di jalan (kehidupan) yang licin dan berbahaya agar kaki mereka tidak terpeleset dan terjatuh ke dalam jurang tanpa mereka sedari.

Sumber : BicaraMuslim.com

Butiran selanjutnya ...

Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?



Assalamualaikum,

Hari ini saya kongsikan halwa mata yang diterima dari Taman2Syurga untuk tatapan bersama.

Ini kisah benar…. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam. Ceritanya begini :

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak, “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.... dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung....

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab, “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam... Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan.

“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.. maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah…. mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.... rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi, “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya, “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian... Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga.”

Renung-renungkan!

Sumber : Taman2Syurga

Butiran selanjutnya ...

Isnin, November 16, 2009

Penebus rasa bersalah

Sumber: Taman2Syurga - Nice to read -




Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa “penebus rasa bersalah” anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hinggalah ‘tiba-tiba’ salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepada-Nya... .. (sebenarnya tak ada kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikan-Nya. ‘tiba-tiba’ itu hanya ‘sangkaan’ manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan ‘aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!’)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbullah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

  1. upah orang bacakan al-Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklumlah sibuk belaka....)
  2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat (“mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku….”)
  3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur (“aku sayangkan mak/abah”.... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )
  4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan ‘sempena kematian ibu/bapaku tersayang...’) dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin
  5. buat kenduri panggil ‘orang masjid’ bacakan doa tahlil (maklumlah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. Lagi pun doa orang masjid ni lebih berkat...)
  6. buat pelbagai kenduri hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47..... kematian ibubapa
  7. sedekah pisang ke masjid......
  8. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung ‘takde bajet nak hantar mak/abah pergi umrah’; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu bolehlah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik-beradik lain dengan berkata, “Aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?”

Abah panggil semua ini sebagai ‘sindrom penebus rasa bersalah’, kerana “dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!”

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAHLAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadailah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya – “Ya Allah, ampunkanlah ibu bapaku.” Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doalah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas (sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagai pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itulah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat.

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya..” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi, “Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Renung-renungkan!

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, November 14, 2009

Masih ramai wanita tidak tahu hak mereka



JOHOR BAHRU 12 Nov. - Sebanyak 30% daripada 5,000 peserta yang mengikuti program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Johor sepanjang tahun ini tidak mengetahui mengenai hak mereka.

Malah, akibat 'kejahilan' itu menyebabkan golongan berkenaan terus menjadi mangsa diskriminasi dan penindasan daripada pihak tertentu yang mengambil kesempatan ke atas mereka.

Pengarah Pembangunan Wanita Johor, Rosmawati Mohamad berkata, sikap wanita yang jahil mengenai undang-undang yang boleh melindungi mereka nyata merugikan dan mengganggu kesejahteraan institusi kekeluargaan.

"Kebanyakan mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun dan golongan pertengahan sering berhadapan dengan masalah ini. Mereka tidak memahami konsep pelindungan yang mereka ada.

"Jangan dibiarkan diri kita dijadikan mangsa keadaan disebabkan kejahilan tentang undang-undang. Kita adalah nadi kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program Literasi Undang-Undang untuk Wanita di sini hari ini.

Seminar yang dihadiri kira-kira 200 penjawat awam itu dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Johor, Datin Safiah Aris.

Justeru, beliau menegaskan, pemahaman dan pentaksiran tepat berkaitan dengan perundangan khususnya mengenai hak-hak wanita pasti menjamin kesejahteraan wanita, hak asasi dan kebebasan hidup mereka.

Rosmawati berkata, pengetahuan itu juga mampu mengelakkan wanita daripada terus menjadi mangsa keganasan, penderaan, pengabaian serta penipuan golongan yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, adalah penting pengetahuan mengenai undang-undang dipertingkatkan untuk memastikan hak-hak mereka terpelihara dan ketidaksamaan dapat dihindarkan.

Beliau turut menasihati golongan wanita supaya membuang sikap malu untuk mengadu apabila berhadapan dengan masalah yang melanggar hak asasi mereka.

Menurutnya, kebanyakan wanita lebih rela memendamkan sahaja masalah yang dihadapi daripada mendedahkan kepada pihak ketiga yang boleh memberikan khidmat nasihat.

"Sebenarnya banyak kes wanita yang ditindas, namun mereka tidak membuat aduan kerana malu untuk mendedahkan masalah tersebut.

"Kita sering kali mengambil pendekatan pendam dan simpan di dalam hati tanpa kita sedar bahawa ia tidak elok untuk diri sendiri," katanya.

Sumber : Utusan 13/11/2009


Butiran selanjutnya ...

Jumaat, November 13, 2009

Berpakaian tetapi telanjang


Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)



Ciri-ciri pakaian Muslimah :

  1. Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
  2. Baju mestilah labuh dan longgar
  3. Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
  4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
  5. Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
  6. Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

Capaian entri berkaitan :

1. Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

Butiran selanjutnya ...

Khamis, November 12, 2009

Demi suami isteri sanggup pura-pura puas


Setiap hubungan intim yang dilakukan bersama pasangan semestinya diharapkan memberi kepuasan. Tapi hakikatnya tidak semua berakhir dengan kenikmatan kerana seks itu sendiri ada pasang surutnya.

Dalam hal ini tidak dinafikan ada isteri di luar sana yang tidak mencapai kepuasan tapi berpura-pura menikmatinya. Orgasma ataupun pura-pura orgasma, suami selalu tidak dapat membezakannya. Berikut ada punca isteri sanggup melakukannya;

1. Anggap satu kewajipan

Ada anggapan bahawa setiap wanita seharusnya mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan intim. Akibatnya, wanita percaya bahawa bila orgasma tidak berlaku, aktiviti seksual yang dilakukan akan menjadi kurang sempurna. Apabila tidak mampu mendapatkan orgasma mereka mula bertindak untuk memalsukannya.

2. Tidak mahu kecewakan suami

Ini mungkin alasan yang kerap diberikan oleh kaum wanita jika ditanya kepada mereka kenapa sanggup memalsukan orgasma. Wanita memahami bahawa lelaki akan merasa gagah dan bangga jika dia berjaya membuatkan pasangannya mencapai puncak kenikmatan. Oleh itu biasanya, setiap kali selesai melakukan hubungan intim, lelaki akan bertanya adakah pasangannya puas dan mencapai orgasma. Tidak mahu mengecewakan suami, selalunya akan berpura-pura orgasma.

3. Tidak pasti apa itu orgasma

Ada juga wanita yang walaupun sudah bertahun-tahun berumah tangga tapi tidak mengetahui apa sebenarnya orgasma. Dia tidak memahami apa yang dialami wanita ketika mencapai kenikmatan tersebut. Akibatnya dia juga tidak sama ada dia sudah mencapai orgasma ataupun belum dan apakah yang dialami itu orgasma atau bukan.

4. Ingin cepat selesai

Ketika mood tidak berapa baik, keletihan atau mengantuk, wanita biasanya mahu aktiviti seks dengan suami cepat selesai supaya mereka boleh berehat dan tidak diganggu. Hendak menolak pastinya sukar apatah lagi jika suami sedang dalam keadaan terangsang. Akibat keadaan-keadaan tersebut, ada yang melakukannya tidak sepenuh hati dan secepat yang boleh. Oleh itu hubungan intim terasa sakit dan isteri pasti mahu ia lebih cepat berakhir. Daripada berlama-lamaan kesakitan lebih baik pura-pura orgasma!

5. Malu jika tak mampu

Sebagaimana lelaki, wanita juga akan merasa gagal jika tidak mampu mencapai puncak kenikmatan. Walaupun ada sebab kukuh mengapa wanita tidak mampu mencapainya seperti stres, trauma seks masa lalu dan sebagainya. Akan tetapi kerana takut dianggap tak mampu, wanita mula memalsukan orgasma.

Jangan anggap sebagai beban

Sekiranya seseorang wanita itu kerap memalsukan orgasme, seeloknya mereka bertemu dengan kaunselor seksiologi. Tidak ada salahnya jika anda mengamati diri sendiri dan mencari punca mengapa anda memalsukan kenikmatan tersebut. Jika masalahnya lebih kepada aspek psikologi, ada baiknya anda bertemu dengan pakar psikologi terlebih dahulu.

Jika anda sering stres, kepenatan dan tidak segar maka hubungan intim yang berkualiti juga sukar untuk dilakukan. Namun apa yang jelas bagi seseorang wanita adalah, janganlah menganggap bahawa orgasma adalah satu beban berat hingga anda sanggup menipu ingin mendapatkannya. Anda akan menjadi lebih stres dan kesannya anda akan tak mampu menikmati aktiviti yang seharusnya mengasyikkan.

Nikmatilah setiap tahap kegiatan seks itu. Orgasma memang penting namun ia akan lebih bermakna jika anda menikmati sepenuh jiwa dan raga setiap tahap seks itu.

Sumber : MW

Butiran selanjutnya ...

Ummu Qais melawat nabi


UMMU Qais atau nama sebenarnya Aminah binti Muhsan. Beliau adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Ukasayah bin Muhsan.

Sejarah Islam menyatakan bahawa Ummu Qais adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia berasal dari Bani Asad. Sesudah dia memeluk Islam, dia tidak terlepas daripada menerima pelbagai seksaan yang kejam daripada pihak orang kafir Quraisy.

"Orang kafir Quraisy tidak henti-henti menyeksa orang Islam di Mekah. Mereka sebenarnya benci terhadap orang Islam," kata seorang perempuan Muslim.

"Memang benar. Mereka semakin mengganas. Sekiranya mereka tahu di antara kita sudah menjadi orang Islam, mereka akan seksa dan bunuh kita. Mereka sudah tidak berhati perut," kata Ummu Qais pula.

Sedang asyik mereka berbual tiba-tiba datang seorang anak kecil memberitahu mereka tentang perihal orang kafir Quraisy.

"Ibu, cepat sembunyikan diri. Saya lihat orang kafir Quraisy sedang menuju ke arah kawasan kita. Mereka ingin menangkap orang Islam," kata anak perempuan Muslim itu tadi.

"Mari kita sembunyikan diri di dalam rumah masing-masing," kata perempuan Islam itu.

Mereka bersurai meninggalkan tempat tersebut. Masing-masing menyelamatkan diri di rumah sendiri. Orang kafir Quraisy semakin mengganas. Melihat kepada kezaliman Quraisy, Nabi Muhammad meminta orang Islam berhijrah ke Madinah.

"Wahai para sahabat, berhijrahlah ke Madinah. Kalian akan aman di sana," kata Nabi Muhammad.

Ummu Qais dan orang Islam yang lain mula berhijrah ke Madinah. Mereka meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari ketenangan beribadat di Madinah.

Ummu Qais adalah seorang wanita yang rajin mempelajari ilmu agama. Dia telah melaporkan sebanyak 24 hadis daripada Nabi Muhammad. Keluarganya sangat dihormati oleh Nabi Muhammad.

Pada suatu hari, Ummu Qais datang ke rumah Nabi Muhammad bersama-sama anaknya yang masih bayi. Kedatangan Ummu Qais ke rumah Nabi Muhammad di sambut baik oleh Nabi Muhammad dan isterinya.

"Silakan masuk," pelawa Nabi Muhammad kepada Ummu Qais dan anaknya.

Ummu Qais dan anaknya masuk ke rumah Nabi Muhammad. Isteri Nabi Muhammad ada bersama di rumah itu.

"Silakan duduk," pelawa isteri Nabi Muhammad.

"Biar saya yang dukung bayi ini," kata Nabi Muhammad. Bayi itu dibawa masuk ke bilik Nabi Muhammad.

Isteri Nabi Muhammad berbual panjang dengan Ummu Qais. Dia dilayan dengan baik.

"Awak sudah makan?" tanya isteri Nabi Muhammada kepada Ummu Qais.

"Belum," jawab Ummu Qais.

Kemudian isteri Nabi Muhammad membawa makanan untuk tetamunya itu. Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba anak Ummu Qais menangis. Rupa-rupanya bayi itu membuang air kecil. Najisnya terkena baju Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "Bayi ini sudah melepaskan hajatnya".

Ummu Qais dan isteri Nabi Muhammad tersenyum melihat kejadian itu. Kemudian Nabi Muhammad berkata, "Berikan saya air".

Tanpa membuang masa, isteri Nabi Muhammad mengambil sebekas air yang terdapat di dapur rumahnya itu. Kemudian Nabi Muhammad mengambil air itu lalu menyiram air tersebut ke atas bajunya yang terkena najis bayi itu. Nabi Muhammad terus sahaja memakai baju itu tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Begitu terperinci cara Nabi Muhammad mengajar wanita mencuci najis seorang bayi. Islam tidak membebankan seseorang dalam melaksanakan ibadatnya.

Selain itu, Nabi Muhammad juga bersikap baik terhadap anak yang masih kecil. Anak adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Anak perlu dijaga dan didik dengan baik.

Ummu Qais adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Dia amat mengambil berat terhadap kesihatan anaknya. Semasa anaknya sakit, dia telah berjumpa dengan Nabi Muhammad bagi mendapat nasihat rawatan penyakit anaknya itu.

Anaknya mengalami sakit kerongkong. Lalu Ummu Qais menggunakan lintah dan diletakkan di leher anaknya.

Nabi Muhammad berkata, "Mengapa awak menyakiti anak awak dengan menggunakan lintah? Awak boleh guna kayu gaharu iaitu sejenis kayu dari India. Kayu itu boleh mengubati pelbagai jenis penyakit".

Ummu Qais mengikuti nasihat Nabi Muhammad. Ummu Qais merupakan wanita yang memiliki umur yang panjang. Sepanjang hidupnya dia banyak melakukan amal ibadah kepada Allah.

Sumber : Utusan 10/11/2009

Butiran selanjutnya ...

Pelihara anak seperti permata

perhubungan ibu bapa dan kanak-kanak adalah asas kepada perkembangan yang sihat.


HARI demi hari kita dikejutkan dengan kisah-kisah penganiayaan kanak-kanak. Amat menyedihkan apabila melihat kanak-kanak didera dan diabaikan, dipaksa menjadi buruh, diperlakukan dengan perbuatan jenayah dan seksual malahan bayi ditinggal atau dibuang bagaikan sampah.

Seolah telah terhakis sifat ihsan dan belas kasihan pada kanak-kanak ini yang tidak berdosa ini.

Sukar membayangkan anak-anak yang suci ini diperlakukan sebegitu rupa. Di manakah hilang kasih sayang serta ihsan yang Allah kurniakan kepada manusia? Apalah dosa anak-anak ini sehingga menerima nasib yang begitu menyedihkan?

Anak anugerah Allah

Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan dipertanggungjawabkan pula untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia memerlukan keturunan dan zuriat untuk mengembangkan tujuan tersebut. Justeru, anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan amanah yang wajib dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya supaya membesar menjadi khalifah Allah yang berguna. Malangnya ramai yang tidak menyedari dan mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Anak-anak itu ibarat kain putih. Jalinan coraknya ditentukan oleh acuan persekitarannya. Jika baik acuan persekitarannya, maka warna-warni coraknya pasti menjadi contoh teladan dan sumber ikutan yang baik. Jika sebaliknya, maka ia boleh merosak masa depannya serta bakal membebani orang-orang di sekelilingnya. Justeru ajaran Islam sangat mementingkan penjagaan anak-anak sedari kecil. Anak-anak wajar disayangi dan dimanjakan, tetapi harus dididik mengenal Allah, Rasul dan ajaran Islam. Zaman remajanya pula dilayan seperti sahabat, asalkan tidak melampaui batas keibubapaan.

Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi anak-anak serta cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka. Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak.

Satu hadis dari Sunan Abu Dawud: "Seorang sahabat Nabi pernah berkata, "Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya."

Baginda banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya hukuman denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.

Luka menjadi barah

Kanak-kanak suka dimanjai, dibelai dan ditatang bagai minyak yang penuh. Pasti ramai yang bersetuju bahawa kanak-kanak sangat jujur pada diri mereka sendiri. Ini kerana tidak matang lagi untuk mengawal tingkah laku dan perasaan mereka. Tingkah laku mereka kadangkala menguji kesabaran dan pertimbangan diri ibu bapa. Justeru orang dewasa seharusnya menjadi nahkoda dan ikutan yang baik kepada mereka dalam mendidik watak dan emosi. Usah kita lupa bahawa tingkah laku semasa kanak-kanak juga bakal membina sikap, pendirian, watak dan kebiasaan terhadap sesuatu perkara atau pun amalan apabila menjejak alam remaja dan dewasa.

Jika zaman kanak-kanaknya ia didera, bakal dewasanya membesar dengan ketakutan dan hilang keyakinan diri. Apabila meniti zaman remaja, ketakutan akan bercambah manjadi dendam dan seterusnya apabila ia sudah mengerti maksud kedewasaan, maka dendam tadi tidak mustahil akan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan pula. Islam umumnya tidak menghalang ibu bapa menghukum anak-anak, tetapi mestilah bersifat mendidik, tidak didorong perasaan amarah dan tidak melampaui batas syarak dan kemanusiaan.

Trauma daripada zaman malang kanak-kanak boleh menghantui alam remaja serta dewasa seseorang dan lukanya amat sukar disembuhkan. Ada juga anak-anak yang membesar dengan kejadian dera dan pengabaian menjadi seorang yang agresif, sangat ofensif, serta tidak boleh menerima pendapat orang lain. Maka mereka ini akan selalu memberontak dan meronta-ronta untuk diberikan kebebasan. Bayangkan generasi yang dihasilkan akibat kelalaian ibu bapa dan penjaga menjalankan tanggungjawab.

Begitu juga dengan anak-anak yang telah ditinggalkan atau dibuang. Tidak mustahil mereka akan membesar dengan perasaan rendah diri dan malu kerana merasakan kelahiran mereka di dunia tidak dialu-alukan oleh ibu bapa mereka.

Anak-anak yang terhasil daripada perbuatan luar nikah tidak seharusnya dibuang dan diabaikan hanya kerana ingin menutup dosa dan khilaf ibu bapa. Anak-anak ini akan akhirnya akan menjadi seorang yang pendendam dan sensitif. Malah tidak mustahil juga api kebencian itu akan diwarisi zuriat seterusnya.

Elemen mendidik

Melihat kepada arus perubahan zaman, tidak dinafikan proses didikan kanak-kanak menjadi lebih mencabar. Ibu bapa dan penjaga diasak dengan tuntutan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Mahu tidak mahu anak-anak terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah atau kepada pusat jagaan. Namun didikan bersama pembantu rumah atau di pusat asuhan tentulah tidak boleh menggantikan peranan ibu bapa. Malah ada yang berpendapat bahawa kesibukan mereka juga adalah untuk kepentingan anak-anak juga.

Terdapat juga kajian yang diterbitkan oleh Medical News Today pada Mac 2005 bahawa tiada perbezaan di antara perkembangan sosial dan kanak-kanak dalam tiga tahun pertama kehidupannya, di antara ibu yang meluangkan banyak masa bersamanya ataupun tidak. Tetapi jangan dilupa, kanak-kanak adalah individu yang cepat belajar, peka dengan keadaan sekeliling serta sentiasa memerlukan rangsangan untuk mindanya berkembang secara sihat. Mereka cepat mengadaptasi keadaan diri mereka dalam kelompok lingkungan serta meniru perbuatan orang lain.

Oleh itu, perhubungan ibu bapa dan kanak-kanak adalah asas kepada perkembangan yang sihat. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dalam The State of the World's Children 2001 turut menyatakan bahawa kasih sayang dan asuhan yang diterima oleh anak-anak dalam tahun pertama atau kekurangannya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada minda yang muda ini.

Justeru, harta benda yang dicari untuk anak-anak harus diimbangi dengan perhatian dan didikan agama yang sempurna. Akan wujud kelompongan dalam diri anak-anak sekiranya tidak diasuh dan dibimbing dengan persekitaran agama. Ibu bapa juga wajar meningkatkan ilmu keibubapaan dari semasa ke semasa serta wajar menyediakan persekitaran yang membina, merangsang daya dan potensi kanak-kanak.

Tidak dinafikan juga peranan media dan masyarakat sekeliling juga membantu dalam proses pembesaran anak-anak iaitu dengan memberikan contoh ikutan yang baik serta menyajikan bahan-bahan yang berilmu dan bermoral. Lambakan rancangan yang menonjolkan kanak-kanak sebagai penyanyi dan pelakon harus dipandang serius oleh pihak-pihak yang berwajib. Tidak salah menonjolkan bakat mereka dalam bidang seni, tetapi untuk mendedahkan mereka ke alam seni yang penuh ranjau akan menyebabkan fokus dan perhatian kanak-kanak ini akan hilang.

Kesimpulan

Mendidik anak-anak bukanlah tugas sehari dua. Ia bermula sejak dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat. Kesinambungan zaman kanak-kanak yang memberangsangkan akan dapat dilihat apabila mencecah alam remaja dan dewasa.

Sumber : UtusanOnLine 12/11/2009

Butiran selanjutnya ...

Hak Muslim: Anak 18 tahun berhak tuntut pemberian nafkah

SOALAN :

Bapa kahwin lain bukan alasan abai tanggungjawab kepada zuriat sendiri

SAYA seorang pelajar berumur 18 tahun dan sekarang tinggal bersama dengan nenek yang tua dan uzur. Ibu saya meninggal dunia setahun lalu. Ibu bapa saya juga bercerai ketika saya berumur lima tahun. Segala perbelanjaan saya sekarang ditanggung nenek hasil daripada bantuan baitulmal yang kadang-kadang tidak mencukupi, sehingga saya terpaksa bekerja selepas waktu kolej sedangkan bapa saya masih hidup dan boleh dikatakan mewah.

Saya amat memerlukan wang sekarang untuk perbelanjaan pelajaran dan saya juga tidak mahu lagi menyusahkan nenek. Untuk pengetahuan, bapa saya berkahwin lain dan mempunyai seorang anak. Adakah saya masih berhak menuntut nafkah kerana umur saya 18 tahun? Apa yang perlu saya lakukan jika saya dibolehkan menuntut hak saya dan saya juga tidak mampu melantik peguam.

Zulfikar,
Batu 6, Gombak, Selangor


JAWAPAN :

SAYA amat kesal dengan sikap bapa yang mengabaikan tanggungjawab ke atas saudara sebagai anak. Undang-undang syariah dan hukum syarak meletakkan bapa sebagai orang yang bertanggungjawab memberi nafkah ke atas anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau jagaan orang lain. Tanggungjawab nafkah meliputi keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian, makan minum, perubatan dan pelajaran mengikut kemampuan dan taraf hidup si bapa seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 72(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (AUUKI) 1984. Kewajipan terhadap nafkah anak ini akan berterusan sehingga anak itu mencapai umur 18 tahun.

Bagaimanapun, Seksyen 79 AUUKI 1984 membolehkan seseorang anak itu memohon kepada mahkamah agar nafkah itu dilanjutkan walaupun beliau mencapai umur 18 tahun. Seksyen 79 itu menyebut, "...perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur 18 tahun, tetapi mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi."

Secara jelas ia menyatakan bahawa bapa wajib menanggung nafkah seseorang anak walaupun ia mencapai umur 18 tahun jika anak itu ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti atau kursus pada peringkat lebih tinggi.

Dalam isu saudara, saya percaya bahawa saudara berhak untuk mengemukakan tuntutan nafkah bagi diri saudara terhadap bapa, walaupun beliau berkahwin lain mahupun sudah mempunyai anak lain. Kewajipan seorang bapa tidak akan terputus walaupun beliau berkahwin lain. Dalam hal ini, sikap lepas tangan bapa adalah tidak wajar kerana ia menjadi kewajipannya.

Saudara juga berhak membuat tuntutan tunggakan nafkah jika terdapat apa-apa perintah yang dikeluarkan berkaitan dengannya.

Tuntutan ini hendaklah dibuat melalui permohonan di mahkamah syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal saudara. Permohonan itu akan didengar di hadapan hakim melalui perbicaraan dan bagi melicinkan prosedur tuntutan saudara ini, saudara dinasihatkan melantik peguam. Saudara juga dinasihatkan menyediakan segala bukti berkaitan pembelajaran saudara termasuk resit perbelanjaan dan sebagainya.

Jika saudara atau nenek saudara tidak berkemampuan untuk melantik peguam, saudara dinasihatkan untuk berhubung dengan Biro Bantuan Guaman yang ditawarkan di setiap negeri. Di samping itu, saudara juga boleh cuba menghubungi Baitulmal Wilayah Persekutuan kerana badan itu juga mempunyai peruntukan khas bagi membantu golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan khidmat guaman dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat dan terma yang perlu dipenuhi.

INFO

  • Tanggungjawab bapa terhadap anak diperuntukkan menerusi Seksyen 72(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (AUUKI) 1984. Kewajipan terhadap nafkah anak akan berterusan sehingga anak itu mencapai umur 18 tahun.

  • Seksyen 79 AUUKI 1984 membolehkan seseorang anak memohon kepada mahkamah agar nafkah itu dilanjutkan walaupun beliau mencapai umur 18 tahun.

  • Seksyen 79 itu menyebut, "...perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur 18 tahun, tetapi mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi."

  • Pertikaian nafkah boleh dituntut di mahkamah syariah. Penuntut tidak mampu bawa kes boleh rujuk Biro Bantuan Guaman.

    Disediakan oleh Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Yusmawati Ab llah
  • Sumber : BHarian 2009/11/12

    Butiran selanjutnya ...

    Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung


    SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

    Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

    Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup
    aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

    Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas
    betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

    Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

    Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

    1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

    Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

    Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

    Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

    Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda
    mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

    2. Pakaian yang longgar.

    Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan
    menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

    Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

    Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

    3. Pakaian yang tidak jarang.

    Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

    Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

    4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

    Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

    Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."

    5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

    Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

    Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

    6. Tidak bertabarruj.

    Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

    Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

    Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan
    wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

    Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya
    ilmu Islam sebenar.

    Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo. com

    Butiran selanjutnya ...

    Rabu, November 11, 2009

    Jimak berapa lama boleh ditinggalkan?


    Pada suatu ketika dahulu, tatkala Umar ibn al-Khattab meronda di Kota Madinah, beliau melalui perkarangan sebuah rumah seorang wanita yang ketika itu penghuni rumah tersebut sedang bersenandung seorang diri di malam sejuk yang mencengkam itu, katanya :

    “Aduhai….! Alangkah panjangnya malam ini…!
    Betapa gelap dan pekat suasana sekeliling, dan
    Betapa lamanya aku dalam penantian, tiada teman untuk bergurau-senda,
    Demi Allah…! Sekiranya bukan kerana ketakutanku,
    Kepada Allah yang maha Esa lagi Maha Melihat,
    Nescaya akan bergoncang ranjangku ini, dan segala isinya…!
    Tapi, oh Tuhanku…! Malu mencegah diriku, untuk melakukannya.
    Demi kemuliaan suamiku…! Tidak patut aku merendahkan,
    Apa yang pernah dikenderainya.”

    Keesokkan harinya, Umar ibn al-Khattab menyuruh seseorang bertanya kepada perempuan tersebut tentang masalah yang sedang dideritainya, sehingga membuat dia meratap sendu di keheningan malam tersebut.

    Kemudian pesuruh itu memberitahu Umar ibn al-Khattab, bahawa suami perempuan itu sedang berjuang ke jalan Allah. Kemudian Umar ibn al-Khattab mengutuskan seorang utusan menemui suami perempuan tersebut untuk mengatakan bahawa suaminya akan segera berada di sampingnya.

    Sesuai dengan janjinya, Umar ibn al-Khattab mengutuskan seorang utusan menemui suami perempuan tersebut di medan jihad dan menyuruhnya pulang atas perintah Umar ibn al-Khattab. Maka dengan itu pejuang itupun pulang menemui isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemampuan seorang perempuan menahan rindu terhadap suaminya, Umar ibn al-Khattab bertanya kepada puterinya, Hafsah (isteri Rasulullah SAW) dan berkata, “Wahai puteriku! Berapa lamakah seorang perempuan itu dapat bersabar menahan kerinduan terhadap ketiadaan suaminya?”

    “Subhanallah! Orang seperti ayah mahu menanyakan aku soalan ini?” jawab Hafsah.

    “Jika bukan kerana hendak memberi peringatan kepada kaum Muslimin, aku tidak akan bertanyakan hal seperti itu kepada kamu!” balas Umar.

    “Lima bulan….atau enam bulan…! Jawab Hafsah pendek.

    Berdasarkan jawapan yang diberikan Hafsah itu, maka Umar ibn al-Khattab menetapkan waktu bagi kaum Muslimin berada di medan jihad hanya selama enam bulan sahaja. Sebulan dalam berjalanan pergi, empat bulan di medan jihad dan sebulan untuk perjalanan balik.

    Begitulah kisah yang menjelaskan selama mana seseorang isteri itu mampu bertahan menahan rindu dendam dan belai kasih daripada si suami.

    Hari ini ramai pasangan yang tinggal berjauhan demi tuntutan tugas. Mereka duduk berasingan. Ini dipanggil pasangan jarak jauh, seorang di utara dan seorang di selatan. Justeru itu baik di pihak suami mahupun isteri, mereka harus saling mengetahui kehendak dan tahap kemampuan pasangan masing-masing di dalam menahan diri dari terus ditinggal kesepian. Ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini termasuk melakukan perkara yang dilaknati Allah SWT.

    Jika anda sudah lama meninggalkan pasangan masing-masing ataupun sudah terlalu lama tidak melakukan hubungan seksual, bertindaklah sekarang dan carilah masa yang sesuai agar anda dapat bersama.

    Jangan tolak keinginan suami

    Islam turut memperingatkan kepada para isteri yang menolak keinginan seksual suaminya, bahawa perbuatan itu akan membawa akibat yang buruk yang akhirnya membawa kepada keretakan dalam rumahtangga.

    Mungkin anda tidak menyedari secara perlahan-lahan rentetan penolakan si isteri, si suami akan menyangka bahawa penolakan itu menandakan isterinya sudah tidak mencintainya lagi. Selain daripada itu, tindakan penolakan isteri akan mendorong suaminya ke dalam pelukan atau rangkulan perempuan lain, dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak.

    Atas dasar ini dan beberapa aspek lain, dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Apabila seorang suami memanggil isterinya ke hamparannya (tempat tidur), tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.” (Hadis riwayat Muslim)

    Hakikatnya memang benar bahawa wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu si suami hingga di Barat, wujud undang-undang yang disebut marital rape (suami merogol isteri). Namun dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Jika isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah tidak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Tetapi jika tidak ada sebarang sebab untuk menolak, jika diminta oleh suami maka si isteri wajib memenuhinya. Permasalahan ada ‘mood’ atau tidak, ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu mewujudkan mood tersebut tetapi janganlah sampai melanggar batas-batas syarak.

    Kepuasan bersama

    Sebagaimana pentingnya suami memenuhi keperluan material isterinya, sudah menjadi tanggungjawabnya melayani keperluan batin isteri. Kebiasaannya wanita memiliki sifat pemalu terutamanya untuk berbincang tentang kehendak seksualnya. Namun, sebenarnya mereka juga berkehendakkan kepada nikmat kepuasan ketika melakukan persetubuhan (berjimak) sebagaimana suami.

    Rasulullah SAW menegaskan tentang hal ini melalui hadis daripada Anas bin Malik r.a., baginda SAW telah bersabda yang bermaksud, “Jika seseorang antara kamu melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, dia hendaklah bersungguh-sungguh. Apabila dia hendak menyelesaikan hajatnya itu (mencapai kepuasan) sedangkan isterinya belum sampai klimaksnya, maka janganlah dia tergesa-gesa (untuk menamatkan persetubuhan tersebut) sehingga hajat isterinya diselesaikan pula.” (Hadis riwayat al-Suyuthi di dalam Jami’ al-Saghir, hadis no: 549 dan al-Hafiz al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid, hadis no: 7566)

    Untuk ini para suami yang terlalu cepat mengalami ejakulasi, hendaklah mendahului hubungan seksual dengan cumbuan bagi merangsang ghairah seksual isterinya. Agar isterinya juga berjaya menikmati kepuasan seksual tersebut dengan sempurna. Adalah penting bagi suami untuk mengetahui daerah-daerah sensitif atau yang mudah terangsang di tubuh isterinya.

    Bagi sebahagian suami, ada yang segera meninggalkan isterinya setelah dia memperoleh kepuasan seksual dan tidak berusaha untuk melayani isterinya sehingga isterinya juga mencapai klimaks. Ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang rumit jika ditinjau dari aspek agama, kesihatan, ilmu jiwa mahupun seksologi. Sebagai suami, tabiat tersebut akan memberi akibat buruk kepada kejiwaan dan kesihatan jasmani isterinya. Hal ini amat penting kerana suami tidak perihatin terhadap permasalahan ini atau jika tindakan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka tidak hairanlah nantinya akan menimbulkan kesan negatif seperti isteri membenci suaminya, melalaikan perintahnya ataupun menolak apabila diajak untuk berjimak dan sekiranya bersetuju pun ia tidak dilakukan dengan sepenuh kerelaan hati. Mungkin ada yang merasakan ini suatu perkara yang terlalu remeh untuk diperbincangkan.

    Oleh itu, para suami hendaklah menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri mereka juga sudah mencapai klimaks.

    Kelebihan berjimak

    Dalam Islam berjimak adalah termasuk perkara yang boleh mendatangkan pahala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” (Sahih Muslim)

    Jika kedua-dua pasangan suami isteri sudah mencapai klimaks, barulah mereka mencapai kepuasan dan kenikmatan yang tidak terhingga, ini akan menguatkan kasih sayang suami isteri disamping meningkatkan kesihatan, jasmani dan mental. Tenaga yang digunakan untuk melakukan jimak ini sama dengan kalori yang terbakar setelah lari dikejar harimau sejauh 400 meter. Wanita yang tidak mencapai kepuasan melakukan seks boleh mengalami sakit seperti sakit datang haid.

    Pasangan kurang keinginan seks apabila stress, penat atau sedih, tidak cukup tidur, pelbagai penyakit, usia meningkat yang menyebabkan kekurangan hormon testosteron dan masalah hubungan suami isteri. Masalah ini boleh menyebabkan tekanan mental dan gangguan emosi.

    Oleh itu, pastikan para suami dan isteri berkomunikasi sesama sendiri untuk sama-sama mendapat kenikmatan dari hubungan kelamin tersebut.




    Sumber : NUR

    Butiran selanjutnya ...

    Tips menguruskan rumahtangga tanpa pembantu rumah


    Berikut dikongsikan beberapa tips untuk menguruskan rumahtangga tanpa pembantu rumah :

    1. Paling utama bangun pagi kerana ketika inilah boleh menguruskan segala keperluan anak-anak, buat sarapan dan menyapu sampah.
    2. Pastikan keadaan rumah tersusun sebelum keluar bekerja.
    3. Lagi bagus aturkan tugasan bersama suami, tugasan berat seperti mencuci tandas, menyapu sawang dan vakum biarlah suami yang buat sementara memasak, mengemas rumah dan membasuh pinggan di buat oleh isteri.
    4. Didik anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan untuk kemaskan katil sendiri, basuh pinggan selepas makan dan kemas mainan selepas sepahkannya.
    5. Jika terpaksa kerja lebih masa, beritahu pusat asuhan kanak-kanak terlebih dahulu untuk mempastikan anak-anak diberi makanan sebelum tidur.
    6. Atur badjet sebaik mungkin sebab anda sebenarnya lebih bernasib baik kerana kadang-kadang kos menggunakan khidmat pembantu rumah sebenarnya lebih tinggi kerana mereka berada di rumah seharian dan menggunakan kos elektrik, air dan sebagainya.
    Sesiapa ada tips yang menarik, boleh kongsikan bersama.

    Butiran selanjutnya ...

    Ahad, November 08, 2009

    Ulul Albab: Mukjizat al-Quran boleh dirasai semua

    Oleh Abdurrahman Haqqi


    KANDUNGAN kitab suci al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan.

    Banyak kajian serta cubaan mengelirukan kebenaran kitab suci tetapi temui kegagalan

    JIKA kita ingin mengetahui dan rasai kehebatan satu-satu mukjizat seperti yang pernah berlaku ke atas umat sebelum kita, kemudian kita mengisytiharkan keimanan serta-merta dan memeliharanya, sila perhatikan al-Quran al-Karim.

    Al-Quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.

    Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan air bah yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

    Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9), Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.

    Al-Quran itu sendiri boleh menjadi sebab kepada seseorang untuk memeluk agama Islam sama ada menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Begitu pula ia menakutkan dan menggerunkan musuhnya menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Ramai orang memeluk al-Quran dengan karakter al-Quran dan tidak sedikit pula yang memusuhinya bahkan menyeru untuk berperang melawannya seperti disebutkan al-Quran sendiri dengan ayatnya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)" (Surah Fussilat: 26)

    Antara orang yang pernah menentang al-Quran ialah seorang profesor Matematik dan logik di Universiti Toronto, Kanada bernama Gary Miller. Pada 1977, beliau membuat keputusan untuk mengkaji al-Quran dengan tujuan mencari kesilapan dan kesalahan ilmiah dan sejarah yang ada di dalamnya.

    Dia berharap dengan kajian itu boleh membantu rakannya, pendakwah Kristian untuk mengelirukan umat Islam dan mengajak mereka keluar daripada agama Islam dan memeluk Kristian. Pihak gereja dan yang berkepentingan menyokong tujuan 'mulia' ini dan memberikan apa jua keperluan kewangan dan moral bagi menjayakannya.

    Apa yang diinginkan manusia lain dengan apa yang diinginkan oleh Allah dan yang pasti akan berlaku ialah apa yang diinginkan Allah, maka takdir yang baik menyebelahi Prof Miller dan kemudian membawanya untuk memeluk Islam setahun kemudian iaitu pada 1978 selepas menamatkan kajiannya. Kajiannya ini kemudian dibukukan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan tajuk al-Quran al-Muzhil (al-Quran Yang Mempesona) atau tajuk asalnya The Amazing al-Quran. Beliau menukar namanya menjadi Abdul Ahad Omar kemudian bekerja sebagai pensyarah di University of Petroleum and Mines, Dhahran, Saudi Arabia hingga ke hari ini masih menjadi pendakwah antarabangsa dan banyak menulis mengenai Islam.

    Perkara pertama yang menarik perhatian Prof Miller ialah cabaran al-Quran yang mendakwa bahawa di dalamnya tidak ada kesalahan atau kesilapan apa pun juga. Beliau berkata: "Tidak ada seorang penulis pun di dunia ini yang memiliki keberanian kemudian dia menulis buku dan mendakwa bahawa bukunya itu tidak ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan kecuali al-Quran, bahkan ia mencabar seandainya anda mencari-cari kesalahan itu anda pasti tidak akan menemukannya."

    Beliau juga mengungkapkan kepesonaannya terhadap al-Quran dengan mengambil contoh bahawa dalam al-Quran ada satu surah yang diberi nama Surah Mariam yang mana di dalamnya ada diberitakan mengenai kemuliaan beliau yang tidak dijumpai di mana-mana kitab suci lainnya. Kita tidak menemukan surah yang dijoloki nama orang kesayangan Nabi SAW seperti Aisyah dan Fatimah. Malah nama baginda pun tidak banyak disebut al-Quran iaitu hanya lima kali jika dibandingkan dengan nama Nabi Isa as yang disebut sebanyak 25 kali.

    Penentang kebenaran al-Quran mendakwa bahawa syaitanlah yang mengajarkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW tetapi bagaimana di dalam al-Quran ada ayat yang maksudnya: "Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam." (Surah al-Nahl: 98)

    Dr Miller berkata: "Seandainya aku berada dalam keadaan Rasulullah bersama Abu Bakar di gua di mana seandainya seorang daripada pengepungnya melihat ke bawah pasti mereka akan ternampak, maka jawapan ketakutan Abu Bakar akan dijawab secara semula jadi dengan ucapan 'mari kita cari jalan belakang' atau 'diam, jangan berkata-kata'. Akan tetapi Rasulullah SAW menjawab dengan tenang: "Janganlah engkau risau sesungguhnya Allah bersama kita." Adakah jawapan ini boleh dikeluarkan oleh seorang penipu atau jawapan seorang nabi yang percaya seratus peratus kepada pertolongan Allah?

    Surah al-Masad (Tali Yang Dipintal) iaitu surah nombor urut 111 dalam al-Quran diturunkan 10 tahun sebelum matinya Abu Lahab. Ini bermakna bahawa di hadapan Abu Lahab ada sebanyak 365 x 10 = 3,650 peluang untuk membuktikan bahawa al-Quran adalah satu khayalan dan pembohongan. Selama itulah ada cabaran tetapi Abu Lahab tetap dalam kekufuran dan kekafirannya dan tidak tergerak hatinya untuk masuk Islam walaupun secara pura-pura. Surah ini sampai hari ini masih dibaca, bagaimana Rasulullah SAW yakin atas kebenaran yang dibawanya selama 10 tahun dan Abu Lahab sememangnya tidak akan memeluk Islam. Keyakinan ini membuktikan bahawa al-Quran memang wahyu Allah yang mengetahui segala sesuatu dan ia diturunkan kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat manusia, Muhammad SAW.

    Prof Abdul Ahad juga merujuk kepada New Catholic Encyclopaedia dalam topik 'al-Quran' dikatakan bahawa walaupun banyak kajian dan percubaan untuk mengelirukan kebenaran al-Quran tetapi pada akhirnya: "Selama berabad-abad muncul banyak teori mengenai sumber al-Quran tetapi tidak satu pun daripada teori itu boleh diguna pakai oleh seorang yang berakal." Beliau menambah ada gereja yang pada mulanya teruja untuk mengadaptasi teori berkenaan tetapi pada akhirnya mereka semua menolaknya dan malangnya mereka tidak berani untuk mengakui kebenaran teori umat Islam. Apa pendapat anda? Adakah anda masih meragui kebenaran al-Quran yang mempesonakan? Terima kasih Profesor Abdul Ahad.

    Sumber : Bharian.com.my 2009/11/08

    Butiran selanjutnya ...

    Jumaat, November 06, 2009

    Q&A : Perbezaan furu’ bukan pemecah belah

    Oleh Zamanuddin Jusoh

    SOALAN :

    SAYA mempunyai keluarga yang berfahaman salafi dan ada yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berwirid selepas solat, membaca qunut pada solat Subuh, bertahlil untuk arwah, talkin selepas disemadikan jenazah dan lain-lain lagi. Masing-masing mengamalkan fahaman tersendiri tanpa berlaku sebarang pergaduhan.

    Contohnya apabila berlaku kematian, selepas jenazah disemadikan, ada yang menunggu untuk bertalkin dan ada yang terus meninggalkan kawasan perkuburan tanpa membaca apa-apa. Semuanya berlaku dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kekecohan. Apa pandangan ustaz dalam hal ini ?

    Anak Muda, Arau, Perlis



    JAWAPAN :

    Itulah yang sepatutnya berlaku kerana perbezaan dalam perkara furu’ (cabang) ini tidak harus mencetuskan sebarang permusuhan antara kaum Muslimin. Masing-masing hendaklah menghormati pandangan saudaranya kerana mereka mempunyai hujah dan alasan tersendiri dalam mengamalkan perkara furu’ ini selagi ia tidak bercanggah dengan landasan Islam yang sebenar.

    Antara perkara furu’ yang disebutkan ulama ialah membaca al-Quran dengan nyaring di dalam masjid; melepaskan tangan ketika solat dan membaca wirid beramai-ramai selepas solat; membaca al-Quran untuk si mati, berzikir ketika mengiringi jenazah; mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa selepas solat, penggunaan tasbih dalam berzikir, bertawasul, selawat ke atas Nabi SAW selepas solat fardu, zikir Asma’ul Husna selepas solat; mengucapkan kalimah `Saidina` kepada Nabi SAW ketika azan, iqamah dan ketika membaca tasyahhud (tahayat) dalam sembahyang, dan kenduri arwah untuk si mati danperayaan Maulidur Rasul.

    Pernah Imam Syafie ketika solat Subuh berhampiran makam Imam Malik tidak membaca qunut sedangkan ia sunat dibaca mengikut mazhabnya. Apabila ditanya beliau menjawab,“Aku tidak membaca kerana menghormati pandangan Malik yang tidak mensunatkan bacaan qunut.”

    Imam Syafie pernah menyebut, “Jika disebut mengenai ulama, maka Imam Malik bintangnya”. “ Akan aku jadikan kitab Muwatta karangan Imam Malik itu sebagai hujah antara aku dengan Allah SWT”. Walaupun demikian, dalam beberapa masalah hukum beliau tidak sependapat dengan Imam Malik.

    Imam Abu Hanifah pernah berkata: “Pendapat aku benar, tapi mungkin juga salah dan pendapat kau salah tapi mungkin juga betul. Jika prinsip ini diguna pakai, maka tiada sebarang masalah dalam menangani isu ini. Di sinilah rasionalnya kata-kata yang berbunyi, ‘Khilaf’ atau perbezaan pendapat antara umat Islam itu boleh membawa rahmat`.

    Sejak akhir-akhir ini kita dapati seakan-akan ada gerakan untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam sehingga membangkitkan semula isu yang sudah diselesaikan oleh ulama terdahulu. Malah ada yang menyesatkan orang lain bila mana amalan yang sekian lama sebati diamalkan sebahagian masyarakat Islam dikatakan bidaah dan sesat sehingga menyebabkan pelakunya akan dihumban ke dalam neraka.

    Persoalannya, apakah benar kenyataan yang menyebut semua perkara baru tidak dilakukan Rasulullah SAW ketika hayatnya sebagai bidaah dan sesat ?

    Seperti diketahui umum bahawa amalan yang diamalkan sekian lama di negara ini adalah warisan daripada ulama terdahulu. Kitab yang dikarang Tuan Guru Haji Hashim Muhamad Su’ady Maakhiz Al-Sibyan Ila Tariqah Al-Jinan yang disemak dan diiktiraf oleh Syeikh Abdullah Fahim dan kitab Majmu’ah Musamma Bit Tuhfah Al-Watan Wal Ikhwan karangan Tuan Guru Syeikh Ahmad Sa’ed Al-Linggi merumuskan bahawa semua amalan ini, dibolehkan.

    Malah Mufti Mesir, Fadilatus Syeh ‘Ali Jum’ah di dalam kitabnya Al-Albayan Lima Yusghil Azhan juga bersetuju dengan amalan sedemikian dan menyatakan bahawa ia tidak membawa kepada kesesatan.

    Penulis ialah Eksekutif Unit Agama NSTP, boleh dihubungi melalui e-mel: zaman@nstp.com.my

    Sumber : Bharian 2009/11/06

    Butiran selanjutnya ...

    Khamis, November 05, 2009

    Benarkah lelaki Melayu ‘layu’?


    Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...

    Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

    Entry ini saya masukkan selepas saya membacanya artikel bertajuk Lelaki Melayu 'Layu'? di egrup yang saya sertai dan bila saya cari penulis asal, saya dapati artikel dipetik dari blog MazidulAkmal.... promote sikit blog abang Mazidul, hero SlimRiver... :)

    Secara peribadi, saya sangat setuju, lelaki Melayu banyak kekurangannya. Antara yang boleh disenaraikan di sini :

    1. kurang bertanggungjawab (tidak memenuhi nafkah zahir dan batin)
    2. kurang pengetahuan ilmu dunia dan akhirat (adeh… macamana nak jadi pemimpin nih?!)
    3. kurang romatik atau gentleman
    4. tidak bersifat penyayang
    5. tidak sabar
    6. kurang pandai melayan/mengambil hati/memujuk pasangan
    7. berlagak pandai (walhal bodoh dan sombong pulak tu)
    8. lebih pandai mengambil kesempatan (take things for granted)
    9. amat sukar meluahkan perasaan kasih (especially pada isteri, tetapi tidak pada temanita/matair)
    10. kurang berpegang teguh pada kata-katanya (cakap tak serupa bikin)
    11. lebih suka mungkir janji (ciri-ciri munafik ni weh!)
    12. gemar berbohong/ngelat/tipu (ciri-ciri munafik juga)
    13. kurang memberi sokongan pada pasangan
    14. kurang pendengaran/pemahaman (masuk telinga kiri keluar telinga kanan)
    15. kurang prihatin
    16. lebih cemburu
    17. lebih EGO
    18. panas baran atau tidak mampu menahan marah
    19. cepat kalut
    20. cerewet
    21. tidak jujur
    22. berat ‘pungkok’ a.k.a. takut reput tulang
    23. tidak mempunyai matlamat/fokus hidup
    24. lebih suka membuang masa melepak
    25. lebih suka buang duit beli rokok, aksesori kereta/motor dan lain-lain
    26. tidak kreatif atau bermasalah dalam komunikasi seperti suka berahsia, sukar berkongsi masalah atau sukar dibawa berbincang
    27. tidak tahu menabung atau tiada perancangan kewangan yang kukuh (parah nih!)

    Waaahhh… jika lihat senarai, banyak betul kekurangan lelaki Melayu ini, ya! Maka, memang wajarlah kenyataan lelaki Melayu ini, ‘layu’. Hik.. hik.. No hard feeling kepada pembaca lelaki, khususnya lelaki Melayu. Bukan saya yang memulakan subjek ini. Jika ada dalam senarai di atas yang terkena batang hidung sendiri, ambil iktibar dan betulkan sikap kalian. Benar hakikat bahawa tiada manusia yang sempurna, tetapi ini tidak bermakna kalian mempunyai tiket untuk terus kekal dalam ketidak-sempurnaan. Ambillah peluang perbetulkan diri, jadikan ia pemangkin bagi kalian mencari titik kesempurnaan semaksimum mungkin. Usahakanlah menaikkan saham lelaki Melayu. Bukankah lelaki Melayu pantang dicabar? Anggaplah check list di atas satu cabaran untuk kalian meng‘up-grade’kan kualiti diri dan berubah menjadi seorang individu yang lebih dihormati.

    Nampak sangat seolah-olah saya ni berat sebelah, tapi jangan salah faham. Sebenarnya, setiap individu ditetapkan oleh kebiasaan mereka yang unik dan tidak boleh dipencilkan secara khusus atau dipisah-pisahkan mengikut bangsa atau kewarga-negaraan. Jika sudah perangai seperti syaitan, tidak kira Melayu atau apa bangsa pun, macam itulah perangainya. Jika kita terlalu fokus pada senarai yang negatif tentang lelaki Melayu, tentu kita boleh pandang sebelah mata atau buat-buat tak nampak senarai yang positif tentang mereka pula. Tak bolehlah begitu, kan? Memang tidak kurang hebatnya kaum lelaki berbangsa Melayu, dan kehebatannya terpulang kepada individu yang benar-benar mahu memahami dan mencari kehebatan lelaki Melayu.

    Saya amat bersimpati terhadap sebilangan wanita yang memandang rendah terhadap kaum lelaki Melayu sehingga memilih lelaki berbangsa asing sebagai pasangan hidup. Malah, ada yang mencebik, “Aaah, lelaki Melayu, apa yang ada pada mereka?” Amat menyedihkan, apabila wanita Melayu itu akhirnya hampa dengan lelaki asing yang disangkakan lebih baik daripada lelaki Melayu. Namun, amatlah tidak adil jika kita membuat kesimpulan hanya wanita-wanita ini perlu disalahkan kerana tersalah buat pilihan, tetapi kaum lelaki umumnya, tidak kira apa bangsanya, sepatutnya turut dipersalahkan. Masih ramai yang mengahwini lelaki asing dan hidup bahagia, tidak kurang juga yang bernikah dengan lelaki Melayu menemui neraka dunia.

    Mengapa masyarakat, khususnya Melayu begitu mudah menunding jari ke arah kaum wanita sahaja apabila terdapat permasalahan dalam rumahtangga? Jika pasangan lelaki tidak melaksanakan tanggungjawab, gagal pula melindungi keluarga dan tidak dapat memberikan kebahagiaan, selalunya si isteri juga yang dipersalahkan kerana dikatakan “dia sendiri yang telah membuat pilihan itu”. Bukankah ini satu sikap negatif dan tidak akan mengubah atau membaiki keadaan sesiapa pun?

    Seharusnya, lelaki Melayu (dalam perlembagaan negara, Melayu itu Islam) sebagai ketua keluarga yang mempunyai kedudukan lebih mulia dan tinggi daripada wanita, sepatutnya kaum lelaki lebih peka dalam hal-hal yang membimbing isteri (dan anak-anak) ke arah kebahagiaan. Ini amat jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’, ayat 34). Perhatikan perkataan yang sengaja saya ‘bold’kan.

    Persoalan penting yang patut difokuskan dalam artikel asal ialah, apakah ciri-ciri yang ada pada lelaki Melayu yang seharusnya dijadikan idaman setiap wanita Melayu? Saya percaya, setiap lelaki mengimpikan untuk menjadi suami idaman bagi seorang isteri. Namun, untuk menjadi suami idaman bukanlah semudah yang disangkakan. Seorang suami perlu memenuhi beberapa kriteria untuk melayakkan dia menyandang status suami idaman. Senarai di bawah bukan khusus untuk suami sahaja, malah isteri juga boleh cuba terapkan dalam kehidupan seharian. Boleh juga dibuat panduan untuk mengingatkan pasangan yang tidak berkesempatan membaca entry ini.

    Berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan. :
    1. Patuhi semua hak Allah SWT, berusahalah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
    2. Bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah.
    3. Melakukan solat berjemaah di masjid/surau atau bersama keluarga.
    4. Bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
    5. Menepati setiap janji yang dibuat.
    6. Berusaha menambah ilmu yang ada dan mewujudkan suasana belajar di dalam rumah.
    7. Sentiasa memainkan peranan sebagai suami – ketua keluarga, sahabat, penasihat, kekasih, pendengar, pendidik.
    8. Memanggil isteri dengan panggilan manja yang disukainya.
    9. Memberi hadiah pada hari-hari istimewa buat isteri.
    10. Memahami karenah isteri dan banyak bersabar.
    11. Memahami kehendak dan pengharapan isteri tanpa perlu disebut-sebut oleh isteri (lu pikirlah sendiri...)
    12. Bergurau senda dengan isteri.
    13. Sentiasa berhubung dengan isteri tanpa mengira tempat dan masa.
    14. Mendidik isteri secara berhikmah dan penuh kasih sayang.
    15. Memaafkan isteri dan orang lain setiap malam sebelum tidur.
    16. Mendoakan isteri setiap masa.
    17. Melakukan kerja-kerja rumahtangga bagi membantu meringankan beban isteri, tetapi tidak menjadi suami yang di‘queen-controlled’.
    18. Memandang isteri dengan lemah lembut, senyuman dan kata-kata yang manis.
    19. Sentiasa mengamalkan makan bersama isteri apabila ada kesempatan.
    20. Melakukan riadah bersama isteri dan sekali-sekala mandi bersama.
    21. Sentiasa memberi kata-kata positif sebagai perangsang kepada isteri
    22. Menjauhi perbuatan bertegang leher dengan isteri, sebaliknya mengalahlah bagi perkara yang harus.
    23. Menjadikan al-Quransebagai teman dan mengajak isteri untuk bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran
    24. Segala masalah yang brelaku dalam rumahtangga diselesaikan secara bersama.
    25. Mengadu kepada Allah dalam menghadapi masalah, ketakutan dan kesakitan.
    26. Sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha.
    27. Menjauhi perasaan buruk sangka terhadap isteri kerana sangkaan itu satu doa.
    28. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan.
    29. Bergaul dengan orang yang baik-baik dan berilmu.
    30. Sentiasa melakukan taubat, istighfar, bersedekah, meminta maaf dan memaafkan orang lain.
    31. Mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa. Dosa kecil yang diulang-ulang (berterusan melakukannya) akan manjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
    32. Tidak membenarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga.

    Malangnya, hari ini kita dapat lihat, kebanyakkan lelaki Melayu muslim menganggap posisi mereka sebagai satu tuntutan hak, bersikap terlalu ego dan pantang pula ditegur. Lelaki Melayu muslim hendaklah lebih peka dengan sunnah junjungan kita, Rasulullah SAW yang amat lemah-lembut dan lebih romantis. Sebaliknya lelaki asing lebih mendahului dan menerapkan sifat lemah lembut dan romantis Rasulullah SAW dalam melayan pasangan mereka dan inilah yang menarik perhatian wanita Melayu mendampingi mereka. Jika lelaki Melayu muslim benar-benar beriman dan mahu mengikut jejak Rasulullah, sudah pasti wanita Melayu tergila-gilakan lelaki Melayu juga dan sudah tentulah rumahtangga aman bahagia, dapat mengecap kebahagiaan dunia dan akhirat, insya Allah!

    Renung-renungkan!

    Capaian entry berkaitan :
    1. Jadilah suami idaman
    2. Suami mithali idaman isteri
    3. Wahai suami layanilah isterimu dengan baik
    4. Lelaki berdiam diri tanda protes


    --
    ~ 睡眠不足のママ ~
    http://bawangorengnet.blogspot.com
    Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

    Butiran selanjutnya ...
    Related Posts with Thumbnails