“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, November 12, 2007

Diabetes menular di kalangan kanak-kanak, remaja

Sempena Hari Diabetes Sedunia 2007 pada 14 November

TANGGAL 20 Disember 2006, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan Resolusi 61/225 yang mengenal pasti diabetes sebagai penyakit kronik berkos tinggi dengan komplikasi major yang bukan sahaja merisikokan keluarga bahkan juga negara dan dunia.

Bermula tahun ini, Resolusi 61/225 menandakan 14 November, Hari Diabetes Sedunia sebagai Hari PBB yang akan diraikan sebagai acara tahunan.

Ini merupakan kali pertama di mana penyakit tidak berjangkit telah diperakui sebagai ancaman kesihatan global yang sama seriusnya dengan wabak berjangkit seperti malaria, tuberkulosis dan HIV/AIDS.

Lebih 246 juta orang di seluruh dunia hidup dengan diabetes. Tanpa tindakan bersepadu menentangnya, angka ini akan terus meningkat mencecah 380 juta orang dalam satu keturunan.

*Hari lahir Frederick Banting

Tanggal 14 November dipilih kerana ia merupakan hari kelahiran Frederick Banting yang telah menemui insulin bersama-sama rakannya, Charles Best.

Hari Diabetes Sedunia pertama kali diperkenalkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1991 kerana bimbang dengan peningkatan insiden diabetes di seluruh dunia.

Sejak itu, acara tersebut kian meraih populariti dari tahun ke tahun. Setiap tahun, Hari Diabetes Sedunia tertumpu kepada tema berkaitan penyakit itu.

Topik-topik yang pernah diangkat sebagai tema pada tahun-tahun yang telah lepas termasuklah diabetes dan hak asasi manusia, diabetes dan gaya hidup dan kos diabetes.

Diabetes di kalangan kanak-kanak dan remaja dipilih sebagai tema bagi tahun 2007 dan 2008 yang antara lain bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai tanda-tanda amaran diabetes (pengesanan awal), menggalakkan inisiatif mengurangkan ketoasidosis diabetik (DKA) dan mempromosi gaya hidup sihat bagi membanteras diabetes jenis 2 di kalangan kanak-kanak.

*Apa itu diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-duanya sekali.

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah.

Pada keadaan normal, makanan yang dimakan akan ditukar ke dalam bentuk gula iaitu glukosa. Gula ini akan diserapkan ke dalam darah. Insulin akan membantu menggunakan glukosa ini sebagai sumber tenaga.

Apabila berlaku kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas, paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ini dipanggil diabetes.

Terdapat dua jenis diabetes yang utama:

Diabetes jenis 1

Diabetes yang bergantung pada insulin. Selalunya ia terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja disebabkan oleh kekurangan insulin.

Ia hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

Diabetes jenis 2

Diabetes yang tanpa bergantung pada insulin. Selalunya berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang punyai berat badan berlebihan.

Ia berpunca daripada kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan.

Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

Lain-lain jenis diabetes

Jenis ketiga ini berlaku semasa sesetengah kes kehamilan. Terdapat juga jenis diabetes yang lebih jarang di mana sesetengah kanak-kanak yang menghidap kedua-dua jenis diabetes, 1 dan 2.

Fenomena ini dirujuk sebagai diabetes hibrid, campuran atau berganda. Ia dikaitkan dengan kadar obesiti yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Diabetes Permulaan Kematangan Belia (MODY) pula merupakan bentuk diabetes yang jarang terjadi di kalangan kanak-kanak, berpunca daripada satu gen yang terhasil daripada rembesan insulin rosak.

MODY mewakili sehingga lima peratus daripada kesemua kes diabetes kanak-kanak. Ia selalunya gagal dikesan.

Ketahui tanda-tanda amaran diabetes

* Kerap buang air kecil

* Dahaga melampau

* Sering lapar

* Hilang berat badan

* Terasa letih lesu

* Kurang minat dan tumpuan

* Penglihatan kabur

* Muntah dan sakit perut (sering disalah anggap dengan flu/demam selesema)

* Di kalangan kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 2, simptom-simptom ini hanyalah ringan atau langsung tidak kelihatan

Komplikasi diabetes

Paras glukosa darah yang tinggi yang tidak dirawat atau dikawal akan mengakibatkan gejala yang lebih buruk dan serius.

Mereka biasanya hilang deria rasa terutama di tangan dan kaki menyebabkan luka atau kecederaan yang berlaku tidak diketahui. Luka-luka ini lambat sembuh.

Paras glukosa yang berterusan tinggi memburuk lagi keadaan dengan merosakkan pembuluh-pembuluh darah dalam badan seterusnya merosakkan mata, buah pinggang dan saraf.

Komplikasi diabetes termasuklah gangren (tisu mati) cabuk, kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong serta kabur penglihatan membawa kepada buta.

Lain-lain; penyakit buah pinggang, serangan jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, koma atau tidak sedar diri dan penyakit saraf.

Ketoasidosis diabetik

DKA berlaku bila mana tiada insulin atau kadar insulin adalah rendah dalam badan bagi membantu organ dan tisu menggunakan glukosa sebagai tenaga.

DKA menjadi punca kematian dan hilang upaya utama di kalangan kanak-kanak diabetes jenis 1. Jika tidak dirawat, kadar kematiannya mencapai 100 peratus.

Di antara 60 hingga 90 peratus daripada semua kematian berkaitan DKA adalah disebabkan oleh edema serebrak atau bengkak otak - komplikasi yang unik untuk kanak-kanak sahaja.

Diabetes kanak-kanak, remaja

Diabetes merupakan penyakit kronik yang paling kerap ditemui di kalangan kanak-kanak tanpa mengira usia, baik kanak-kanak yang sedang bertatih mahupun bayi.

Pun begitu, ia sering dikesan lewat apabila tahap glukosa darah mereka sudah terlalu tinggi dan berpotensi mengancam nyawa. Ada kalanya, ia dianggap sesuatu yang lain - flu misalnya.

Setiap tahun di seluruh dunia, adalah dianggarkan, 70,000 kanak-kanak bawah 15 tahun menghidap diabetes jenis 1, bersamaan hampir 200 orang sehari.

Daripada kira-kira 440,000 pesakit diabetes jenis 1 yang berusia 14 tahun ke bawah, lebih 25 peratus daripadanya tinggal di Asia Tenggara (termasuk Malaysia) manakala lebih 20 peratus lagi, di Eropah.

Sementara itu, insiden global diabetes jenis 2 diramalkan meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Diabetes jenis ini yang dahulunya hanya dilihat sebagai penyakit eksklusif orang dewasa sahaja kini berkembang pada kadar yang mencemaskan di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Unik bagi kanak-kanak

Diabetes mempunyai impak unik ke atas kanak-kanak dan keluarga. Kehidupan seharian tergendala dengan keperluan untuk memantau tahap gula darah, mengambil ubat dan menyeimbangkan kesan aktiviti dengan makanan.

Menguruskan diabetes turut memberikan tekanan psikologikal kepada mereka terutamanya apabila pengurusan dan rawatan penyakit bersifat intensif iaitu, mengekalkan kadar gula darah senormal yang boleh, secara berterusan.

Masalah harga diri rendah, kemurungan dan gangguan makan mungkin sesuatu yang bukan luar biasa bagi remaja diabetes.

Kanak-kanak diabetes juga berisiko tinggi untuk menghadapi komplikasi pada usia muda.

Lebih 50 peratus daripada mereka mula menunjukkan tanda-tanda komplikasi selepas 12 tahun diagnosis, itu pun menggunakan rawatan moden.

Bukan lagi penyakit eksklusif orang dewasa

Diabetes jenis 2 pada asalnya dipertimbangkan sebagai masalah eksklusif orang dewasa khususnya mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Bagaimanapun, setelah semakin ramai kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan, ditambah dengan tidak aktif bergerak, diagnosis diabetes jenis 2 di kalangan golongan tersebut semakin meningkat.

Sebahagian peningkatannya yang pantas dipercayai disumbangkan oleh perubahan dalam pemakanan - makanan diproses tinggi lemak dan berserat rendah. Dalam masa yang sama, ahli keluarga gemar makan di luar.

Majoriti kanak-kanak (kira-kira 85 peratus) dengan diabetes jenis 2 mempunyai berat badan berlebihan atau obes semasa disahkan menghidap penyakit itu.

Lain-lain faktor risiko utama diabetes jenis 2 termasuklah sejarah keluarga dengan penyakit sama, etnik, tekanan darah tinggi, gangguan lipid (lemak), kurang kegiatan fizikal, berat badan semasa lahir yang tinggi atau rendah.

Pengurusan dan rawatan

Kanak-kanak dan remaja diabetes berdepan dengan keadaan itu seumur hidup mereka. Berbanding pengurusan diabetes orang dewasa, diabetes golongan lebih muda ini hadir bersama cabaran-cabarannya yang tersendiri.

Ini termasuklah memastikan pembabitan seluruh keluarga khususnya apabila kanak- kanak terlalu kecil untuk memahami atau menguruskan penyakit di samping menganjurkan penjagaan bagi pesakit di luar persekitaran rumah contohnya ketika mereka berada di sekolah.

Matlamat pesakit kanak-kanak ini adalah untuk mengawal dan mengurus keadaan mereka secara berkesan dalam usaha untuk mengurangkan risiko komplikasi diabetes dan dalam masa yang sama mengekalkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal serta psikologi yang normal.

Ini bermakna, tahap glukos darah perlu berada dalam sasaran seperti yang telah disarankan bagi mengelakkan hipoglisemia (gula darah rendah) dan hiperglisemia (gula darah tinggi).

Kanak-kanak diabetes jenis 1 mesti mengambil insulin sama ada menerusi suntikan sebanyak dua atau tiga kali sehari ataupun diberikan melalui pam di bawah kulit. Bagi diabetes jenis 2 pula boleh mengambil ubat makan atau insulin atau kedua-duanya sekali.

Diet sihat, senaman dan pemantauan tahap gula darah secara teratur adalah penting bagi pesakit. Tiada satu pelan pengurusan diabetes yang sesuai untuk semua kanak-kanak. Pendidikan adalah kunci bagi mengurangkan komplikasi dan menyelamatkan nyawa.

Pencegahan

Buat masa ini, diabetes jenis 1 tidak boleh dicegah manakala diabetes jenis 2 boleh elakkan dalam kebanyakan kes dengan cara mengekalkan berat badan sihat dan aktif fizikal.

Kerajaan perlu mengenal pasti diabetes jenis 2 kanak-kanak sebagai isu kesihatan awam utama dan membangunkan program penjagaan dan pencegahan primer yang bersesuaian.

Ini termasuklah menjalankan kajian berasaskan populasi bagi mengetahui kadar kekerapannya yang sebenar dan mengatasi isu yang memberikan kesan terhadap berat badan semasa lahir.

Diabetes di sekolah

Secara puratanya, kanak-kanak menghabiskan masa tujuh jam di sekolah. Adalah penting untuk menyediakan pesakit dengan persekitaran yang membolehkan mereka menangani cabaran berkaitan diabetes yang timbul pada waktu persekolahan.

Rutin normal di sekolah seperti aktiviti kecergasan dan pemakanan boleh memberikan kesan terhadap tahap glukosa darah murid-murid atau pelajar.

Bagi mengekalkan kadar ini dalam julat sasaran sewaktu melakukan senaman, mereka perlu melakukan beberapa penyesuaian terhadap pengambilan insulin dan diet.

Kanak-kanak diabetes di sekolah sepatutnya bebas mengakses yang mereka perlukan untuk mengurus diabetes - peralatan menguji glukosa darah, sistem penyampaian insulin, snek dan karbohidrat yang pantas bertindak.

Adalah penting bagi keluarga, penyedia kesihatan dan pasukan penjagaan diabetes untuk bekerjasama mewujudkan pelan pengurusan diabetes yang diguna pakai di sekolah.

Antara elemen-elemen yang perlu dimasukkan dalam pelan tersebut termasuklah gejala dan rawatan untuk gula darah tinggi dan rendah, rutin pemantauan insulin, diet, senaman dan nombor untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

BHOnLine - Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


Butiran selanjutnya ...

Sabtu, November 10, 2007

Ada apa dengan cinta?



Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah untuk mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu mereka apa yang kamu rasakan

Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat sebelum bertemu. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat, kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kamu membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahwa kamu peduli dengan dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kamu dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai, dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah kamu rasakan.

Benarlah bahwa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangan itu ?? Tetapi benar juga bahwa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada.

Memberikan seseorang semua cintamu tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai kamu juga!!! Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hatimu. Ada hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang dari mereka kamu ingin dengar. Tetapi jangan sampai kamu menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar itu dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya.

Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kamu masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama kamu merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kamu tidak mencintai orang itu lagi bila kamu tidak bisa membiarkannya pergi.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.

Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu. Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Ada saat di dalam kehidupanmu dimana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahwa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang ingin kamu mimpikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai dengan keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang kamu inginkan. Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu bahagia.

Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahawa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata yang ceroboh dapat mengakibatkan perselisihan, kata-kata yang kasar bisa membuat celaka, kata-kata yang tepat waktu dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.

Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita. Dengan kata lain kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka. Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka.

Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba. Mereka hanya bisa menghargai orang-orang yang penting yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis..."

Forwarded by someone

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, November 09, 2007

Renungan di pagi Jumaat

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya? " tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"


Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan" . "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"


"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK ." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS
." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"


"ANDALAH YANG MENENTUKAN.. !!!"


Butiran selanjutnya ...

Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawap isteri?

Assalamualaikum warahmatullah,

Al-kisahnya seorangg teman di egroup menghantar email, “Berani pakai tak?” untuk imej di bawah :


Ada yang geli tengok imej ini, walau bagaimanapun, ada pula seorang bapa mithali membalas, “nak geli apanya… besok ada anak dia berak kena basuh tau, kalau dia selsema hidung sumbat kena sedut guna mulut tau. Itu taik pelastik apa la sangat....”

Saya selalu tertanya-tanya, masih adakah suami yang mahu bersusah-payah bersama-sama isteri dalam hal-hal berkaitan anak-anak dan rumahtangga? Yelah, selalunya dalam bab anak dan rumahtangga, kebanyakan suami akan lepas tangan, beranggapan urusan anak-anak (terutama anak-anak yang masih kecil) dan rumahtangga (memasak dan mengemas rumah, contohnya) ini kerja mutlak isteri.

Alhamdulillah, syujin (suami) saya tak berkira soal remeh-temeh bab menguruskan anak-anak. Diapun tak kisah kalau terpaksa bersingsing lengan bertarung di dapur sekali-sekala di kala saya dilanda angin pening-pening lalat. Dan, alhamdulillah, hari ini saya jumpa lagi satu contoh seorg suami mithali… Sekalung tahniah untuk En Mohd Fadley (mohdfadley@gmail.com).

Hari ini saya kongsikan artikel dari Pn SuzanaGhazali dalam kolumn “Resipi Hidup” yang bertajuk, “Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawap isteri?”




“Assalamualaikum Puan.

Saya 'S' dari perlis. Saya sudah berkahwin 7 tahun, ada anak 3; 6thn, 3 thn dan 2thn. Masalahnya isteri saya dari mula kahwin hingga sekarang malas memasak dan kemas rumah. Isteri saya seorang guru. Balik kerja isteri saya tengok tv dari pukul 2 hingga pukul 7 mlm. Makan, minum suami dan anak-anak tidak dipedulikan. Saya ingatkan anak-anak saja, kalau tak, dah lama saya bercerai. Tolonglah saya.”

- Inilah petikan satu sms yg saya terima baru2 ni.

Luahan hati seorg suami yg tertekan dengan sikap isteri yang dikatakan malas memasak dan mengemas rumah. Sikap malas si isteri betul-betul menekan si suami hinggakan beliau berhasrat untuk menceraikan isteri, jika tidak memikirkan kebajikan anak-anak. Betapa beratnya kesan daripada sikap si isteri yang tidak melakukan kerja-kerja memasak dan mengemas rumah. Kenapa sampai begitu kesannya? Apakah memasak dan mengemas rumah memang menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawap isteri?

Beban tugas


Saya teringat kata-kata Mak saya tika saya di usia remaja dan agak liat untuk membantu kerja-kerja memasak: "Org perempuan ni, walau pandai macamana sekalipun, memang tak lepas dari dapur." Saya akui, memang secara lumrahnya, memasak dan mengemas rumah adalah tugasan wanita. Setiap anak perempuan, apabila sudah boleh disuruh dan diharapkan untuk melakukan sesuatu maka kerja-kerja rumah akan mula diberikan kepadanya. Bermula dengan menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk dan akhirnya memasak.

Kembali kepada persoalan saya di awal tadi, apakah memasak dan mengemas rumah mmg menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawap isteri?

Kalau dilihat kepada tanggungjawap seorang isteri yang disenaraikan menurut tuntutan syariat, tidak tertulis pun bahawa seorang isteri perlu memasak atau mengemas rumah
. Tanggungjawap dan kewajipan seorang isteri adalah untuk melayan suami pada setiap masa dan ketika.

Diriwayatkan di dalam satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang wanita menunggu kepulangan suaminya ke rumah dalam keadaan dirinya berpakaian yang boleh menimbulkan keinginan suami untuk melakukan hubungan kelamin. Dijelaskan juga bahawa Rasulullah berpesan kepada para suami yang keluar dari rumah dan berjumpa dengan mana-mana wanita agar segera pulang untuk 'bersama' dengan isteri. Kenapa? Kerana lelaki mempunyai keinginan yang satu dan kuat dan menjadi tugas serta tanggungjawap isteri untuk melayani keinginan suami.

Air tangan wanita

Ulama juga pernah menjelaskan bahawa menjadi kewajipan seorang suami yang berkemampuan untuk menyediakan pembantu rumah kepada isterinya bagi membantu menguruskan kerja-kerja rumahtangga malah menjadi WAJIB jika isterinya itu memang berasal daripada keluarga yang sememangnya mempunyai pembantu rumah. Diriwayatkan juga Rasulullah SAW bertindak menjahit pakaiannya sendiri malah baginda juga turut menyusun kasut. Semua huraian dan penerangan ini menjelaskan bahawa memasak dan mengemas rumah bukanlah tugasan dan tanggungjawap isteri.

Dalam erti kata lain, seorang isteri tidak boleh dimarahi apatah lagi diceraikan apabila beliau enggan atau malas melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak atau mengemas. Namun, seperti yang selalu saya jelaskan: peranan, tugas dan tanggungjawap seorang isteri adalah utk menjaga kebajikan suaminya. Maka adalah menjadi satu BONUS jika isteri yang memasak dan mengemas rumah sendiri. Masih ingat lagi perbincangan saya mengenai “Rahsia Air Tangan Wanita”? Ya! Seperti yang saya jelaskan, tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri dan yang paling penting, air tangan wanita mampu menambat kasih sayang seorang lelaki. Saya teringat pesanan Mak saya, walau sesibuk mana pun, usahakanlah juga untuk menyediakan sendiri hidangan untuk suami kerana kasih suami akan bertambah dan 'melekat' jika perutnya sentiasa diisi dengan hasil air tangan isteri.

Secara logiknya juga, kasih suami akan bertambah jika isteri bijak menguruskan rumah tangga, menghias persekitaran dan mampu menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan. Saya pernah mengendalikan kes seorang lelaki yang kembali mencari isteri pertama yang telah diceraikan gara-gara mengikut kehendak isteri kedua yang lebih muda dan cantik, dengan alasan isteri pertamanya bijak membaca selera makannya dan pandai menyediakan hidangan yang lazat untuk dirinya.

Namun, perlu dingat! Walaupun memasak dan mengemas rumah menjadi satu bonus kepada isteri untuk terus menawan hati suami bukan bererti isteri perlu melakukan segalanya bagai HAMBA. Penat di pejabat belum habis, dah perlu mengadap urusan di rumah sedangkan suami memanjakan diri di depan televisyen atau menghitung huruf di muka akhbar. Perkara sebegini TIDAK WAJAR BERLAKU. Kerja-kerja rumah perlu dilakukan bersama-sama ataupun lakukan pembahagian tugas. Isu 'queen control' tidak boleh diwujudkan jika suami membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Merujuk kepada kes di awal tadi, walaupun memasak dan mengemas rumah bukan tanggungjawap isteri tetapi sikap si isteri yg mengabaikan langsung kebajikan suami dan anak-anak memang tidak wajar berlaku. Cubalah berbincang dan cari jalan penyelesaian kerana kewajipan dan tanggungjawap seorang ibu adalah menjaga dan mendidik anak-anaknya. Ikhtiar untuk mengatasi masalah adalah lebih baik daripada terus lari daripada masalah.



Moral of the story : Pandai-pandailah bawak diri bila dah melangkah ke alam rumahtangga ek...




Capaian entry berkaitan :

  1. Suami dengar nasihat isteri
  2. Tanggungjawab suami uruskan rumah - Fatwa Mufti Kerajaan Johor
  3. Awas, suami perdaya isteri!
  4. Nasib isteri tak pegang duit
  5. Memperkasakan pelajar lelaki
  6. Jadilah suami idaman
  7. Benarkah Tugas Istri Itu Mengurus Rumahtangga?
  8. Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu
  9. Batas-batas taat seorang isteri kepada suami
  10. Ramai suami tak berilmu?

Butiran selanjutnya ...

Makan banyak tapi kurus


JADIKAN sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai snek anda.

Kebanyakan individu alami kekurangan berat badan kerana amalan pemakanan yang kurang sihat

WALAUPUN mempunyai selera besar, sesetengah individu mengalami berat badan di bawah paras normal hingga ada yang beranggapan mereka menghidap anoreksia.

Pakar Pemakanan Kanan Hospital Pantai, Kani Molli, berkata agak sukar meneliti masalah sebenar individu yang mengalami masalah menambah berat badan terutama wanita.

Katanya, ada beberapa faktor menyebabkan perkara itu terjadi antaranya genetik, metabolisme tubuh yang tinggi atau masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan selain jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengkap.

Bagaimanapun, Kani berkata, wanita dan lelaki yang mempunyai tubuh yang kurus tidak bermakna menghidap anoreksia atau bulimia, namun diet dan tahap kesihatan mereka perlu dikaji terlebih dulu sebelum penyakit sebenar didiagnosis.

“Walaupun mereka mengakui mengambil makanan secara kerap atau dalam kuantiti yang banyak tapi biasanya selepas diteliti, kebanyakan yang mengalami masalah kekurangan berat badan mengamalkan pemakanan kurang sihat.



“Selain itu, keadaan klinikal seperti penyakit tiroid, kanser, malabsorpsi nutrisi dan masalah psikologi seperti stres juga boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara,” katanya.

Justeru, katanya, wanita yang mengimpikan berat badan normal penting untuk mengambil makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian selain mengelakkan minuman beralkohol serta rokok.

“Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.

“Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Adalah digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek,” katanya.

Tubuh yang kurus juga mudah mendapat penyakit. Ada segelintir mereka yang bertubuh kurus mempunyai kandungan kolesterol dan gula dalam darah yang tinggi.

Jika disahkan mempunyai masalah seperti berikut, individu berkenaan tidak digalakkan mengambil makanan sembarangan terutama makanan tinggi lemak tepu. Malah, mereka yang terlalu kurus juga biasanya mengambil masa lama untuk sembuh berbanding individu yang mempunyai berat badan normal.

Kani berkata, wanita yang mengalami penyusutan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah tulang seperti osteoporosis dan kekurangan nutrisi terutama jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

“Mereka juga biasanya tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk melakukan kerja seharian dan cepat berasa lesu,” katanya.

Katanya, jika individu yang mengalami masalah itu berhasrat mendapatkan berat badan normal, rawatan harus dilakukan selepas mendapat diagnosis daripada doktor termasuk mengesan sebarang masalah pada sistem pencernaan sama ada menghidap penyakit gastro usus yang melambatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi.

INFO: Tip pemakanan

  • Pilih makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian serta nutrien seperi nasi, roti serat tinggi.

  • Digalakkan memakan snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

  • Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari.

    Petua menambahkan berat badan

  • Lakukan senaman anaerobik seperti bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan dilakukan.

  • Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid makanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan anda.

  • Sumber: BHOnLine

    Butiran selanjutnya ...

    Khamis, November 08, 2007

    Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya

    Kedua orang tua itu mempunyai kewajipan mendidik dan mengajar anaknya berbuat baik dalam pergaulan serta adab sopan dalam hidup berumahtangga dengan suaminya. Mengenai ini ada diriwayatkan bahawa Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:

    " Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu."

    Kata-kata yang merupakan kumpulan adab sopan wanita perlu dipanjangkan, iaitu isteri hendaklah merupakan tiang utama di tengah - tengah rumahnya. Isteri itu hendaklah sentiasa di bilik rumahnya, menetap ditempat perkakas anyamannya, tidak banyak turun naiknya ataupun keluar. Ia mesti kurang berbicara terhadap tetangganya. Janganlah memasuki rumah tetangganya itu melainkan didalam keadaan yang mengharuskan ia masuk di situ.

    Isteri hendaklah menjaga suaminya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika ia ada di rumah. Hendaklah diusahakan agar suaminya gembira dalam segala perkara yang dihadapinya. Jangan sekali-kali isteri mengkhianati dirinya sendiri ataupun harta suaminya. Jangan pula isteri itu keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suaminya. Jika telah menerima keizinan dan terpaksa keluar, maka hendaklah isteri itu berjalan bersembunyi-sembunyi, berpakaian yang sederhana, tidak mendedahkan tubuh dan pakaiannya. Hendaklah selalu di cari tempat-tempat yang lengang bukannya tempat lalulintas orang ramai sehingga berdesak-desakkan. Ia mesti menghindarkan diri dari bercakap-cakap dijalanan dengan lelaki bukan mahram.

    Yang wajib diutamakan oleh isteri itu ialah kebaikan keadaannya sendiri serta mengatur dan mentertibkan keadaan rumahtangganya. Selain itu mestilah rajin melakukan ibadat, sembahyang serta puasa dan lain-lain yang menjadi kewajipan dirinya.

    Apabila ada kawan suaminya meminta izin dan sedang berada di hadapan pintu, tetapi di masa itu suaminya tiada, maka tidak perlulah ia bertanya ataupun bercakap - cakap dengannya. Hendaklah ia cemburu pada dirinya sendiri dan juga perasaan cemburu terhadap suaminya. Seorang isteri hendaklah puas dengan apa yang ada pada suaminya dan apa sahaja yang direzekikan oleh Allah Taala kepadanya.

    Ia mestilah mendahulukan hak suaminya atas haknya sendiri serta hak keluarganya. Ia wajib membersihkan dirinya selalu, bersiap sedia setiap waktu dan keadaan, barangkali suaminya itu dengan tiba-tiba menginginkandirinya untuk bersenang-senang. Selain itu isteri juga wajib mengasihi anak-anaknya, menjaga dan menutup keburukan mereka, jangan mudah mengeluarkan kata-kata makian kepada anak-anaknya ataupun berbuat sesuatu yang menyakitkan suaminya. Demikian nasihat seorang ibu yang budiman kepada anaknya.

    Sementara itu ada pula beberapa perkara yang merupakan adab sopan seorang isteri, jikalau ia menginginkan ketenangan dalam rumahtangganya iaitu:

    a. Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana kecantikan yang dimilikinya.

    b. Jangan menghina suaminya kerana buruk rupa dan wajahnya.

    c. Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.

    d. Menahan diri sewaktu suaminya tidak ada di rumah.

    e. Menunjukkan sikap baik, bermain-main dan berlapang dada serta melakukan segala hal yang menyebabkan kesenangan suami sewaktu suaminya ada di rumah.

    Ada suatu kewajipan yang harus dipatuhi oleh isteri dan ianya termasuk dalam hak-hak perkahwinan, iaitu:

    a. Jikalau isteri itu ditinggalkan mati oleh suaminya, maka hendaklah isteri itu menjaga dirinya dan berkabung tidak lebih dari empat bulan sepuluh hari. Dalam waktu itu dia dilarang mengenakan harum-haruman dan berhias.

    Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menunjukkan perkabungan kerana meninggalnya seseorang lebih dan tiga hari lamanya, melainkan untuk suaminya, maka bolehlah sampai selama empat bulan sepuluh hari." - (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

    b. Isteri itu menetap di rumah yang disediakan sewaktu ia masih menjadi isteri dan suaminya yang meninggal itu sehingga habis masa iddah.

    c. Isteri itu tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya atau keluar dari rumah itu, melainkan dalam keadaan darurat. Masih ada lagi adab sopan sebagai seorang isteri iaitu hendaklah isteri itu bekerja dan berkhidmat pada rumahtangga dalam segala perkara yang mampu ia lakukan, hal yang sedemikian inilah yang dilakukan oleh para isteri sahabat r.a.

    Butiran selanjutnya ...

    Kanak-kanak perlu cukup minum air

    “Ibu, Haikal haus! Haikal nak minum.”

    Tiba-tiba anak kecil berusia lima tahun berlari-lari ke arah anda sambil tercungap-cungap dahaga meminta minuman. Wajahnya kelihatan kemerah-merahan dan jantungnya berdegup kencang selepas kepenatan hampir setengah jam berada di taman permainan.

    “Maaf, ibu tak bawa bekal air, sayang. Nanti kita beli air, ya.’’

    Mungkin anda sebagai seorang ibu pernah berhadapan dengan situasi sama seperti di atas. Pelbagai alasan diberikan termasuk lupa, tidak sempat dan sebagainya. Namun sejauh mana kepekaan anda mengenai peranan air kepada seorang kanak-kanak sukar dijelaskan.

    Mengulas situasi yang sama, Perunding Dietetik di salah sebuah hospital swasta di ibu negara, Norhaslina Othman berkata, situasi itu banyak berlaku terutama di kalangan ibu bapa yang kurang sedar mengenai keperluan tubuh terhadap air.

    Sedangkan katanya, kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi yang boleh menyebabkan komplikasi perubahan fisiologi sehingga menjejaskan kesihatan.

    Lebih-lebih lagi katanya, kanak-kanak sebaya Haikal yang sudah kehilangan air melalui peluh selepas bermain.

    Jelasnya, sebaiknya jangan sampai anak meminta minuman. Jika keadaan ini berlaku, kanak-kanak ini sebenarnya sudah banyak kehilangan air dan jika ia dibiarkan akan mendatangkan kesan buruk kepada anak ini,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

    Masalah kekurangan air juga turut memberi kesan kepada orang tua terutama penghidap penyakit kencing manis.

    Ini kerana semakin seseorang itu berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air di dalam badan semakin menurun, begitu juga deria mengesan dahaga dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca yang semakin rendah.

    Menjelaskan lebih lanjut mengenai keperluan air kepada setiap individu katanya, sekurang-kurangnya lapan gelas air disarankan setiap hari.

    Bagaimanapun tidak ramai yang benar-benar mempraktikkan apa yang disarankan, sebaliknya pelbagai alasan diberikan.

    “Sesetengahnya berpendapat jika minum terlampau banyak air akan menyebabkan mereka kerap ke tandas dan ini bukan sesuatu yang digemari,’’ ujarnya yang tidak menolak tanggapan sesetengah individu dengan pengambilan minuman seperti teh, kopi dan jus buah-buahan sudah cukup menampung keperluan tubuh mereka setiap hari.

    Menurut beliau, seseorang itu juga akan kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potasium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair di dalam badan.

    “Kadar kehilangan air merupakan perkara normal bagi setiap individu. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak dan perlu diganti segera bagi mengelakkan terjadinya dehidrasi atau masalah kekurangan air,’’ ujarnya lagi.

    Norhaslina juga menjelaskan, hampir 60 peratus daripada berat badan seseorang adalah berat air. Sekiranya berlaku dehidrasi, badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan. Sayangnya, ia berlaku tanpa disedari.

    Selain itu, masalah kekurangan air juga katanya, turut menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan berkurangan. Keadaan ini mengakibatkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

    “Oleh kerana badan kekurangan air, seseorang itu tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar daripada badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin demam,’’ tegasnya.

    Bagaimanapun kata Norhaslina, bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit. Golongan ini akan kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan penumpuan tetapi juga tindak balas dan pertimbangan mereka.

    Sikap tidak suka minum air juga kata beliau berkemungkinan juga boleh menyebabkan organ penting badan terutama buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini terutamanya melaksanakan fungsinya menapis bahan-bahan toksid daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

    Di kalangan kanak-kanak, kata Norhaslina, air mudah keluar melalui cirit birit, bersenam atau berbasikal, tidak terkecuali ketika diserang demam.

    Lagi tinggi suhu badan seseorang, tegasnya, lebih banyak air yang hilang malah lebih memburukkan keadaan apabila kanak-kanak itu mengalami muntah dan cirit-birit.

    Oleh kerana itu, ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi mereka mula cirit birit atau muntah-muntah.

    Pastikan juga katanya, air yang hilang daripada badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.

    TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR

    * Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif

    * Terlalu dahaga

    * Mulut kering

    * rasa mengantuk

    * air kencing sedikit dan pekat

    * Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis

    * Lemah otot

    * Sakit kepala dan pening


    Penunjuk terbaik adalah warna air kencing - sama ada kuning cair atau pekat.

    Petunjuk serius

    * Kurang berpeluh

    * Mata cengkung

    * Tekanan darah rendah

    * Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)

    * Denyutan jantung menjadi cepat

    * Demam

    * Meracau

    * Pengsan


    PANDUAN MEMASTIKAN BADAN SENTIASA CUKUP AIR

    *Perlu disiplinkan diri anda - Air satu keperluan!

    * Bawa bekal air minuman ke mana sahaja anda pergi terutama ke taman permainan atau di dalam kereta.

    * Sebaiknya minum air masak atau jus buah-buahan.

    * Elakkan minum air bergas.

    * Jangan sampai berasa dahaga.

    Sumber: Utusan OnLine

    Butiran selanjutnya ...

    Menangani disiplin remaja


    MASALAH disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barangkali terbiasa dengan kesalahan pelajar-pelajar seperti memonteng sekolah, melawan guru, menghisap rokok di sekolah dan sebagainya.


    Namun, fenomena kini adalah amat membimbangkan kerana mengikut mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral di kalangan pelajar walaupun menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004, ia mewakili 100,000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta.


    Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan selesa. Sebabnya bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu. Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah laku moral ini dan beberapa pihak harus sama-sama menangani permasalahan ini.


    Faktor-faktor salah laku disiplin


    Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menjadikan anak-anak lepas bebas untuk membuat keputusan sendiri.


    Lebih menyedihkan jika ada anak- anak yang membesar dengan asyik melihat pertengkaran dan pergaduhan di rumah mereka. Ketiadaan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tidakpuas hati remaja mendorong remaja ini untuk meluahkannya bersama rakan sebaya di luar rumah, terutamanya di sekolah. Akibatnya kepincangan dari rumah dibawa ke sekolah dan masalah amat sukar diatasi melainkan akar masalah tersebut dapat diatasi.


    Selain itu remaja juga mengalami fasa perubahan, di mana kadangkala remaja mengalami masalah konflik diri dan mencari-cari identiti diri. Keperluan diri mula bertambah dan remaja mula meminta pandangannya dihormati sedangkan sekelilingnya menolak. Kurangnya pengetahuan dalam mengawal emosi menyebabkan remaja memberontak dan kadangkala bertindak di luar batasan. Emosi remaja umumnya tidak stabil pada peringkat ini dan kefahaman yang tinggi daripada ibu bapanya amatlah perlu dalam menangani sebarang isu yang dikemukakan.


    Remaja yang bermasalah juga seringkali berada di bawah pengaruh rakan yang memberi contoh tidak baik.


    Ketiadaan sokongan, nasihat dan pemantauan yang berterusan menyebabkan kecenderungan remaja melakukan perkara-perkara yang tidak baik lebih kuat. Banyak masa dihabiskan di sekolah, justeru rakan-rakan adalah terdekat yang mereka ikuti. Guru-guru mempunyai keterbatasan waktu, dalam mengimbangi tugas menghabiskan subjek dan mendidik pelajar.


    Fahaman bahawa rakan-rakan lebih memahami perasaan mereka menyebabkan remaja lebih mempercayai rakan-rakan dalam membuat suatu keputusan. Budaya berseronok dan suka mencuba sesuatu yang baru juga antara lain menjadi faktor penggalak kepada permasalahan ini.


    Maka langkah-langkah yang proaktif dan kolektif harus diambil untuk menangani masalah ini. Kerajaan pada tahun lalu telah mencadangkan suatu jawatankuasa untuk membendung permasalahan ini iaitu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin untuk memerangi masalah disiplin pelajar melalui 10 kementerian. Kementerian itu ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Kementerian Penerangan.


    Langkah ini seharusnya disambut dengan kerjasama yang baik daripada semua pihak untuk menjayakannya. Namun begitu, langkah-langkah untuk menangani masalah disiplin pelajar perlu dilakukan secara menyeluruh (holistik) dan memerlukan perhatian seluruh lapisan sosial dan masyarakat.


    Peranan remaja


    * Mencari kawan sebaya (peers) yang betul. Umumnya, remaja banyak menghabiskan masa di sekolah bersama rakan-rakan. Pemilihan rakan sebaya yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang salah. Rakan yang baik adalah rakan yang mengingatkan kita semasa kita tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang yang sebaya dan bersependapat dalam banyak hal. Maka remaja harus berhati-hati dalam memilih rakan.


    * Mendapatkan bantuan jika ada masalah. Remaja perlu mendapatkan nasihat daripada orang lain selain rakan sebaya jika menghadapi masalah di rumah atau dengan rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan masalah mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya, kadangkala langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana tidak selari dengan tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan kaunselor atau guru dapat membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak memahami masalah remaja.


    * Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja kerana ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri. Sekurang-kurangnya jka tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam ahli keluarga sendiri dan juga pada diri sendiri. Rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan harus dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi dan tidak berharap orang yang terdekat melakukannya.


    Peranan sekolah


    * Subjek yang diajar harus ada nilai tambah, iaitu menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap kelas. Kelas boleh dijalankan dengan interaktif supaya pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah dan meneruskan kelas. Elemen subjek agama dan sivik seharusnya ada dalam setiap subjek supaya remaja akan terdidik dengan nilai-nilai murni dalam setiap apa yang dipelajarinya.


    * Sentiasa berbincang dengan ibu bapa. Guru kelas boleh mengambil langkah yang proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian. Guru kaunseling juga harus ditambah kerana pelajar boleh merujuk kepada mereka di atas apa-apa masalah yang mereka hadapi.


    Peranan Keluarga


    * Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.


    * Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.


    Peranan masyarakat dan media


    * Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga remaja berkenaan. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja.


    Kesimpulan


    Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja.
    Remaja mungkin mempunyai akses melakukan apa yang mereka mahu, tetapi hanya dengan keimanan yang tinggi dan kesedaran sivik.


    Sumber: Utusan OnLine

    Butiran selanjutnya ...

    Rabu, November 07, 2007

    Hadis: Ukuran iman

    DARIPADA Abi Umamah (r) katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: Bila menggembirakan kamu oleh kebaikan dan mendukacitakan kamu oleh kejahatan maka kamu adalah orang yang beriman. (Riwayat Ahmad)

    Pengertian

    Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan ada dua sifat orang yang beriman iaitu bergembira bila mengerjakan kebaikan dan berdukacita bila melakukan kejahatan. Dia segera menginsafi dirinya dengan bertaubat dari segala kesalahan dan kembali mengerjakan amal salih untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t.

    Kesimpulan

    Kenali diri sendiri adakah mukmin atau sebaliknya melalui pengukuran ini.


    Butiran selanjutnya ...

    Sekadar renungan - Sejenak di Alam Rumahtangga


    Kata pujangga,
    perempuan bagaikan angin
    lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.

    Adakalanya mereka seperti ibu
    menyaji kasih, menghidang sayang
    adakalanya mereka seperti anak
    ingin dibelai, minta dimanjakan
    adakalanya mereka seperti nenek
    berleter seadanya, merungut semahuannya.
    Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini,
    bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

    ( i )
    Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk
    pandai-pandailah memujuk
    buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
    teliti dengan hati yang terseni
    rasional atau emosi ?
    andainya emosi, belailah emosi itu
    jangan cuba dihadapkan secara rasional
    kerana si dia tak akan terdaya
    mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
    lengkap dengan perangkaan statistik
    atau dokumen saintifik
    beserta dengan beberapa affidavit
    dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
    Dalam situasi ini, fikiran telah ditawan perasaan
    sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
    jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

    Masih gagal?
    cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian.
    Masih gagal juga?
    Tunggu saja rajuknya reda
    emosi isteri, bagai riak-riak air dalam cawan
    jangan digoncang...... buat selamba
    lambat laun, gelombang akan tenang
    air di cawan akan kita minum jua.

    Tapi awas.....
    kalau ternyata, rajuknya berfakta
    masamnya berdata, geramnya berilmiah
    marahnya ada prima facie
    ini rajuk taraf tinggi namanya, perlu ditangani berhati-hati
    kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
    mengaku lalu berjanji serta berikrar
    "Sayang abang tak ulang lagi"
    katakan "Sayang.... abang alpa"
    bisikkan "Darling.. I lupa.."
    hulurkan tangan, pinta kemaafan
    pendekatan kasanova, tapi hati suci

    Rajuk isteri seperti mangga muda, perisanya masam
    tetapi...
    kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa.
    ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

    ( ii )
    Arghh... tiba-tiba isteri merungut
    malah kadangkala agak mengugut
    minta aksesori serta perabot,
    minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit
    sedangkan kita bukan Shah Jehan
    yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
    tetapi isteri pula, persis Nur Jehan, yang meminta petanda keagungan cintanya
    Katanya "Seabadi permata.... segermelapan intan" ...
    sedangkan ditangan kita, cuma cincin tembaga.

    Aduh... peritnya mengukur cinta
    dalam ukuran mayam atau menimbang setia
    menerusi Bursa Saham papan utama, kasih isteri, turun naik
    mengikut kadar tukaran wang asing.
    Tiada guna menyesali diri, dia kan dulu pilihan kita?
    semasa mekarnya, dia dihargai, dipuja-puji
    dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
    sudah takdir... permata yang dipilih
    perlu digilap semula.

    Namun, putus asa jangan sekali
    terimalah dia, dengan redha.
    justeru isteri, pada hakikatnya
    adalah bayang-bayang suami
    wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
    luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras,
    lembut tapi jangan reput.

    Katakan $ bukan segala-galanya,
    lalu pada saat yang kudus, setelah bersolat bersama
    marilah kita bina perkahwinan ini
    dengan cinta yang sejati
    marilah kita kutip rezeki
    dengan keringat tersuci
    kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
    padamu isteri, istanamu, di hati ini
    padamu sayang
    kalung cintamu, di jiwa ini.

    ( iii )
    Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
    usia meningkat kecantikan tergugat
    dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
    betis, tidak lagi bunting padi
    pipi, bukan lagi pauh dilayang
    apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
    jika berkurang, nyatalah cinta kita
    selama ini cinta di mata bertapak di body
    tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
    ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
    itulah cinta sejati.

    Namun tidak salah, di samping menyanjung budi,
    kita merampingkan 'body'
    kalau ada kesempatan
    ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat

    tapi ingat niat kerana Tuhan
    bukan kerana ingin kuruskan badan
    tapi Tuhan Maha Penyayang
    Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
    tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
    sama-samalah merampingkan badan, yang terlebih dikurangkan
    jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
    apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan?
    Bukan masanya lagi merenung dara... tapi kini saat menghitung dosa
    lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
    moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
    di dunia ini dan di akhirat nanti
    itulah yang dikatakan, hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

    ( iv )
    Uhhh.... Kekadang isteri mengamuk
    dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
    Apa bukti setiamu suami?
    Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
    kekadang disergahnya kita,
    ketika keringat masih membasah
    baru menjengah pintu rumah.

    Ketika itu nilailah diri
    mungkin kita berdosa dengan Tuhan
    atau bersalah dengan insan
    mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
    yang telah kita lakukan
    Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
    secara 'indirect' dari Tuhan
    hadapkanlah diri ke cermin hati
    kaji diri satu persatu
    kalau liar, berhentilah
    kalau berdosa, bertaubatlah
    Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
    nasihatkanlah baik-baik
    bukan senang nak senang
    ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
    suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
    akan mendapat pahala Nabi Ayub
    atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
    ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
    "Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
    membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
    Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
    Dia yang mencuci kain baju kita.
    Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
    lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
    kerenahnya? "

    ( v )
    Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
    segenggam api.
    Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,
    kisah perpisahan
    Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
    walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
    Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
    Marilah kita pertahankan bersama si dia.
    si diaku, si diamu
    cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
    biar setia kita makin waja.
    Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
    yang indah-indah pantulan seri rumahtangga kita.
    Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
    yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
    atau kad ulang tahun perkahwinan
    atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
    Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
    pada malam nanti :
    Aku hanya seorang suami
    yang menerima setulus hati seorang isteri.

    Janji yang termeterai
    di akad nikah kita musim yang lalu.
    Salam kuhulur
    buat menyapa hatimu nan luhur.
    Bersamalah kita harungi
    derita yang datang,
    Bersatulah kita tempuhi
    nikmat yang bertandang.
    Denai perkahwinan
    pasti dihujani air mata.
    Biar kita rasa: rupanya syurga itu
    sangat tinggi maharnya.

    Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
    Atau kerinduan menggila Laila
    yang sangat dalam.
    Terimalah kehadiranku
    di sudut tersuci di dalam hatimu.....
    seorang isteri.

    sumber : forwarded by a friend


    Butiran selanjutnya ...

    Selasa, November 06, 2007

    Mengelakkan anak dari menderhaka kepada ibubapa

    Bagaimana mengelakkan anak dari menderhaka kepada ibubapa?

    Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

    Di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

    "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

    Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

    "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

    "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."

    Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

    DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
    Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

    BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
    Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

    Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

    HUBUNGAN DENGAN BAPA
    Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

    Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

    Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

    USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
    Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

    "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

    "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

    Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

    Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers

    Adalah mudah iaitu:-
    Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri. Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh. Tips;

    1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

    2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

    3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

    4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

    5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

    6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

    7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

    8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

    9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

    10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

    11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

    12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

    13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

    14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

    15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

    16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

    17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

    18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

    19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

    20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

    Good article. Forwarded by someone thru email.

    Butiran selanjutnya ...

    Ahad, November 04, 2007

    Tragedi November












    Dear Iman,
    I know I've been so selfish and self-centered. I'm sorry... I just wish you could understand, but you don't. You're too young to understand. Please forgive me.
    Mama

    Butiran selanjutnya ...

    Sabtu, November 03, 2007

    Seikhlas kasih sayang yang abadi.

    Cerpen forwarded by a friend.

    Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

    "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

    Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

    "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

    Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

    Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.

    Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

    Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

    Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

    Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

    "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"

    Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

    Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

    "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

    "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

    Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

    Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

    Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

    "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

    Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

    Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

    Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

    Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

    Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

    "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

    "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

    "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

    "Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

    Apalagi…. aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

    "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

    "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

    "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

    Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

    Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

    Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

    "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

    “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

    Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

    Butiran selanjutnya ...

    Jumaat, November 02, 2007

    Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

    3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yangada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.

    Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )

    Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

    Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini," tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

    "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? "

    6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

    7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

    Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

    "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

    "Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

    "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

    Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

    "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak."


    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.


    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


    10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swtdan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


    12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


    13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "YaRasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

    Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


    Rasulullah s. a. w. bersabda:
    "SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

    (AMALKANLAH SEMOGA MENDAPAT BERKAT & KEHIDUPAN MENJADI HARMONI AMAN BAHAGIA)

    Butiran selanjutnya ...

    Bertengkar erat kasih suami isteri


    KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadang kala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh. Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.








    Pertengkaran juga membolehkan anda meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan, iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
    Bayangkan sebelum ini anda hidup secara berasingan, dalam rumah berbeza dan keadaan yang tidak sama. Selepas berkahwin, anda terpaksa berkongsi bersama pasangan anda dalam segala aspek.

    Dalam kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan, tentu ada perbezaan dan perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.Kesimpulannya, pertengkaran boleh dielakkan jika tidak dibincang lebih awal dan mengelakkan timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.Tetapi, jika mereka dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri.

    Petua berdepan pertengkaran:

    - Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan anda. Jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian.

    - Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia memburukkan keadaan.

    - Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Gunalah perkataan yang lembut seperti, abang sedih dengan perbuatan itu atau kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya ini.

    - Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.

    - Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

    - Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

    - Jangan bertengkar di depan anak kerana ini menjadikan anak bingung atau tertekan.

    Butiran selanjutnya ...

    Khamis, November 01, 2007

    Jadilah pasangan terbaik


    Assalamualaikum warahmatullah,

    DALAM mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang serta keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Bukan semua rumah tangga yang didirikan tidak pernah ‘bergegar’.

    Kebanyakan mereka yang bahagia mungkin pernah melalui suka duka dalam rumah tangga bahkan pernah melalui saat yang teramat sukar. Namun, kebijaksanaan menanganinya menjadikan ia bagaikan syurga buat suami dan isteri serta tempat anak-anak berlindung yang mendamaikan.

    Oleh itu, berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan menjadi ganjaran yang tidak ternilai harganya.

    1 - Jadi pasangan realistik bukan hipokrit


    Terimalah kenyataan mengenai diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.

    2 - Berterus terang dengan pasangan


    Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri mengenai diri dan perasaan pasangan anda. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda. Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya, anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.

    3 - Lakukan segala-galanya bersama

    Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda. Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jika si dia gemar membeli-belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

    4 - Faham memahami dan bertolak ansur

    Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah kerana hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.

    5 - Tunjukkan cinta buat si dia

    Belikan minyak wangi, jam tangan, bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masak hidangan istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya. Anda tidak perlu menunggu hari tertentu seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.

    6 - Hormat antara satu sama lain

    Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya. Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri sama ada pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya serta tidak menjadikannya satu bahan jenaka mahupun sindiran.

    7 - Lupakan peristiwa lalu

    Jangan suka mengungkit masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia boleh menyebabkan kekeliruan. Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba untuk menyambung kembali hubungan yang terputus.

    8 - Buang sikap cemburu

    Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga. Kalau anda sering menyelongkar barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.

    9 - Tunjukkan komitmen anda pada pasangan

    Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

    10 - Jujur

    Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

    Renung-renungkan!




    Petikan: HMetro 2007/11/01

    Butiran selanjutnya ...
    Related Posts with Thumbnails