Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
BG terkejut beruk bangat membaca berita yang disiarkan di BH28/10/2010 yang bertajuk “Kena simbah cuka akibat tolak cinta”. Menurut berita, seorang lelaki bertindak menyimbah cuka getah ke muka bekas rakan sekerjanya bagi membalas dendam akibat cintanya tidak berbalas. Gadis malang itu melecur teruk di bahagian muka, tangan dan badan.
Di dalam akhbar Kosmo!29/10/2010 pula memetik “Hazreen teruk dipukul teman lelaki selepas putuskan hubungan, Pelajar UiTM koma dibelasah”, yang melaporkan pelajar tersebut kini koma akibat kecederaan dalaman yang teruk di bahagian kepala. Semoga teman lelakinya cepat dapat ditangkap dan dihukum sewajarnya.
Terror sungguh lelaki zaman sekarang, semakin ramai pula yang mahu menyaingi Zionist yang bermaharajalela menzalimi rakyat Palestine... aduhai... BG sangat bersimpati atas apa yang berlaku kepada dua gadis di atas. Nauzubillah, minta dijauhkan perkara sebegini terjadi lagi.
Agak sukar untuk kita jangka, orang yang kita kenali dan sayangi, sanggup bertindak kejam sehingga mengakibatkan kecederaan kekal atau meniti maut seperti yang berlaku kepada mangsa-mangsa ‘si pendek akal’ dalam petikan berita di atas. Jika kita lihat peristiwa di atas, tindakan kejam sebegini mungkin berpunca akibat tidak dapat menerima kenyataan dan amat mencabar kelelakian mereka yang dibuang direject oleh orang yang disayangi.
“Saya sudah tidak cintakan awak lagi. Cukup di sini saja hubungan kita” ....kalimah ini walaupun nampak sangat mudah diucapkan, tetapi ia sangat menghiris perasaan, apatah lagi jika diucapkan oleh seorang yang disayangi setengah mati. Bagi lelaki, ayat ini cukup tidak digemari kerana ia mencabar kelelakian mereka.
Bagi lelaki yang pernah atau akan mendengar ayat sebegini, jangan sesekali anda menjerit atau mengambil keputusan bodoh seperti yang berlaku dalam berita di atas. Sebaliknya, tarik nafas panjang-panjang dan cubalah berfikir dengan waras.
Rasa cinta tidak boleh dipaksa sebaliknya ia datang dari hati. Kalau pasangan sudah tidak menyukai anda lagi, cubalah bermuhasabah diri, buat post mortem dan cari apakah puncanya. BESAR kemungkinan anda punca utamanya. Cuba semak punca yang sempat dikupas dalam entry kali ini :
1 – Bosan dengan ikatan cinta
Ada sesetengah wanita yang tidak boleh hidup tanpa cinta. Bagi mereka, cinta umpama makanan harian seperti mimegi nasi. Bukan saja wanita, ada juga lelaki yang begini. Ada pula yang sangat bosan berkasih dengan orang yang sama sementelah jika mereka sudah menjumpai lelaki yang jauh lebih baik daripada anda.
Jadi sebagai lelaki, kalau sudah selalu sangat pasangan anda melahirkan rasa bosan kepada anda, sedar-sedarlah diri kerana mereka sebenarnya bosan dengan sikap anda yang mungkin tidak berubah. Meletakkan perumpamaan, anda berkahwin selama 15 tahun tetapi selama 15 tahun itu jugalah anda tidak perihatin atau mengucapkan ‘selamat hari lahir sayang’ bila tiba harijadinya, adakah rasa cinta itu akan wujud? Kalau sekali dua mungkin mereka akan menerimanya, tetapi jika anda masih gitu-gitu macam apek juga, ketahuilah, ia sangat membosankan.
2 – Bertemu dengan insan lain
Salah satu sebab mengapa wanita bosan dengan anda adalah kerana dia sudah bertemu dengan lelaki lain yang lebih baik daripada anda. Ini termasuklah dari segi rupa paras, penampilan, kewangan, pekerjaan dan banyak lagi aspek lain. Sebelum mendirikan rumahtangga, wanita biasanya akan mencari lelaki yang boleh memberi perlindungan untuk mereka. Mereka mahukan lelaki yang benar-benar boleh menjaga mereka sehingga ke tua. Tetapi kalau dia sudah bertemi orang lain yang jauh lebih baik daripada anda, sudah tentulah anda bukan lagi menjadi pilihannya.
3 – Berasa diri terabai
Tidak semua wanita memandang wang sebagai pakej utama dalam memilih lelaki. Sebaliknya, mereka mahukan lelaki yang boleh menjadi pelindung, mampu memberikan mereka kasih sayang dan perhatian.
Kalau wanita terasa dirinya diabaikan, pasti sukar untuk anda memenangi hatinya semula. Hati wanita, sekali pun dilihat lembut tetapi apabila sudah keras, baling ke dinding pun tidak dapat memecahkannya lagi.
4 – Anda tidak lagi dipercayai
Cinta umpama masa berlalu. Ia tidak akan menoleh ke belakang atau mengundur, sebaliknya akan terus berputar mengikut peredaran masa. Ketika menjalinkan hubungan, mungkin ada di antara sikap anda yang memualkan dirinya.
Mungkin juga sikap anda yang kaki perempuan, kaki tangan atau kaki temberang, membuatkan jiwa wanitanya memberontak. Apabila telah tiba masanya, mungkin timbul rasa bosan tahap gaban, dia tidak akan menoleh ke belakang lagi dan tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan anda yang mungkin pada ketika itu baru terhegeh-hegeh hendak berubah. Jadi berhati-hatilah, kerana bila hati wanitanya dilukai, anda juga yang akan terasa lukanya.
Sebenarnya, cinta memerlukan pengertian. Keduanya saling memerlukan, baik lelaki mahupun perempuan. Allah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Sudah tentu fitrah ini dipenuhi oleh setiap insan. Namun, apabila kerap dikhianati, tidak diperdulikan, dikecewakan atau seumpamanya, sudah tentu rasa cinta itu akan pudar.
Jadi sebelum anda terus kecewa, berhati-hatilah kerana bila rasa cinta itu hilang, barulah anda menyedari bahawa dia adalah insan yang terbaik buat anda.
Semoga menjadi renungan yang bermanafaat....
Rujukan tips dari MW#1384
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Oktober 29, 2010
Punca wanita bosan dengan cinta
Susunan :
Bawang Goreng
pada
10/29/2010 09:59:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...