“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Ogos 15, 2008

Suami asyik menyebelahi ibunya saja?

Salam...

Mari kita lihat senario ini, seorang suami berkata kepada isterinya, “Mak saya darah daging saya, kami takkan boleh terputus sampai bila-bila. Lainlah dengan awak!” Ada kalanya, suami isteri ini saling serang-menyerang, sakit-menyakiti dan meremukkan hati masing-masing, berpunca daripada seorang ibu yang menumpang kasih di rumah mereka. Ketahuilah, sungguh berat ujian bagi seorang anak menjaga ibu bapanya. Ramai yang takutkan isteri hingga sanggup menderhaka kepada ibu bapanya sendiri. Begitu juga sebaliknya, kerana suami, tidak kurang wanita yang membuang keluarganya sendiri.

Pernahkah anda, sebagai isteri, mengalami situasi di mana suami selalu melebihkan ibunya daripada anda? Atau pernahkah teman/rakan karib anda meluahkan perasaan sedemikian kepada anda?

Bagi wanita yang mendapat didikan agama dari kecil hingga dia dewasa dalam kematangan iman, agaknya tidak susah menerima konsep berbakti kepada ibu bapa suami. Tetapi kadang-kadang hati seorang isteri ada kalanya tercemar oleh virus yang diperolehi daripada persekitaran yuang tidak sihat. Setiap isteri memiliki perasaan unik yang tidak ada pada suami, iaitu rasa mahu memiliki suami 100%, tidak mahu berkongsi denga sesiapapun! Berlainan dengan suami, gaya dan perwatakan lelaki yang biasanya sebagai penjaga keluarga ketika dia belum berkahwin akan terus kekal walaupun sudah beristeri.

Sebagai isteri yang mencintai suami dunia akhirat, semestinya snda mempastikan diri anda tidak menjadi punca suami derhaka kepada ibu bapanya. Sebagai suami pula, jangan kerana mahu taat kepada orang tua sanggup anda gadaikan/hancurkan rumahtangga sendiri. Allah SWT tidak melakukan kezaliman kepada hamba-Nya dengan syariat yang diturunkan berkaitan dengan berbakti kepada ibu bapa dan mencintai isteri. Kedua-duanya sama sekali tidak bertentangan bahkan boleh seiring sejalan dilaksanakan dalam kehidupan berkeluarga. Dilema yang dialami suami sebenarnya berpunca dari sikap sendiri yang kadang-kadang tidak adil kepada isteri dan ibunya. Isteri merajuk mungkin ada sebab dan suami perlu diselongkar perasaan ini hingga ke dasar hatinya. Ibu pula buat masalah mungkin mahu menagih kasih yang selama ini dilupakan oleh anak lelaki kesayangannya. Konflik yang terjadi antara anda dan ibu mentua adalah kisah hidup yang telah dialami sejak zaman-berzaman.

Dalam kisah para sahabat Nabi SAW, terakam perbagai pengajaran untuk dihayati oleh mereka yang bergelar anak lelaki kepada ibu bapa mereka walaupun mereka telah bergelar suami. Suatu ketika Umar bin al-Khattab r.a. sedang tawaf di Baitullah, tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki yang sedang menggendong ibunya sambil tawaf di Baitullah. Lelaki ini berkata, “Wahai Umar, sesungguhnya aku adalah lelaki dari Yaman, aku telah menggendong dan memikul ibuku dari Yaman datang ke Baitullah untuk mengerjakan ibadat Haji. Aku pikul ibuku untuk melakukan segala ibadat bagi Rukun Islam ke lima ini. Apakah aku telah berbakti kepada ibuku?” Namun, Umar RA menjawap dngan satu ungkapan yang mengejutkan; “Kamu belum lagi membalas jasa ibumu walaupun sekadar setitis peluhnya yang keluar kerana melahirkan kamu.

Bayangkan lelaki ini yang telah melakukan perjalanan yang jauh denga suatu usaha yang besar dan dengan keazaman yang tinggi yuntuk berbakti kepada ibunya dengan penuh susah payah, namun ia masih dianggap usaha yang amat kecil. Inilah dilema yang sering menghantui lelaki yang beriman yang mahu berbakti kepada ibu bapanya kerana syurga terletak di bawah tapak kaki ibunya. Dilema sebegini perlu difahami oleh semua isteri yang masih memiliki ibu mentua.

Bacalah hadis yang termuat di dalam kitab Riyadhus Salihin, anda pasti menemukan kisah seorang lelaki yang mustajab doanya. Dia dipuji Allah Taala dan Rasul-Nya kerana kasih sayangnya terhadap ibu bapanya. Lelaki ini berdoa ketika dirinya terperangkap di dalam gua, “Ya Allah, dahulu aku menpunyai ayah dan ibu, aku tidak pernah memberikan sesiapapun minuman susu sebelum keduanya. Baik kepada keluargaku atau hamba sahayaku. Pada suatu hari agak jauh aku mengembala ternak hingga tidak kembali kepada ibu bapaku kecuali setelah malam dan mereka telahpun tidur. Maka aku memerahkan susu untuk mereka dan akupun segan membangunkan mereka dan aku tidak pernah memberikan susu itu kepada sesiapapun sebelum ayah dan ibuku. Maka aku tunggu keduanya bangun hingga terbit fajar, maka bangun keduanya dan mereka minum susu yang aku perahkan itu. Padahal semalaman anak-anakku mengangis meminta susu di kakiku. Ya Allah, jika hamba melakukan itu kerana mengharapkan keredaanMu, maka lapangkanlah pintu gua ini.


Doa lelaki ini akhirnya menyelamatkan dirinya dari maut di dalam gua. Disebabkan keikhlasan menjaga dan mengasihani kedua ibu bapanya.

Kisah-kisah tentang keutamaan berbakti kepada kedua ibu bapa kerap diulang dan dibaca, tetapi masih ada saja yang terlupa dan lalai dengan kewajipan yang sama taraf dengan berjihad ini. Sikap suami dan isteri yang tidak mahu memberi kerjasama untuk menjayakan amal soleh ini menjadi punca mereka kehilangan pahala yang sungguh bernilai harganya. Kadang-kadang isteri merajuk sebab layanan isteri kepada ibu tidak sama dengan layanan isteri kepada ibu suami. Ataupun isteri terlalu mementingkan ibu sendiri berbanding ibu mentua boleh menyebabkan suami cemburu dan melebih-lebihkan ibunya daripada isteri. Semua ini pasal mahu mengenakan siapa, tapi terkena siapa? Akhirnya semua sakit hati akibat tidak berlaku adil.

Agaknya mereka terlupa bahawa suatu saat nanti mereka juga akan menjadi ibu bapa yang tua dan lemah, mungkin nyanyuk pula. Saat itu barulah terasa betapa ruginya tidak memberi teladan yang naik kepada anak-anak tentang cara menjaga orang tua dengan penuh keikhlasan. Ingatlah, ganjaran yang amat besar menanti sesiapa yang menjaga orang tua dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Masih ingat iklan raya oleh Petronas tahun 2006. Kisahnya berkisar mengenai seorang lelaki berkeluarga yang agak berat hati untuk menerima kehadiran bapa mertuanya di rumah. Isterinya selaku anak orang tua tersebut tetap sabar melayan kerenah bapanya. Namun begitu, sikap si suami yang selalu mencebikkan muka dan mengeluarkan ayat-ayat yang pedas sering kali membuatkan orang tua tersebut memekakkan dirinya dengan cara menanggalkan alat bantu dengar yang dipakainya.

Cucu-cucunya yang masih kecil belum lagi memahami apa yang sedang berlaku. Pelbagai masalah ditimbulkan oleh orang tua tersebut, sehinggakan menantunya tergamak membelikan meja dan meletakkan di lokasi berjauhan dari tempat mereka makan. Orang tua tersebut turut diberi ‘tray’ plastik dan cawan plastik untuk digunakan sewaktu makan. Satu scene dalam iklan ini menunjukkan seekor kucing sedang makan berhampiran mejanya. Hal ini semakin mengguris hari orang tua tersebut dan dia perlahan-lahan menolak makanan-makanannya ke tepi meja sehingga jatuh sebagai tanda protes. Walau bagaimanapun, menantunya tetap makan seperti biasa tanpa mempedulikannya. Satu pagi, cucu-cucu orang tua tersebut sedang bermain anak patung di luar rumah mereka. Mereka melakonkan semula perlakuan-perlakuan bapa mereka terhadap datuk mereka. Ibu mereka mula sedar akan kesilapan mereka selama ini.

Sekali sekala bila teringat-ingatkan iklan itu, hati saya terusik, menjadi sebak. Iklan ini cukup memberi pengajaran kepada kita semua. Ingatlah, kita tidak akan sentiasa muda. Satu hari nanti, kita juga akan mengalami proses yang sama, iaitu berhadapan dengan anak-anak yang sudah dewasa, menerima menantu dan seterusnya menimang cucu (kalau sempatlah ek!).
Perlakuan dan akhlak kita semasa muda mempengaruhi keadaan kita sewaktu tua. Pada waktu inilah kita akan lihat adakah anak-anak kita yang kita jaga bagai menatang minyak yang penuh akan sanggup menjaga kita atau tidak. Adakah kawan-kawan kita semasa muda dahulu masih sudi melawat kita bila kita jatuh sakit? Inilah yang dikatakan balasan Allah di dunia. Baik akhlak kita, baiklah balasannya. Buruk akhlak kita, buruklah balasannya. Tapi kita kena ingat, ini hanya balasan dunia semata-mata. Banyak atau sedikit, bergantung kepada kehendakNya.

Terpulanglah kepada kita sama ada nak sedar atau tidak. Sementara kita masih hidup, amalkanlah prinsip ini.
Hormatilah hak orang lain, hak anda akan dihormati, insya Allah.

8 ulasan:

  1. Kekadang rapatnya perhubungan antara mereka yang berkonflik menjadikan sesuatu konflik sukar dirungkai.
    Keadilan itu, bukanlah kita bertujuan menyukakan kedua-dua pihak yang berkonflik, tetapi keadilan itu adalah bila kita memilih penyelesaian yang menggembirakan Allah dan RasulNya.

    BalasPadam
  2. Salam Sis,

    mungkin saya tak layak nak komen apa2 ttg topik ini (as both my
    parents are not here with us anymore 'though alhamdulillah my inlaws
    are still alive and well in M'sia) cuma teringat ada yg menasihatkan
    when we are getting married - we're not only marrying our husband but
    we're also 'marrying' his family.

    dan kala ada conflict of interest macam ni kita dpt menilai type
    ketua yg kita pilih tu ketua yg macammana...but no matter what 2 ways
    communication is very important.

    wallahualam.

    BalasPadam
  3. Barangkali, kes paling berat bila semua orang buat silap. Suami asyik utamakan ibu sepanjang masa, tak ada masa untuk isteri. Isteri pula berlebihan demand perhatian suami. Ibu sisuami pula terlalu mahukan perhatian anak lelakinya macamlah anaknya itu belum kahwin.

    Apapun, suatu zaman dahulu, cuma kes berbeza. Sekumpulan wanita terbaik di zamannya telah berkahwin dengan lelaki terbaik atas muka bumi. Lelaki tanpa dosa. Tidak ada lelaki lain yang boleh buat lebih baik daripada lelaki ini. Pun begitu ada ketika, para isteri tidak berpuas hati dengan suami mereka, sedang mereka punya suami terbaik sepanjang zaman. Mustahil ada manusia terdaya berbuat lebih baik dari suami mereka.

    Dengan itu, bila suami kita tak kemana berbanding suami terbaik itu, isteri pula tak setaraf kumpulan wanita tadi,

    Kepada pasangan kita, kita sebaiknya maafkan. Kepada diri sendiri, tiada masalah kita marahkan. Konflik tak dapat dileraikan bila: kepada diri sendiri, kita maafkan, kepada orang lain kita marah.

    BalasPadam
  4. Salam,
    Cik BawangGoreng, nak minta pendapat lah.....
    Artikel dibawah utk suami yang ada ibu lagi. Tapi bagaimana pula
    halnya dengan suami yang dah ketiadaan ke2 orang tua. Tapi sering
    mengutamakan adik-beradik dan anak saudara sebelah beliau.
    Cth : Jika anak/isteri sakit dan minta dihantar ke klinik tapi si
    suami nie dengan selambanya cakap kat isteri dia... awak pergilah
    sendiri, teksi atau bas kan ada. Tak pon awak mintalah ayah atau adik
    awak tolong hantarkan. Dengan alasan dia sibuk atau tiada masa. Tetapi
    jika adik/kakak atau anak saudara sebelah dia minta tolong, sesibuk
    mana pon akan cuba dipenuhi.
    Tapi bila si isteri nie melebihkan ke2 ibu bapa sendiri, si suami
    menyindir, awak tahu tak bila awak dah kawen awak dah tak ada kene
    mengena dengan mak ayah awak...
    Cam ner lak nie. Ada saper2 boleh tolong explain tak?
    Tolong yer. Kesian kat kawan saya nie.

    BalasPadam
  5. Salam, nak nyampuk..

    Tanyalah lelaki tu, mana dia belajar dalam Islam yang kalau dah kawen isteri tak de kene mengena dengan ibu dan bapa nya sendiri?
    Bagaimana rasanya kalau anak perempuannya tidak menjenguk atau memperdulikannya selepas anak perempuannya dah bersuami?

    p/s: Bawang goreng, tulisan yang bagus.

    BalasPadam
  6. askum...nak mencelah juga lah yer....



    Bila dah kawin....ibubapa mertua pun setaraf dengan mak sendiri....so kena fahami disini....jd kalu derhaka kat mak mertua..setaraf lah derhaka kat mak sendiri...sebagai seorang suami..kena fahami lah...dalam islam ibubapa mertua setaraf ngan ibu bapa sendiri..kena bertolak ansurlah....so...sebagai ketua kuarga...tannggungjawab sebagai suami tu kena faham....perkahwinan adalah mengikat talian silaturrahim dua kuarga...jangan sampai memutuskan hubungan anak dan ibubapa...sekian terima kasih..komen ikhlas dr saya.....

    BalasPadam
  7. Kekadang rapatnya perhubungan antara mereka yang berkonflik menjadikan sesuatu konflik sukar dirungkai.

    Keadilan itu, bukanlah kita bertujuan menyukakan kedua-dua pihak yang berkonflik, tetapi keadilan itu adalah bila kita memilih penyelesaian yang menggembirakan Allah dan RasulNya.

    BalasPadam
  8. Salam....

    saya sebagai isteri tidak kisah sangat kalau suami saya menyebelahi ibunya walaupun adakala menitiskan airmata jugak. Tetapi nak buat bagaimana, dari segi ugama Islam, kedudukan IBU itu begitu tinggi mertabatnya. Tetapi saya yakin setiap perbuatan ada pembalasannya. Jika kita berbuat baik walaupun tidak dibalas baik tetapi akan mendapat pembalasan yang baik. Cara mudah, kita fikir begini, setiap manusia mempunyai tanggungjawap dalam kehidupan nya. Kita jalankan tanggungjawap kita seperti tuntutan agama. IBU juga mempunyai tanggungjawap kepada anak serta anak menantu. Yang lain itu kita serahkan kepada yang Maha Esa. Insya allah tiada pertanyaan dalam diri kita. Sepanjang menjadi isteri selama 19 tahun kepada suami saya dan menantu kepada ibu mertua saya terlalu banyak asam garam , pahit manis, onak berliku yang dilalui walaupun hanya saya satu-satunya menantu yang dirisik, dipinang dan ada kenduri sambut menantu dalam keluarga suami saya. Saya hanya dapat berkongsi perkataan SABAR kepada isteri-isteri diluar sana.. Semoga kita akan mendapat ganjaran ketenangan di dunia dan akhirat nanti kerana menggembirakan suami dan keluarganya. Walaupun kadang-kadang kebaikan kita tidak terlihat sekarang, setidak-tidaknya bila kita telah tiada nanti mereka pasti merindui kita, Tak kiralah kehilangan kita samada kita bukan lagi keluarga mereka ataupun kita tidak ada lagi dialam maya ini. Bukankah kesabaran itu separuh dari iman.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails