“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 30, 2008

Selamat Hari Lahir – Masa untuk muhasabah usia

Assalamualaikum warahmatullah,




‘HAPPY birthday to you’ adalah lagu yang paling popular di dunia. Ia dinyanyikan sempena hari lahir. Bertepuk tanganlah hadirin, sebaik selesai yang diraikan meniupkan lilin. Kembang mengepak hidung peniup lilin, maklumlah ramai yang ingat hari lahirnya. Seingat saya, sewaktu saya kecik-kecik dulu, hari lahir saya tidak disambut oleh sesiapapun, mak dan ayah tidak membiasakan kami adik-beradik menyambut hari lahir. Bila dah besar, tinggal pula di asrama, kawan-kawan meraikan hari lahir kami masing-masing. Dari situlah bermulanya sejarah saya menyambut hari lahir.

Kenapa kita sambut tarikh lahir? Ada banyak sebab dan rahsia tentunya, kalau tidak takkan ia boleh menjadi sebab bermasam muka apabila tidak diraikan atau tidak dipedulikan tarikh keramat itu. Sebab itulah orang suka buat kejutan supaya lebih menarik. Moga giliran kita pun dibuat kejutan juga. Ada ubi ada batas, ada hari patut kamu balas!

Sebenarnya, sambutan hari lahir sangat penting. Pentingnya bukan kerana majlis hari lahir dengan kek, pizza dan kuih-muih dan lain lain, tetapi sangat penting kerana ia mengingatkan kita bahawa umur kita semakin meningkat. Makin meningkat maknanya makin banyak umur. Makin banyak umur, semakin banyaklah lilin dinyalakan atas kek harijadi. Habis tertutup dekorasi kek, maklum, lilin yang mewakili umur terlalu banyak. Muahahaha… seronoknya tengok lilin menyala…. Eh! Eh! Ke situ pulak…. Tapi jangan lupa, sebenarnya, makin banyak umur ertinya makin kurang umur. Makin kurang umur sama juga dengan erti makin dekat dengan MATI! Huh hu.....

Bercakap fasal mati, kalau kita ingat mati, kita jadi takut. Kalau kita ingat seksaan api neraka Allah, kitapun akan jadi takut. Ada orang kata tak ada seksa kubur. Betul ke? Pedulilah apa mereka nak kata. Yang saya tahu, seksa kubur memang ada. Semak balik hadis di bawah.

Kisah 1

Ibnu Abbas menceritakan Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW, “Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya, “Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya, “Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda, “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Hadis riwayat Bukhari).

Kisah 2

Hah, ini lagi satu hadis tentang seksa kubur itu benar.
Dari Abu Ayyub r.a katanya: “Rasulullah SAW pernah keluar rumah sebelum Maghrib, maka terdengar oleh baginda suatu suara. Kata baginda: Itu suara Yahudi sedang disiksa dalam kuburnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Kisah 3

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama ‘Munkar’ dan yang satu lagi disebut dengan nama ‘Nakir’, (lalu keduanya mendudukkan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya. “Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad SAW)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata, “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad SAW)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad SAW) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!” Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda SAW bersabda: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga.” Rasulullah SAW bersabda lagi: Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?” Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya.” Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak.” Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian.”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka.” Rasulullah SAW bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Hah! Siapa kata tak ada seksa kubur? Kenapa, masih tak percaya ke? (ikut intonasi Yu-han, kalau masih ingat) Ops…… jangan ada pula yang komen, “Alaaa… kubur masing-masing. Apa fasal kamu sibuk-sibuk?” Eh! Eh! Boleh gitu? Hello!!! Siapa kata kubur masing-masing? Ada ke orang mati tanam sendiri? Kamu lupakah? Yang masih hidup inilah yang kena ambil pusing hal-ehwal kamu bila kamu sudah mati nanti!

Selamat hari jadi, semoga panjang umur. Selalu kita dengar ungkapan ini, sekurang-kurangnya setahun sekali, dan selebihnya mungkin kita sendiri yang mengucapkannya. Perasan tak? Sebenarnya tak berapa betul ungkapan tu. Tak terasa, ke? Hari-hari kita makin dekat dengan kubur. Bagi mereka yang rumahnya jauh dari kubur, mungkin tak terasa sangat. Sebab apa? Sebab mereka tak nampak, jadi perasaan takut itu mungkin tak wujud. Bila ternampak kubur atau batu nesan, baru tersedar. Itupun kalau tersedar..… Bagi saya yang tiap-tiap pagi dan tiap-tiap petang melalui tanah perkuburan, sangat-sangat terasa. Siapa yang tak kenal kubur boleh jengok yahoogroups al-Falaah ada gambar kubur menanti untuk pengunjung. Baguslah bagi yang mengingati mati. Orang yang takut mati, akan mati. Yang berani mati, pun akan mati. Yang tak nak mati, pun akan mati juga.

Tidak salah bergembira dengan majlis itu tetapi sepatutnya tarikh itu dijadikan peluang untuk bermuhasabah umur bertambah, duit bertambah, anak bertambah, semua bertambah tetapi sudahkah amal soleh bertambah? Bagaimana dengan solat? Makin khusyuk atau masih melayang? Solat lama-lama yang ditinggal dulu sudah diganti (qada) atau belum? Hutang puasa macam mana, zakat sudah dilangsaikan semua? Dah berapa kali khatam Al-Quran? Hutang dengan Allah, tanggungjawab sebagai suami, isteri, dengan ibu ayah, dengan anak-anak pula seperti dulu atau makin bertambah kualiti dalam serba-serbinya?

Di sebalik sambutan hari lahir pengajaran yang sangat penting ialah betapa sangat berharganya masa dan kehidupan. Ada orang kata 'masa itu emas'. Ungkapan ini tidak tepat sebab hilang emas boleh dicari dan diganti tetapi apabila masa yang hilang tiada galang gantinya. Masa itu adalah kehidupan. Sesiapa yang membuang masa sebenarnya sedang membunuh kehidupannya sendiri. Hidup tidak berhenti seperti air sungai terus mengalir. Dalam berusaha, jangan berhenti untuk mencari bekalan dan mengumpul tenaga demi meneruskan perjuangan.

Firman Allah yang bermaksud, “Demi masa, (Allah bersumpah) sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-'Ashr 103, ayat 1~3)

KERUGIAN yang dimaksudkan dalam ayat yang tersebut dalam ayat ini bermakna hilang modal, dan modal seseorang itu ialah umurnya. Dengan ini nyatalah bahawa manusia tidak terlepas daripada kerugian, kerana tiap-tiap satu detik yang berlalu dari usianya, kalau ia digunakan pada maksiat, maka tidak syak berlakulah kerugian. Dan kalau dihabiskan dengan perkara harus pun , maka itu kerugian juga, kerana habisnya tidak meninggalkan sebarang faedah yang dapat menolong bila dia MATI kelak. Bagi mengelakkan kerugian itu tidak ada jalan lain melainkan dengan jalan yang telah diterangkan pada ayat berikutnya (ayat yang ketiga) iaitu dengan menyempurnakan segala yang tersebut sebagaimana yang sewajibnya dan yang sewajarnya.

“Nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” meliputi aqidah keimanan, tutur kata dan amal perbuatan. Sementara kesabaran yang dimaksudkan ialah bersabar dalam menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya serta bersabar ketika ditimpa musibah atau bala bencana kerana yang demikian sebagai ujian daripada Allah.

Dari ibnu Abbas r.a., Rasulullah saw mengingatkan dengan sabdanya, “Pergunakan lima perkara (waktu/masa) sebelum datang lima perkara yang lain. Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, waktu lapang sebelum datang kesibukan, mudamu sebelum datang tuamu, dan kayamu sebelum datang miskinmu.” (Hadis riwayat al-baihaqi)

Orang mukmin seperti semut, kata pepatah Arab. Kenapa orang mukmin itu dibandingkan dengan semut? Semut dalam bahasa Arab 'an-namlah'. Makna 'an-namlah' ialah bergerak. Semut akan bergerak saja, tidak pernah tengok semut tertidur. Kita pun mesti bergerak, akal bergerak namanya berfikir, darah mengalir ertinya sihat, mata memandang ertinya merenung dan mengkaji, jangan berhenti. Telinga mendengar maknanya prihatin dengan diri dan keluarga, anak-anak dan sekitar, termasuk juga sekitar antarabangsa dunia Islam.

Hari lahir juga mengajar erti persiapan kepada mati. Mati ini pelik bagi kita tetapi di sisi Allah tidak pelik. Ada orang itu masih remaja, sihat tetapi tiba-tiba boleh mati. Pelik tetapi bagi Allah biasa saja. Jadi, kita yang tidak tahu bila akan mati ketika sambut 'birthday' ketika umur makin susut lebih bersedia untuk 'hari esok'.

Tetapi kita buat tidak kisah saja pasal mati. Pernah kita dengar ada yang kena strok sebab terkejut dengan kebakaran, kalah bola dan sebagainya? Pernah kita dengar ada orang yang kena strok kerana teringat dosa yang membawa ke neraka? Kita sanggup berjaga malam untuk menonton bola sepak atau gusti, tetapi pernahkah kita bersengkang mata demi bermunajat kepada Allah?

Setiap malam Mama Teresa hanya tidur empat jam. Ketika ditanya kenapa kurang tidur? Dia menjawab 'setelah mati nanti yang kita lakukan ialah tidur', walaupun dia bukan seorang Muslimah. Mengapa kita yang tahu ada alam kubur, neraka syurga, ada timbangan, ada titian sirat, selalu menghiasi mata dengan tidur.

Bukan tidak boleh ketawa dan gembira ketika menyambut 'birthday'. Boleh, tetapi jangan sampai terlupa dosa yang sudah kita calari dan kotori. Marilah kita bergembira dengan umur yang bertambah seiring dengan itu amal pun turut bertambah supaya bahagia di dunia dan selamat daripada api neraka.

Selamat hari lahir supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita-cita dan cinta! Sekadar menanjangkan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga teman-teman yang lain.

Renung-renungkan!

Butiran selanjutnya ...

Lelaki abai mukadimah seks



KEMESRAAN sewaktu bersama bukan satu isu remeh.

SECARA klinikal, ramai di kalangan lelaki negara ini dikesan tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Kegagalan mereka dengan mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangannya bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual. Percaya atau tidak, ramai juga lelaki yang dikesan tidak mengetahui cara sebenar hubungan seksual dan hanya terikat kepada satu posisi, walaupun telah mempunyai ramai anak.

Kebanyakan mereka hanya melakukan hubungan seks mengikut cara tersendiri termasuk melalui pembacaan tanpa mengambil kira kepuasan pasangan termasuk terlalu cepat sampai kemuncak.

Mengikut fakta klinikal juga, ramai yang berhadapan dengan masalah seksual ini terdiri daripada golongan yang aktif melakukan hubungan seks, termasuklah mereka yang ramai anak tanpa mengira usia dan latarbelakang.

“Ramai yang anggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tiada buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia terikat dengan pelbagai faktor. Selain setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri, faktor kesihatan juga memainkan peranan utama,” ujar Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Ismail.


SHAMSUL BAHRI ISMAIL

Pakar Kesihatan Lelaki Jabatan Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan itu turut menegaskan kedangkalan pengetahuan lelaki terhadap seks dan naluri wanita selain ego menyebabkan pasangan lelaki sering bersikap dominan semasa melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira kepuasan pasangan masing-masing.

“Tindakan mereka mengabaikan kepentingan bermesra sebagai mukadimah sebelum meneruskan aksi seterusnya dikira sebagai kegagalan kerana tidak mengambil kira teknik hubungan seks sebenar,” ujarnya kepada Kosmo!

Menurut beliau, masih ramai lelaki yang beranggapan aspek kemesraan sewaktu bersama sebagai isu remeh, membebankan lantas ada yang menganggapnya tidak perlu. Klinik Kesejahteraan Lelaki (KKL) HUSM mengesan terdapat sebahagian daripada lelaki tidak mempedulikan perasaan pasangan, asalkan diri sendiri mencapai kepuasan. Menurut beliau, suami pula kerap menyalahkan isteri jika tidak lagi terangsang tetapi keupayaan mereka sebenarnya dilemahkan oleh pelbagai penyakit.


SETIAP individu mempunyai titik kepuasan tersendiri.

“Tidak ramai lelaki yang bersedia bercerita masalah seksual mereka dan menjalani pemeriksaan kerana bersikap ego. Sebaliknya, mereka lebih gemar mencari jalan keluar dengan mengunakan ubat-ubatan kampung dan kaedah yang lebih membahayakan kesihatan,” ujarnya yang telah merawat lebih 100 pesakit yang menghidap pelbagai masalah berkaitan seksual.

Bilangan anak dan teknik hubungan merupakan dua perkara berbeza,” jelasnya yang juga konsultan di Klinik Kesejahteraan Lelaki (KKL) HUSM.

Hubungan seks bukan sekadar ‘masuk dan lepaskan’ sahaja dan kegagahan seseorang lelaki juga tidak diukur daripada faktor fizikal. Ramai lelaki yang nampak gagah serta mengaku mampu bertahan lama di ranjang tetapi sebenarnya tidak memberi kepuasan yang maksimum kepada pasangannya seolah-olah beraksi seorang diri sahaja.


“Kebanyakan lelaki hanya mengetahui masalah ini semasa mendapatkan rawatan di KKL apabila dikesan secara tidak langsung ketika mendapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit lain selepas melakukan saringan darah. Melalui saringan ini, kita boleh kesan pelbagai masalah seperti jantung, kolestrol dan hormon memberi kesan kepada kemampuan seks, penyakit mati pucuk, masalah saiz zakar serta testis. Sesetengahnya dikesan tidak mengetahui cara sebenar teknik seks berkesan walaupun telah mempunyai ramai anak,” ujarnya sambil memberitahu KKL ditubuhkan sejak Mac tahun lalu.

Katanya, pada sesi rawatan pesakit akan menceritakan masalah seks mereka yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini kerana menganggapnya sulit.

“Mereka yang ingin mendapatkan rawatan, perlu mendaftar di Unit Rekod HUSM sebelum dirujukkan di Klinik Perubatan Keluarga untuk mendapatkan temujanji KKL yang diadakan pada setiap Khamis. KKL ditubuhkan di HUSM bertujuan untuk menarik pesakit lelaki yang dikendalikan sepenuhnya warga kerja lelaki,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sumber : Kosmo!


Butiran selanjutnya ...

Tazkirah: Bersedia Memberi Kemaafan


Assalamualaikum warahmatullah,

Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf.
Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam diri seseorang. Pertembungan dua unsur ini menwujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia. Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan sepontan kita jika kita ditiup, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak kita disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Kadang-kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap musuh yang perlu diatasi dengan apa jua cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesaikan masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tidak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jangan marah

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Rasulullah SAW apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawap ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan baginda. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah SAW tetap mengulangi perkatan ‘jangan marah’.

Selidiki diri

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan perbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiah yang berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.

Renungkan dalam hati sendiri, adakah perkara itu juga berpunca dari diri kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu, syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkab perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manafaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca dari sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dalat deselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di dalam hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadang-kala, yang berdendam hanya sebelah pihak, sedangkan sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini telah selesai. Jika sifat memaafkan ini diamalkan, insya Allah kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal lagi memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Renung-renungkan!




Sumber: Mohd Huzairi bin Zainuddin, Perunding Motivasi

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Julai 29, 2008

Tajdid Iman: Menilai mesej Israk ke Baitul Maqdis

Dr Juanda Jaya

MARUAH UMMAH: Beribu-ribu umat Islam menunaikan solat Jumaat dekat Masjid Al Aqsa, Palestin.

Palestin lambang dakwah umat Muhammad, namun kini Yahudi bermaharajalela

KRONOLOGI peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sentiasa menjadi bacaan wajib orang Islam yang memperingatinya setiap tahun. Tiada rasa jemu membaca kisah perjalanan agung yang hakikatnya umpama hadiah istimewa bagi Baginda SAW daripada Allah.

Tujuan membawa Rasulullah SAW menikmati tanda kebesaran Allah pada malam itu ialah supaya Baginda SAW mendapat kekuatan baru untuk menghadapi keperitan dalam mengharungi medan dakwah yang kejam.

Allah berfirman yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya supaya kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk, ayat 1)

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada Baginda SAW adalah kehebatan perjalanan itu yang hanya menghabiskan masa semalaman menggunakan kenderaan buraq yang tidak pernah dikenal manusia.

Malah, Baginda SAW menjelajah dari Masjidil Haram hingga ke Palestin dan dimikrajkan ke hadapan Allah untuk menerima kewajipan sembahyang sebagai amanah bagi umatnya. Kehebatan perjalanan itu sukar diterima dengan akal semata-mata. Nyata satu lagi bukti kekuasaan Allah mencabar keimanan orang Islam yang belum kuat imannya untuk menerima dengan sebulat hati kebenaran peristiwa itu.

Malam itu, Rasulullah berjumpa nabi di Baitul Maqdis, melakukan sembahyang berjemaah kemudian naik ke langit pertama hingga ke tujuh lapisnya. Langit pertama, Baginda SAW berjumpa Nabi Adam, beliau mengalu-alukan kedatangan Rasulullah SAW.

Di situ diperlihatkan roh syuhada berada di sebelah kanan Nabi Adam dan di kirinya pula roh manusia malang. Di langit kedua bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris, langit kelima Baginda melihat Nabi Harun dan mengucap salam kepadanya.

Tiba di langit keenam berjumpa dengan Nabi Musa sehingga jatuhlah air mata Musa memandang Rasulullah SAW seraya berkata: "Aku menangis kerana orang muda yang diutuskan selepasku tetapi umatnya masuk syurga lebih ramai daripada umatku." Dan terakhir berada di langit ketujuh bersama Nabi Ibrahim.

Bagaimanakah rasanya berjumpa dengan nabi yang mempunyai misi sama dengan Baginda SAW? Bagaikan perhimpunan melepas kerinduan bersama insan pilihan Allah. Perjumpaan yang sungguh bermakna menyimpan satu misi kesatuan semangat dan perjuangan dakwah demi menegakkan tauhid di atas muka bumi ini.

Diharapkan Rasulullah SAW sentiasa mengingati sejarah dakwah nabi terdahulu supaya menjadi teladan dan contoh terbaik dalam kesabaran, kecekalan dan kesungguhan yang tiada habisnya.

Selagi mana Allah belum memutuskan untuk mengakhiri misi dakwah selagi itu tiada kata berhenti dan menyerah kalah. Adakah diterima atau ditentang, hal itu bukan suatu masalah kerana Rasulullah SAW hanya ditugaskan untuk menyampaikan, yang memastikan dakwah diterima dan berjaya adalah Allah. Betapa semangat itu yang diperlukan Rasulullah SAW selepas menghadapi tentangan terlampau kejam kafir Quraisy selepas kematian Abu Talib dan isteri tercinta Ummul Mukminin Khadijah.

Selepas itu, Baginda SAW dinaikan ke Sidratul Muntaha, di situ diperlihatkan tanda kekuasaan Allah yang lain iaitu, Baitul Makmur tempat tawafnya Malaikat yang memenuhi langit dan bumi. Akhirnya sampailah ke kemuncak peristiwa terindah di sepanjang kehidupan Rasulullah SAW apabila dimikrajkan naik menghadap Allah.

Lalu hampirlah Baginda SAW dengan Allah seolah-olah hampirnya dua busur panah atau lebih hampir lagi. Tidak dapat dibayangkan keadaan seorang hamba yang berada dekat dengan Allah. Perasaan Rasulullah SAW itu turut dikongsi bersama umatnya melalui perjumpaan ketika mereka sujud menyembah Allah.

Betapa indahnya falsafah cuba diungkapkan melalui perhubungan suci antara hamba dan Tuhannya. Ketika kita solat hakikatnya kita menghadap raja segala raja dan puji-pujian menjadi alat komunikasi paling efektif untuk menagih cinta Yang Maha Agung.

Penentangan itu sampai pada batas melampau ketika mereka diceritakan peristiwa Rasulullah SAW mengembara ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit berjumpa Tuhannya. Berkata Ibnu al-Qayyim: "Rasulullah SAW menceritakan kepada kaumnya apa yang diperlihatkan Allah kepadanya. Mendengar cerita itu mereka bertambah tidak percaya dan semakin menyakitinya.

Namun penentangan mereka tidak menyebabkan Rasulullah SAW gentar dan takut. Bahkan selepas menyaksikan gambaran syurga dan neraka serta tanda kebesaran yang diperlihatkan pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW bertambah yakin dan cekal menghadapi kekejaman kaumnya.

Jika kita amati surah al-Israk yang menceritakan perjalanan Nabi SAW itu hanya pada satu ayat dan ayat seterusnya ialah pendedahan kejahatan orang Yahudi. Penulis kitab sirah al-Rahiq al-Makhtum, al-Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri cuba menganalisis hal itu.

Beliau berkata: "Sesungguhnya Allah menggunakan pendekatan ini (surah al-Israk) untuk memberi kefahaman bahawa peristiwa Israk berlaku di Baitul Maqdis kerana orang Yahudi akan disingkirkan daripada memimpin umat manusia.

Allah akan memindahkan kepemimpinan kepada Rasulullah SAW, iaitu berpindah dari satu umat sejarahnya dipenuhi dengan pengkhianatan, dosa dan permusuhan kepada satu umat lain yang melahirkan kebaikan bersama Rasul mendapat wahyu menuju ke jalan lurus.

Mesej Israk ke Baitul Maqdis ialah ingatan bahawa Palestin adalah lambang kemunculan dakwah umat Muhammad SAW dan berakhirnya kejahatan Yahudi. Namun kini keadaan bertukar sebaliknya, Yahudi bermaharajalela di bumi Allah.

Palestin yang hilang sepatutnya kita tebus dengan perjuangan bersama seluruh dunia Islam. Tunjukkan solidariti untuk tanah air kita bersama, negeri Palestin, bumi yang melahirkan Nabi dan Rasul. Lahirkan anak segagah Salahuddin al-Ayyubi, kerahkan kekuatan untuk menebus kembali tanah yang pernah dimerdekakan Umar al-Khattab. Setiap tahun kita menyambut Israk dan Mikraj, tetapi apakah semangat dakwah Rasulullah SAW sudah terpahat di hati kita?

Sumber: BHarianOnLine 22/07/2008

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Julai 28, 2008

Sumber makanan untuk segera hamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga pasti menantikan kehadiran cahaya mata. Namun nasib setiap pasangan ini tidak sama, ada yang berupaya hamil tidak lama selepas mendirikan rumahtangga dan ada juga yang terpaksa menunggu bertahan-tahun lamanya untuk menerima kehadiran si kecil. Bagi yang memang mahu segera menimang cahaya mata, sebenarnya ada usaha yang boleh dilakukan agar impian tercapai. Caranya adalah dengan mengatur pola makan anda dan pasangan. Ia haruslah dilakukan dengan teratur kerana kehamilan tidak dapat dicapai dalam tempoh yang singkat.

Jadi kalau merancang untuk segera mendapat anak, sebaiknya mullah merancang pola makanan anda berdua sejurus selepas bernikah. Ada beberapa zat gizi penting yang perlu anda ambil jika anda mahu menyambung keturunan. Berikut adalah antaranya.

Daging, telur dan tauhu

Zat protein yang terdapat dalam sumber makanan ini berfungsi sebagai zat pembangun atau pembentuk sel baru. Bagi memastikan keperluan protein ini, seseorang wanita dewasa memerlukan lebih kurang 48 gram per hari manakala lelaki dewasa perlu mengambil 55 gram per hari zat ini. Bagi bakal bapa, kekurangan protein boleh mengganggu proses pembentukan sperma.

Taugeh dan kekacang

Sumber makanan ini mengandungi vitamin E yang tinggi. Ia berfungsi meningkatkan kemampuan sperma membuahi sel telur dan berperanan dalam pembentukan hormon testosteron. Bagi wanita, zat ini juga mampu mencegah risiko keguguran kerana peranannya dalam menjaga kesihatan rahim dan plasenta.

Ikan salmon, susu, keju dan mentega

Semua ini adalah sumber vitamin D. Fungsinya selain banyak terlibat dalam pembentukan tulang, vitamin D juga banyak berperanan dalam proses metabolisme di otak, jantung, kelenjar kelamin, kelenjar prostat dan payudara.

Bagi lelaki, vitamin D mampu meningkatkan gerakan sperma (sperma mampu berenang dengan lebih cepat) dan meningkatkan penghasilkan sperma. Bagaimanapun, anda hanya disarankan mengambil zat ini tidak lebih dari 4000 IU per hari. Pengambilan vitamin ini secara berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, nafsu makan hilang, gatal, kerap kencing, sakit perut, dehidrasi dan mampu menyebabkan kerosakkan ginjal.

Kerang dan daging

Dua sumber makanan ini mempunyai kandungan zink yang diperlukan oleh tubuh terutama untuk menghasilkan keturunan. Bagi bakal ibu, zink perlu untuk membantu penghasilan genetik yakni kromosom yang ada dalam sel telur ketika pembuahan terjadi.

Manakala bagi bakal bapa pula, zat zink diperlukan untuk proses pembentukan sperma yang sihat.

Hati, kuning telur, sayuran hijau dan kacang merah

Di dalamnya terkandung zat besi yang berfungsi menjaga pusingan ovulasi yang dapat diketahui melalui pusingan haid yang teratur. Sekiranya pusingan haid tidak teratur, maka pematangan sel telur menjadi kurang baik dan perkara ini mampu memberi kesan kepada proses pembuahan.

Ayam, ikan dan beras merah

Tiga makanan ini mengandungi sumber vitamin B6 yang banyak terlibat dalam proses sistem reproduksi wanita. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan hormon tidak seimbang, Walhal keseimbangan hormon estrogen dan progesterone sangat penting untuk proses kehamilan.

Makanan laut, ikan tuna dan bawang putih

Ia mengandungi selenium yang berperanan penting dalam penghasilan sperma yang sihat. Setengah dari kadar selenium dalam tubuh lelaki ditemui dalam cairan sperma.

Brokoli, bayam, tomato, mangga dan lobak merah

Ia mengandungi vitamin A yang penting dalam pembentukan sel telur. Kurangnya kadar vitamin ini akan mengakibatkan penurunan tahap hormone LH (Lutenizing Hormone) dah FSH (Follicle Stimulating Hormone) yang diperlukan untuk pembentukan sel telur. Bagaimanapun, anda disarankan mengambil vitamin A ini tidak lebih dari 25,000 IU per hari. Pemgambilan vitamin A secara berlebihan akan menbuatkan anda mual, kerana zat ini akan berkumpul dalam hati.

Buah limau, jambu, betik, epal, tomato dan kiwi

Semua buah yang senang diperolehi ini mempunyai Khasiat vitamin C yang tinggi. Ia membantu memperkuatkan sel sperma, menjaga kesihatan fungsi indung telur dan pembentukan sel telur. Selain itu, vitamin C juga bekerjasama dengan vitamin E dan beta karotin dalam melindungi sel-sel organ tubuh dari radikal bebas yang mampu mempengaruhi kesihatan sistem reproduksi wanita.


Butiran selanjutnya ...

Jauhi amalan baca ramalan bintang

Oleh Hasliza Hassan, bhnews@bharian.com.my


KARUT: Sesiapa yang mempercayai apa yang dikatakan tukang tilik boleh jejaskan akidah.

Kepercayaan kepada ahli nujum, tukang tilik bawa kepada kekufuran

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam. Perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohong serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku.
Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak.

Kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

Sesuaikah jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan?

Justeru itu umat Islam dinashihatkan supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

Sumber: BHarian

Butiran selanjutnya ...

Cerpen: Nangka 10 tinggal 9

Muliakanlah Anak Yatim

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Riwayat Bukhari)

Huraiannya:

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.

Allah juga telah berfirman, yang bermaksud, "Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang salat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang berbuat ria dan enggan (menolong dengan) barang berguna." (Surah 107 Al-Maa’uun, ayat 1-7)

Kisah di bawah benar-benar menyentuh perasaan. Semoga ia memberi pengajaran kepada kita semua.


Oleh Sabri Hashim

AWANG berdiri diam. Terhendap-hendap memandang ke dalam surau. Tiada siapa perasan dia di situ. Di tepi pintu masuk. Suara kanak-kanak mengaji Muqadam riuh-rendah. Bising seperti di pasar ikan. Itu Awang tidak peduli. Dia begitu asyik melihat mereka mengaji Muqadam dan al-Quran. Dia berasa seronok dan terhibur. Dia teringin sangat hendak bersama mereka. Nanti dia akan khabarkan kepada ibu. Itu cita-citanya sekarang.

“Ibu, adik nak belajar baca Muqadam,” kata Awang perlahan, tapi jelas lepas makan malam.

Tersentak si ibu mendengarnya. Mata perlahan-lahan tunduk merenung lantai rumah setinggan yang tidak bersimen itu.

“Awang... Awang.... manalah ibu mampu. Kita miskin. Serba-serbi kekurangan. Manalah nak cari duit. Kalau bapa adik masih hidup....” Si ibu berhenti bercakap di situ. Sedih. Awang satu-satu anaknya di dunia ini. Dialah intan. Dialah payung segala-galanya.

Sementelah Awang telah lama berhenti sekolah. Bantu si ibu bekerja. Bekerja di bandar. Basuh pinggan dan gelas di restoran nasi kandar. Usianya kini baru 10 tahun.

Terkebil-kebil mata Awang seperti cicak telan kapur.

“Tapi bu, bapa Hassan bagi pulut kuning je hari itu. Tiada duit pun boleh mengaji,” kata Awang merajuk. Dia masih kecil. Tidak mengerti makna salam bersampul dalam kehidupan kini.

“Hmm... kita makan nasi pun tak cukup. Inikan pula nak kasi pulut kuning kepada orang.”

Dua beranak itu diam seketika. Tiba-tiba Awang melompat ceria. Menerkam ibunya di muka. Terkejut si ibu.

“Apa kata bu, kita bagi nangka kepada Tok Guru sebagai....”

Belum habis Awang bercakap ibunya mencelah pantas.

“Hish! Tak pernah orang buat. Mana boleh. Malulah sikit. Sekarang zaman canggih. Ada duit semua beres.”

“Belum cuba belum tahu. Awang cuma mahu keizinan daripada bu saja. Bolehkan?”

Entah daripada mana idea datang pun tak tahu. Kalau niat baik mesti ada jalan. Itulah terjadi ke atas Awang. Si ibu mengalah. Keinginan Awang terlalu kuat.

Esok awal-awal pagi lagi Awang sudah berada di bawah pohon nangka. Pokok itu terletak di belakang rumahnya. Dia tengok ada sebiji nangka sebesar bola bergayut di batang pokok. Bau harum semerbak mencucuk deria hidungnya. Dia tahu nangka itu sudah masak ranum. Boleh dipetik. Dia bawa masuk ke dalam rumah. Dia belah buah nangka itu.
Dia lihat ada 10 ulas isi nangka. Dia beri seulas kepada si ibu untuk merasa. Baki sembilan habuan untuk Tok Guru.

Petang hari Awang siap sedia dengan baju Melayu lusuh. Songkok kelabu tertenggek di atas kepala. Di tangan sebungkus nangka. Dalam beg plastik hitam. Si ibu sediakan tadi. Dibalut dengan surat khabar. Awang tunggu semua kanak-kanak meninggalkan surau dulu. Baru dia masuk menemui Tok Guru.
Awang bersila tertib di hadapan Tok Guru. Tok Guru memandang Awang dengan mata membulat.

“Assalamualaikum Tok Guru. Saya Awang. Tinggal di rumah setinggan sana. Datang sini ingin belajar dengan Tok Guru,” kata Awang sedikit gementar, tapi yakin.

Tok Guru tak percaya dengan mata kepala sendiri. Dia bangkit. Tanpa haram sepatah kata pun dia tinggalkan Awang seorang diri. Tok Guru jalan ke paip. Kemudian terus menunaikan sembahyang fardu Asar bersama jemaah yang sedang menunggunya tadi.

Keesokan harinya, peristiwa serupa berlaku lagi ke atas diri Awang. Dia tidak marah. Apatah lagi putus asa. Dia pernah dengar orang kata: ”Hendak menuntut ilmu Tuhan ini kena banyak sabar.” Itu yang dia lakukan sekarang - sabar. Satu ujian.

Masuk hari ketiga baru Tok Guru ingin bercakap dengan Awang. Awang menanti. Tekun dan berdebar.

“Mana ayah kamu?” tanya Tok Guru keras.

”Ayah sudah meninggal. Eksiden,” kata Awang jujur.

Terkejut Tok Guru. Rasa tiada daya lagi untuk menepis. Tok Guru terpaksa menerima Awang sebagai anak muridnya. Hatinya sungguh geram.

“Apa itu?” kata Tok Guru sambil menjuihkan bibirnya ke arah bungkusan sebelah Awang.

“Untuk Tok Guru. Nangka 10 tinggal sembilan,” sambut Awang dengan penuh bangga.

Tok Guru pun mengambilnya. Dia buka bungkusan itu. Memang benar nangka. Hanya nangka. Tiada kertas not biru dan merah. Dia kecewa.

“Baik, Tok Guru ajar kamu petang ini. Ikut Tok Guru lepas bacaan ini,” kata Tok Guru tegas.

Awang mengangguk kepala sekali sahaja sebagai tanda akur.

“Bismillahirrahmannirrahim, nangka 10 tinggal sembilan,” sebut Tok Guru dengan penuh lagu.

Lepas sekali dengar, Awang pun sebut dengan penuh gaya dan semangat. Sampai terpejam mata. Ikut seperti Tok Guru buat. Dia disuruh ulang beberapa kali bacaan itu. Tanpa disedari, Tok Guru sudah lama meninggalkannya seorang diri.

Semenjak hari itu, ke mana Awang pergi dia akan mengalunkan lagu itu juga. Ada ketika orang tersenyum sinis kepadanya. Lebih-lebih lagi ketika membasuh pinggan di restoran - “Bismillahirrahmannirrahim , nangka 10 tinggal sembilan.” Kerja siap sepantas kilat. Awang sungguh seronok. Hajat di hati tercapai sudah.

Apabila Awang berjalan di sekitar rumahnya, ada orang bertanya, “Dari mana adik belajar lagu itu?” Dengan penuh bangganya dia akan menceritakan kepada mereka dari A hingga Z. Dia tidak malu. Itu adalah usahanya.

“Tok Guru tak ajar komputer dengan adik?” tanya si ibu pada suatu malam.

“Apa bu!?” jawab Awang kuat seolah kurang dengar. Dia sedang asyik mengulang bacaan itu supaya menjadi lebih lancar dan sedap.

“Komputer... eh, apa tu....? Orang sekarang kata kom-pu-ter,” ulang si ibu latah sambil menggaru epidermis kepala yang tidak gatal.

“Belum lagi. Tok Guru suruh pandai yang ini dulu.”

“Ibu tengok adik bukan main seronok sekarang.”

“Mestilah bu. Adik nak jadi pandai.”

“Ikut suka hati kamulah adik. Ibu tumpang gembira.”

Lepas itu, tidak lagi dengar suara Awang. Dia terlena dengan mulut terlopong. Perlahan-lahan si ibu ambil kain batik basahan menutup tubuh Awang yang tak berbaju itu. Si ibu menarik nafas lega sambil menggeleng-geleng kepala. Kemudian si ibu beredar meninggalkan Awang tidur seorang diri untuk esok.

Petang ini Tok Guru mengajar seperti biasa. Tapi dia rasa tidak sihat sikit. Badan seram sejuk. Nak kata demam, dia tak rasa panas. Kadang-kadang terasa kebas di hujung jari tangan. Peluh memanik di dahi. Dia mula buka kancing baju Melayu lima butir itu dari atas. Satu demi satu. Serban di kepala ditariknya turun untuk menyapu peluh di muka. Tiba-tiba dadanya dicengkam kesakitan. Dia mula sesak nafas. Tok Guru mengerang kuat kesakitan. Terkejut kanak-kanak yang hadir. Kemudian dia rebah pengsan tak sedar diri.
Seluruh taman gempar.

Tok Guru dihantar ke hospital dengan kadar segera. Wayar berselerak di tubuh. Dada turun naik perlahan. Mata pejam rapat seperti orang tidur. Alat ECG berdecip lemah di atas kepalanya. Urat tangan kiri ditusuk dengan jarum Normal Saline dan Dextrose .
Dia terkedang di atas katil. Tidak sedar diri. Tiada kepastian bila Tok Guru akan sedar. Begitu kata doktor yang merawatnya.

Isteri dan anak-anak silih berganti menemani Tok Guru. Siang dan malam mereka berada di sisi. Harap dan doa semoga dia kembali sihat. Tapi hampa. Tok Guru sedikit pun tak berubah. Keadaan seperti hari pertama masuk wad. Mata pejam. Badan terbujur kaku keras.

Walau bagaimanapun, Tok Guru dibawa pulang juga. Jasad sungguh uzur. Sudahlah kurus, tulang dada tersembul keluar. Mata cengkung dan hitam di sekelilingnya. Rambut jarang, gugur. Kuku jari dan kaki tumbuh panjang. Seluruh badan kelihatan lebam di sana sini. Dalam rongga mulut berkerak Candida tumbuh seperti orang mengidap AIDS .

Amat pelik sekali ialah badan Tok Guru berbau busuk macam mayat.
Siapa yang datang melawat pasti termuntah. Tak boleh tahan lama. Mereka berpandangan antara satu sama lain dan bertanya dalam hati kecil masing-masing, “Kenapa begini? Macam orang mati!” Jawapannya tiada siapa tahu.

Kalut kawan-kawan Tok Guru baca Yasin di rumah. Tak cukup itu, sembahyang hajat beramai-ramai. Semua harap Tok Guru dapat pergi dengan tenang bertemu Tuhan. Tak sanggup lagi melihat Tok Guru menderita. Tapi nyawa Tok Guru liat. Ketegar tak mahu pergi meninggal badan. Entah apa lagi yang tak kena. Sungguh mereka bingung. Cari jalan tak ke sudah.

Kali ini mereka kumpul semua sanak saudara, handai taulan, jiran, kawan-kawan dan anak-anak muridnya. Mereka semua pakat menziarah Tok Guru. Semasa itu, kemaafan dibisikkan ke telinga Tok Guru.
Masih begitu juga. Tiada perubahan. Dia terkedang di atas katil seperti diseksa. Semua orang bingung mati akal. Tidak tahu apa lagi yang harus dibuat. Akhirnya, lawan tengok sesama sendiri.

“Siapa lagi yang tak datang?” tanya seorang ustaz kepada sekumpulan orang taman.

“Rasa-rasanya semua dah dipanggil,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Apa lagi agaknya?” rungut ustaz dalam menungan.

Tiba-tiba.

“Bismillahirrahmannirrahim, nangka 10 tinggal sembilan.”

Semua orang memanggung kepala seperti ayam memanggung kepala apabila nampak sewah dalam rumah itu. Cepat-cepat mereka pergi tengok di luar. Nun, di sana mereka nampak Awang. Terkedek-kedek seorang diri berjalan menuju ke bandar. Dia dipujuk datang cepat. Lepas itu, jenazah Tok Guru selamat dikebumikan. Tiada halangan lagi. Awang pun kembali bergerak seperti biasa. Yang tinggal hanya sunyi sepi. Sayup-sayup kedengaran, “Bismillahirrahmannirrahim, nangka 10 tinggal sembilan.”

Biodata:
SABRI Hashim yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Alor Star, mula berkarya pada awal 1980-an, terbabit dalam genre sajak dan cerpen. Karya lulusan Sarjana Sains dalam bidang Farmakologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini mendapat tempat dalam media masa arus perdana.

Sumber: BHarian

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Julai 26, 2008

Teknik bercumbuan antara suami & isteri

Flamingo in love ~ gambar hiasan

Salam sejahtera,

AMARAN! Bacaan ini khas untuk mereka yang sudah ada sijil nikah sahaja. Kepada mereka yang masih tidak ada pasangan atas sebab musabab tersendiri, jangan nak menggatalkan mata membaca artikel ini. Cari pasangan cepat-cepat, habaq mak-ayah dan tok khadi, nikah. Lepas itu boleh mai sini balik baca artikel 18SX no... Adalah menjadi tanggungjawab kalian menanggung apa-apa risiko meraban atau raban teben jika masih berdegil untuk menghabiskan artikel ini.

Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bila mana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).

Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Sebab itulah Allah SWT telah berfirman, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya... Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah an-Nuur 24:30~31)

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercium-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah SAW telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut: “Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan. Dikatakan : Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah? Maka beliau bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)

Lebih tegas lagi Rasulullah SAW melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah, “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu.”

Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogen, iaitu yang berikut:
  1. Daerah kening
  2. Bahagian pelupuk mata
  3. Hidung
  4. Pipi dan sekitarnya
  5. Bahagian tengkuk
  6. Bahagian leher
  7. Daun dan belakang telinga
  8. Payudara terutamanya puting
  9. Bibir dan lidah
  10. Bahagian dalam mulut
  11. Peha dan sekitarnya
  12. Ketiak
  13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
  14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj
  15. Bahagian tumit

Bahagian-bahagian yang disenaraikan di atas merupakan daerah-daerah erotis yang harus diberikan perhatian semasa merangsang, sama ada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu, binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.

Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita.

Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembabkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.

Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.

Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:, “Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”

Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah SAW tidak menganjurkannya sebagaimana sabdanya: “Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta.”

Mengapa Rasulullah SAW menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga. Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah SAW, “Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Betapa bagusnya andaikata si suami perihatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam keredhaan Allah Ta’ala. Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga.




Sumber: Sex-melayu

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Julai 25, 2008

Tazkirah: Cinta sesama ummah mampu elak perpecahan

Sumber: akob73.blogspot.com & sedikit tambahan sendiri.


MENGHARUNGI kehidupan pada zaman serba moden, kelihatan struktur hidup bermasyarakat di kalangan umat Islam semakin goyah. Kehidupan semakin menjadi terlalu individualistik dan rata-rata insan hanya mengambil berat mengenai perkara yang boleh menggugat kebahagiaan mereka.

Maka tidak hairanlah jika kemungkaran yang berlaku secara terbuka di depan mata, ramai mengambil sikap tidak endah kerana ia tidak membabitkan diri atau keluarga mereka. Anak yang ponteng sekolah bebas menghisap rokok di sesetengah kawasan awam kerana tiada siapa menegur mereka. Apa yang dijadikan alasan bagi sesetengah pihak untuk tidak menghalang itu ialah murid berkenaan bukan anak mereka.

Saya pernah menghadapi situasi berhadapan dengan sekumpulan remaja lelaki yang menghisap rokok di perhentian bas. Remaja ini, saya andaikan dalam usia 13-15 tahun, melalui suara mereka yang masih kedengaran seperti suara ‘gagak’ (baru pecah suara). Terdetik dalam hati hendak menegur mereka yang tidak segan-segan merokok di tempat awam, tapi takut juga kalau-kalau saya diapa-apakan. Kebetulan waktu itu mereka berempat dan saya hanya seorang diri. Saya rasa agak terkilan mengenangkan situasi di mana saya terpaksa melihat (seolah-olah ‘mengizinkan’ perbuatan mereka) dan cuma dapat membantah dalam diam.

Muda-mudi kita juga bebas berpakaian mencolok mata serta berkelakuan tidak senonoh secara terbuka tanpa ada yang menegah kerana mereka tidak ada hubung kait dengan diri kita. Sungguh menghairankan senario sebegini kerana Islam agama yang menggalakkan umatnya mengerjakan amal makruf dan menolak kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya." (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Tegur atau diam?

Apa yang kita lakukan apabila melihat seorang rakan melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya? Adakah kita hanya akan berdiam diri, lihat sahaja atau mengambil usaha menegurnya?

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata-mata, tetapi terhadap semua anggota masyarakat. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawap sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain, tetapi sebaliknya untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya. Peranan seorang Muslim mukmin yang sebenar, sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana itu seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.

Teguran selalunya berunsur positif, dengan perkataan lain, nasihat namanya. Tegur atau nasihat adalah peringatan baik kepada yang menegur mahupun yang ditegur. Kepada mereka yang berani membuat teguran atau memberi nasihat, syabas. Anda mungkin diberi tahfiq dan hidayah untuk beramal, tanpa anda sedari. Semoga Allah SWT saja yang membalas amalan yang anda di akhirat nanti. Kepada anda yang dinasihati, tugas anda adalah mendengar, memahami dan memberi respon yang betul terhadap teguran atau nasihat yang beri. Anda yang dinasihati, kerja anda bukanlah untuk tempelak atau komplen ketidaksempurnaan yang memberi nasihat. Tidak sedikit yang memberi respon negatif terhadap teguran atau nasihat. Ada yang berkata, “Alaaa... Kubur masing-masing. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain.” Atau “Kamupun lebih kurang macam aku jugak. Bukannya baik sangatpun!” Amboi... sombongnya. Kadang-kadang pelik lihat respon orang yang pantang ditegur atau dinasihat ini. Jika kita tunggu orang yang sempurna menegur atau menasihat, maka sampai bila-bilapun anda tidak dapat terima teguran atau nasihat. Ingat! Tiada yang sempurna di dunia ini, kecuali Rasulullah SAW yang maksum. Tugas menghakim terhadap orang yang menasihat adalah kerja Allah SWT, bukan tugas kita! Tugas kita yang sepatutnya respon terhadap teguran atau nasihat.

Ada juga di kalangan umat Islam yang tidak begitu mengenali jiran tetangga di sekeliling mereka. Interaksi antara jiran terbatas kepada sapaan kecil yang tidak begitu bererti. Susah payah diharungi jiran tetangga tidak dipedulikan. Islam menggalakkan kita mengambil berat tentang keadaan jiran kita. Jiran dalam Islam pula bukanlah hanya mereka yang berada di kiri kanan depan belakang rumah sahaja, sebaliknya di dalam satu hadis menyatakan, jiran ialah mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah di sekeliling kita. Tidak kiralah jiran kita Islam atau bukan Islam, kita wajar menjaga haknya. Hak yang paling utama ialah berbuat baik kepadanya. Termasuk di dalam berbuat baik ialah mengambil berat tentang jiran, yang bererti, perlu menjaga tepi kainnya. Menjaga tepi kainnya termasuklah menegur sikap anak-anak yang nakal dan sebagainya. Mungkin juga ada di kalangan jiran kita yang benar-benar kesempitan kewangan sehingga hidup berlapar bersama anak mereka sedangkan kita dengan penuh ketenangan dan kegembiraan menjamu makanan yang enak serta berlambak sehinggakan lebihan makanan dibuang saja.

Bagaimana hal ini boleh terjadi sedangkan Islam menekankan kepentingan menjalinkan hubungan yang baik dengan tetangga. Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.” (Surah al-Nisaa', ayat 36)

Kita juga sering melihat umat Islam apabila berbeza pendapat dalam apa juga perkara, maka mereka akan berantakan sehingga terputus tali silaturrahim. Keadaan ini tidak sewajarnya terjadi kerana Islam benar-benar menolak hidup berpuak yang akhirnya akan menjerumuskan umat Islam kepada lembah perpecahan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik, iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu).” (Surah al-Ruum, ayat 31-32)

Diakibatkan sikap tidak ambil peduli antara sesama umat Islam ini jugalah, maka golongan Yahudi di Israel berkemampuan menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sesuka hati sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Umat Islam hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis tanpa mampu untuk berbuat apa-apa. Umat Islam hanya tekun bersidang dalam persidangan atau muktamar bagi mencapai pelbagai resolusi yang akhirnya sekadar menjadi ilusi. Mana semangat jihad umat Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah al-Hajj, ayat 78)

Demikianlah beberapa contoh yang menggambarkan betapa rapuhnya kehidupan bermasyarakat di kalangan umat Islam. Keadaan ini terjadi kerana hilangnya perasaan cinta di hati umat Islam terhadap sesama mereka. Islam melihat perasaan cinta sebagai satu aspek penting dalam menerapkan hidup bermasyarakat yang ideal. Seorang Muslim tidaklah dianggap sempurna keimanannya sehingga dia mencintai umat Islam yang lain seperti dia mencintai dirinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian sehingga dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Cinta di sini bermaksud kecenderungan terhadap sesuatu yang diinginkan dalam diri seperti kebaikan, kesempurnaan, keutamaan, mencapai manfaat serta menghindari bahaya. Oleh itu, umat Islam harus hidup dalam keadaan seperti pepatah Melayu menyatakan, cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya. Jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga mencapai kebaikan itu. Jika kita berjaya menerapkan nilai cinta yang suci sebegini dalam jiwa, kita tidak akan berasa tenang apabila melihat umat Islam lain berada dalam lembah kemungkaran atau hidup sudah.

Kita pasti akan bangkit untuk mempertahankan maruah umat Islam lain yang tercalar serta menjamin seluruh umat Islam akan mencapai segala bentuk kebaikan dalam hidup seperti diinginkan diri sendiri. Kita juga akan sentiasa berusaha memperbaiki keadaan umat Islam sekeliling dan berganding bahu demi membentuk masyarakat bertamadun yang mampu mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Maaidah, ayat 2)

Justeru, janganlah kita berlengah untuk menyemaikan benih cinta di kalangan sesama umat Islam. Cintailah saudara kita di kalangan umat Islam dengan penuh ketulusan kerana sesungguhnya ia kewajipan yang dituntut syarak. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas mencintai sesama umat Islam akan dapat mencapai keimanan yang sempurna.

Fikir-fikirkanlah.

Butiran selanjutnya ...

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Dia mungkin ada di depan anda!



HAMPIR kesemua kajian dan penyelidikan awal yang dilakukan ke atas kejadian rogol, di dalam dan luar negara, hanya bertumpu pada insiden yang berlaku. Kalau diselami jauh pun, ia masih menyentuh kesan yang dialami oleh mangsa rogol dan cara-cara menangani punca kejadian tersebut. Jarang sekali perhatian diberikan kepada bukti yang menghala kepada pesalah. Malah ia berbalik semula kepada mangsa rogol yang dikatakan menggoda pemangsa.

Secara puratanya, empat orang wanita dirogol setiap hari di Malaysia. Ini bermaksud setiap hari kita ‘menggadaikan’ maruah wanita yang mungkin merupakan ibu kepada seorang anak kecil, isteri, pelajar sekolah atau pekerja profesional. Pada tahun 1980, sebanyak 138 kes rogol dilaporkan kepada pihak polis. Ia satu angka yang kecil. Namun tahun-tahun berikutnya menyaksikan jenayah ini semakin menjadi-jadi. 20 tahun kemudian, jumlah kes meningkat kepada 1,217. Pada tahun 2006, bilangannya ialah 2,431. Apa yang lebih membimbangkan ialah ratusan kes dipercayai tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan holistik dengan mewujudkan keperluan memahami secara mendalam diri perogol. Oleh kerana mereka yang bersalah dan melakukan perbuatan keji itu, seharusnya satu penilaian dilakukan ke atas pemikiran, perasaan, pendapat dan perangai pesalah dalam usaha menurunkan statistik, hujah Dr. Rohana Ariffin, penyelidik bersama dan penyunting buku Rapist & Rape, Who & Why.

Selalunya, orang ramai memberi fokus yang lebih kepada mangsa kerana mereka dianggap memerlukan sokongan moral dan kaunseling. Sesetengahnya pula terus menuding jari kepada mangsa rogol kononnya merekalah yang menjadi punca kerana mengenakan baju yang seksi, memakai mekap atau kasut tumit tinggi. Tidak kurang juga keadaan persekitaran yang mendorong kejadian. Pesalah pula bagaikan secara tidak sengaja telah ‘disorokkan’ di belakang tabir.

Apabila kita memfokuskan kajian kepada pesalah, beberapa soalan berbangkit:

  1. Siapakah perogol ini dan mengapa mereka merogol?
  2. Bolehkah kita memperoleh profil perogol lelaki?
  3. Apakah sebab di sebalik seleksi mangsa dan
  4. Apa yang berlaku sebelum insiden ini tercetus?

Buku Shame, Secrecy & Silence oleh Dr. Rohana pada tahun 1997 membongkar perkara-perkara tertentu berhubung kejadian rogol, perogol dan agensi yang terbabit. Namun tinjauan ini terhad kepada 42 orang perogol dan merangkumi penjara di bahagian utara iaitu Taiping dan Pulau Pinang. Kajian pada tahun 2003 oleh Rachel Samuel, seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, bagaimanapun menjadi penggerak kepada pengklasifikasian perogol.

Kajian selama 10 bulan itu melibatkan temu ramah dengan 90 orang yang telah disabitkan kesalahan merogol. Mereka dibahagikan kepada enam kategori berdasarkan maklumat sosiodemografik, keluarga, persekolahan, sejarah hubungan seksual, kejadian rogol dan tingkah laku perogol itu sendiri.

TEROWONG yang cerah dan dilalui ramai pengguna dapat mengurangkan risiko jenayah rogol.

Dengan bantuan kira-kira empat orang penyelidik termasuk Dr. Rohana yang merupakan bekas profesor madya di Universiti Sains Malaysia (USM) dan seorang aktivis yang memperjuangkan hak persamaan jantina, Rachel mengunjungi empat buah penjara, yakni di Seremban, Kajang, Sungai Buloh dan Johor Bahru.

Hasilnya, muncul satu petunjuk yang mengejutkan. Data purata umur perogol di negara ini ialah 41 tahun. Secara lazimnya, 37 peratus penjenayah sumbang muhrim terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas manakala mereka yang merogol kenalan berusia 40 tahun dan ke bawah. Statistik ini memperlihatkan sebahagian besar perogol di Malaysia adalah golongan berusia berbanding di luar negara. Di Amerika Syarikat, misalnya, 80 peratus perogol adalah mereka yang berumur di bawah 30 tahun.

Berlainan, di Malaysia kita menyaksikan hanya 27 peratus perogol datang daripada kumpulan usia di bawah 30 tahun manakala 13 peratus lagi adalah kumpulan perogol berusia di bawah 25 tahun. Adakah trend ini dipengaruhi oleh sindrom usia pertengahan yang dilalui oleh kaum lelaki? Besar kemungkinan kaum lelaki pada usia berkenaan merasakan diri mereka tidak ‘diendah’ oleh wanita. Satu sebab ialah kurang tarikan dari segi fizikal. Kedua ialah isu andropaus yang membuat mereka rasa kurang macho.

Jadi, itu sahajalah yang dipandang berat semasa membuktikan sifat macho ke atas mangsa. Bagi mereka, perbuatan sedemikian bukanlah rogol memandangkan tiada penggunaan kekerasan seperti pisau, ini merujuk kepada beberapa pengakuan penjenayah.

Sebanyak 60 peratus daripada perogol yang ditemui, masing-masing bersetuju dengan kenyataan bahawa wanita dicipta untuk memuaskan nafsu lelaki dan bersifat menggoda.

Sebanyak 80 peratus bersetuju bahawa wanita perlu diajar dan ditunjuk jalan yang betul. Tanpa disedari, pengakuan ini menjurus sekali lagi bahawa wanita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan rogol.

Jika anda menerima hakikat di atas, ikuti petikan ini dan renung-renunglah. Seorang perogol berusia 57 tahun yang merogol seorang budak berusia 14 tahun, berpendirian bahawa: “Jika makanan sudah dihidang, kalau saya tak makan, lalat akan datang. Biar saya yang makan.”

SESETENGAH orang menuding jari kepada mangsa rogol kononnya merekalah yang menjadi punca berlakunya kejadian tersebut.

Sama juga dengan seorang lagi perogol berusia 55 tahun yang mengambil kesempatan ke atas anak jiran yang berumur 15 tahun kala isterinya mencapai fasa menopaus. “Nak ‘tidur’, bantal pun sampai, kita pun tidurlah.”

Isu kekuasaan ke atas wanita juga ditekankan oleh perogol. Faktor-faktor lain ialah bilangan dan hubungan antara adik-beradik, status perkahwinan ibu bapa, siapa yang membesarkan diri, diskripsi penjaga atau ibu bapa, pengalaman di sekolah dan pendedahan kepada unsur-unsur keganasan.

Dari segi sejarah hubungan seksual, persepsi dan tingkah laku perogol serta pola pemilihan mangsa cukup menarik. Jika anda membayangkan hanya wanita yang berkulit cerah mempunyai kebarangkalian tinggi, 47 daripada 90 perogol yang dikaji menggemari wanita berkulit hitam manis dan gelap.

Manakala 61 peratus bercitarasakan wanita yang memiliki rambut panjang dan 43 perogol suka pada wanita yang berbadan langsing.

“Ada juga yang tertarik pada wanita kurus,” kata Dr. Rohana. Beliau menambah, 52 peratus perogol berminat dengan wanita dalam lingkungan usia 10 hingga 29 tahun.

Secara perbandingan, statistik tahun 1995 menunjukkan 60 peratus mangsa rogol terdiri daripada mereka yang berusia 16 tahun dan ke bawah. Sebab itu kesannya amat buruk jika had umur kesalahan rogol dalam Kanun Keseksaan diturunkan daripada 16 kepada 12 tahun. Mengikut undang-undang sebelum ini, mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis berusia bawah 16 tahun dianggap merogol secara automatik. Ini bermaksud seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas kini hanya diklasifikasikan rogol setelah terbukti bahawa dia tidak membenarkan perlakuan tersebut. Jika hubungan seksual tersebut berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak, ia tidak disabitkan sebagai kesalahan rogol.

“Persoalan ini tidak wujud sebelum ini jika kanak-kanak perempuan di bawah usia 16 tahun dirogol,” luah Rachel kesal.

DARI kiri: Rachel, Dr. Rohana, Dr. Ng Yen Yen dan Nanthini.

Sebagai Pengarah Program Wanita untuk Pembangunan Wanita, Era Consumer Malaysia, Nanthini Ramalo yang banyak terlibat dengan aktiviti kaunseling dan membina kendiri yakin pembukuan data-data terperinci ini memberi kesedaran dan kefahaman terhadap jiwa perogol.

“Setakat ini, kami hanya menerima mangsa rogol yang datang mendapatkan kaunseling. Namun buku Rapist & Rape membuka ruang kepada Era Consumer menggambarkan cara pemikiran perogol sebelum menawarkan kaunseling.”

Era Consumer yang menerbitkan 2,000 naskhah buku tersebut, kini mengedarkannya secara percuma di pejabat-pejabat di Petaling Jaya. Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Dr. Ng Yen Yen mengalu-alukan agar lebih ramai warga muda terutamanya remaja membaca buku setebal 65 muka surat itu. Bagi mereka yang berminat membaca Rapist & Rape, Who & Why, boleh memuat turun buku tersebut di laman web www.eraconsumer.org.

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails