Assalamualaikum warahmatullah,
Aib merupakan satu perkara yang memalukan tentang diri seseorang. Jika ia disebarkan dan diketahui oleh empunyai diri, pasti menimbulkan rasa marah dan malu. Malah lebih teruk daripada itu, ada yang berani mendedahkan aib sendiri tanpa segan-silu.
Di zaman yang serba canggih ini, pelbagai saluran menerusi Internet seperti Facebook, Twitter dan seumpamanya digunakan untuk menjaja maruah orang dan diri sendiri. Fenomena tersebut seolah-olah telah menjadi satu lumrah dalam masyarakat kita hari ini.
Hakikatnya Islam melarang keras kita menceritakan aib orang lain, malahan kita juga dilarang menceritakan aib sendiri. Berita gembira bagi orang yang menutup aib orang lain disampaikan oleh Rasulullah SAW menerusi mafhum sabda Baginda yang bermaksud, “Seorang hamba yang menutup aib orang lain di dunia, kelak Allah akan menutup aibnya pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)
“Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi)
Selindung aib orang
Seorang sahabat telah menjemput Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang lain untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika mereka sedang menikmati hidangan, seorang daripada mereka telah membuang angina. Para sahabat cuma berpandangan sesama mereka. Wajah Rasulullah SAW juga menunjukkan rasa kurang selesa dengan kejadian itu.
Apabila masuk waktu solat Maghrib, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang telah memakan danging unta, sila berwuduk.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah melindungi seseorang daripada menanggung malu atas perbuatannya.
Allah SWT mengecam orang yang menyiarkan berita buruk agar diketahui oleh orang Mukmin lain, bahkan bagi mereka azab pedih di dunia dan di akhirat. Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dalam kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nur 24:19)
Aib yang sifatnya merupakan kejadian Allah seperti kecacatan pancaindera, tidak boleh dibicarakan dan disebarkan kerana pandangan majoriti ulama berpendapat bahawa perbuatan itu merupakan satu dosa. Apabila kita menyebarkannya bererti menghina Penciptanya. (Al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din)
Jika kita mendapati saudara kita melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, berzina dan lain-lain, jangan sebarkannya. Namun, kita masih lagi bertanggungjawab menegah yang mungkar dan menunjukkan jalan makruf.
Imam al-Syafi’i berkata, “Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya, bererti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya.” (Sarh Sahih Muslim)
Dosa yang dilakukan oleh seseorang secara sembunyi-sembunyi tetapi mengakibatkan kerugian pihak tertentu seperti perbuatan mencuri, rasuah dan sebagainya, boleh diselidik, dibongkar serta dilaporkan kepada pihak berwajib kerana maksiat seperti ini akan mencipta mudarat yang lebih besar jika dibiarkan.
Aib sendiri satu rahsia
Ada orang yang berbangga dengan maksiat dan keburukan yang dilakukan. Islam mengajar kita supaya menutup aib sendiri, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kalaulah Allah ingin membuka aib kita, memang tidak tertanggung malunya. Allah maha Pengasih, sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah tidak mendedahkannya. Oleh sebab itu, janganlah kita sendiri pula yang mendedahkan keaiban kita. Menutup aib ialah perbuatan yang dianjurkan oleh Islam, sekalipun dosa itu besar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tahukah kamu siapa orang yang muflis?”
Jawab mereka, “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan harta.”
Sabda baginda memberikan perspektif berbeza bagi perkataan muflis, “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah sesiapa yang dating pada hari kiamat kelak bersama pahala solat, puasa dan zakat, namun dia juga pernah memaki dan menuduh seseorang, memakan harta, menumpahkan darah serta memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dan dicampakkan ke atasnya, lantas dia dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat Ahmad)
Marilah kita sama-sama saling melindungi saudara kita daripada diaibkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Cegahlah mereka yang suka menyampaikan aib orang. Semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah dunia akhirat.
Sumber : Hj Zainuddin Ali di Solusi ISU #41 hlm 25
Capaian entry berkaitan :
♥ Awas daripada muflis di akhirat
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Mac 06, 2012
Aib orang diselindung, aib sendiri disorok
Susunan :
Bawang Goreng
pada
3/06/2012 10:38:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...