“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Oktober 12, 2010

Had gadis bawah 18 tahun

~ gambor hiasan ~

Dilarang kerja di hotel, bar, restoran, kelab

KUALA LUMPUR 12/10/2010: Remaja perempuan berusia bawah 18 tahun tidak lagi dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab kecuali dimiliki keluarga sendiri apabila pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam, dikuatkuasakan.

Pindaan akta itu bertujuan memastikan mereka tidak dieksploitasi sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

Mengikut pindaan itu, jika perniagaan atau perusahaan itu tidak diuruskan keluarga atau penjaga, mereka perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terlebih dulu.

Bagaimanapun remaja yang juga diklasifikasikan sebagai orang muda itu dibenarkan melakukan pekerjaan ringan yang sesuai seperti pembantu kedai, juruwang, bekerja di pejabat, kilang dan pembantu rumah.

Pada masa ini, akta itu berfungsi mengawal dan menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan orang muda di bawah usia 16 tahun, tetapi selepas dipinda, akta menetapkan syarat penggajian kanak-kanak ialah mereka yang berusia 15 tahun dan orang muda berusia 18 tahun.

Selain itu, kanak-kanak di bawah usia 15 tahun dan orang muda tidak dibenarkan melakukan kerja yang membahayakan nyawa, kesihatan dan moral seperti bekerja di bawah tanah (perlombongan) dan perusahaan yang bertentangan dengan Akta Kilang Jentera 1967 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 seperti mengendalikan mesin dan alatan elektrik.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramanian ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan berkata, hukuman penjara terhadap pesalah dinaikkan daripada enam bulan kepada setahun dan dendanya pula daripada RM2,000 kepada RM5,000 bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hukuman penjara dinaikkan daripada dua tahun kepada tiga tahun dan denda dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000.

Subramaniam berkata, akta itu menggariskan kanak-kanak dan orang muda dalam lingkungan usia berkenaan hanya boleh bekerja dalam jenis pekerjaan yang sesuai dengan umur mereka dan dalam perusahaan tertentu saja.

Katanya, akta itu berkuat kuasa di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala bagi Sabah dan Sarawak, penggajian kanak-kanak dan orang muda ditadbir oleh Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

“Bagi kanak-kanak, mereka dibenarkan melakukan pekerjaan ringan bersesuaian dengan kapasiti mereka dalam perniagaan keluarga, manakala untuk kanak-kanak yang ingin bekerja dalam sektor hiburan awam, kelulusan Ketua Pengarah JTK mesti diperoleh terlebih dulu. Bagi orang muda, mereka dibenarkan melakukan pekerjaan ringan yang sesuai seperti pembantu kedai, juruwang, bekerja di pejabat, kilang dan pembantu rumah,” katanya.

Subramaniam berkata, pindaan akta itu bertujuan menyelaras prinsip yang diperuntukkan mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan memantapkan penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, pada masa ini seramai 47,000 kanak-kanak dan orang muda bekerja dengan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun kementerian menghadapi masalah mengambil tindakan terhadap majikan yang melakukan kesalahan disebabkan kekurangan aduan.

FAKTA NOMBOR

47,000 orang - kanak-kanak dan orang muda bekerja dengan keluarga

Rujukan : BH 12/10/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails