“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Disember 01, 2008

Jangan silap guna perkataan "Masya Allah"

Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh....

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Kali ini saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang menyedari, mungkin juga ramai di antara kita tidak mengetahuinya. Mudah-mudahan ada manafaatnya. Saya kira, ramai dikalangan kita yang kadang-kala secara sepontan, menyebut 'Masya Allah'. Apakah maksud
'Masya Allah'? Kita biasa mendengar orang menyebut 'Masya Allah', cuba lihat berapa banyak ungkapan 'Masya Allah' dalam cerita P. Ramlee. Adakah kita perasan, sebenarnya kebanyakkan ungkapan 'Masya Allah' ini digunakan dalam situasi yang silap/tidak tepat?

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan istilah
'Masya Allah' ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah 'Masya Allah' bermaksud ALLAH THE AL-MIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Menurut Wikipedia.org,
Masya Allah (ما شاء الله) adalah frasa yang diungkapkan seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian. Dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendak-Nya. Terjemahannya kurang lebih adalah "Allah telah berkehendak akan hal itu", dengan kata telah yang menekankan tentang doktrin Islam yang percaya pada takdir. Ia sepatutnya digunakan sebagai ungkapan kegembiraan disertai doa.

Mengikut buku 'What Do Say' by Kathyn Abdullah, kita menyebut istilah
'Masya Allah' bila kita melihat 'something nice' seperti melihat bayi/kanak-kanak yang comel, pemandangan yang indah, menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan 'Masya Allah' ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan.

Istilah yang patut kita lafaz ialah 'Astagfirrullahhal adziim' (Aku memohon ampun kepada-Mu, Ya Allah) ataupun 'Innalillah' (Kepada Allah kita kembali).

Harap dapat betulkan pengunaan istilah ini dan beritahu rakan-rakan yang lain.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails