“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Mei 16, 2008

Hadis: Beberapa Larangan Rasulullah s.a.w

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Beberapa Larangan Rasulullah s.a.w

Hadith :

Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi s.a.w baginda bersabda: “Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.” - (Bukhari)

Huraian/Pengajaran Hadith:


Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka. Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam. Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Mei 15, 2008

Sihat: Rancang kelahiran anak pertingkat kesihatan ibu


MUDAH: Penanaman implanon ke dalam kulit antara kaedah pencegahan kehamilan terkini.

Lelaki salah faham konsep cegah, kekerapan kehamilan sehingga jejaskan kesuburan isteri

MAJLIS Fatwa Kebangsaan 1981 menghalalkan penggunaan kaedah pencegah kehamilan selagi ia bukan berfungsi secara kekal (kasi), sebaliknya disebabkan oleh faktor kesihatan ibu, penyakit ginetik dan kehamilan terlalu kerap. Penggunaannya diharuskan agama untuk menjarakkan anak atas alasan kesihatan ibu bapa dan kanak-kanak, memberikan kemudahan pendidikan sempurna kepada setiap anak dan kesejahteraan keluarga.

Walaupun tidak ada nas atau ayat dalam al-Quran yang menghalang penggunaan pencegah kehamilan, ada beberapa cara digunakan pada zaman Rasulullah yang menunjukkan mencegah kehamilan dibenarkan. Antaranya yang boleh dijadikan contoh, ketika sahabat Rasulullah SAW, Jabir, menyampaikan kepada Baginda mengenai amalan al-azl atau coitus interruptus iaitu memancutkan air mani di luar vagina di kalangan sahabat, Baginda ternyata tidak menghalangnya.

Malah, umat Islam digalakkan menjarakkan usia setiap anak iaitu sebaik-baiknya dua tahun bagi membolehkan setiap anak mendapat belaian dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Ia terbukti berdasarkan ayat Al-Ahqaf dan Luqman yang mengkehendaki anak disusukan selama dua tahun atau 30 bulan oleh ibunya bagi memastikan kanak-kanak berkenaan mendapat khasiat pemakanan secukupnya.

Namun, ada yang mempersoalkan antara al-azl dengan kaedah merancang keluarga hari ini yang lebih dianggap semacam membunuh zuriat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kekeliruan dan salah anggapan juga timbul berdasarkan firman Allah yang mengingatkan agar tidak membunuh anak kerana takut menjadi miskin padahal rezeki itu diberikan Allah. Perbuatan membunuh anak juga adalah jenayah paling kejam di sisi Allah.

Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, menerangkan kaedah sebegitu digunakan untuk mencegah kehamilan daripada berlaku,bukannya membunuh zuriat yang sudah berada dalam rahim.



“Fungsi alat atau pil mencegah kehamilan adalah untuk mencegah persenyawaan sperma dalam ovum,seterusnya menghalang kehamilan daripada berlaku. Ia sama sekali tidak membabitkan pengguguran atau pembunuhan kerana janin belum terbentuk. Pil atau alat yang digunakan untuk mencegah kehamilan menghalang penghasilan telur, seterusnya menyebabkan kegagalan berlakunya persenyawaan dengan sperma,” katanya.

Memperkuatkan lagi hujahnya, Dr Harlina merujuk kepada fatwa atau pandangan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi mengenai perancangan keluarga. Dr Yusuf Al-Qardhawi yakin kaedah moden merancang keluarga hari ini adalah sama fungsinya dengan al-azl dan dibenarkan secara giyas (analogi).

“Menyentuh mengenai pengguguran, beliau ternyata membantah, terutama apabila janin sudah terbentuk dengan sempurna. Islam membenarkan penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil oral, sistem intra-uterin (IUS) dan kondom kerana ia tidak membunuh zuriat, tetapi mencegah daripada berlaku kehamilan.

“Kaedah itu tidak berlawanan dengan kepercayaan rezeki di tangan Tuhan atau takdir. Ibu bapa tidak harus menggunakan alasan ulat dalam batu boleh hidup kerana ia tidak relevan dengan gaya hidup masa kini dan apa yang lebih penting ialah kualiti kehidupan berbanding kuantiti,” katanya.

Dr Harlina ditemui pada perbincangan meja bulat media mengenai Perancangan Keluarga dan Pencegahan Kehamilan daripada Perspektif Islam di Muzium Kesenian Islam, *** Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perbincangan berkenaan dianjurkan Bayer Schering Pharma Malaysia sebagai usaha menangkis salah tanggapan bahawa perancangan keluarga adalah haram. Turut hadir memberikan pandangan, Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (Isra), Dr Mohamad Akram Laldin dan pengacara serta juruhebah radio, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid yang turut berkongsi pengalamannya menggunakan kaedah pencegah kehamilan.

Dr Harlina berkata, amat menyedihkan apabila ada wanita masih melahirkan anak walaupun membawa penyakit genetik yang mengancam nyawa bayi dilahirkan. Kehamilan yang tidak dikehendaki juga sering menjadi punca kematian ibu dan anak. Dianggarkan 100,000 kematian ketika bersalin boleh dicegah setiap tahun di seluruh dunia seandainya setiap wanita yang tidak menginginkan bayi menggunakan pencegah kehamilan.

“Di Malaysia, peratusan wanita yang tidak menggunakan kaedah pencegah kehamilan adalah tinggi sejak 1997 iaitu sekitar 58.9 hingga 65.4%. Jumlah ini juga mempengaruhi peratusan kematian ketika bersalin iaitu hampir separuh (55 %) berlaku di kalangan mereka yang tidak menggunakan kaedah pencegah kehamilan.

“Empat tiang yang menentukan keibuan selamat ialah merancang keluarga, penjagaan antenatal mencukupi, kebersihan dan penjagaan perbidanan diperlukan. Lelaki sebagai suami, ayah dan pemimpin masyarakat dan negara turut memainkan peranan dalam keibuan selamat serta kesihatan wanita,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohamad menasihatkan masyarakat Islam agar tidak terus membuat kesimpulan sendiri mengenai ayat yang dibaca dalam al-Quran khususnya dalam hal merancang keluarga. Sebaiknya pandangan ahli agama diperlukan agar tidak timbul sebarang kekeliruan yang hanya merugikan diri sendiri. Menjelaskan kekeliruan mengenai penggunaan pencegah kehamilan yang dianggap membunuh zuriat, Dr Mohamad merujuk kepada jawapan Saidina Ali terhadap persoalan sama yang pernah ditimbulkan seseorang pada majlis yang turut dihadiri Umar Al-Khattab.

Saidina Ali berkata, ia bukan pembunuhan sebelum janin sempurna menjalani tujuh tahap iaitu daripada air mani menjadi seketul darah, kemudian menjadi segumpal tisu, tulang dan dibaluti daging yang akhirnya menjadi zuriat. Umar juga dikatakan mengiyakan jawapan Ali.

“Mencegah kehamilan bukan membunuh, malah dalam al-Quran menyebut agar kita menjarakkan kehamilan bagi membolehkan ibu bapa memfokuskan setiap anak dilahirkan dengan kasih sayang serta kemudahan mencukupi. Islam menekankan kepentingan membesarkan anak sebagai pemimpin masa depan. Seandainya kualiti kehidupan ini dikhuatiri tidak dapat dipenuhi, pasangan digalakkan merancang kehamilan,” katanya.

Merujuk kepada konsep Islam yang memberikan pilihan apabila berdepan kesukaran, Dr Mohamad berpendapat merancang keluarga adalah pilihan ideal untuk pasangan. Mencegah kehamilan haram digunakan sekiranya ia mengancam nyawa atau memberikan kesan negatif kepada ibu. Justeru, amat penting pasangan berbincang sebelum membuat keputusan merancang kehamilan dengan pencegah kehamilan.

“Isteri boleh membuat keputusan sendiri untuk menggunakan pencegah kehamilan walaupun tanpa persetujuan suami kerana ia adalah untuk kebaikan tubuh badan mereka sendiri. Dalam Islam, kita tidak perlu taat kepada orang yang menentang perintah al-Quran. Lelaki selalunya ego dan enggan memberikan kerjasama dalam hal ini, tetapi mereka perlu fikir mengenai kesannya. Sebaiknya perkara ini turut ditekankan dalam kursus perkahwinan bagi menerangkan lebih lanjut mengenai pencegah kehamilan,” katanya.

Aleya yang baru mendirikan rumah tangga empat bulan lalu tidak ragu-ragu membuat keputusan untuk menggunakan pencegah kehamilan atas alasan belum bersedia bergelar ibu. Namun, Aleya yang baru berusia 25 tahun menegaskan itu bukan bermakna beliau dan suami tidak menginginkan cahaya mata.

“Kami merancang untuk memiliki lima anak, tetapi bukan dalam masa terdekat. Kesibukan tugas harian membimbangkan kami gagal menjadi ibu bapa yang baik kepada anak yang dilahirkan nanti. Sememangnya menjadi impian saya untuk menjadi isteri dan ibu yang baik. Bagi saya apalah guna melahirkan anak, tetapi tidak mampu memberikan tumpuan dan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Ia secara tidak langsung adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak dan ia dikatakan sebagai dosa besar,” katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan keputusannya menggunakan pencegah kehamilan pada awal perkahwinan sering dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Lazimnya ramai pasangan bimbang menggunakan pencegah kehamilan sebelum dianugerahkan dengan cahaya mata kerana dikhuatiri menjejaskan tahap kesuburan mereka pada kemudian hari.

“Memang keputusan saya ini dipandang sebagai sesuatu yang ‘jahat’ sangat. Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan ini, saya menemui pakar sakit puan dan ustazah untuk mendapatkan pandangan. Berkahwin bukan bermakna kita harus memulakan ‘kilang’ melahirkan anak, tetapi sebaiknya ia dirancang demi kualiti kehidupan sempurna untuk anak. Kehamilan yang tidak dirancang hanya membuatkan ibu dan anak menderita,” katanya.

Sumber : Halina Mohd Noor di BHarian, Khamis 2008/05/15



Butiran selanjutnya ...

Selasa, Mei 13, 2008

Merawat suami dingin seks


Salam sejahtera,

Bukan sahaja isteri, suami juga tidak lepas daripada masalah dingin seks. Walaupun tidak punya masalah dalam perhubungan dan juga aspek kesihatan, namum ada suami seakan tidak bernafsu untuk seks biarpun isteri sudahpun merangsangnya. Pakaian yang seksi dan haruman yang mewangi dipandang sepi oleh sang suami.

Mengapa ya? Sebenarnya seperti kaum wanita, lelaki juga ada masa-masanya berasa dingin atau malas mengadakan seks. Mungkin kerana faktor keletihan ataupun tekanan. Namun sebagai isteri anda seharusnya tidak membiarkan perkara ini berlarutan. Anda harus membantu menyembuhkan fasa dingin seks suami.

Bagaimana caranya? Alan Collins, seorang konsultan seks dan pakar perhubungan daripada Amerika Syarikat memberikan cara-cara yang boleh dipraktikkan oleh isteri:-

1. Ubah diri

Lakukan perubahan pada diri anda untuk membuatkan ghairah seks suami kembali segar. Ubah gaya rambut atau gaya berpakaian, ini adalah cara berkesan untuk membuatkan suami terpesona.

2. Ubah sikap

Merubah sikap, maksudnya merubah sikap negatif anda yang tidak disukai suami. Bersikaplah lebih manis pada dirinya dan layan suami anda lebih baik dari sebelumnya. Sebabnya, semakin anda bersikap positif, semakin tinggilah hasrat seks suami terhadap anda.

3. Jaga berat ideal dan rawat diri

Ini penting untuk dipraktikkan kerana lelaki menmang menyukai bentuk tubuh wanita yang indah. Jangan biarkan masalah kelebihan atau kekurangan berat badan berlarutan apatah lagi jika suami anda sedang menghadapi masalah dingin seks. Cari penyelesaiannya. Jagalah kulit anda dengan rawatan teratur, selain menjaga organ intim anda.

4. Komunikasi

Jangan takut atau malu untuk berbicara masalah seks dengan suami sendiri. Ungkapkan keinginan seks anda dengannya. Berterus teranglah padanya, bahagian yang anda suka untuk dirangsang. Katakan sejujurnya.

5. Fantasi seks

Lakukan fantasi seks kerana fantasi ini mampu membuatkan hubungan seks menjadi lebih ghairah, menurut pakar seks Dr Victoria Zdrok, fantasi seksual terbukti berkait rapat dengan libido. Mereka yang berfantasi seks akan lebih mudah terangsang dan mudah mendapat kepuasan seksual. Hubungan seksual yang dilakukan juga akan selalu membara.

6. Jaga kesihatan

Tubuh yang sihat dan cergas tentunya akan memberi kesan kepada kualiti hubungan seksual anda. Pasangan anda tidak akan dapat menjaga ghairah seksnya jika anda asyik kurang sihat dan tidak bermaya. Jika tubuh anda sihat dan cergas, sudah tentu anda akan tampil cantik di hadapannya. Ini juga akan membantu membuatkan suami semakin bernafsu melihat anda.

7. Pelajari teknik seks

Pelajari teknik memuaskan suami anda di ranjang. Pelajari lebih jauh cara menstimulasi (merangsang) titik-titik sensitif seorang lelaki. Selain itu janganlah bersikap pasif sewaktu melakukan hubungan seks. Sesekali tidak salah jika anda pula yang bersikap ‘liar’.

Jika tiada respon, pertimbangkan pula beberapa perkara lain. Berapa umur suami sekarang? Lelaki juga akan mengalami peringkat putus nafsu, dipanggil 'andropause'. Simptom-simptomnya sama seperti wanita 'menopause'.

Teliti juga tahap kesihatan suami kebelakangan ini. Biasanya, lelaki yang berpenyakit lemah jantung dan diabetes kurang atau dingin nafsu. Yang lemah jantungnya amat khuatir jika jantungnya tak dapat 'terima' aktiviti 'lasak' seperti sebelum dia sakit. Yang kena diabetes pula terjejas fungsi alat kelaminnya, malah ada yang menderita ED dan mati pucuk. Ini semua amat membimbangkan dirinya sendiri dan takut sekali jika dia 'mengecewakan' isteri. Adakah suami mengalami tekanan perasaan di tempat kerja? Stress juga boleh menjejaskan keinginan untuk bersama.

Sila rujuk entry Pemakanan untuk kesihatan seksual untuk maklumat lanjut.

Dan jika isteri masih dalam katogeri yang masih memberahikan, mungkin lebih baik jika isteri berbincang dgn suami dari hati ke hati. Ajaklah suami berjumpa dengan pakar sakit TUAN, untuk kesejahteraan rumahtangga.

Semoga berjaya!

Butiran selanjutnya ...

Mitos hubungan seksual

Ramai yang tidak menyedari pelbagai mitos seksual yang terus mereka percayai akan menjejaskan hubungan intim.




WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.

Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.

Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.

Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?

mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks

Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.

mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia

Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.

mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid

Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.

mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan

Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.

mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar

Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.


MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.

mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali

Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.

mitos 7: Zakar besar bila beronani

Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.

mitos 8: Onani boleh mandul

Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina - hasil akhirnya adalah ejakulasi.

mitos 9: Seks berkait dengan etnik

Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.

mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme

Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

Sumber: Kosmo!

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mei 12, 2008

Suntikan vaksin tangani pneumokokus

Oleh Hafizah Iszahanid, hafiza@bharian.com.my


SUNTIKAN mencegah bakteria pneumokokus boleh diberi sebaik kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun.

Kuman pneumokokus mudah merebak kepada bayi melalui cecair yang dilepaskan ke udara seperti batuk atau bersin

BAGAIMANA anda menghadapi anak kecil yang diserang demam tetapi enggan makan dan tidur sepanjang hari? Bagaimana jika anak anda menunjukkan simptom meningitis (radang selaput otak), doktor terpaksa mengambil air tulang belakang anak anda untuk mengesahkan penyakit itu? Seperti biasa, sebagai ibu bapa kita menolak permintaan doktor terbabit.

Adakah anda tahu, sebenarnya anda membuat kesilapan yang sangat besar apabila menolak permintaan doktor untuk mengambil air tulang belakang anak anda?

Meningitis adalah satu daripada tiga komplikasi utama jika anak anda diserang kuman pneumokokus. Selain itu, komplikasi utama lain termasuk pneumonia, kuman dalam darah (bakteremia) dan jangkitan telinga tengah.

Pakar Perunding Kanak-Kanak (Penyakit Berjangkit), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan, Dr Mohd Suhaimi Abd Wahab, berkata penyakit pneumokokus memang banyak berlaku di Malaysia jika dibuat perbandingan dengan data antarabangsa.

Bagaimanapun, katanya data tempatan tidak banyak dilaporkan kerana penyiasatan mikrobiologi hanya dibuat pada sejumlah kes yang kecil.

“Selalunya jika ada jangkitan telinga tengah, ada sebilangan doktor tidak mahu mengambil sedikit contoh nanah dalam telinga untuk dikaji sama ada ia pneumokokos atau sebaliknya,” katanya.

Malah, jika ia membabitkan meningitis, mengambil sedikit air tulang belakang adalah cabaran paling hebat kerana kebanyakan ibu bapa atau datuk dan nenek membantah sekeras-kerasnya cadangan itu yang kononnya akan merencatkan mental anak mereka.

“Sebenarnya prosedur mengambil air tulang belakang tidak akan menyebabkan anak mengalami kecacatan atau merencatkan akal, sebaliknya masalah itu akan berlaku jika diagnosis dilengah-lengahkan terhadap anak disyaki meningitis yang menyebabkan keadaan itu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya bukan semua penyakit pneumokokos memerlukan air tulang belakang. Ia hanya terhad untuk mengesan kuman penyebab meningitis, ensephalitis dan beberapa penyakit urat saraf.

“Keengganan ibu bapa bekerjasama dan sikap doktor yang tidak membuat penyiasatan mikrobiologi menyebabkan Malaysia hanya mempunyai data yang terhad mengenai penyakit pneumokokus,” katanya.

Bagi seorang ibu kepada empat anak, Ritzzamoni Rosli, 30, pengalamannya berhadapan dengan anak yang diserang penyakit pneumokokus menyedarkannya betapa perhatian serius perlu diberi jika anak diserang demam.

Pengalaman itu dialami Ritzzamoni selepas anaknya berusia tiga bulan berhadapan dengan pneumonia selepas tidak mahu minum susu dan sukar bernafas.

“Dunia saya gelap dan saya bertanya diri sendiri mengapa saya terlalu cuai hingga anak saya terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dicucuk di sana sini hingga bil perubatan mencecah RM15,000,” katanya.

Anak bongsu Rittzamoni, Ros Aqidah Rosli disahkan diserang pneumonia oleh doktor selepas warna kulitnya bertukar pucat.

Sebelum itu, katanya Ros Aqidah tidak menunjukkan simptom lain seperti selesema atau demam. Dia hanya tidur berterusan selama empat jam, tidak mahu minum susu dan sukar bernafas.

Di ICU, Ros Aqidah bergantung pada alat bantuan pernafasan 100 peratus. Hati Ritzzamoni luluh melihat anak kecilnya disuntik dengan pelbagai ubat dan dicucuk di sana sini termasuk darahnya diambil. Dia tidak boleh buat berbuat apa-apa, apa yang boleh dilakukan hanya melihat dan berdoa anaknya cepat sembuh.

“Apabila Ros Aqidah sembuh, syukur saya tidak terhingga. Dulu, saya ingat sudah cukup sempurna sebagai ibu kerana ada tiga anak sebelum Ros Aqidah lahir, tetapi tidak. Saya cuai dan tidak tahu sudah lama vaksin menentang pneumokokus ada di pasaran. Jika dari dulu saya ambil vaksin itu, Ros Aqidah tidak perlu melalui pengalaman yang sebegitu getir,” katanya.

INFO: Kenali pneumokokus

  • Dikenali juga sebagai bakteria streptococus pneumoniae yang juga penyebab utama penyakit pneumokokus.

  • Ia merebak melalui cecair yang dilepaskan ke udara seperti batuk atau bersin.

  • Pneumokokus boleh menyebabkan meningitis, pneumonia, kuman dalam darah dan jangkitan telinga tengah.

  • Kanak-kanak yang berisiko diserang pneumokokus adalah mereka yang ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak, berusia bawah 24 bulan dan memiliki daya imun yang rendah.

  • Pneumokokus boleh dicegah dengan vaksin pneumokokus yang boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Ia tidak tersenarai dalam jadual imunisasi kebangsaan.

  • Bayi berusia tujuh hingga 11 bulan memerlukan dua dos sekurang-kurangnya dalam tempoh selang sebulan dengan dos ketiga pada tahun kedua usianya.

  • Bayi berusia dua hingga 23 bulan juga memerlukan dua dos berselang dua bulan manakala kanak-kanak berumur 24 bulan hingga sembilan tahun memerlukan hanya satu dos.
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Diagnosis/20080504123012/Article/index_html

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mei 09, 2008

Hadis: Isteri derhaka

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Isteri derhaka

Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang: “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata: “Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!” – Riwayat al-Bukhari

Huraian/Pengajaran Hadith:

1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu juga keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.

2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: “Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya.” - Riwayat Ibnu Hibban

3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.

4. Rasulullah bersabda: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.” - Riwayat Al Bazzar

Butiran selanjutnya ...

Bila kegiatan sulit suami terbongkar


Assalamualaikum warahmatullah,

Kali ini saya mahu kongsi secebis kisah benar yang rakan saya alami. Cuma nama asal suami isteri ini telah saya tukarkan untuk melindung privasi mereka.

Setelah mendirikan rumahtangga, Fenda menjadi terlalu cemburu terhadap suaminya. Walaupun suaminya sudah meninggalkan perangai ‘gila perempuan’nya, Fenda masih suka menjadi agen perisik yang memantau setiap gerak-geri Fendi. Pergi ke mana, dengan siapa, urusan apa, berapa belanja, siapa yang bersama, semuanya disiasat dengat teliti. Lengkap sudah penderitaan Fendi oleh perangai isterinya yang mengalahkan ejen CIA itu.

Saya sendiri yang tiada kena mengena dengan Fenda, pun berasa sedikit rimas dengan tingkah lakunya yang terlalu mengawasi Fendi. Kasihan, Fendi merasakan yang dia tidak boleh terbang bebas, asyik diikuti, diatur dan disiasat selang 30 minit sehari!

Bertahun-tahun Fendi memendam perasaan. Anak-anak mereka sudah bertambah ramai. Semakin sayang Fendi kepada Fenda dan anak-anaknya. Dia nekad mahu berubah dan melupakan kisah silamnya yang menyimpan skandal hitam. Mengapa Fenda masih meragui kesetiaannya?

Sanggup berjuang

Cinta isteri kepada suami memang tidak terkalah oleh apapun. Isteri sanggup berjuang dan berkorban untuk kebahagiaan suami. Tetapi satu saja yang isteri tak sanggup lakukan untuk suaminya, diduakan, dimadu dan dicurangi. Jadi siapapun wanita di dunia ini pasti berasa cemburu dan gelisah apabila suaminya berteman rapat dengan wanita lain.

Sebenarnya, tidak salah jika ada sikap sangsi atau cemburu pada suami sendiri. Ini kerana isteri ada hak ke atas suaminya. Tetapi sikap yang kurang elok ini hendaklah dikawal dan janganlah berlebihan, kerana jika tidak, hati yang ‘tenat’ mudah dicerobohi tiupan bisikan syaitan.

Pada suatu ketika isteri Rasulullah SAW, Aisyah r.a. menceritakan tentang sifat cemburunya terhadap baginda; “Pada suatu malam giliran Nabi s.a.w. di rumahku, beliau pulang ke rumah lalu menyimpan serbannya, melepaskan seliparnya dan meletakkan dekat kedua kakinya. Kemudian baginda membentangkan hujung kainnya di atas hamparan tilam lalu berbaring. Tidak lama selepas itu, setelah baginda merasa saya telah tidur, baginda mengambil serbannya, mengambil seliparnya dan keluar membuka pintu dan menutupnya kembali perlahan-lahan. Kemudian aku memakai tudung dan kain. Aku mengikutinya hingga ke Perkuburan Baqi. Baginda berdiri agak lama, mengangkat kedua tangannya tiga kali. Ketika baginda pulang, aku pun pulang. Baginda mempercepatkan langkahnya, aku pun demikian. Baginda melambatkan jalannya, aku pun ikut lambat, baginda berlari, aku juga berlari. Sehingga aku mendahuluinya masuk ke rumah. Aku pun segera berbaring.”

Baginda memerhatikan aku seraya bersabda (yang maksudnya), “Wahai Aisyah! Kenapa kamu termengah-mengah sampai perutmu mengembang mengempis? Aku menjawap: “Tidak ada apa-apa.” Baginda bersabda, “Sungguh kamu akan menceritakannya kepada aku atau Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui menceritakannya.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah demi bapa dan ibuku.” Kemudian aku menceritakannya. Baginda bersabda, “Jadi, kamukah yang aku lihat tadi?” Lalu baginda mendakapku erat-erat. Kemudian baginda bersabda, “Apakah kamu menganggap Allah dan Rasul-Nya akan menganiayamu?” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sentuhan kasih sayang

Kisah rumahtangga Rasululullah SAW ini menjadi pengajaran penting bagi suami dan isteri. Sedangkan Aisyah r.a. sanggup memata-matai RasulullahSAW, apatah lagi kita yang lemah imannya berbanding Ummahatul Mukminin ini. Mengapa RasulullahSAW terus mendakap Aisyah r.a. dengan penuh kasih sayang ketiak banginda tahu perbuatan Aisyah r.a. itu? Ini disebabkan hati wanita itu senang untuk dilembutkan, jika ia panas, sejukkannya dengan sentuhan kasih sayang. Jangan api yang marak itu disiram minyak, pasti terbakar hangus rumahtangga yang dibina.

Isteri pula mesti berterus-terang tentang punca kerisauan yang menghantuinya fikiran. Adakah luak perhatian suami kepada anda? Mungkin suami bertambah segak dan nampak muda daripadanya? Lalu bincangkan dan tanya pendapat suami tentang penampilan yang membuat dia tertarik kepada diri anda. Begitulah resamnya perhubungan suami isteri, ada cinta pasti hadir cemburu.

Ada juga isteri yang tak kisah tentang kisah silam suami. Berbahaya juga bila anda tidak sensitif lansung dengan perilaku suami anda di luar rumah. Lelaki tetap lelaki! Ada yang pandai menyimpan belangnya sampai ke mati. Sudah terlalu banyak kisah lelaki yang meninggal dunia dan isterinya yang sah baru tahu bahawa suaminya itu ada isteri lain. Hebat sungguh sandiwara yang dilakonkan suaminya selama hayatnya dikandung badan.

Bagi seorang isteri yang emosional, kecemburuan itu agaknya lebih ketara dibandingkan sang suami yang banyak bertindak secara rasional. Tetapi memang patut dan baik bagi isteri-isteri untuk bersikap waspada terhadap tindak-tanduk suami mereka, kerana wanita-wanita di luar sana mungkin meminati suami anda. Jika anda mempunyai suami yang memiliki karakter yang memikat, karisma, kaya dan bergaya, terkenal, baik hati dan ciri-ciri hebat yang lain, maka berhati-hatilah! Mungkin peminat-peminat suami anda berani mengajak untuk bermadu dengan suka dan rela hati.

Tips untuk mengenali suami curang:

1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.

2. Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan!

3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen, suami akan bermasam muka.

4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.

5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan 'kekasih gelap'nya, jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.

6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat, ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong bersama 'kekasih gelap'nya!

7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda? Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.

8. Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah. Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan 'kekasih gelap'nya! Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”

10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.

Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:

1. Talipon gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya, semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum, tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.

2. Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.

3. Ambil peduli siapa teman-teman rapatnya. Sekali-sekala, apa kata anda hubungi teman rapatnya. Tiada salahnya jika anda inginkan kepastian teman-teman suami anda bukanlah dikalangan orang-orang yang boleh ‘merosakkan’ suami anda kerana pepatah Arab ada menyatakan: “Jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikuti temannya.”

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Teman-teman yang akrab pada hari itu (akhirat), sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67).

4. Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.

Adakah anda seorang isteri yang terobses oleh suami anda? Jika anda tidak risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami, anda berdua akan kekal bahagia selamanya, insya Allah!




Sumber: Dr Juanda & Internet yang telah diolah semula.

Butiran selanjutnya ...

Hadis: Bagaimana Ilmu Agama Ditarik

Kategori : AKIDAH Akhlak

Hadis :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.” (al-Bukhari)

Huraian:
Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu.
Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama’ yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama’ adalah mereka yang menguasai dengan “ahli” banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama’ semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama’. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.

Sumber: JAKIM

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Mei 07, 2008

Lanjutan adab bersenggama - 'afterplay'



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, dalam sibuk mengejar dateline report yang berlonggok-longgok di meja, sempat juga mencari bahan dan menghasilkan entry yang rasanya memang elok sekali untuk dijadikan panduan suami isteri.

Sebenarnya saya terpanggil untuk berkongsi posting ini kerana sehari sebelumnya salah seorang ahli grup kami telah ter'ulas' sesuatu yang tak pernah saya jangka akan keluar posting dari padanya. Lantas saya mengusik, "Hemm.. musim mengawan agaknya." Namun, tiada respon dari empunya 'ulasan'. Perhaps betullah terkaan saya, diam tandanya setuju, mungkin, atau beliau malu agaknya...

Yang di'ulas' ada kait mengait dengan aktiviti 'afterplay' oleh pasangan suami isteri. Semalaman saya memikirkan tentang yang dikatakannya dan berusaha mencari bahan bacaan untuk tatapan semua. Semoga jadi panduan yang berguna, insya Allah.

Ya, seringkali pasangan suami isteri lebih menekankan apa yang harus dilakukan sebelum memulakan hubungan intim. Pakaian seksi, pemanasan, aromaterapi untuk kamar tidur yang mampu membangkitkan perasaan, cerita romantik dan sebagainya menjadi agenda yang bermain di minda kerana bagi mereka inilah yang merangsang perhubungan seksual. Malah perkara ini juga sering disarankan oleh pakar seksologi mahupun kaunselor perkahwinan.

Dalam pada itu, apa yang harus dilakukan setelah selesai hubungan seks, langsung diabaikan, walaupun ia sebenarnya amat penting dalam memastikan keintiman sesebuah perhubungan suami isteri. Selalu terjadi sebaik selesai bersama pasangan, sama ada suami mahupun isteri akan terus tertidur. Tidak kurang juga ada yang bangkit menonton televisyen dan meninggalkan pasangan mereka sendirian di ranjang. Seolah-olah tidak memperdulikan pasangan setelah mendapat kepuasan seksual yang dikehendaki.

Seharusnya ini tidak boleh berlaku sama sekali! Kemesraan yang berlangsungan semasa pemanasan harus diteruskan sehinggalah aktiviti suami isteri ini selesai dan kepuasan diperolehi. Kemesraan yang hadir ketika inilah mampu membangkitkan perasaan cinta yang ikhlas terhadap pasangan.

Keenganan bermesra setelah perhubungan seks ini kerap berlaku buat pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Biasanya oleh pasangan lelaki. Setelah lama hidup bersama, kemesraan setelah perhubungan seks dianggap tidak lagi penting sedangkan pasangan masih berkehendakkannya. Sekiranya ada kalangan anda terlupa ataupun tidak tahu apa yang harus dilakukan bersama pasangan selepas bercinta, kali ini disertakan beberapa panduan agar acara selepas seks tetap hangat dan membahagiakan.

Isteri umpama ladang

Dalam surah An-Nissa' ayat 19, “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Ayat ini menjelaskan suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal berhubungan intim. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, seorang suami dianjurkan mencampuri isterinya bila-bila waktu sahaja. Apabila seseorang suami telah melepaskan hajat syahwatnya, janganlah ia tergesa-gesa bangkit hingga isterinya melepaskan hajatnya juga. Ini bermakna, dalam melakukan perhubungan intim, suami dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia mencapai nikmatnya dan merasa puas. Dengan cara ini terbukti dapat melangsungkan keharmonian dan kasih sayang antara kedua-duanya dan tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara suami isteri yang boleh membawa kepada kemurungan dan gangguan emosi. Jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan keretakan rumahtangga dan sebagainya.

Tahukah anda, disfungsi seksual suami seperti ED atau pancutan air mani terlalu awal boleh melemahkan fungsi seksual wanita lalu menghadkan nikmat dan kepuasan seksual isteri. Isteri yang pasangannya menderita masalah ED didapati mempunyai tahap libido yang rendah, kurang bernafsu, menghadapi kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan. Mereka akan merasakan sesuatu hubungan intim itu satu hubungan yang menjengkelkan kerana pasangan biasanya akan ‘terkulai layu’ atau terus tertidur dan tidak memperdulikan isteri yang masih terkapai-kapai. Jangan biarkan isteri beranggapan atau memandang hubungan seks sebagai sesuatu yang hambar dan menjengkilkan. Jangan jadi suami yang hanya mementingkan kepuasan diri sendiri! Perlu diingatkan, acara ‘afterplay’ dapat membantu melegakan ketegangan yang dialami isteri.

Firman Allah maksudnya: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya.” Al-Baqarah, ayat 223.

Sesuai dengan firman Allah di atas, adalah menjadi tugas dan tanggungjawap suami kepada isterinya itu diumpamakan sebagai tugas dan tanggungjawap seorang peladang iaitu membajak, menggembur, menyemai benih, merumput, membaja dan menyiram ladangnya. Seorang peladang yang bijaksana tidak akan berhenti di proses menyemai benih sahaja. Peladang yang ingin berjaya akan terus berbakti pada ladangnya dengan merumput, membaja dan menyiram. Suami yang bijaksana dan bertimbangrasa wajib berperanan seperti seorang peladang juga.

Dalam melakukan perhubungan intim atau jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa berjimak bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan pasangan.

Walaupun acaranya mengambil masa selama satu minit sekalipun, jika kepuasan dapat dinikmati oleh kedua-dua suami isteri berkenaan, maka tujuan jimak telahpun tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahul’alam.

Hangatkan hubungan emosi

Apa yang anda lakukan setelah berhubungan seks dengan pasangan? Pergi membersihkan diri, bermesraan atau pergi meninggalkan pasangan anda? Menurut para pakar seksual, aktiviti selepas hubungan seks atau ‘afterplay’ itu tudak kurang pentingnya dengan perhubungan seks itu sendiri. ‘Afterplay’ adalah aktiviti yang sangat penting untuk membangkitkan rasa intim/dekat antara pasangan.

Ada beberapa aktiviti yang sangat baik diterapkan Setelah berhubungan seks. Antaranya adalah berpelukan, bercanda, bermanja-manja dan berkomunikasi ringan dengan pasangan. Di antara empat aktiviti tersebut, berpelukan mesra selepas selesai hubungan seks dinilai oleh pakar sangat baik untuk dipraktikkan. Ia dikatakan mampu menghangatkan hubungan emosi anda dengan pasangan.

Menurut hasil kajian yang dilakukan, pasangan suami isteri selalunya tidak mengendahkan hal dakapan ini. Hanya sedikit saja pasangan yang melakukan ‘afterplay’. Sebahagian kecil saja memilih untuk berpelukan Setelah selesai bersama. Dalam kajian ini juga, responden yang berdakapan mesra dan membelai pasangan Setelah selesai berhubungan intim nyata mempunyai hubungan yang lebih erat dan stabil dibandingkan dengan pasangan yang tidak mengendahkan kegiatan ‘afterplay’.

Oleh itu sekiranya anda ingin meningkatkan lagi perhubungan dengan pasangan, janganlah terburu-buru meninggalkan pasangan Setelah selesai acara seks. Peluklah pasangan nada dan kucuplah dia dengan mesra. Dengan cara ini, pasangan anda akan berasa dirinya diberi perhatian dan dicintai sepenuh hati.

Tips:

Bagi mengeratkan lagi kasih sayang, tak salah jika anda mengajak pasangan mandi bersama. Setelah berpeluh dan berhabisan tenaga ketika aktiviti seks, mandi bersama akan menjadi aktiviti yang merehatkan. Tidak mustahil juga kegiatan ini akan mengundang seks untuk pusingan kedua!

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a.: “Suatu hari aku mandi bersama Rasulullah SAW dari satu wadah. Aku dan baginda saling mendahului dan bersilang tangan mengambil air, baginda menggeletekku sehingga aku berkata: Tinggalkan aku, tinggalkan aku, sesungguhnya kami berdua berhimpitan.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Semoga bermanafaat!

Jom jalan-jalan ke sini! Buckle up! UpGrade yrself at SERiPERSONA




Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Tatacara pernikahan dlm Islam: Malam pertama dan adab bersenggama


Malam Pertama Dan Adab Bersenggama

Saat pertama kali pengantin lelaki menemui isterinya setelah aqad nikah, dianjurkan melakukan beberapa hal, sebagai berikut:

Pertama: Pengantin lelaki hendaknya meletakkan tangannya pada ubun-ubun isterinya seraya mendo’akan baginya. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, mafhumnya:

“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang hamba maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘basmalah’ serta do’akanlah dengan do’a berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan tabiat yang ia bawa.’” [1]

Kedua: Hendaknya ia mengerjakan solat sunat dua raka’at bersama isterinya.

Syaikh al-Albani rahimahullaah berkata: “Hal itu telah ada sandarannya dari ulama Salaf (Shahabat dan Tabi’in).

1. Hadits dari Abu Sa’id maula (hamba yang telah dimerdekakan) Abu Usaid.
Ia berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang hamba. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Shahabat Nabi, di antaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah radhiyallaahu ‘anhum. Lalu tibalah waktu solat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami solat. Tetapi mereka berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata: ‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun ke depan mengimami mereka solat. Ketika itu aku masih seorang hamba. Selanjutnya mereka mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua raka’at. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua...!’”[2]

2. Hadits dari Abu Waail.
Ia berkata, “Seseorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khawatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua raka’at di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdo’alah):

“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepadaku dan isteriku, serta berkatilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.” [3]

Ketiga: Bercumbu rayu dengan penuh kelembutan dan kemesraan. Misalnya dengan memberinya segelas air minum atau yang lainnya.

Hal ini berdasarkan hadits Asma’ binti Yazid binti as-Sakan radhiyallaahu ‘anha, ia berkata: “Saya menyolek ‘Aisyah untuk Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Setelah itu saya datang dan saya panggil baginda supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Baginda pun datang lalu duduk di samping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersamanya segelas susu. Setelah beliau minum, gelas itu beliau mempelawa kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazid berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” [4]

Keempat: Berdo’a sebelum jima’ (bersenggama), yaitu ketika seorang suami hendak menggauli isterinya, hendaklah ia membaca do’a:

“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami.”

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, niscaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.” [5]

Kelima: Suami boleh menggauli isterinya dengan cara bagaimana pun yang disukainya asalkan pada kemaluannya.

Allah Ta’ala berfirman,mafhumnya:

"Artinya : Isteri-Isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu bila saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu (kelak) akan menemui-Nya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman.” [Al-Baqarah : 223]

Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma berkata, “Pernah suatu ketika ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallaahu ‘anhu datang kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu ia berkata, ‘Wahai Rasulullah, celaka saya.’ Beliau bertanya, ‘Apa yang membuatmu celaka?’ ‘Umar menjawab, ‘Saya membalikkan pelana saya tadi malam.’ [6] Dan beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak memberikan komentar apa pun, hingga turunlah ayat kepada beliau:

"Isteri-Isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu kapan saja dengan cara yang kamu sukai...” [Al-Baqarah : 223]

Lalu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,mafhumnya:

"Setubuhilah isterimu dari arah depan atau dari arah belakang, tetapi hindarilah (jangan engkau menyetubuhinya) di dubur dan ketika sedang haidh". [7]

Juga berdasarkan sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam,mafhumnya:

"Silakan menggaulinya dari arah depan atau dari belakang asalkan pada kemaluannya".[8]

Seorang Suami Dianjurkan Mencampuri Isterinya Bila Waktu Saja
• Apabila suami telah melepaskan hajat syahwatnya, janganlah ia tergesa-gesa bangkit hingga isterinya melepaskan hajatnya juga. Sebab dengan cara seperti itu terbukti dapat melangsungkan keharmonian dan kasih sayang antara kedua-duanya. Apabila suami mampu dan ingin mengulangi jima’ sekali lagi, maka hendaknya ia berwudhu’ terlebih dahulu.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,mafhumnya:

"Jika seseorang diantara kalian menggauli isterinya kemudian ingin mengulanginya lagi, maka hendaklah ia berwudhu’ terlebih dahulu.” [9]

• Yang afdhal (lebih utama) adalah mandi terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan hadits dari Abu Rafi' radhi-yallaahu ‘anhu bahwasanya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah menggilir isteri-isterinya dalam satu malam. Beliau mandi di rumah fulanah dan rumah fulanah. Abu Rafi' berkata, “Wahai Rasulullah, mengapa tidak dengan sekali mandi saja?” Beliau menjawab.


"Ini lebih bersih, lebih baik dan lebih suci.” [10]

• Seorang suami dibolehkan jima’ (mencampuri) isterinya bila waktu saja yang dia kehendaki; pagi, siang, atau malam. Bahkan, apabila seorang suami melihat wanita yang mengagumkannya, hendaknya ia mendatangi isterinya. Hal ini berdasarkan riwayat bahawasanya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melihat wanita yang mengagumkan beliau. Kemudian beliau mendatangi isterinya -yaitu Zainab radhiyallaahu ‘anha- yang sedang membuat adunan roti. Lalu beliau melakukan hajatnya (berjima’ dengan isterinya). Kemudian beliau bersabda,mafhumnya

"Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan. [11] Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya.” [12]

Imam an-Nawawi rahimahullaah berkata : “ Dianjurkan bagi siapa yang melihat wanita hingga syahwatnya tergerak agar segera mendatangi isterinya - atau hamba perempuan yang dimilikinya -kemudian menggaulinya untuk meredakan syahwatnya juga agar jiwanya menjadi tenang.” [13]

Akan tetapi, ketahuilah saudara yang budiman, bahawasanya menahan pandangan itu wajib hukumnya, karena hadits tersebut berkenaan dan berlaku untuk pandangan secara tiba-tiba.

Allah Ta’ala berfirman,mafhumnya:

"“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” .[An-Nuur : 30]

Dari Abu Buraidah, dari ayahnya radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ‘Ali,mafhumnya :

"Wahai ‘Ali, janganlah engkau mengikuti satu pandangan pandangan lainnya kerana yang pertama untukmu dan yang kedua bukan untukmu”. [14]

• Haram menyetubuhi isteri pada duburnya dan haram menyetubuhi isteri ketika ia sedang haidh/ nifas.

Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

"Artinya : Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haidh. Katakanlah, ‘Itu adalah sesuatu yang kotor.’ Karena itu jauhilah [15] isteri pada waktu haidh; dan janganlah kamu dekati sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka sesuai dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh, Allah menyukai orang yang bertaubat dan mensucikan diri.” [Al-Baqarah : 222]

Juga sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam,mafhumnya:

"Barangsiapa yang menggauli isterinya yang sedang haidh, atau menggaulinya pada duburnya, atau mendatangi dukun, maka ia telah kafir terhadap ajaran yang telah diturunkan kepada Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam.” [16]

Juga sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam:


"Dilaknat orang yang menyetubuhi isterinya pada duburnya.” [17]

• Kaffarat bagi suami yang menggauli isterinya yang sedang haidh.
Syaikh al-Albani rahimahullaah berkata, “Barangsiapa yang dikalahkan oleh hawa nafsunya lalu menyetubuhi isterinya yang sedang haidh sebelum suci dari haidhnya, maka ia harus bersedekah dengan setengah pound emas Inggeris, kurang lebihnya atau seperempatnya. Hal ini berdasarkan hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhu dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam tentang orang yang menggauli isterinya yang sedang haidh. Lalu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

"Hendaklah ia bersedekah dengan satu dinar atau setengah dinar.’”[18]

• Apabila seorang suami ingin bercumbu dengan isterinya yang sedang haidh, ia boleh bercumbu dengannya selain pada kemaluannya.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

"Lakukanlah apa saja kecuali nikah (jima'/ bersetubuh).” [19]

• Apabila suami atau isteri ingin makan atau tidur setelah jima’ (bercampur), hendaklah ia mencuci kemaluannya dan berwudhu' terlebih dahulu, serta mencuci kedua tangannya.

Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha bahwasanya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,mafhumnya:

“Apabila beliau hendak tidur dalam keadaan junub, maka beliau berwudhu' seperti wudhu' untuk solat. Dan apabila beliau hendak makan atau minum dalam keadaan junub, maka beliau mencuci kedua tangannya kemudian beliau makan dan minum.” [20]

Dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha, dia berkata,

"Apabila Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur dalam keadaan junub, beliau mencuci kemaluannya dan berwudhu’ (seperti wudhu') untuk solat.” [21]

• Sebaiknya tidak bersenggama dalam keadaan sangat lapar atau dalam keadaan sangat kenyang, karena dapat membahayakan kesihatan.

• Suami isteri dibolehkan mandi bersama dalam satu tempat, dan suami isteri dibolehkan saling melihat aurat masing-masing.

Adapun riwayat dari ‘Aisyah yang mengatakan bahwa ‘Aisyah tidak pernah melihat aurat Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah riwayat yang bathil, kerana di dalam sanadnya ada seorang pendusta. [22]

• Haram hukumnya menyebarkan rahsia rumahtangga dan hubungan suami isteri.

Setiap suami mahupun isteri dilarang menyebarkan rahsia rumah tangga dan rahsia ranjang mereka. Hal ini dilarang oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Bahkan, orang yang menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri adalah orang yang paling hina kedudukannya di sisi Allah.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya manusia yang paling hina kedudukannya pada hari kiamat adalah laki-laki yang bersenggama dengan isterinya dan wanita yang bersenggama dengan suaminya kemudian ia menyebarkan rahsia isterinya.” [23]

Dalam hadits lain yang shahih, disebutkan bahawa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan kalian lakukan (menceritakan hubungan suami isteri). Perumpamaannya seperti syaitan laki-laki yang berjumpa dengan syaitan perempuan di jalan lalu ia menyetubuhinya (di tengah jalan) dilihat oleh orang banyak…” [24]

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullaah berkata, “Apa yang dilakukan sebahagian wanita berupa menceritakan masalah rumahtangga dan kehidupan suami isteri kepada kaum kerabat atau kawan adalah perkara yang diharamkan. Tidak halal seorang isteri menyebarkan rahsia rumahtangga atau keadaannya bersama suaminya kepada seseorang.
Allah Ta’ala berfirman:

"Artinya : “Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka).” [An-Nisaa' : 34]

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengkhabarkan bahawa manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat adalah laki-laki yang bersenggama dengan isterinya dan wanita yang bersenggama dengan suaminya, kemudian ia menyebarkan rahsia pasangannya". [25]

[Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cetakan Ke II Dzul Qa'dah 1427H/Disember 2006]
__________
Foote Note
[1]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2160), Ibnu Majah (no. 1918), al-Hakim (II/185) dan ia menshahihkannya, juga al-Baihaqi (VII/148), dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat Adabuz Zifaf (hal. 92-93)
[2]. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (X/159, no. 30230 dan ‘Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf (VI/191-192).
Lihat Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah (hal. 94-97), cet. Darus Salam, th. 1423 H.
[3]. Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf (VI/191, no. 10460, 10461).
[4]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ahmad (VI/438, 452, 453, 458). Lihat Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah (hal. 91-92), cet. Darus Salam, th. 1423 H.
[5]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 141, 3271, 3283, 5165), Muslim (no. 1434), Abu Dawud (no. 2161), at-Tirmidzi (no. 1092), ad-Darimi (II/145), Ibnu Majah (no. 1919), an-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisaa' (no. 144, 145), Ahmad (I/216, 217, 220, 243, 283, 286) dan lainnya, dari ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma.
[6]. Pelana adalah kata kiasan untuk isteri. Yang dimaksud ‘Umar bin al-Khaththab adalah menyetubuhi isteri pada kemaluannya tetapi dari arah belakang. Hal ini karena menurut kebiasaan, suami yang menyetubuhi isterinya berada di atas, yaitu menunggangi isterinya dari arah depan. Jadi, karena ‘Umar menunggangi isterinya dari arah belakang, maka dia menggunakan kiasan “membalik pelana”. (Lihat an-Nihayah fii Ghariibil Hadiits (II/209))
[7]. Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Ahmad (I/297), an-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisaa' (no. 91) dan dalam Tafsiir an-Nasa-i (I/256, no. 60), at-Tirmidzi (no. 2980), Ibnu Hibban (no. 1721-al-Mawarid) dan (no. 4190-Ta’liiqatul Hisaan ‘ala Shahiih Ibni Hibban), ath-Thabrani dalam Mu’jamul Kabir (no. 12317) dan al-Baihaqi (VII/198). At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan.” Hadits ini dishahihkan oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fat-hul Baari (VIII/291).
[8]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh ath-Thahawi dalam Syarah Ma’anil Aatsaar (III/41) dan al-Baihaqi (VII/195). Asalnya hadits ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no. 4528), Muslim (no. 1435) dan lainnya, dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat al-Insyirah fii Adabin Nikah (hal. 48) oleh Abu Ishaq al-Huwaini.
[9]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (308 (27)) dan Ahmad (III/28), dari Shahabat Abu Sa’id al-Khudri radhiyallaahu ‘anhu.
[10]. Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 219), an-Nasa-i dalam Isyratun Nisaa' (no. 149), dan yang lainnya. Lihat Shahih Sunan Abi Dawud (no. 216) dan Adabuz Zifaf (hal. 107-108).
[11]. Maksudnya isyarat dalam mengajak kepada hawa nafsu.
[12]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1403), at-Tirmidzi (no. 1158), Adu Dawud (no. 2151), al-Baihaqi (VII/90), Ahmad (III/330, 341, 348, 395) dan lafazh ini miliknya, dari Shahabat Jabir bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (I/470-471).
[13]. Syarah Shahiih Muslim (IX/178).
[14]. Hadits hasan: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2777) dan Abu Dawud (no. 2149).
[15]. Jangan bercampur dengan isteri pada waktu haidh.
[16]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 3904), at-Tirmidzi (no. 135), Ibnu Majah (no. 639), ad-Darimi (I/259), Ahmad (II/408, 476), al-Baihaqi (VII/198), an-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisaa' (no. 130, 131), dari Sahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.
[17]. Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Ibnu Adi dari ‘Uqbah bin ‘Amr dan dikuatkan dengan hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2162) dan Ahmad (II/444 dan 479). Lihat Adaabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah (hal. 105).
[18]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 264), an-Nasa-i (I/153), at-Tirmidzi (no. 136), Ibnu Majah (no. 640), Ahmad (I/172), dishahihkan oleh al-Hakim (I/172) dan disetujui oleh Imam adz-Dzahabi. Lihat Adabuz Zifaf (hal. 122)
[19]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 302), Abu Dawud (no. 257), dari Shahabat Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Adabuz Zifaf (hal. 123).
[20]. Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 222, 223), an-Nasa-i (I/139), Ibnu Majah (no. 584, 593) dan Ahmad (VI/102-103, dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (no. 390) dan Shahiihul Jaami’ (no. 4659).
[21]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 288), Muslim (no. 306 (25)), Abu Dawud (no. 221), an-Nasa-i (I/140). Lihat Shahiihul Jaami’ (no. 4660).
[22]. Lihat Adabuz Zifaf hal. 109.
[23]. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (no. 17732), Muslim (no. 1437), Abu Dawud (no. 4870), Ahmad (III/69) dan lainnya. Hadits ini ada kelemahannya karena dalam sanadnya ada seorang rawi yang lemah bernama ‘Umar bin Hamzah al-‘Amry. Rawi ini dilemahkan oleh Yahya bin Ma’in dan an-Nasa-i. Imam Ahmad berkata tentangnya, “Hadits-haditsnya munkar.” Lihat kitab Mizanul I’tidal (III/192), juga Adabuz Zifaf (hal. 142). Makna hadits ini semakna dengan hadits-hadits lain yang shahih yang melarang menceritakan rahasia hubungan suami isteri.
[24]. Diriwayatkan oleh Ahmad (VI/456-457).
[25]. Fataawaa al-Islaamiyyah (III/211-212).

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Mei 04, 2008

Susu ibu tidak ternilai

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 233, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi.

WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

Sumber: Sabah.Org

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mei 02, 2008

Bersedekah hendaklah barang yang terbaik

Sayyid Qutub berkata: “Ayat-ayat yang lepas telah menjelaskan asas amalan sedekah dan di atas asas-asas inilah ditegakkan amalan sedekah dan dari asas-asas inilah terbitnya amalan sedekah. Asas-asas inilah yang menghendaki agar pemberian sedekah itu dilakukan dengan harta yang paling baik.

“Ia tidak seharusnya dilakukan dengan harta yang kurang mutunya atau harta yang tidak baik yang tidak disukai oleh tuan punya sendiri. Andainya harta yang tidak baik ini dikemukakan kepadanya dalam satu akad jual beli tentulah dia tidak mahu menerimanya kecuali dengan menurunkan harganya. Allah SWT adalah Maha Kaya dari menerima harta sedekah yang tidak baik dan buruk”.

Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

Ibnu Jauzi mengatakan, sebab turun ayat ini ada dua pendapat:

Pertama: Golongan Ansar mula mendapat hasil tanaman buah kurma yang lebih nescaya ia membawa ke masjid dan menggantungkannya supaya dimakan oleh orang fakir Muhajirin sehingga turunnya ayat ini seperti pendapat al-Bara’ bin ‘Azib.

Kedua: Bahawa Nabi perintah dengan zakat fitrah, tiba-tiba datang lelaki dengan tamar yang buruk lantas turunnya ayat ini. Inilah pendapat Jabir bin Abdillah.

Maksud nafkah di sini terbahagi kepada dua pendapat:

Pertama: Sedekah yang wajib seperti kata Ubaidah al-Salmani.

Kedua: Sedekah yang sunat.

Adapun berkenaan dengan maksud baik dengan dua pendapat:

Pertama: Yang baik pada lagi bernilai seperti pendapat Ibn Abbas.

Kedua: Yang halal seperti pendapat Abu Ma’qal.

Ibnu Kathir berkata: “Allah SWT perintahkan hamba-hambanya beriman supaya berinfak. Dimaksudkan di sini ialah dengan bersedekah daripada harta yang diusahakan atau buah-buahan dan tanaman dengan memilih yang terbaik kerana Allah tidak terima kecuali yang baik”.

Sayyid Qutub berkata, ia adalah satu seruan umum kepada orang-orang yang beriman di setiap zaman dan dalam setiap generasi. Ia meliputi segala harta kekayaannya yang dapat dicapai oleh daya tenaga; ia meliputi segala hasil pendapatannya dari pencarian yang halal dan baik.

“Ia meliputi segala hasil bumi yang dikeluarkan Allah untuk mereka seperti hasil-hasil pertanian dan bukan pertanian termasuk logam-logam dan minyak petrol. Oleh sebab itulah nas ini meliputi segala jenis harta sama ada harta yang diketahui di zaman Rasulullah atau harta yang baru diketahui (selepas zaman baginda).

“Nas ini tetap meliputi dan merangkumi segala jenis harta, tiada satu harta yang baru ditemui di mana-mana zaman terlepas dari nas ini. Semuanya diwajibkan zakat mengikut nas ini. Adapun kadar-kadar zakat (yang wajib dikeluarkan) maka ia telah dijelaskan oleh al-Sunnah berdasarkan jenis-jenis harta yang terkenal di zaman itu dan di atas kadar-kadar dan dengan jenis-jenis harta inilah diqiaskan dan dihubungkan jenis-jenis harta yang lain yang baru ditemui,” katanya.

Ada beberapa riwayat mengenai sebab diturunkan ayat ini dan tidak mengapa disebutkan di sini untuk menghadirkan hakikat kehidupannya yang dihadapi oleh al-Quran (di zaman itu) dan hakikat usaha yang dicurahkan oleh al-Quran untuk mendidik dan mengangkatkan jiwa manusia ke tahapnya yang wajar.

Ibn Jarir meriwayatkan dengan isnadnya daripada al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya: “(Ayat ini) diturunkan kerana orang-orang Ansar. Dahulu kebiasaan orang-orang Ansar apabila tiba masa memotong buah-buah kurma mereka mengeluarkan dari kebun-kebun mereka tamar-tamar muda yang belum masak lalu mereka gantungkannya di atas tali yang direntangkan di antara dua tiang di masjid Rasulullah SAW.

“Kemudian dimakan oleh orang-orang Muhajirin yang miskin, tetapi ada seorang lelaki sengaja memilih buah-buah tamar yang paling rendah mutunya lalu dimasukkannya bersama tandan tamar yang muda itu dengan anggapan harus membuat begitu”.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya.

Sayyid Qutub berkata: “Begitu juga hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bara’ dan katanya: Hadis ini adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari dan Muslim, tetapi keduanya tidak mengeluarkan hadis ini.

Ibn Abi Hatim pula meriwayatkan hadis ini dengan isnadnya dari satu saluran yang lain daripada Al-Bara’ r.a katanya: “Ayat ini diturunkan kerana kami, kami adalah tuan-tuan kebun kurma. Setiap orang membawa (mengeluarkan) buah kurmanya (untuk sedekah) mengikut banyak atau sedikitnya. Ia membawa dengan tandanya sekali lalu digantungkannya di dalam masjid. Pada masa itu ahli-ahli al-Suffah tidak mempunyai makanan.

“Apabila seseorang dari mereka merasa lapar dia datang ke tempat itu dan memukul tandan itu dengan tongkatnya lalu gugurlah buah-buah tamar muda dan tamar yang masak dan ia pun memakannya. Di waktu itu ada orang dari kalangan mereka yang tidak suka membuat kebajikan membawa tandan buah-buah tamar yang paling baik dan buah-buah tamar yang rendah mutunya. Ia membawa tandan tamar yang telah patah lalu digantungkannya (di dalam masjid) oleh itu turunlah ayat”.

Firman Allah SWT: Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan kamu menurunkan harganya.

Al-Bara’ berkata: “Jika seseorang dari kamu dihadiahkan dengan buah kurma seperti yang diberikannya itu tentulah dia tidak akan menerimanya kecuali kerana mengambil mudah atau kerana malu. Selepas itu setiap orang dari kami membawa buah tamar yang baik yang ada padanya”.

Firman Allah SWT: Dan Ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Al-Maghari berkata: “Ketahuilah sesungguhnya Allah kaya dan tidak perlu kepada infak kamu. Tetapi ia memerintahkan kamu dengannya bagi manfaat kamu sendiri. Justeru jangan kamu mendekatkan sedekah kamu kepadanya dengan apa yang tidak diterima daripada keburukan kerana ia adalah yang berhak bagi segala kepujian atas kesempurnaan nikmatnya”.

Sumber: Utusan 02/05/2008

Butiran selanjutnya ...

Hadis: Kewajipan Membayar Mas Kahwin

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.” (Hadis Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim)

Huraian/Pengajaran Hadis:

1. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

2. Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.

3. Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails