“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Mei 29, 2012

Ramalan kalkulator cinta



Assalamualaikum warahmatullah,

Pernahkah anda melayari laman sesawang yang memaparkan tentang kalkulator cinta? Anda hanya taipkan nama anda dan suami, kemudian tunggu beberapa saat, jawapan yang diberi oleh kalkulator cinta itu memang karut.

Walaupun ia hanya sekadar ramalan cinta, tetapi terasa juga hendak tahu, kononnya mahu muhasabah diri. Jika tidak elok ramalannya, boleh dipetulkan sikap pada suami. Tapi kalau elok pula jangan langsung tidak mahu muhasabah diri kononnya diri sudah bagus, rupa-rupanya anda tertipu.

Sebenarnya tidak perlu merujuk kepada ramalan jika mahu membetulkan amalan, ikhlaskanlah niat kepada Allah untuk berubah menjadi isteri yang solehah. Malangnya ada isteri yang percaya 100% pada paparan skrin ramalan itu, kalau dikatakan bahawa suami sedang bercinta dengan wanita lain, terus saja dia bersetuju percaya dan membenarkan tanpa usul periksa. Bahaya sungguh mempercayai kalkulator karut sebegini, boleh menimbulkan perang besar yang akan menggoncang rumahtangga anda.

Sikap mempercayai ramalan amat ditegah oleh agama, seolah-olah kita lebih mengtahui apa-apa yang di sisi Allah SWT padahal firman-Nya telah menegaskan, “Ðan pada sisi Allah-lah kunci-kunci segala yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Ðia, dan Ðia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Ðia mengetahui dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu basah atau yang kering melainkan tertulis di dalam kitab yang nyata.” (Surah al-An’am ayat 59)

Rasulullah SAW memperingatkan umatnya supaya menjauhi para peramal nasib jika tidak akan tergadai keimanan kita, sebagaimana sabdanya yang bermaksud, “Sesiapa yang mendatangi peramal lalu mempercayai apa yang diramalkan, maka telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ðua azimat cinta

Tanpa ramalan hidup anda jauh dari perasaan was-was, takut dan gelisah. Suami tak akan mempercayai cakap-cakap karut tentang isterinya kerana dia beriman kepada Allah. Isteri pula menyerahkan segala nasibnya kepada Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

Manusia hanya disuruh untuk merancang dan beramal, biarlah yang menentukan hanya Allah Yang Maha Kuasa.

Oleh itu tidak harian kita melihat suami yang beristei cantik, kaya dan bergelar pun maish mencari isteri kedua, ketiga dan keempat. Kalkulator cinta mana yang boleh menghitung tentang kekurangan wanita sebegini?

Nasib rumahtangga kita bergantung kepada ikhtiar dan doa yang ikhlas tanpa sesekali menafikan kuasa Allah SWT. Terkadang pada pandangan manusia sesebuah perkahwinan tidak mungkin diselamatkan lagi tapi kuasa Allah SWT merubah segalanya menjadi elok.

Begitu juga perkahwinan yang bahagia pada mulanya boleh hancur sekelip mata dengan kuasa Allah SWT. Oleh itu jangan sekali-kali kita berasa aman dari ujian Allah kerana hidup di dunia bukan untuk bersenang-senang melainkan medah perjuangan.

Isteri adalah pejuang cinta yang paling berani, sabar dan setia jika dia menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Ðia tidak memerlukan kallkulator cinta untuk menterjemahkan betapa dalam cintanya kepada suami. Walaupun orang yang dicintai itu paling sering melukai ihati, dia tetap bertahan. Ðari mana datangnya kekuatan itu jika bukan dari Yang Maha Mencinta?

Ðia mengambil kekuatan cintanya dari satu ayat yang sangat indah, firman Allah SWT yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab sebelum kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (sombong dan bangga diri) dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (Surah al-Hadidi ayat 22-23)

Jangan sedih dan sombong

Tiada lagi kesedihan dan takut pada ramalan buruk tentang cintanya kerana dia bersandar pada ilmu Allah SWT. Jangan sedih dan jangan sombong, beramallah sehabis daya dan biarkan Allah menentukan segalanya, sesungguhnya sedih dan sombong sering membuat para isteri lupa diri.

Sedih terkadang membuat kita lupa pada nikmat Allah yang banyak dan memasung semangat kita untuk melakukan kebaikan. Contohnya isteri yang sedih memanjang kerana suami tidak romantik lagi. Ðalam kesedihannya, dia menyangka buruk pada suami dan akhirnya timbul sikap-sikap yang negatif. Sedih memang berakhir dengan keburukan, oleh itu dalam al-Quran ditegaskan, La tahzan! Jangan bersedih, jika ia membawa kemudaratan!

Sombong pula membuat isteri tidak sedar kelemahan diri. Ðia berasa sudah cukup cantik dan menarik, kaya dan bijak sehinggakan merasa yakin tak mungkin suami akan lari. Ðia tidak mahu meneliti aib diri sendiri, apatah lagi mendengar luahan hati suami. Jangan sesekali menganggap diri sudah sempurna kerana manusia tempatnya lalai dan lupa. Percayalah pada kuasa yang berada di langit, anda tidak perlukan ramalan kalkulator cinta, cukuplah dua azimat cinta ini, jangan sediah dan sombong dalam mencintai! 


Sumber : Ðr Juanda Jaya MW#1456

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Mei 26, 2012

Letih dan bosan berpanjangan, tanda tak cukup hormon kortisol



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ðalam entry kali ini, Laman-Seri kongsikan satu artikel menarik berkaitan kesihatan iaitu keadaan letih dan bosan yang berpanjangan. Pernahkah di antara kita berasa sangat bosan tahap gaban dan ada kalanya kita mencari alasan untuk tidak pergi kerja atau berat untuk mengangkat badan dari katil?

Anda sangat-sangat disarankan membaca artikel ini sehingga habis jika anda pernah mengalami perkara-perkara di bawah :

☑ Tidak semena-mena merasa sangat bosan untuk bekerja
☑ Bukan sahaja bosan untuk ke pejabat, malah bosan untuk bersiap untuk melakukan pekerjaan lazim
☑ Anda merasakan seolah-olah kehilangan tenaga yang kronik dan anda kelelahan
☑ Akibat rasa letih yang melampau, anda sering marah-marah jika ada yang tidak kena (walaupun perkara kecil) atau cepat merajuk

Menurut Ðr Rushmini Maris, masalah yang dihadapi di atas berpunca dari hormon adrenal yang rendah. Walau bagaimanapun, hal ini mestilah ditentukan dahulu dengan pemeriksaan darah. Hormon penting yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal dinamakan hormon kortisol.

Kortisol sering disebut juga hormon stres atau ‘hormon tekanan’ kerana ia terlibat dalam tindak balas terhadap tekanan. Kadarnya akan meningkat sewaktu seseorang sedang stres. Kortisol juga merupakan satu-satunya hormon yang kadarnya meningkat, seiring dengan penambahan umur kita.

Kebiasaannya, kortisol hadir di dalam tubuh pada tahap yang lebih tinggi pada waktu pagi dan pada tahap paling rendah pada waktu malam. Menurut Ðr Rushmini lagi, peningkatan kecil kortisol mempunyai beberapa kesan yang positif, antaranya :
→ Fungsi memori yang kian meningkat
→ Membantu tubuh menahan stres
→ Membantu mengekalkan hemostasis dalam badan

Fungsi kortisol
→ Menambah nafsu makan
→ Menambah tenaga
→ Memperbaiki pencernaan
→ Mengurangi reaksi alergi dan peradangan
→ Meningkatkan imuniti tubuh badan

Tahap kortisol yang rendah akan menyebabkan seseorang itu gagal mengawal tekanan atau stres hingga boleh menyebabkan sindrom keletihan kronik, fibromyalgia, gangguan tekanan post-traumatik, sensitiviti, sakit badan dan penyakit radang.

Makanan anti stress

Ðalam menangani stress, kita sebenarnya boleh melakukannya dengan cara semulajadi iaitu melalui pengambilan sumber makanan yang tepat. Antaranya :

1 – Asparagus

Asparagus kaya dengan asid folik yang mampu menstabilkan mood. Begitu juga vitamin B. Kedua-dua asid folik dan vitamin B berguna bagi menghasilkan serotonin dalam otak kita. Serotonin ialah neurotransmitter dalam otak yang membantu menwujudkan rasa tenang dan gembira.

Apabila dilanda tekanan, tubuh akan diganggu oleh paras hormon kortisol yang tinggi. Hormon ini menyebabkan serotonin pada otak merosot. Kehadiran asid folik dan vitamin B menjadikan paras serotonin menjadi stabil semula. Jumlah yang sesuai dimakan ialah tujuh batang asparagus bersaiz setengah inci dan dimasak sebagai sayur goreng atau sup.

2 – Ðaging

Meskipun ramai yang berkata daging lembu bukan makanan sihat, namun ia sesuai bagi mereka yang dilanda stres. Memasak stik atau memanggang daging semasa stres melanda memudahkan stres dirawat. Ia mengandungi zink, zat besi, vitamin B yang penting dalam mengawal mood. Jumlah yang perlu diambil ialah satu cawan kecil daging merah digoreng atau dibuat sup.

3 – Susu segar

Susu segar mengandungi anti oksidan vitamin B2 dan B12, sumber protein dan kalsium. Ambil susu segar bersama bijirin pada waktu pagi merupakan permulaan yang baik bagi menikmati hari tanpa stres. Jumlah yang disyorkan ialah setengah cawan. Minum tanpa gula, ia akan menjadi ubat anti stres yang baik.

4 – Kacang almond

Almon mengandungi vitamin E, B2, magnesium dan zink. Jumlah sesuai ialah 1/3 cawan bersamaan dengan 306 kalori.

5 – Tuna

Ia adalah hidangan makanan tengahari yang hebat. Ia kaya dengan vitamin B6. namun, semasa menyediakannya, contoh untuk sandwich elak mencampurkan terlalu banyak mayones ke dalam tuna.

6 – Emping jagung atau bertih beras

Sesuai sebagai minuman petang yang kaya dengan vitamin dan folik asid. Jumlah yang sesuai satu cawan empeng jagung atau dua cawan bertih beras.

Semoga bermanfaat!



Sumber rujukan : Ðr Rushmini Maris di MW#1486

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mei 21, 2012

Ibu berprestasi, anak berkualiti



Tahukah anda, perkembangan minda, mental dan fizikal anak bergantung pada prestasi ibu yang mendampingi mereka. Tak percaya?

Ibu berprestasi tidak semestinya mreka yang menduduki jawatan tinggi dan gaji besar, bahkah si ibu yang sederhana tetapi amat disiplin membahagi masanya untuk anak mungkin lebih berpeluang mendapat anak-anak yang hebat. Atau mereka yang mempunyai keahlian tertentu dan sangat bangga dengan dirinya akan membawa pengaruh positif dalam proses mendidik anak.

Walaupun si ibu hanya seorang penjual karipap, tetapi dia amat bangga dengan hasil jualannya, kemudian perasaan bangga dan gembira itulah yang dibawanya bersama ketika berinteraksi dengan anak, tentu perasaan positif sebegini akan mempengaruhi jiwa anak untuk lebih bersemangat membina kehidupannya. Anak juga akan berasa amat menghargai ibu yang telah menunjukkan pengorbanannya untuk keluarga.

Tetapi, jika si ibu yang kononnya berpangkat tinggi pulang membawa masalah dan tekanan sehingga mempengaruhi interaksinya dengan anak, tentu si anak akan berasa kecewa didampingi ibu yang kerap marah-marah, stress, tak menghargai apatah lagi sudi memuji anak. Oleh itu, siapapun anda dan apapun status yang anda pegang, bergembiralah di hadapan anak-anak kerana ia menunjukkan anda bersedia memberi impak positif pada anak.

Apakah ciri-ciri anda berprestasi supaya anak-anak tumbuh dengan kualiti sahsiah yang hebat?

1 – Kuat semangat

Anda tidak pernah rasa malu walaupun harus bersaing dengan ibu-ibu hebat yang berkelulusan tinggi dan bergaji besar. Tidak menganggap kekurangan rupa dan harta menjadi faktor kegagalan dalam mendidik anak.

Pernahkah anda mendengar seorang anak yang gagal dalam peperiksaan akhirnya menjadi orang yang hebat kerana ibunya terus memberi semangat ketika susah tanpa sesekali menjatuhkan maruahnya walaupun dia pernah gagal? Tetapi berapa ramai anak-anak yang terus terkubur masa depannya angkara ibu yang suka mengaibkan mereka, memberi pengaruh negatif dan melemahkan semangat dengan caci maki dan sumpah serapah bagaikan mantera jahat yang ditiupkan ke dalam jiwa anak.

2 – Fikiran yang positif

Seteruk apa pun anda diuji oleh karenah anak yang liar, nakal dan bebal, jangan sesekali bersangka buruk pada yang menggariskan takdir. Bersangka baiklah kepada Allah SWT yang telah menjadikan anak kita sebaik-baik bentuk kejadiannya. Jika dia terjerumus sekali ke sebuah lubang yang hina, jangan matikan semangatnya dengan gelaran serba negatif.

Sangka baiklah padanya sebagai tanda anda bersangka baik pada Tuhannya. Semua kesilapan itu adalah hasutan iblis laknatullah, anak-anak itu pada mulanya suci. Jadi, jangan burukkan keadaan dengan melepaskannya di bawah penjagaan Iblis sepanjang hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dan masing-masing terdapat kebaikan. Bersemangatlah menunaikan kerja yang bermanfaat bagi dirimu, mohonlah kepada Allah dan jangan lemah. Jika tertimpa sesuatu janganlah kamu katakan: ‘Seandainya aku melakukan ini akan jadi begini dan begitu.’ Tetapi katakan: ‘Apa yang telah ditentukan dan dikehendaki Allah pasti terjadi.’ Kerana sesungguhnya kata-kata itu membuka tipu daya syaitan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tentunya anda tak rela Iblis mempengaruhi cara anda mendidik anak, jadi cepat bersiaplah mengambil alih amanah ini sebelum terlambat dan temukan faktor-faktor yang menyebabkan anda tidak amanah dalam menjaga anak anda.

Permulaan untuk melakukan perubahan dalam diri anak kita adalah dengan fikiran yang positif bahawa segalanya adalah mungkin! Jangan kesali apa yang telah berlaku, jangan sebut perkataan ‘kalaulah begini akan jadi begini’ kerana ia dilarang oleh agama. Ia menunjukkan kita menolak dan benci pada takdir Allah SWT. Lupakan yang sudah dan berubahlah bersama anak anda dengan minda yang positif.

3 – Tawakal kepada Allah SWT

Jangan lupa bahawa kuasa perubahan itu ditentukan Allah SWT, anda hanya berusaha dan tidak semestinya berjaya. Mungkin belum masanya anak-anak mencapai target yang anda rancang sebelumnya. Boleh jadi ianya memerlukan proses yang panjang untuk menjadikan anak kita berjaya dan soleh. Ada yang imannya tidak diragukan lagi tetapi dalam bidang akademiknya merosot.

Kadangkala anak kita hebat di sekolah, tetapi kadangkala hatinya masih suka mendengar hasutan syaitan. Tidak semua yang kita harapkan akan sempurna, cacat cela adalah hal yang biasa kerana ia sifat manusia. Bertawakal kepada Allah SWT adalah jalan terbaik selepas kita berikhtiar. Ðoa anda malam ini mungkin termakbul 10 atau 20 tahun lagi.

Ada seorang anak yang mendapat hidayah setelah berumur 60 tahun disebabkan ibunya yang tidak pernah berhenti berdoa. Jadi, tak rugi anda berdoa kerana Allah pasti memakbulkannya, jika tidak di dunia pasti di akhirat.

Ibu yang berprestasi sentiasa mengamalkan tiga petua ini, anak kita milik Allah SWT, jadi jangan sedih jika sesekali Ðia menguji dengan karenah mereka. Jangan berhenti berprestasi dan tunggu saatnya kejayaan itu menjelma, insya Allah!




Sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1486

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mei 18, 2012

Anggota tubuh akan bersaksi



Bismillah,

Ðaripada Anas bin Malik, pada suatu hari apabila Rasulullah SAW bersama-sama para sahabatnya, Baginda tiba-tiba tertawa sehingga kelihatan gigi-gigi Baginda. Baginda lalu bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu semua mengapa aku tertawa?”

Para sahabat seperti biasa menjawab dengan penuh rendah diri, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, “(Aku tertawa) kerana perdebatan seorang hamba dengan Tuhannya pada hari pembalasan. Ia berkata: ‘ Wahai Tuhan, tidakkah Engkau melindungiku daripada kezaliman?’ Allah menjawab: ‘Ya.’ Ia berkata: ‘Kalau begitu, aku tidak akan menerima penyaksian kecuali yang berasal daripada diriku sendiri.’ Allah berfirman (yang bermaksud): ‘Cukuplah pada hari ini tubuhmu sendiri yang akan menjadi saksi, juga para malaikat pencatat amalan.’”

Mulut orang itu lalu ditutup rapat dan dikatakan kepada anggota tubuhnya: “Berbicaralah.” Maka satu persatu anggota tubuhnya mula bercerita tentang semua perbuatan yang pernah dilakukannya ketika di dunia. Apabila mulutnya kembali dibuka untuk berbicara, dia mencela semua anggota tubuhnya. Ðia berkata: “Celaka kamu. Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk membelamu!” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasa’i)

Mahkamah Akhirat

Mahkamah akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.

Pelbagai hadis menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun sebaliknya, mengecam kita.

Ðalam hadis at-Tirmidzi daripada Abu Hurairah, pada suatu hari Rasulullah SAW membaca ayat (surah al-Zalzalah ayat 4) yang bermaksud, “Pada hari itu, (bumi) akan mendedahkan khabar-khabarnya.”

Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu apakah khabar-khabar itu?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, mafhumnya, “Bumi akan bersaksi tentang amalan yang dilakukan setiap hamba Allah; lelaki dan perempuan. Ia berkata: ‘Si Polan melakukan perkara ini pada hari ini dan seterusnya (pelbagai lagi kesaksian).’”

Saksi-saksi dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara terbuka. Tiada rahsia lagi.

Anggota tubuh

Antara semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu. Mereka sangat dekat dengan kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Ði akhirat nanti, Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, maka bersaksilah pendengaran, penglihatan dan kulit mereka tentang apa yang telah dikerjakan oleh mereka. Ðan mereka berkata kepada kulit: ‘Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?’ Kulit mereka menjawab: ‘Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berbicara, lalu telah menjadikan kami pandai berbicara (juga).’” (Surah Fussilat 41:20-21)

Ðalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan berbicara kepada Kami serta kaki-kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang mereka lakukan dahulu (semasa di dunia).” (Surah Yasin 36:65)

Sebuah penghinaan

Al-Tahir bin ‘Ashur berkata, “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati mereka.”

Ðemikian jelas beliau dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir.

Selain itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Ði mana-mana juga kita berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa mengawasi kita.

Al-Zamakhshari berkata, “Ayat ini mengingatkan seorang Mukmin agar dia selalu menyedari pengawasan Allah SWT. Hingga pada waktu-waktu bersendirian pun, orang Mukmin mesti menjaga dirinya lebih daripada sewaktu bersama-sama orang ramai.” Ðemikian nukilan beliau dalam tafsir al-Kashshaf.

Paha kiri

Ðaripada ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tulang manusia yang pertama bersaksi sekali sewaktu mulut ditutup ialah paha kirinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani). Namun dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang mubham (tidak diketahui identitinya).

Ðalam riwayat Ibn Jarir daripada Abu Musa, beliau berkata, “Menurutku, anggota tubuh pertama yang akan berbicara ialah paha kanannya.”

Sama ada paha kanan atau paha kiri, kita dapat menyimpulkan bahawa dosa zina dan yang seumpama dengannya seperti liwat atau melancap, adalah antara perkara pertama yang akan dibicarakan. Tentu sahaja, kedua-dua paha manusia akan diminta bersaksi sebab mereka ialah anggota yang paling dekat dengan kemaluan. Pelaku maksiat yang boleh selamat di mahkamah dunia, semestinya tidak akan selamat di mahkamah akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menjamin bagiku apa-apa yang berada di antara kedua-dua kakinya (yakni kemaluan) dan apa-apa berada di antara kedua-dua  rahangnya (yakni lidah), maka aku akan menjamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Setelah itu, satu persatu anggota tubuh manusia yang lain akan memberi kesaksian. Mata akan bersaksi tentang apa yang dilihatnya. Telinga akan bersaksi tentang apa yang didengarinya. Begitu juga dengan kulit yang membalut seluruh tubuh akan bersaksi tentang apa yang ia rasa dan sentuh. Semuanya akan didedahkan sebagai tanda ketundukkan mereka kepada Allah SWT.

Hamba Allah

Tidak terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba Allah SWT.

Hakikatnya, anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan maksiat. Jika mereka  mampu pasti mereka ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu sunnatullah di muka bumi. Jadi, anggota tubuh kita terlibat melakukan maksiat sambil merasakan ketakutan atas azab Allah SWT. Kerana takut kepada Allah, setiap hari anggota tubuh kita saling mengingatkan satu sama lain agar tidak bermaksiat kepada-Nya.

Ðalam Sunan at-Tirmidzi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap pagi, semua anggota tubuh manusia mengingatkan lidah. Mereka berkata: ‘Takutlah kepada Allah untuk kami. Kami ini hanya mengikut kamu. Jika engkau lurus, maka kami pun lurus. Ðan jika engkau bengkok, maka kami pun bengkok.’”

Jika sebegitu takut mereka kepada Allah, bayangkan kebencian mereka apabila terpaksa melakukan maksiat. Ði akhirat nanti, mereka akan mendedahkan semua ini dengan penuh kemarahan. Mereka akan bersaksi dengan jujur walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri.

Walau ketika bersendirian

Sungguh lalai hati yang tidak menyedari hakikat ini. Sungguh tidak bersyukur seseorang yang diberikan anggota tubuh yang indah dan sempurna, namun merosakkannya dengan maksiat.

Sesiapa yang menjaga hak Allah walaupun ketika bersendirian, pada hakikatnya dia sedang menjalin persahabatan antara dirinya dengan seluruh anggota tubuhnya. Jika di dunia anggota tubuh dilindungi daripada maksiat, di akhirat nanti mereka tidak akan bersaksi untuk membahayakan kita.

Seorang ulama tabiin di Basrah bernama Qatadah (w.118H) berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya saksi-saksi Allah terdapat di dalam tubuhmu. Maka jagalah mereka dan bertakwalah kepada Allah walaupun ketika bersendirian.”

Wallahu ‘alam.

Sumber : Umar M.Noor di Solusi ISU#42 (hlm 111-112) 

Butiran selanjutnya ...

Masjid, surau tidak terlepas jadi medan jenayah



Assalamualaikum warahmatullah,

Pernahkah anda kehilangan barangan berharga seperti telefon bimbit, dompet dan sebagainya ketika berada di masjid atau di surau? Alhamdulillah jika tidak pernah. Tetapi awas! Masjid atau surau yang menjadi tempat umat Islam beribadah sebenarnya tidak terlepas daripada menjadi sasaran lokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah seperti mencuri.

Mungkin kehilangan selipar atau kasut sudah menjadi satu perkara yang biasa, tetapi jika anda kehilangan barangan berharga seperti telefon bimbit seperti yang pernah dialami oleh salah seorang sahabat saya, anda mungkin fobia untuk beribadah dengan tenang, yang disangka tempat paling selamat. 

Apa yang pasti, jemaah yang hadir untuk melakukan ibadah, mengikuti majlis ilmu atau pelbagai aktiviti dianjurkan tidak akan menyangka ada yang tergamak melakukan perkara menyalahi syariat Islam di rumah Allah.

Jika ada beranggapan kecurian di masjid atau surau adalah perkara kecil kerana jenayah boleh berlaku di mana saja tetapi kejadian itu memberi impak sangat besar apabila masih ada yang berani mencemarkan kesucian masjid dan surau.

Barangan seperti kasut, telefon bimbit, motosikal, tabung derma dan sebagainya menjadi sasaran mereka yang tidak sedar bahawa setiap perbuatan walaupun tidak dilihat mata manusia tetapi tidak terlepas daripada Allah SWT.

Manusia tangan panjang ini seakan tidak takut dengan hukum Allah SWT seperti dinyatakan dalam al-Quran. Memang di negara ini hukum hudud tidak dikuatkuasakan tetapi setiap jenayah tetap memerima balasannya sama ada di dunia atau akhirat.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan degan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Maidah, ayat 38)

Kecurian di masjid atau surau bukan perkara baru dan seriusnya jenayah itu memaksa pihak pentadbiran masjid menampal notis amaran supaya jemaah berhati-hati dengan barangan peribadi milik mereka.

Secara tidak langsung, notis yang ditampal seperti ‘jangan mencuri kerana Allah melihat segala perbuatan yang kamu lakukan’ menceritakan masjid turut menjadi lokasi pencuri. Ingatan itu juga meminta supaya jemaah tidak memandang ringan ancaman pencuri kerana malang tidak berbau.

Apabila disusuri masalah yang timbul, jelaslah bahawa faktor kekurangan didikan agama punca berlakunya perbuatan jenayah itu. Ini kerana masjid yang mengingatkan kita kepada kuasa Allah SWT yang Esa, gagal menginsafkan mereka yang melakukan jenayah.

Jika mereka menghayati didikan agama yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah pasti mereka malu untuk mengambil yang bukan hak di rumah Allah.

Mungkin tanggapan umum bahawa masjid adalah lokasi selamat menjadi kelebihan pencuri untuk melakukan perbuatan jenayah itu dengan mudah. Apa lagi jika sering terlepas, maka mereka akan mengulangi perbuatan itu di lokasi yang sama.

Mereka mencari jalan mudah untuk menyara kehidupan dengan mencuri di masjid atau surau kerana tempat sedemikian lebih selamat dan senang untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi tiada syak wasangka kerana yang datang adalah untuk menunaikan ibadah.

Langkah sesuai yang boleh diambil ialah dengan menerapkan nilai agama dalam diri anak-anak kita. Pada masa sama, hendaklah perbanyakkan ceramah atau peringatan kepada jemaah mengenai kesan daripada perbuatan jahat bukan sahaja terhadap diri sendiri, juga kepada orang lain.

Pihak masjid atau surau boleh mewujudkan ahli jawatankuasa untuk memantau kawasan persekitaran, meningkatkan tahap keselamatan dan jika berkemampuan memasang kamera litar tertutup di dalam dan luar perkarangan masjid.




Sumber : BHarian 03/05/2012

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Mei 13, 2012

Perbetul niat terlebih dulu dalam raikan Hari Ibu







KEDUDUKAN ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan anak seperti mengandung sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan anak, berjaga malam menjaga anak yang sakit dan memenuhi apa saja kehendak anak. 

Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang ‘seperti kacang lupakan kulit’.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)

Hari Ibu yang diraikan pada Ahad minggu kedua Mei setiap tahun kini menjadi aktiviti kekeluargaan termasuk masyarakat di Malaysia. Namun, timbul persoalan apakah hukum meraikan Hari Ibu kerana ulama berselisih pandangan mengenainya. 

Ada ulama mengharamkan sambutan ini kerana dikatakan bersifat bid’ah dalam agama dan meniru budaya barat. Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” 

Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya. 

Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. 

Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya. 

Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat. 

Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu. Hari Ibu juga menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan yang sejati dan melahirkan suasana penuh kasih sayang, saling mencintai antara satu sama lain. 

Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan kenyataan berkenaan sambutan Hari Ibu yang dianjurkan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. 

Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah. 

Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.





Sumber : BHarian 13/05/2012

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Mei 02, 2012

Kibir pencetus penyakit hati, rosakkan hubungan sesama insan


KIBIR mengikut istilah Melayunya ialah sombong atau angkuh, manakala dalam bahasa moden disebut ego. Dalam syariat Islam kibir diertikan sebagai membesarkan diri kerana merasakan diri lebih dan istimewa berbanding dengan orang lain.

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong menerima kebenaran daripada orang lain.

Sifat kibir mengheret seseorang itu untuk membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan berbanding orang lain. Ia adalah sifat batin yang paling keji. Bahkan sindrom ini amat tercela dan jika dibiarkan boleh memudaratkan manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (Surah An Nahl, ayat 23) 

Manusia dilarang bersikap sombong kerana kita adalah makhluk yang lemah. Layakkah makhluk yang lemah bermegah-megah dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi? Namun, ada yang lupa hakikat dan sukar menerima kebenaran dengan memandang dirinya sempurna segala-galanya. Orang yang memiliki sifat ini amat kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Sifat ini boleh mengakibatkan pekerjaan itu tidak ikhlas dan menganiaya dirinya sendiri. Membiarkan individu berperangai buruk ini amat berbahaya disisi agama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang yang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’ie) 

Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang membenci kesombongan ini kerana meleraikan kasih sayang dan jalinan ukhuwah berpunca daripada sifat merendah-rendahkan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” (Hadis riwayat Muslim) 

Mengenali orang yang bersifat sombong ini amat mudah. Individu yang dilanda penyakit hati ini enggan menerima pandangan orang lain, sekalipun betul. Sifat menyombong diri jika dibiarkan boleh memakan diri sendiri. Soal dosa dan pahala tidak diendahkan langsung demi kepentingan diri. Mereka melupakan segala pengajaran daripada sifat angkuh dan sombong diceritakan dalam al-Quran yang sepatutnya menjadi pengajaran.

Kesalahan pertama yang dilakukan makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam sewaktu Allah memerintahkannya. Iblis merasakan dia lebih mulia daripada Nabi Adam kerana dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Disebabkan kesombongan itu, Allah mengeluarkan iblis dari syurga. Episod dendam iblis kepada Nabi Adam dan anak cucu cicitnya tidak pernah terpadam.

Penyakit sombong melahirkan sakit lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki. Akibatnya tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecahnya ikatan perpaduan, hina-menghina dan kata-mengata.

Sifat sombong perlu dijauhi supaya hati tidak dijangkiti penyakit lain yang hanya membawa diri kita kepada kerosakan. Bersihkan jiwa dengan menanamkan rasa kasih sayang, sentiasa bersyukur kepada Allah dan mengingati tujuan manusia dihidupkan untuk beribadat kepada Allah dan mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.
 






Sumber : BHarian 01/05/2012

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, April 27, 2012

Keistimewaan melaksanakan amalan hasanah pada Jumaat




Assalamualaikum warahmatullah,


HARI Jumaat mempunyai banyak keistimewaan yang seharusnya dimanfaatkan dengan melaksanakan amalan hasanah. Ibnu Katsir dalam kitabnya Tafsir Ibnu Katsir mengatakan Jumaat bermaksud berhimpun. 

Pada hari Jumaat kaum muslimin dihimpunkan di masjid untuk mendengar khutbah dan mendirikan solat Jumaat dua rakaat.


Hari Jumaat cukup istimewa kerana Allah telah mengatakan tawaran hebat iaitu ganjaran pahala besar terhadap amal ibadah dan amalan hasanah yang dilakukan. Disebabkan besarnya pahala dijanjikan Allah, maka rugilah sesiapa yang mengabaikan kehadiran hari Jumaat tanpa amalan salih dan kebajikan.
Kita sering membaca laporan media yang cukup mengguris hati apabila adanya segelintir anak muda tanpa rasa malu dan segan merempit pada waktu khutbah Jumaat dibacakan dan semasa jemaah menunaikan solat Jumaat. 

Malah ada yang mengambil peluang berlumba motosikal selepas saja selesai menunaikan solat. Ini suatu gambaran negatif dan mempamerkan kurang hormat kepada hari Jumaat yang mulia itu. Ada juga yang sengaja mengambil peluang pada hari Jumaat melaksanakan aktiviti luar seperti berkelah hingga mengabaikan solat Jumaat. 

Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah hari pengampunan yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan seorangpun dalam kalangan orang Islam pada hari Jumaat, melainkan ia pasti diberi-Nya pengampunan.” (Hadis riwayat at-Tabrani) 

Jadi, kita sewajarnya memanfaatkan hari Jumaat untuk memperbanyakkan bacaan istighfar memohon keampunan. Rasulullah SAW juga ada memberitahu bahawa pada hari Jumaat ada satu waktu yang begitu eksklusif untuk berdoa kerana amat mustajab. 


Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang mana sekiranya berkebetulan dalam solat seseorang hamba, lalu dia bermohon kepada Allah, pasti akan diberikan apa yang dimintanya sambil Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan tangan Baginda bagi menggambarkan betapa sekejapnya saat itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kita seharusnya berusaha mencari waktu yang dikatakan mustajab berdoa pada hari Jumaat. Meskipun tidak dinyatakan waktu yang tepat, kita tidak wajar memandang remeh ruang dan peluang untuk berdoa. 

Seperkara lagi pesanan Rasulullah SAW berkaitan keistimewaan hari Jumaat ialah tawaran Allah menggandakan pahala terhadap sesiapa saja yang melakukan amalan soleh, begitu juga perbuatan mungkar dan dosa, turut digandakan kiraan dosanya. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya pada hari Jumaat seluruh makhluk termasuklah jin dan manusia akan berasa gementar, dan pada hari itu juga dilipat gandakan kebajikan dan kejahatan, dan hari yang mana akan berlakunya kiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah) 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan dilipatgandakan pahala yang dilakukan pada hari Jumaat.” (Hadis riwayat at-Tabrani) 

Antara amal ibadah yang sangat dianjurkan pada hari Jumaat ialah membanyakkan bacaan selawat dan menggandakan kerja kebajikan untuk manfaat masyarakat. 

Biasanya pada hari Jumaat ada kalangan masyarakat kita mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Ini satu kegiatan yang sangat bernilai tinggi dalam Islam kerana selain memelihara kebersihan tanah perkuburan, aktiviti itu mampu mengeratkan ukhuwah. 

Sebagai menghormati hari Jumaat yang mulia, sewajarlah kita beramal sebaik yang terdaya untuk memperoleh ganjaran pahala di sisi Allah selain menjadikannya landasan membina masyarakat bersatu padu menerusi kerja kebajikan serta amalan hasanah.



Sumber : BHarian 26/04/2012

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 25, 2012

Pokok Ðaun Mangkuk






Pokok Ðaun Mangkuk atau nama botaninya polyscias scutellaria merupakan sejenis tanaman yang bukan sahaja cantik dijadikan pokok hiasan, malah boleh dijadikan sebagai tumbuhan ubatan. Tergolong dalam keluarga araliaceae, pokok Ðaun Mangkuk dikatakan berasal dari kepulauan Jawa. Kini ia banyak ditanam di serata kawasan tropika dan subtropika.


Ðikenali juga dengan nama pokok Ðaun Belangkas, Saucer leaf (Inggeris), platito (Filipina), Ðinh Lang Ðia (Vietnam), Ndosir (Kepulauan Vanuantu), Ðanidani (Kepulauan Fiji), Tagitagi (Kepulauan Samoa0 dan Yuan Ye Nan Yang Shen (China) ini, pokoknya tidak banyak cabang dan daunnya adalah jenis ringkas. Ðaunnya terletak dalam susunan berpilin-pilin, berbentuk seperti mangkuk, membulat atau seperti jantung tetapi lebar membulat.


Bentuk daunnya yang seperti mangkuk ini jugalah membuatkan tanaman hiasan ini mendapat gelaran pokok Ðaun Mangkuk. Ðisebabkan itu juga, bahagian daunnya turut digunakan sebagai mangkuk ataupun alas kuih seperti dodol.


Pokok Ðaun Mangkuk ditanam dengan menggunakan keratan ranting ataupun dahan. Kaedah tut juga boleh digunakan. Keratan mudah tumbuh dengan memacaknya terus ke tanah. Tumbuhan ini biasanya amat cepat membesar. Ðaun Mangkuk sesuai ditanam di dalam pasu ataupun di atas tanah secara tunggal, dalam satu baris, berjalur atau berkelompok.


Seluruh bahagian pokok Ðaun Mangkuk mengandungi musilaj, tannin, karbohidrat, serabut dan mineral. Musilaj yang terdapat dalam pokok ini dikatakan mampu melegakan tisu yang bengkak atau gatal di luar dan dalam tubuh, menghalang jangkitan, mengurangkan masalah gastrik, cirit dan perut memulas. Pokok Ðaun Mangkuk juga turut mengandungi polusciasaponon P1, kalsium oksalat, peroxidase, amygdalin, fosfat, bersi, lemak, protein, vitamin A, B1 dan C.


Pokok Ðaun Mangkuk juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ramai yang tidak mengetahui pucuk muda pokok ini boleh dimakan sebagai ulam dengan mencelurnya terlebih dahulu.


Kurangkan kebotakan


Bagi mereka yang menghadapi masalah pembuangan air kecil, anda boleh menggunakan pokok Ðaun Mangkuk untuk merawatnya. Caranya adalah dengan memasukkan daun segar ke dalam air mendidih buat seketika. Keluarkan daun ini dan tampalkan pada perut untuk merangsang masalah pembuangan air kecil.


Jika anda mengalami masalah ulser dan rambut gugur, anda juga boleh menggunakan daunnya untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya dengan menampal pokok Ðaun Mangkuk yang telah ditumbuk lumat pada bahagian yang mengalami ulser dan kulit kepala yang mengalami kebotakan.


Bagi wanita yang mengalami masalah pembengkakan payudara, anda boleh merawat masalah ini dengan meminum air rebusan daun yang telah matang. Ðaun yang matang dan segar ditumbuk bersama dengan kunyit segar, digaulkan dengan minyak kelapa dan kemudian ditampal pada buah dada yang bengkak. Cara ini dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah pembengkakan payudara.


Melawas pembuangan air kecil


Selain daun, akar pokok Ðaun Mangkuk juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Air rebusan akarnya dikatakan boleh diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil dan merangsang tubuh supaya segera berpeluh.


Ði Kepulauan Vanuatu, jus yang diekstrak daripada daun pokok Ðaun Mangkuk boleh diminum oleh ibu selepas bersalin untuk merangsang pengeluaran uri.


Walaupun pokok Ðaun Mangkuk memiliki pelbagai khasiat ubatan yang dikatakan mampu melegakan penyakit dan masalah kesihatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.







Sumber : Misteri Alam MW#1466

Butiran selanjutnya ...

Ahad, April 22, 2012

Ingati mati mampu tingkat kesihatan

SEORANG lelaki melawat perkuburan haiwan di Huntington Beach California. Kawasan perkuburan itu dibuka pada 1961 dan satu daripada 291 kawasan kubur untuk haiwan di Amerika.


Cara terbaik bina keinsafan diri, tanam sikap positif

WASHINGTON: Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang. Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.

Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi. Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial. Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri. 
Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu. Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya. Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40% lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. – Agensi

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 18, 2012

Khasiat ketumbar


Ketumbar mampu rendahkan kolesterol




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri berkesempatan berkongsikan satu lagi rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu, iaitu ketumbar.

Ketumbar atau nama botaninya coriandrum sativum banyak digunakan dalam penyediaan makanan. Biasanya, daun dan biji ketumbar banyak digunakan dalam kebanyakan gaya masakan. Namun begitu, herba yang turut dikenali sebagai coriander atau cilantro ini turut mempunyai kebaikan untuk kesihatan.


coriandrum sativum

Ketumbar merupakan tumbuhan saka. Baunya yang harum disebarkan melalui buah lembut berwarna hijau dan apabila matang bertukar kepada warna kuning kecoklatan. Ketumbar berasal dari daerah Mediterranean, Afrika Utara dan Asia Barat Daya, dan telah ditanam secara meluas di Eropah, Utara Afrika, India, Amerka Selatan, Malaysia, Thailand dan China. Ketumbar hidup baik dalam kawasan tanah hitam dan kontang.

Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.

bunga ketumbar

Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.

Herba ini kaya dengan pelbagai elemen makanan. Ðaun ketumbar mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat dan air. Mineral-mineral dan vitamin-vitamin termasuklah vitamin C, kalsium, fosforus, besi, karotena, thiamin, riboflavin, niasin, garam, kalium dan asid oksalik. Citronelol, komponen minyak pati dalam ketumbar dikatakan antiseptik yang bagus. Komponen-komponen lain mempunyai kesan penyembuhan dan anti mikrob yang tidak akan membiarkan luka dan ulser dalam mulut menjadi bertambah teruk. Ia juga mampu membantu menyembuhkan ulser dengan segera dan menyegarkan nafas.

daun ketumbar

Ðaun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.

Ðaun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Ðaun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Ðaun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Ðalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya. Ðaun ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.

Ðaun ketumbar bertindak sebagai perangsang dan tonik. Ia dikatakan mampu menguatkan perut dan merangsang pencernaan, meningkatkan rembesan dan pengeluaran air kencing serta mengurangkan demam. Ðaun ini juga bertindak sebagai afrosidiak dan dikatakan mampu membantu dalam pembuangan kahak.

Jus daripada daun ketumbar dikatakan bermanfaat dalam penghasilan vitamin A, B1, B2, C dan besi. Ðikatakan juga satu atau dua sudu teh jus ketumbar yang telah ditambah susu mentega, amat bermanfaat dalam merawat masalah pencernaan seperti sukar hadam, loya, disentri, hepatitis dan colitis. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam merawat demam kepialu.

buah ketumbar kering

Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren. Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.

Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi: धनिया dhania) dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Bahasa Tamil: சாம்பார்) dan rasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.

Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan. Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.

Ðikatakan dengan meminum air biji ketumbar mampu membantu merendahkan kolesterol darah. Caranya adalah dengan merebus biji-biji ketumbar kering dan menapis air rebusan ini sebelum diminum. Biji ketumbar juga dikatakan mampu mengurangkan demam dan memberi rasa sejuk.

Merendahkan tahap gula bagi tekanan darah tinggi

Air rebusan biji ketumbar kering juga dikatakan mampu merawat diarea. Biji-bijinya terkenal sebagai ubat untuk melegakan pengeluaran haid yang berlebihan. Air biji ketumbar juga dikatakan boleh digunakan sebagai pencuci mata, terutamanya dalam merawat konjunktivitis. Ia dikatakan mampu melegakan rasa perit dan mengurangkan kesakitan dan pembengkakan akibat penyakit ini.

Ðikatakan satu sudu teh jus ketumbar yang dicampurkan dengan secubit serbuk kunyit dikatakan adalah ramuan terbaik untuk merawat masalah jerawat, bintik-bintik hitam dan kulit kering. Campuran herba ini perlu disapu pada muka selepas anda mencuci muka pada malam sebelum tidur.

Pokok muda ketumbar pula dikatakan banyak digunakan dalam kari dan sup. Manakala minyaknya pula digunakan untuk tujuan perasa dan dalam perubatan. Ðalam bentuk kering, biji ketumbar adalah antara bahan penting dalam serbuk kari dan turut digunakan dalam pengawetkan rempah, sosej, perasa, konfeksioneri, dan untuk memberi rasa pada alkohol terutamanya gin.

Kajian terhadap haiwan telah mengesahkan bahawa ketumbar mampu merangsang perembesan insulin dan merendahkan tahap gula dalam tekanan darah tinggi. Ði India, ketumbar dikatakan telah digunakan sebagai anti radang untuk arthritis dan kesakitan dalam perubatan Ayurveda selama berkurun lamannya. Kandungan vitamin K yang tinggi dalam ketumbar dikatakan berguna dalam perlindungan menentang osteoporisis melalui cara pencegahan pengaktifan sel-sel yang dikenali sebagai osteoclasts yang menyebabkan kehilangan.

akar ketumbar

Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya. Akar ketumbar digunakan untuk memasak pelbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat daun dan biji ketumbar, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.




Sumber : MW#1450, En.Wiki ~ Coriander dan Ms.Wiki ~ Ketumbar.

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails