“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Oktober 12, 2010

Khasiat durian belanda

Durian belanda ada bahan antikanser

Durian belanda atau nama botaniknya, annona muricata memang sudah terkenal di serata pelosok dunia. Durian belanda tergolong dalam keluarga annonaceae dan terdapat sembilan varieti buahnya. Isi buahnya yang agak lembut dan sedikit kenyal serta rasanya yang masam-masam manis membuatkannya sedap untuk dimakan secara mentah. Rasa isinya dapat digambarkan seperti kombinasi strawberi dan nanas dengan sedikit rasa masam-masam limau diiringi rasa berkrim manis yang bertekstur mirip isi kelapa atau pisang.

Pada mulanya, dikatakan durian belanda hanya boleh ditemui di Kepulauan Carribean, kawasan Amerika Tengah dan kawasan Amerika Selatan. Kini, pokok durian belanda banyak ditemui di kawasan tropika seperti kepulauan Pasifik, Florida dan Asia Tenggara.

Durian belanda turut dikenali dengan nama ‘soursop’ (dalam bahasa Inggeris). Selain buah, semua bahagian pokok durian belanda termasuklah kulit pokok, daun, akar dan biji buahnya dikatakan boleh digunakan dalam perubatan tradisional. Memang banyak khasiat yang boleh diberikan oleh setiap bahagian berlainan pokok dan buah durian belanda terhadap kesihatan manusia.

Bunga durian belanda ~ A.muricata flower

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan akar, kulit, dan daunnya untuk mengobati kencing manis.

Begitu juga suku asli Guyana membuat serbuk teh dari daun dan kulit pokoknya dijadikan tonik minuman untuk mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak dari daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan minyak zaitun untuk luaran mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut anak-anak dan ubat diarea. Kulitnya juga dipercayai dapat mengubati penyakit jantung dan batuk, di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria.

Di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya, orang Melayu dikatakan menggunakan durian belanda untuk mengubati bengkak dan bengkak bernanah dan juga untuk mengubati penyakit kulit di kalangan kanak-kanak.

Buah durian belanda dikatakan tinggi dalam vitamin B1, B2, dan C. Ia juga tinggi karbohidrat, terutama fruktosa. Buah durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin. Bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Jus buah durian belanda pula dikatakan boleh diminum untuk tujuan merawat masalah urethritis haematuria dan masalah hati. Jus buah durian belanda ini jika diambil apabila berpuasa dikatakan mampu melegakan masalah hati dan kusta.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan, di samping mengelakkan masalah ketegangan. Bagus juga jika ibu-ibu yang baru melahirkan (di Malaysia) dapat mengamalkan petua ini.

Beginilah rupa buah durian belanda dibelah dua

Bagi mempercepatkan lagi penyembuhan luka, isi buah durian belanda dikatakan boleh ditampal sebagai tuaman selama tiga hari tanpa dibuang semasa dalam proses penyembuhan. Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang dan tidak tajam, dikatakan mampu merawat dan mengelakkan seseorang itu daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penawar keracunan

Biji buah durian belanda dikatakan mengandungi agen muntah atau emetik dan sesuai bagi merawat masalah muntah-muntah. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Air rendaman daun durian belanda pula dikatakan amat sesuai dijadikan pencuci rambut terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kutu kepala. Daun yang telah dihancurkan pula dikatakan boleh ditampal pada kulit yang bermasalah, kerana dengan cara ini ia dikatakan mampu membantu menyembuhkannya.

Air rebusan pucuk daun muda pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat bagi merawat masalah pundi hempedu, batuk, katar (rembesan berlebihan kahak pekat oleh membrean mukus hidung, sinus-sinus hidung, nasofarinks atau salur-salur udara), diarea, disentri (jangkitan saluran usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan mukus), demam dan masalah penghadaman. Daun yang telah dihancurkan dikatakan boleh dijadikan sebagai tuaman bagi melegakan ekzema dan beberapa masalah kulit dan reumatisme.

Akar kulit kayu pula dikatakan boleh digunakan sebagai penawar keracunan. Bunga pokok durian belanda dikatakan boleh melegakan katar. Serbuk teh daripada daun dan kulit pokok durian belanda dikatakan boleh dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat yang mampu diberikan oleh setiap bahagian pokok dan buah durian belanda, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan dari : Wikipedia, jambi-independent.co.id dan MW#1382

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails